Thursday, December 14, 2006

ada apa dengan MEDAN


MEDAN – buminya ku pijak lagi. Entah mengapa setiap tahun pastinya kaki ini mahu melangkah ke sana. Tahun ini tiada plan sepertimana tahun-tahun yang lalu cuma janji kosong yang aku buat dengan Syafiq seakan membawa aku ke sini.

Kami sebenarnya sibuk sangat dengan persiapan untuk menjayakan Pembukaan Pesta Pulau Pinang, jadinya persiapan ke Medan tu bagaikan tak terasa sepertimana tahun sebelumnya. Malam tu sebaik saja tamat menjayakan persembahan pembukaan Pesta Penang, kami terus packing dan balik umah! Esoknya baru la aku packing persiapan ke Medan plak, penat sangat, mcm kelam kabut!

3rd Disember 2006
Malam tu dengan penerbangan Air Asia jam 7.45 malam kami berlepas ke Kota Medan, kejap je flight, tak panas punggung dah pun sampai Medan. Kali ini kunjungan aku disambut, udah ada yang menunggu. Minggu sebelumnya aku ada bagitau Auntie Mahani (mak Maria Farida merangkap bekas majikan aku) yang aku nak ke Medan so dia dah set suruh anak angkat dia ambik aku kat Polonia Airport karang, aku pun berbesar hati la. Sampai kat sana gelabah gak coz tak kenal orang tu muka cam ner, baru je aku nak tepon, ada yang menyapa!
Namanya Muin (mamat ni ada campuran Arab kot, lain je muka dia aku tengok), sorang lagi namanya Affan (haa, yang ni ada la muka Indon) Tak kisah la, janji dorang ambik kitaorang dan terus gi makan! Kitaorang terus gi makan kat Restoren Garuda kat Jalan Gajah Mada, sodap siot makan kat situ, bagi korang yang 1st time ke Medan, jangan lupa singgah kat sana k! Garuda tu merata-rata ada kat sana.

Pas makan, gi lepak kat Merdeka Walk (hmmm tempat ni cam Bukit Bintang sket, kira ok la) Kitaorang beli prepaid Mentari, itu pun disponsor oleh Muin, syukur sangat! Banyak plak perubahan aku tengok kat Medan ni, antaranya aku susah nak tengok pengemis kat tepi/tengah jalan ngan bebudak yang nyanyi pegang gitar masa stop kat traffic light, rupanya kata Muin, semuanya dah tak ada lagi, kalo ada pun sorang dua je coz pemerintah yang baru lebih str8 dalam hal menjaga Kota Medan.

Malam tu aku try nak check in kat Hotel Dhaksina tapi penuh la plak so kitaorang croos the road and check in kat Ibunda Hotel, Alhamdulillah. Nak stay Bilik Duluxe tapi penuh so ambik Standard je la tapi punya la besar bilik!

4th Disember 2006
Sarapan pagi di hotel – Nasi Goreng, Telur Dadar ngan Keropok di Los Lambuang. Masa tengah makan tu ada budak age sekitar 9 tahun mcm tu datang kat kitaorang minta nak cuci kasut tapi aku tak kasi, sian plak aku rasa, apa salahnya kalau aku kasi dia cuci kasut aku, berapa sangat la upahnya!

Aku dah SMS Abang Ozet, Abang Andy ngan Abang Rahmat tentang ketibaan aku di Medan. Masing-masing cakap nanti nak datang jumpa aku, InsyaAllah, aku paham gak memasing ada keja nak buat.

Pas makan kitaorang jalan kaki pegi Yuki, Simpang Raya nak carik plug! Dah berapa kali datang sini aku lupa lagik! Plug kat sini semuanya dua mata so kena la cari xtension yang 3 mata! Pastu Syafiq dah mula rambang mata pilih baju kat mall tu, katanya jauh murah kalo nak banding ngan Malaysia, aku akui hakikat tu, memang pun. Aku sabar-sabarkan dia gak, kang tak terkawal asik borong!

Dari sana kami balik ke hotel, charge hp dulu pastu baru move ke Medan Mall, kat sana kitaorang soping barangan aksesori untuk dancers, melayang gak nearly RM500. Aku seperti biasa beli underwear je, murah siot yang berjenama kalau banding kat Penang la. Syafiq soping kat Butik Romp kegemaran dia, aku beli gak saiz kecik yang pastinya aku tak bleh pakai tp beli gak coz nak memotivasikan diri untuk kecikkan badan aku yang macam nak jadi anak gajah dah ni! Kat sana gak aku beli VCD yang Meer pesan, Apa Artinya Cinta tapi VCD Berbagi Suami tak ada lagi so tak dapat la nak penuhkan impian Meer tu. Aku beli VCD Belahan Jiwa yang di lakonkan oleh Dian Sastrowardoyo, Rachel Maryam, Marcella Zalianty, Nirina Zubir, Dinna Olivia ngan Alaxander Wiguna. Citernya mcm ni (aku tak tengok lagi tapi aku bleh kasi synopsis k!)

Empat sahabat berjanji sehidup semati. Kenyataannya merekamalah terlibat asmara dengan pria yang sama. Lebih aneh lagi si pria juga punya kekasih yang bergumul dengan trauma masa kecilnya. Apa yang terjadi ketika soulmates ini sama-sama hamil gara-gara si pria? Belahan Jiwa adalah sebuah kerya drama-psikologis yang menghadirkan sebuah tontonan yang belum pernah ada di wacana perfileman Indonesia sebelumnya.

Ha, mcm tu la synopsis movie tu, yang pastinya aku tak tahu lagi bila nak nonton! Sibuk sangat lar, mcm sikit je waktu yang aku ada.

Malam tu kitaorang pegi Pagar Ruyong, makan kat sana. Tak banyak yang berubah walaupun Kota Medan banyak yang berubah, lorong yang dipenuhi peniaga Melayu tu macam lesu, finally kitaorang makan kat gerai pertama sekali – sate padang, nasi goreng ngan soto! Dari sana singgah Sun Plaza jap, aku beli novel Andrea Aksana – Karena Aku Mencintaimu.

5th Disember 2006
Ari ni jadual kitaorang terisi ngan shopping jer, kat Penang pun tak banyak shopping mall mcm ni, yang aku pelik sangat, ada ke permintaan nak berbelanja kat sini? Ada la agaknya, kalo tak sure skit je mall kat sini tapi yang ketara kemiskinan masih lagi masalah utama kat sini, ntahlah! Ari ni aku kembali ke Medan Mall, beli sunting kepala 4 set pastu balik simpan kat hotel pastu kitaorang kuar pegi Medan Plaza plak, rancanganya nak nonton movie seram dorang yang tengah ramcak ditayangkan iaitu Bangku Kosong ngan apa ntah tajuk satu lagi tapi seram sangat. Skali pegi nak beli tiket, tengok orang beratur punya la panjang! Cancel plan!

Kitaorang jalan kaki nak gi Carrefour plak. Hmm kat sini ada kenangan aku gak, dulunya tiap tahun aku di sini di tapak Carrefour ini membuat persembahan di Medan Fair mewakili negeri Pulau Pinang namun semuanya dah berlalu, Medan Fair diubah lokasinya. Skarang dibangunkan shopping mall. Kat sini aku makan Nasi Ayam Keluyuk ngan Air Terong Belanda, sedap siot!

Dari situ kitaorang move gi lepak kat Tamrin Plaza plak, mana mana je penuh ngan orang padahal hari biasa! Kalo hari cuti mcm mana la agaknya punya ramai!

Abang Rahmat datang malam tu, beria dia ajak gi umah dia, nak kenalkan ngan wife katanya so aku decided esok kol 9 pagi nak gi umah dia. Pas dia move aku kuar ngan Syafiq gi makan kat Kesawan tapi tak ramai cam dulu so kitaorang direct pegi Merdeka Walk je!

6th Disember 2006
Pagi lagi kami dah siap nunggu Abang Rahmat datang jemput, skitar 9.30 pagi dia sampai, kitaorang ambik becak mesin je, jalan sesak sangat (macet). Stengah jam kat atas becak mesin tu buatkan sakit pinggang! Sampai kat sana di jamu Bika Ambun sebagai pengalas perut, wife Abang Rahmat masakkan lunch plak! Kena la tunggu, Abang Andy datang tapi pas kitaorang dah abis lunch.

Dari umah Abang Rahmat, kitaorang pegi visit Istana Maimon. Hmm istana tinggal tapi ada guide yang bawak pusing. Masa nak move tu kitaorang kena kepung ngan orang yang menjual barangan cenderamata, alahai aku sampai naik lemas. Dorang kepung tak berganjak, finally aku beli gak dompet pompuan 4 dengan harga RM10. Baru la dorang berganjak. Dari situ kitaorang move ke Medan Mall lagi dan lagi hehehe aku carik novel Andrea lagi, dapat gak – Pretty Printa. Puas.

Malam tu aku ajak abang yang bawak becak mesin tu makan malam sama kitaorang. Aku order Murtabak Mesir, sian dia tak tahu nak makan dengan apa, dia tanya kat aku. Hmm aku cakap la makan cam tu je, dia ingat kena makan ngan nasi. Sedih aku dengar citer tentang kehidupan dia. Syukur sangat sangat aku tak sesusah kehidupan dia. Hmm perjalanan ke sini banyak membuat mata dan memberi kesedaran tentang sebuah kehidupan.

Untuk malam yang terakhir, kami ronda Kota Medan dengan becak mesin tapi bagi Syafiq ibarat Kereta Kuda katanya!

7th Disember 2006
Semua sudah selesai packing untuk pulang, masa menuruni tangga, Abang Andy datang ama kawannya! Terkejut dia tengok kitaorang dah galas beg nak balik. Sebenarnya masih awal tapi dah nak check out kol 12. Rancangnya nak Pasar Petisah nak beli Bika Ambun ngan Kek Lapis tapi dorang nak bawak kitaorang ke Jalan Majapahit, katanya kat situ kilang! Abang Rahmat ada datang bawak kiriman untuk Abang Zul ngan Nurhelmi USM Penang, pastu dia kasi ole-ole untuk akun gan Syafiq gak. Hmm ok gak, aku naik ngan Abang Andy, sepanjang jalan menempuh kota Medan yang sibuk tu tanpa memakai topi keledar, sabar je la!

Kol 3pm kitaorang move dengan teksi ke Polonia Airport. Santai di sana coz nak checkin, flight kol 5.20 pm.
Kali ini kunjungan ke Medan lebih terisi, mungkin kerana yang menemani aku adalah orang yang suka berjalan dan menjelajah. Rencananya mahu ke Brastagi dan Danau Toba gak tapi tak kesampaian. InsyaAllah kunjungan depan, kami akan menjejakkan kaki ke sana, dengan izin Allah.

Mengembara dapat membawa kita melihat sisi lain kehidupan manusia. Secara tidak langsung kita mampu belajar sesuatu untuk diri sendiri.

Medan – akan aku jelajahi lagi.