Saturday, July 08, 2006

hari ini dalam sejarah

Semuanya bermula minggu lalu, saat mak mendapat panggilan dari seorang Pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung tawaran Pingat Bakti Setia (PBS) kepadanya sempena Hari Keputeraan TYT Pulau Pinang. Mulanya mak enggan menerima pingat ni tapi setelah aku pujuk, akhirnya mak bersetuju. Aku gambarkan pada mak, bukan senang untuk menerima anugerah sebegini. Lagipun mak dah berpuluh tahun dalam jabatan awam, mungkin inilah penghargaan yang boleh diterima. Sejak akhir-akhir ini mak bagai dihargai jasanya, bermula dengan penghargaan Cemerlang untuk kali kedua, disusuli dengan kenaikan pangkat dan yang terkini tawaran pingat TYT.

Sayangnya, aku tak dapat bersama-sama ngan mak menyaksikan hari yang penuh bersejarah ini coz sebaik saja menghantar mak ke Dewan Sri Pinang aku trus balik ke rumah, siap hantar Fahmi (adik aku) ke Gelugor plak coz hari ini adalah hari pendaftaran UiTM. Aku kembali ke Dewan Sri tapi tak dapat masuk so aku tunggu sampai mak habis acara dan sesi fotografi, sedih sangat orang yang ambik gambar ngan suami/isteri memasing tapi mak aku sesorang jer coz ba pun tak bleh teman coz tak sempat nak tempah baju melayu warna hitam!

Walau apa pun aku bangga dengan mak aku, diakui mak jenis yang suka berkerja, kekadang tu aku sendiri naik letih tengok mak kerja. Kadangkala kerja dah beres pun mak masih ada benda yang dia nak buat. Tak sabar nak melihat hasil foto yang diambil oleh Photographer tadik, katanya siap minggu depan. Balik KL karang aku sendiri nak gi ambik kat Gelugor.
Aku letih sangat hari ini, esok nak ke Perak antar barang Fahmi plak!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home