Friday, May 19, 2006

setenang air di kali

Jumaat. Tiada apa yang ingin aku catatkan di sini cuma skadar ingin menenangkan hati. Di sini segala kedukaan dapat aku pancarkan, segala yang mendukacitakan mampu berubah kepada keceriaan. Masa yang ada aku renungkan seketika perjalanan lalu yang telah aku tempuhi, seakan bersalah pada diri sendiri. Andai ada satu permintaan yang mampu aku perolehi dengan kuasa keajaiban, pastinya aku pohon untuk kembali pada usia 17. Di sanalah aku mengorak langkah mencipta diri aku sendiri. Namun aku tahu impian itu adalah angan-angan kosong yang tak mungkin aku perolehi. Bukan aku kesal dengan kehidupan yang aku punya sekarang ini namun aku mahu menjadi lebih baik dan baik, sekurang-kurangnya menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. Aku kasihankan diri aku, selama ini aku telah banyak mengabaikan diri aku hanya kerana melihat insan-insan di sekeliling aku. Dan bila sampai pada satu tahap kehidupan lalu aku mula sedar bahawa aku telah tersasar jalan. Aku sendiri tidak mengetahui sebanyak mana usia aku yang tertinggal namun dengan baki inilah aku cuba memperbaiki segala keadaan, jauh dari dalam sudut hati aku berdoa akan ada masa yang secukup dan sebaiknya untuk aku melangkah sehingga aku tahu tanggungjawab yang tergalas ini langsai sudah.

Bukan mudah untuk mengisi segala kekosongan yang ada dalam jiwa tapi kita mampu berusaha andai itu yang kita mahukan. Kalau diingatkan kembali telah banyak masa yang kita biarkan kosong tak terisi, sayangnya detik yang kita biarkan begitu saja. Sebaik langkah, hargailah apa saja yang ada di dalam kehidupan ini, semuanya bererti, ianya tak diciptakan skadar memenuhi keinginan malah ianya adalah pelengkap kehidupan!

Yang pastinya hidup kita di dunia tidak bersendiri. Jika kekosongan yang kita rasakan, itu adalah khayalan. Kita sebenarnya punya ruang untuk menghayati segala yang terindah dalam kehidupan cuma kita yang menyekatnya tanpa kita sedari.

LELAKI TERINDAH ... masih di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home