Thursday, March 16, 2006

dia ... SITI NURHALIZA






impian. harapan. angan-angan. kenyataan. akhirnya dengan izin Tuhan, aku dapat saksikan juga buah hati rakyat Malaysia ini secara bertentang mata. siti nurhaliza datang bertandang ke PISA mengadakan persembahan sempena Makan Malam Tahunan Seagate. sebulan sebelum itu aku diberi tugasan untuk segmen persembahan, a part from that tugasan untuk back-up dancers untuk Siti untuk lagu Rindu dan Nirmala.

Siti bagaikan gula, manisnya mengundang semut hitam. tiba-tiba aku teringatkan Mawi, beginilah juga situasinya semasa Mawi ke PISA dulu namun kawalan Mawi lebih ketat hinggakan kami di dalam team production pun tidak dapat bergambar namun dengan Siti sedikit jauh bezanya. Siti hadir dengan senyuman sambil melambaikan tangan pada sesiapa saja. indahnya senyum yang terukir. melihat Siti di depan mata bagaikan tidak percaya, bagai ada kuasa yang menarik aku untuk terus melihatnya.

malam itu Siti sampaikan 5 buah lagu, inilah kali pertama aku mendengar suara sang penghibur kesukaan ramai itu secara LIVE. dia jauh berbeza dengan penampilan di zaman awalnya. aku bagai terlalu kagum biarpun aku bukan peminat yang sebenarnya. aku terlalu sukakan segala kesederhanaan yang ada pada dia. dengan bakatnya, dengan sifatnya, aku percaya masih belum ada mana-mana artis yang mampu menggugat kehebatannya. khabarnya pakej untuk membawa Siti dan 10 ahli rombongannya mencecah RM42 ribu, hmm betapa bertuahnya dia yang bernama SITI NURHALIZA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home