Tuesday, June 13, 2006

Jom Kenali PULAU MUTIARA !!!

ALHAMDULILLAH. Syukur sangat pada Allah, kali terakhir aku menjayakan Penang Food & Cultural Promotion, kalau tak salah aku pada tahun 2004 di Hotel Legend dan Pan Pacific. Bulan lalu Mr Teoh dari Penang Tourism call aku, tanya samada aku masih berminat untuk handle acara ini, jawapannya pasti YA! Kalau sebelum ini aku pergi atas tiket seorang pekerja untuk sebuah produksi tapi tahun ini (InsyaAllah) aku akan pergi sebagai pemilik produksi, aku dah punya produksi yang aku kongsi bersama Aisye sejak beberapa bulan lalu, Alhamdulillah event yang kami buat secara freelance ini mendapat kepercayaan penganjur. Aku melihat perkongsian ini secara positif, aku punya pengalaman dan dia punya ilmu untuk diterjemahkan. Mungkin buat masa ini dia masih tercari-cari di mana bidang penganjuran acara ini tapi aku yakin insan berilmu seperti dia dapat belajar dalam masa yang singkat!

Bulan lalu aku telah membentangkan kertas kerja program Penang Food & Cultural Promotion yang dijadualkan dari 12-23 Julai akan datang. Sepanjang tempoh nak dapatkan kelulusan, Tuhan je yang tahu macam mana rasa dalam hati. Akhirnya berkat doa usaha aku dan Aisye, kami telah mendapat kelulusan semalam. Maka hari ini bermulalah kerja-kerja yang seharusnya. Aku bercuti panjang dari segala bidang kerja aku untuk menumpukan sepenuhnya pada projek sulung ini. Produksi kami hanya mendapat seminggu pertama manakala seminggu berikutnya akan diserahkan kepada Badan Kesenian Negeri Pulau Pinang tapi aku cukup puas kerana seminggu pertama itu akan terkandung program Perasmian Rasmi yang bakal di hadiri oleh orang-orang kenamaan, bagi aku peluang emas ini tak boleh dilepaskan.

InsyaALLAH, kami akan berkampung di Pan Pacific KL bermula 12-17 Julai 2006 dengan membawa 12 Artis Budaya, 2 Krew Persembahan dan 2 MakeUp Artist. Program ini diadakan sebagai cara mempromosikan Pulau Pinang menerusi makanan dan kebudayaan. Persembahan akan diadakan selama 2 kali sehari untuk lunch dan dinner di coffee house hotel tersebut.

Menantikan hari-hari menjadi nyata membuatkan debaran di hati ini tak mampu berhenti dengupannya! Doakan kejayaan kami, dengan izin Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home