Tuesday, August 01, 2006

cerita Sang Augustus

Ogos. Lama benar rasanya aku tak bercerita di sini, semuanya lantaran masa yang terlalu suntuk atau mungkin juga sikap aku yang agak malas bersenam jari di sini. Alhamdulillah, semua program Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan di Seri Pacific berjalan lancar, pihak penganjur berpuas hati, aku pun enjoy gak sepanjang kat sana, keputusannya badan aku bertambah comel sejak pulang dari KL, mana taknya buffet hotel tu tak bleh tahan siot! So skarang ni dalam proses menurunkan semula berat badan aku ni, alahai nyesal plak aku melantak ingat tak ingat masa kat KL. Bab buffet satu hal, hampir setiap hari plak aku menapak gi Bread History kat The Mall tu, roti kat situ sedap sedap belaka! Hmm sabar je la, nasib baik kedai tu tak ada dekat ngan umah aku skarang ni, kalo tak badan aku pun jadi roti la agaknya!

Pengalaman di KL kali ini macam tak dapat dilupakan je, inilah kali pertama usaha aku dengan Aisye, banyak gak rintangan nak abiskan seminggu kat sana tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, skarang ni kitaorang tengah susun strategi baru untuk promosi, InsyaAllah segalanya berjalan dengan sempurna, AMIN. Aku akan gunakan segala pengalaman aku sebaik mungkin untuk bangunkan produksi ini walaupun secara kecil-kecilan. Yang paling penting aku ngan Aisye ada usaha untuk itu.

Minggu lepas, kitaorang satu team berkampung di Bukit Bendera untuk jayakan segmen persembahan kebudayaan ari Sabtu ngan Ahad, penat siot. Bukan penat wat show tapi penat naik turun ngan ketapi yang veri the slow tu dengan manusia berhimpit-himpit tu, alahai cam nak pengsan! Ikutkan hati maleh aku nak layan show cam tu tapi penting gak untuk profit!

Aku mulanya nak masukkan sikit pic dancers masa perform kat KL tapi sesuatu yang menyedihkan dah berlaku! Aku ON pc semalam, segalanya dah hilang, segalanya! Semua bahan aku dalam My Documents dan My Pic, cam nak nangis tapi aku skarang banyak tabahkan diri hehehe aku rilex je, aku tengok satu satu mana tahu ada yang masih tersimpan tapi apapun tarak, yang ada hanya koleksi pic Meer (akungantaro.cjb.net). Itu je yang ada, aku sedih btol coz mostly photo dancers semua tu aku dah edit tapi skarang ni pc aku jadik cam baru, aku gi kedai smalam aku tanya nyonya tu aku nak format semula, dia suruh antar ari Rabu plak! Hmmm dugaan sungguh, sempat dia buat lawak, katanya skarang ni Bulan Hantu, mungkin hantu curi aku nyer document n pic sumer tu! Aku pun gelak gelak gelak dengan niat di hati karang dapat la diskon kot! Hehhehe.....

Aku dah nak siap siap ni, karang kol 2.30pm aku ada meeting di Pejabat Daerah untuk program Tahun Melawat Malaysia 2007, InsyaAllah aku nak dapatkan show untuk bahagian Barat Daya ngan Timur Laut, aku pegi karang dengan Aisye. Doakan kitaorang k!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home