berlalu sudah 6 purnama
Hari ini hari akhir untuk bulan Mei 2006. Aku masih di sini tiada sebarang perubahan, azam untuk bertukar kerjaya & memulakan pengajian belum menampakkan sebarang hasil. Hari terus bertambah dan aku makin kusut (biar hanya di dalam hati) Saban hari aku hanya bermain dengan diri aku sendiri, bertanya itu ini, mengharap segala yang aku inginkan menjadi nyata namun aku tahu ianya tak semudah yang aku sangka!
Aku sedar aku hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha dan memohon dariNya untuk melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Mujurnya aku masih punya azam yang utuh biarpun ada kalanya aku bagaikan insan lumpuh tapi aku percaya semua ini berlaku punya musabab yang tersendiri.
Setengah tahun telah aku lalui, dalam tempoh itu terlalu banyak kejadian yang berlaku hinggakan ada ketikanya aku bertanya pada jiwa 'inikah dunia?'. Tiap hari aku pasti blajar tentang sesuatu yang baru. Aku juga banyak blajar dari membaca. Sebenarnya dunia blogging ni banyak mengenalkan aku dengan pelbagai jenis manusia yang punya pengalaman masing-masing. Aku jadi teruja dengan setiap pengalaman baru yang aku baca, sekurang-kurangnya ada yang mampu aku jadikan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan.
Kebelakangan ini aku banyak belajar tentang sikap manusia. Kekadang aku serius nak ketawa bila melihat manusia yang sanggup berpura-pura semata-mata untuk menegakkan kebenaran diri padahal yang terbukti depan mata yang mereka ini sememangnya bersalah, satu lagi yang jenis memutarbelitkan kata-kata, akhirnya yang terjerat diri sendiri, kesian sangat!
Andai diberi kuasa, aku mahu menjadi manusia yang paling jujur, berkongsi segala apa yang ada di dalam jiwa namun bukan semua yang mampu aku suratkan di sini. Medan ini terlalu indah untuk aku, segala yang kusut aku leraikan di sini namun bukan semua yang aku beriskan di sini dapat dipandang positif, aku sedari tentang itu. Yang paling nyata, aku puas kerana di sini aku mampu meredakan segala kusut, sekurang-kurangnya sebahagian dari cara melepaskan tekanan.
Untuk semua yang barangkali 'tersinggah' di 'istana' ini, terima kasih kerana kalian sudi membaca segala apa yang tersirat di jiwa aku.
AISYE : will always love U.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home