Sunday, July 27, 2008

SALAM TERAKHIR

Sebak di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu saat ini. Satu keputusan yang perlu aku pikul yang bukan lahir dari kehendak hati. Di sini aku banyak menenangkan diri aku sendiri, berkongsi segala rasa yang ada, yang adakalanya aku tak mampu meluahkan pada mereka yang bernama ‘manusia’. Di sini aku lebih tenang, sesekali bercerita tentang gelodak jiwa. Sayangnya, hari ini aku akan akhirkan semua ni, atas alasan yang tak mampu aku suratkan. Biarlah hanya aku dan Allah Yang Mengetahui betapa aku jujur di sini, tanpa menyembunyikan apa apa, tanpa berniat dusta. Yang ada di balik jiwa ini hanya mahu menitip cerita yang luhur. Empat tahun aku berkongsi segalanya di sini, berakhir jua.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf pada semua yang pernah singgah di sini, pada semua yang pernah memberi semangat pada aku, langkahku sampai di sini. Salam maaf ini juga buat semua yang pernah aku tulis kisahnya di sini, percayalah…tiada sebarang niat memalukan kalian apatah lagi membuatkan kalian terasa cuma yang aku rasakan aku berhak menulis sebarang baris kata kerana ini laman hidup aku. Apapun, aku minta maaf. Selepas ini tiada lagi cerita tentang sesiapa malah cerita aku juga aku kuburkan di sini.

Mungkin ada rahmat yang tidak aku ketahui. InsyaAllah aku akan terus tabah melangkah dalam hidup ini. Bukan mudah untuk aku tapi aku yakin dan aku kenal siapa aku. Yang memandang belum tentu tahu betapa beratnya dugaan yang aku pikul ini. Tapi, jika kesengsaraan ini dapat meringankan beban insan lain, aku sanggup berkorban, sekali lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku, satu ketika lalu Kau tunjukkan aku tempat ini untuk aku membawa diri memujuk hati tapi hari ini segalanya hilang dan aku percaya Kau tahu tentang apa sebenarnya yang ada di dalam hati ini. Hanya padaMu Tuhanku, aku berserah.

Saturday, July 26, 2008

11th July – 20th July 2008 – THANKS DANCERZ!














Lamanya aku tak menjenguk ke sini, kesibukan membaluti hidup aku di akhir-akhir ni. Penat sampai sakit – selsema n batuk menyerang aku tanpa henti.

Festival Tari Negeri – itulah nama manifstasi yang aku ngan team join. Aku amek keputusan untuk menyertai pertandingan ini di saat terakhir coz aku pandang sudut positif pengisian pertandingan ni, yang paling utama aku dapat mengetengahkan team aku di Penang setelah aku jatuh di dalam perjalanan perniagaan satu ketika dulu.

Dengan pertolongan Fir untuk dapatkan dancers dari KL (thanks so much to Isz, Apit, Eddy, Nurul) dan juga Yanti, Shakila, Sunabi, Aya, Lynn dari Penang yang sanggup berkorban masa menghadiri training. Teristimewa untuk Bob yang sudi choreo semua tarian yang diperlukan mengikut konsep pertandingan. Sesungguhnya aku tak tahu nak cakap cam ner pengorbanan dorang semua ni, sampai kol 3am pun still training. Semua berkampung kat umah aku, dah jadik cam sardine je layaknya tapi aku tak kisah. Fallah ngan Shahril banyak bantu aku, dalam masa yang terlalu singkat, banyak menda yang nak buat, banyak sungguh cabaran yang aku hadapi terutamanya bab duit, nearly RM5K abis untuk pojek pertandingan ni tapi Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar walaupun kecut perut aku masa hari rehearsal tu. Keputusan belum di ketahui lagi tapi aku syukur sangat coz apa yang aku nak dah pun aku dapat – aku nak perhatian dan ada tempat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan. Buktinya, aku dah mula di berikan slot show dan yang paling aku hepi coz ditawarkan mewakili Penang ke Johor selama 3 hari untuk aku dan 9 dancers yang lain menghadiri Kongres Kesenian, semuanya ditanggung. Malam pertandingan tu benar-benar buat aku hepi, keletihan selama 10 hari terpadam begitu saja. Tuhan je yang tahu mcm mana keadaan aku dalam tempoh tu.

Untuk semua, aku ucapkan banyak banyak terima kasih, budi kalian tak mungkin aku lupakan. Thanks so much.

Tuesday, July 08, 2008

AZMIR ARIF - bintangnya mempersona

Mendekati jejaka berusia 25 tahun yang diberi nama Azmir Arif ini, hati begitu teruja. Sikapnya yang gemar merendah diri dan bersopan santun kala menitip kata benar-benar memikat sanubari. Azmir, bagi saya satu kurniaan cukup berharga. Memiliki raut wajah yang manis dan sedap mata memandang. Personality yang ditonjolkan juga menarik. Sekali pandang, wajahnya iras pelakon sensasi drama Jelatang – Fezrul Khan. Tambahan pula ketika si dia tertawa. Cukup manis dan mempersona. Namun siapa tahu, di balik tampang yang kacak dan gaya yang segak, tersembunyi ‘kecacatan’ dalam diri lelaki ini. Setiap kali bersuara, kekurangan tersebut jelas kedengaran. Tetapi pabila mengalun lagu, ‘kepincangannya’ terus hilang. Lenyap! Dan ketika itu hati berkata, betapa ‘ajaibnya’ si dia.

Itulah baris-baris kata yang aku cilok di Majalah Remaja edisi terbaru tentang seorang pendatang baru dalam dunia seni suara, Azmir Arif. Sebelum ini aku hanya kenal namanya kerana di kalangan rakan-rakan penari yang bercerita tentang ‘kekurangan’ dan ‘kelebihan’ Azmir. Belum pernah aku jumpa. Tapi, saat melunaskan tanggungjawab tempohari di KL, aku berkesempatan bersua dengan Azmir, melalui kawan baiknya, Angah yang merupakan seorang penari Kumpulan Kebudayaan Seni Mutiara. Pertama kali berjumpa dengan Azmir, dia tak banyak berbicara. Malamnya di bilik, Angah bagitau aku ngan Helmi tentang Azmir yang dah merakamkan lagu so kitaorang pun online semata-mata nak mendengar lagunya – Misteri Cinta Sakti. Korang bleh dengar 2 single terbaru Azmir di http://www.myspace.com/azmirarif

Pertama kali mendengar suaranya, aku kagum seketika. Suaranya mengalun lagu memang sedap. Banyak juga yang diceritakan Angah pada aku ngan Helmi tentang Azmir. Malam terakhir aku di KL, kitaorang keluar ramai ramai gi makan kat Kampung Baru. Angah contact Azmir coz minta hantarkan baju Angah yang dihantarkan ke dobi hari sebelumnya. So malam tu Azmir datang ngan kawan dia, tak banyak yang kitaorang bualkan tapi nyatanya aku tahu ‘kekurangan’ Azmir. Dia diduga Ilahi dengan memiliki suara yang sengau tapi dia masih berdiri di sini sebagai seorang insan yang tabah menghadapi kekurangannya. Mungkin korang tak berkesempatan mengenali anak Pulau Pinang yang dianugerahkan kehebatan ini tapi aku yakin kalo korang dengar suara dia menyanyi, pasti terpesona. Aku yakin Azmir ni bleh pegi jauh cuma mungkin factor masa dan rezeki yang akan membawa dia. Jauh di sudut hati ini terfikir juga tentang anugerah yang Allah kurniakan pada Azmir, di balik kekurangan yang dimilikinya, dia juga dihadiahkan kehebatan suara yang mampu menggegar jiwa. Kalo korang ada kesempatan dan nak support industri hiburan dengan mengalu-alukan kehadiran Azmir, jangan lupa undi dia di carta-carta lagu radio tempatan k.

Satu lagi lagu yang menarik perhatian aku ialah Maafkan, lagu ni memang best sangat, aku suka giler. Korang dengar lagu ni karang kat Myspace Azmir, satu lagi kan tadik aku ulang nonton Seputeh Qaseh Ramadhan yang pernah main kat TV3 masa bulan puasa dulu. Aku cuba kaitkan lagu ni dengan suara hati suami Qaseh di saat kematian Qaseh (korang cuba buka http://www.youtube.com/watch?v=m1HBtlVTGss&feature=related) hmm kalo korang memang pernah tengok citer ni memang sedih giler la. Aku sampai skarang ni masih ingat jalan citer ni. Another part yang sedih gak masa selepas kematian Qaseh, Fahrin Ahmad kuar dari umah dan suara hatinya berkata :

sudikah awak menjadi teman hidup saya Qaseh, bercinta dengan saya, menjadi permaisuri hidup saya, walau hanya dalam mimpi, kerana itu sudah cukup membahagiakan saya

Hmm…ari ni aku aku tengok sebuah cerita yang memang best dan sebuah lagu yang memang asyik.

Menitis air mata
Mengenang wajah mu
Begitu tulusnya dengan cinta mu
Aku menyesali segala yang terjadi
Takkan aku mengulanginya...

Oh Tuhan... tolonglah... diriku...
Berikan kesempatan
Agar dosaku terhadapnya
Di ampuni segala...

Seribu musim telah ku tangisi
Mustahil akan engkau kembali
Tapi ku berdoa agar kita
Temu di syurga...

Kisah cinta kita kisah tuk pencinta
Kan ku semadikan sejarah tak sudah
Ku yakini ia ujian unruk ku
Erti setia...

Dan maaf oh sayang maafkan aku
Ku sedar ku telah mengabaikanmu
Aku lemah aku payah tuk melupa...

Maafkan... Maafkan...Kusedar...
Dan takkan ku lupa

Kisah cinta kita kisah tuk pecinta
Kan ku semadikan sejarah tak sudah
Ku yakini ia ujian untuk ku
Erti setia...

Ku berdoa agar kita
Temu di syurga...

Notakakiku : To azmir, best of luck in your future undertakings.

Friday, July 04, 2008

BERAKHIRNYA SEBUAH JALINAN PERSAHABATAN

Hari berganti hari, yang datang pasti akan pergi, hmm tapi aku tak pernah menduga ini akhirnya sebuah persahabatan yang aku bina. Aku tahu sebab dan puncanya. Yang paling aku tahu aku tak bersalah tapi dijatuhkan hukuman tanpa timbang tara. Bilamana membaca SMS dari dia berulang kali, hati ini mcm sebak mengenangkan saat-saat yang telah aku lalui dengannya, walaupun masih baru tapi kami banyak bertukar pendapat, bercerita dan yang lebih aku rasa selesa, ada orang yang mendengar setiap butiran bicara di kala aku ada masalah sedikit masa lalu. Tapi kini segalanya berakhir, katanya dia terpaksa meletakkan noktah dalam hubungan ni.

3 SMS semalam dah cukup untuk buat aku faham, antara ketiga-tiganya ada satu yang menarik perhatian aku….

Yang pasti bukan sebab U, Fir, Fallah dan I, ada reason yang tak kan dapat I xplain. I tak contact u 2-3 hari ni coz I dok pikir. Ni jer jalan terbaik yang dapat I tempuhi demi bisnes I n hubungan famili. Kita semua tak kan bermusuh even mayb I tak kan dapat jumpa u all lagi. As normal, I akan terus korbankan apa saja demi seseorang. Itu semua dah sebati dengan I. u kenal ati budi I camnerkan? Senyum dalam sedih, ketawa dalam berduka, bahagia dalam pengorbanan. I tak di paksa tapi harus begini kerana situasi dah di luar kawalan i. thanks n frenz forever.

Kelu lidah untuk aku terus berkata-kata. Jauh di sudut hati ini terlalu kesal dengan sikap manusia yang memaksa segala keadaan ini terjadi. Aku terima semua ini dengan harapan segalanya akan kembali pulih seperti biasa.

Untuk Daniel, I tahu U akan baca blog I, I faham apa yang sedang U tempuhi sekarang ini, walaupun dalam masa yang singkat kita dah jadi kawan, I dah kenal isi hati U tapi nasihat I, janganlah terlalu banyak berkorban untuk orang lain sehinggakan di akhir perjalanan kehidupan ini, U juga yang akan menyesali tentang sebuah perasaan, tentang sebuah pengorbanan. Segala perancangan yang telah kita bincangkan telah berakhir di sini, I doakan agar U sukses dengan usaha U. I hormati permintaan U, thanks a lot for the friendship.

Wednesday, July 02, 2008

aku masih seperti dulu .....

Hari ini ada cerita baru dalam hidup aku, suatu yang memulakan segalanya kembali. Sudah puas aku menyusun kata untuk merangka perjalanan baru ini dan aku berserah pada Yang Maha Esa agar segalanya kembali biasa. Setiap manusia di dunia ini pastinya mahukan kebahagiaan, tak siapa yang mahukan penderitaan. Begitu juga dengan aku yang terlalu banyak menempuh segala ujian. Rasanya sudah puas aku menjaga hati insan di keliling aku dan sekarang aku mahukan sesuatu untuk diri aku. Buat dia yang mahu menghargai.

Aku ambil segala tanggungjawab ini, buang segala rasa untuk bangun kembali atas apa yang pernah aku tinggalkan. Bak kata Daniel, segala yang sudah lepas, dia dah kuburkan dan dia tak akan menggali semula batu nisan yang telah ditanamkan. Hmm ada benarnya…..