Monday, May 01, 2006

APRIL yang berlalu

APRIL, bulan yang paling istimewa dalam hidupku ini berlalu juga. Tahun ini kali pertama aku meraikan sambutan ulangtahun aku dengan yang tersayang, indah saat itu tak akan hilang dari dari ingatan.

Sebenarnya bulan ini terlalu banyak menuntut kesabaran aku dalam kehidupan. Bulan ini tak aku sangka telah membuatkan aku hampir separuh gila dengan tekanan hidup. Mujur di sekeliling aku ini ada insan prihatin yang rupanya memerhatikan aku seadanya. Selain Aisye aku ada Eton ngan Liza yang banyak berkongsi rahsia tentang segala apa yang berlaku dalam hidupku. Hmm aku tak tahu kenapa aku mudah benar berkongsi dengan mereka, mungkin kerana mereka berdua dah ada keluarga, dah kenal benar pahit manis kehidupan masa susah masa senang. Dalam senyum aku rupanya mereka dapat membaca segala yang tersirat dan aku beralah mengakui segala kepahitan yang ada di dalam jiwa. Rupanya dalam kehidupan ini kita tidak mampu bongkak dengan kenyataan yang kita mampu hidup keseorangan tanpa teman. Selama ini aku kuatkan diri aku dengan kenyataan itu tapi barulah aku sedari yang ianya memakan diri.


APRIL istimewa kerana CD artis yang aku tunggu telah berada di genggaman. Aku jadikan hadiah untuk Aisye sempena ulangbulan kami yang ke 10. Aku suka sangat dengan semua lagu dalam album Transkripsi Siti Nurhaliza, banyak pembaharuan muzik yang dia bawakan, mungkin mahu seimbangkan untuk peminat Malaysia dan juga Indonesia. Yang pastinya aku berpuas hati dengan album Siti kali ini.

APRIL 2007....akan aku nantikan, andai panjang usia.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

secara tak sengaja terjumpa blog ini... terasa benar kematangan dalam penulisan anda ... sehinggakan tak sedar hampir separuh catatan anda saya baca ... terkadang terasa bahasa anad dapat meluahkan sesuatu yang amat sukar diluahkan sekaligus dapat difahami ...

7:33 PM  

Post a Comment

<< Home