Tuesday, May 16, 2006

"rugi rasanya setiap hari hidup dalam kesedihan tapi itulah kehidupan, sedih dan tawa sentiasa ada di mana-mana. semua itu senantiasa mengekori kita. itulah juga yang mewarnai hidup kita. terkadang dalam hidup ini sering kali juga kita bertemu dengan sesuatu yang tidak mampu kita ungkai dan cari jawabannya biarpun sebagaimana keras berusaha, saya tidak mampu untuk menidakkannya dan kini saya menerima segala takdir dengan reda cuma kerana ada batasan ugama menyebabkan saya tidak berani melangkah jauh, siapapun dan bagaimana hinanya diri saya, saya tetap makluk Allah. terlalu kerdil kita ini sebenarnya."

aku baca berulangkali tiap baris kata itu, aku renung jauh ke dalam perasaan penulis itu. tanpa aku sedar aku mengeluh sendirian. aku juga dalam situasinya barangkali sedikit berbeza namun aku bersyukur kerana saat ini aku punya peneman hati yang senantiasa ada tapi dia mungkin kesunyian seorang diri melalui hari-harinya sendiri, siapa tahu? seberat mana sekalipun mata yang memandang tak terpikul beban di bahu insan yang diuji Tuhan.

ada ketika aku sendiri terasa bagai mahu lari jauh dari alam nyata tapi aku tiada arah sebenarnya. mungkin yang terdetik itu adalah pujukan syaitan durjana. aku sedar sejauh manapun aku pergi yang aku niatkan mahu lari dari segala masalah, ianya tetap akan ada!

hidup ini indah sebenarnya, pujuklah diri untuk kita warnakan sebaik mungkin dengan warna-warna yang kita miliki sendiri, moga akan terhasil satu lakaran yang bukan saja indah dalam hidup kita tapi untuk semua yang menumpang sementara di alam semesta ini, insyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home