Friday, August 11, 2006

SUBHANALLAH ....

Ya Allah,

Sesungguhnya aku penat sangat melalui hidup aku. Terlalu banyak dugaan yang datang sehinggakan kadangkala aku jadi jemu, memikirkan apa lagi selepas ini. Aku cuba bawa diri aku seorang, menyepi tanpa ada unsur yang meletakkan diri aku seperti dulu : penuh dengan dunia palsu tapi semua itu masih mengejar aku. Kadangkala aku jadi marah, apa yang mereka mahukan dari diri aku yang sebenarnya sudah lama mereka letakkan di bawah telapak kaki mereka. Apa lagi yang ada untuk mereka rampas, aku sendiri tidak tahu.

Tidak pernahkah mereka sedar bahawa menfitnah itu umpama memakan daging saudara sendiri? Jika aku punya kuasa, mahu rasanya aku jadikan mereka bisu agar mereka terselamat dari dosa-dosa menfitnah, sesungguhnya aku simpati walaupun bergelodak rasa jiwa.

Makin jauh aku lari dari kumpulan manusia itu, makin dekat semua mendatangi. Aku masih diam membisu, menerima. Moga cara ini melenyapkan segala nista. Sesungguhnya aku anggap semua ini adalah secebis dugaan darimu Ya Allah.

Lindungilah aku dari segalanya, aku merayu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home