Friday, April 07, 2006

BULAN takkan tumbuh di taman ....

ungkapan itu sudah cukup membuktikan angan-angan aku yang terlalu besar namun dalam pada itu aku sedari, sejauh mana pun impian, bulan takkan tumbuh di taman. sebenarnya aku tahu akan hakikat itu namun aku jua manusia biasa yang sering menyimpan harapan dan impian. sampai hari ini aku puas dengan apa yang aku ada hasil apa yang aku usaha tapi aku yakin aku mampu memperolehi segala apa yang aku inginkan jika aku punya lebih usaha, dengan izin Allah.

mungkin aku bukan anak orang berada yang mampu dapatkan apa saja dengan sekelip mata namun aku bersyukur dengan kehidupan yang sederhana ini aku juga mampu perolehi segala apa yang aku angankan cuba dibezakan dengan masa dan ketika sahaja.

aku dah lalui betapa peritnya hidup dan aku masih melaluinya sampai kini, kadangkala aku mengeluh kepahitan dan ada kalanya aku puas tersenyum kegembiraan, dah jadi adat kehidupan, manis dan pahit ada seiringan. nafasku, hidupku berteman keluarga dan kawan-kawan. namun yang paling istimewa saat ini adalah si dia yang tak henti memberi dorongan.

esok adalah hari baru untuk aku. untuk yang ke sekian kalinya. saat ini aku terasa bagai mahu jauh dari semua yang ada di keliling aku, seperti kelazimannya. aku mahu bersendiri dengan Dia yang menciptakan aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home