Tuesday, July 08, 2008

AZMIR ARIF - bintangnya mempersona

Mendekati jejaka berusia 25 tahun yang diberi nama Azmir Arif ini, hati begitu teruja. Sikapnya yang gemar merendah diri dan bersopan santun kala menitip kata benar-benar memikat sanubari. Azmir, bagi saya satu kurniaan cukup berharga. Memiliki raut wajah yang manis dan sedap mata memandang. Personality yang ditonjolkan juga menarik. Sekali pandang, wajahnya iras pelakon sensasi drama Jelatang – Fezrul Khan. Tambahan pula ketika si dia tertawa. Cukup manis dan mempersona. Namun siapa tahu, di balik tampang yang kacak dan gaya yang segak, tersembunyi ‘kecacatan’ dalam diri lelaki ini. Setiap kali bersuara, kekurangan tersebut jelas kedengaran. Tetapi pabila mengalun lagu, ‘kepincangannya’ terus hilang. Lenyap! Dan ketika itu hati berkata, betapa ‘ajaibnya’ si dia.

Itulah baris-baris kata yang aku cilok di Majalah Remaja edisi terbaru tentang seorang pendatang baru dalam dunia seni suara, Azmir Arif. Sebelum ini aku hanya kenal namanya kerana di kalangan rakan-rakan penari yang bercerita tentang ‘kekurangan’ dan ‘kelebihan’ Azmir. Belum pernah aku jumpa. Tapi, saat melunaskan tanggungjawab tempohari di KL, aku berkesempatan bersua dengan Azmir, melalui kawan baiknya, Angah yang merupakan seorang penari Kumpulan Kebudayaan Seni Mutiara. Pertama kali berjumpa dengan Azmir, dia tak banyak berbicara. Malamnya di bilik, Angah bagitau aku ngan Helmi tentang Azmir yang dah merakamkan lagu so kitaorang pun online semata-mata nak mendengar lagunya – Misteri Cinta Sakti. Korang bleh dengar 2 single terbaru Azmir di http://www.myspace.com/azmirarif

Pertama kali mendengar suaranya, aku kagum seketika. Suaranya mengalun lagu memang sedap. Banyak juga yang diceritakan Angah pada aku ngan Helmi tentang Azmir. Malam terakhir aku di KL, kitaorang keluar ramai ramai gi makan kat Kampung Baru. Angah contact Azmir coz minta hantarkan baju Angah yang dihantarkan ke dobi hari sebelumnya. So malam tu Azmir datang ngan kawan dia, tak banyak yang kitaorang bualkan tapi nyatanya aku tahu ‘kekurangan’ Azmir. Dia diduga Ilahi dengan memiliki suara yang sengau tapi dia masih berdiri di sini sebagai seorang insan yang tabah menghadapi kekurangannya. Mungkin korang tak berkesempatan mengenali anak Pulau Pinang yang dianugerahkan kehebatan ini tapi aku yakin kalo korang dengar suara dia menyanyi, pasti terpesona. Aku yakin Azmir ni bleh pegi jauh cuma mungkin factor masa dan rezeki yang akan membawa dia. Jauh di sudut hati ini terfikir juga tentang anugerah yang Allah kurniakan pada Azmir, di balik kekurangan yang dimilikinya, dia juga dihadiahkan kehebatan suara yang mampu menggegar jiwa. Kalo korang ada kesempatan dan nak support industri hiburan dengan mengalu-alukan kehadiran Azmir, jangan lupa undi dia di carta-carta lagu radio tempatan k.

Satu lagi lagu yang menarik perhatian aku ialah Maafkan, lagu ni memang best sangat, aku suka giler. Korang dengar lagu ni karang kat Myspace Azmir, satu lagi kan tadik aku ulang nonton Seputeh Qaseh Ramadhan yang pernah main kat TV3 masa bulan puasa dulu. Aku cuba kaitkan lagu ni dengan suara hati suami Qaseh di saat kematian Qaseh (korang cuba buka http://www.youtube.com/watch?v=m1HBtlVTGss&feature=related) hmm kalo korang memang pernah tengok citer ni memang sedih giler la. Aku sampai skarang ni masih ingat jalan citer ni. Another part yang sedih gak masa selepas kematian Qaseh, Fahrin Ahmad kuar dari umah dan suara hatinya berkata :

sudikah awak menjadi teman hidup saya Qaseh, bercinta dengan saya, menjadi permaisuri hidup saya, walau hanya dalam mimpi, kerana itu sudah cukup membahagiakan saya

Hmm…ari ni aku aku tengok sebuah cerita yang memang best dan sebuah lagu yang memang asyik.

Menitis air mata
Mengenang wajah mu
Begitu tulusnya dengan cinta mu
Aku menyesali segala yang terjadi
Takkan aku mengulanginya...

Oh Tuhan... tolonglah... diriku...
Berikan kesempatan
Agar dosaku terhadapnya
Di ampuni segala...

Seribu musim telah ku tangisi
Mustahil akan engkau kembali
Tapi ku berdoa agar kita
Temu di syurga...

Kisah cinta kita kisah tuk pencinta
Kan ku semadikan sejarah tak sudah
Ku yakini ia ujian unruk ku
Erti setia...

Dan maaf oh sayang maafkan aku
Ku sedar ku telah mengabaikanmu
Aku lemah aku payah tuk melupa...

Maafkan... Maafkan...Kusedar...
Dan takkan ku lupa

Kisah cinta kita kisah tuk pecinta
Kan ku semadikan sejarah tak sudah
Ku yakini ia ujian untuk ku
Erti setia...

Ku berdoa agar kita
Temu di syurga...

Notakakiku : To azmir, best of luck in your future undertakings.

1 Comments:

Blogger hanif-ui2u said...

This comment has been removed by the author.

1:16 AM  

Post a Comment

<< Home