Sunday, February 27, 2005

demikian janjiNya ....



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari sesuatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang tersimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati." (QS Al-Mu'minun: 12-15)

Seharian aku melayan diri. Melihat ruang-ruang yang masih belum terisi. Yang pergi tetapkan pergi, yang tinggal di sini perlu terus gagah berdiri. Aku sedar ini janji Allah pada setiap kehidupan di dunia cuma sebagai manusia biasa aku perlu jadi tabah dalam menerima takdir Tuhan Yang Esa. Sejak menerima hakikat kehilangan arwah Syah, aku 'terpaksa' melalui hari aku seperti biasa. Biarpun rasa tertekan dan terkilan kerana tak dapat melawat arwah buat kali terakhir, aku pujuk diri sebaik mungkin. Yang pastinya arwah ada dalam diri aku. Baris doa yang aku panjatkan tak lekang nama arwah, moga arwah tenang dan damai disisiNya.

Aku pasti kehilangan yang aku rasai ini adalah ujian.dugaan.peringatan.ketentuan.segalanya. Aku mahu terus tabah, dapat aku rasakan jika arwah masih hidup pastinya dia tak mahu aku sedih macam gini. Tapi, aku tak mampu menipu pada diri sendiri. Setiap apa yang aku lakukan, mata ini hanya melihat wajah arwah yang sedang senyum sedang ketawa sedang menutur kata. Akan aku pastikan semua ini hanya hidup dalam kenangan. Sebagai manusia biasa, nyatanya aku masih belum dapat menerima pemergian seseorang yang terlalu dekat dengan aku terutamanya di saat-saat kematiannya. Ya Allah, kuatkanlah hatiku dengan ujianMu ini.

Esok, hari terus berganti. Dan aku masih di sini, pastinya merasai sebuah kesunyian.

Ujang & Akak Lilsy : kehadiran awak dan akak membawa makna yang sungguh luas dalam hati saya. Terima kasih, hanya itu yang mampu saya ucapkan. Moga kalian terus bersama saya, biar hanya di alam maya.

Friday, February 25, 2005

Syah, terima kasih atas segalanya.




"Syah ...apasal U tiba-tiba phone I ni? Slalu jumpa buat dek je..."
"Sebabnya, Allah dah suruh I datang kawan ngan U"

"I dah malas dah ngan budak tu, biarlah apa nak jadi pun ngan life dia, selama ni I berikan semua masa I untuk dia tapi I juga yang jahat!"

"Itu bererti U kalah dengan hidup U, sepatutnya U bimbing dia, tunjukkan dia jalan sebenar, bukan dengan cara orang putus asa."
"U cakap memang senang sebab U tak hadapi semua ni!"

"Ok, I mengaku mungkin bukan dalam situasi U, tapi U kena ingat...kalau jadi sesuatu yang buruk pada dia ataupun hidup dia bergelumang dosa, itu tanggungjawab U pasal U nampak dia akan menyimpang tapi U buat tak tahu saja!"

"Syah, U pun tahu cerita I ngan dia kan, U tahukan bagaimana slama ni I bawak dia jauh dari jalan hidup dia kan, bertahun-tahun...tapi kalau itu juga jalan yang dia nak, apa lagi yang I nak usahakan?"

"OK lah, I paham itu hak U dan hak U juga jadik teman baik I ok? "


"U kena slalu ingat, jangan harapkan balasan dengan apa yang U buat untuk orang lain."

"I tahu, tapi kekadang kecewa gak ngan orang lain kan..."

"Biarlah...satu hari nanti diaorang tahu sejauh mana nilai persaudaraan U."


"I nak cakap betul-betul...tak penah I jumpa kawan sebaik U tau."

"Hmm cakap la apa U nak cakap...I dah nekad apa saja keluar dari mulut manusia semua sama, cam letak tebu kat bibir."
"Betul la...I ikhlas. Kalau I tahu U baik cam ni, dah lama I kawan ngan U."
"Hmm, yer ke? Hmmm...ok la percaya tapi jangan terlalu memuji, semuanya milik Allah."
"I slalu doa sejak kita kenal, kalau boleh biarlah kita terus jadik kawan, sampai mati."

"I nak minta U satu je..."

"Apa?"

"Be positive"


"Susahnya nak cakap ngan Penang Idol ni..."

"Syah, I tgh hosting dinner, nanti I call U balik k?"

"Ok la, tapi janji call tau...ada rahsia!"

"Simpan la U punya rahsia...tak abis abis ngan rahsia!"


"Jom la keluar makan, I belanja U tapi U kena drive keta I pasal I malas la nak drive..."

"Sori la Syah, I busy skarang ni tambahan lak end of year,banyak function nak kena handle."

"Hmmm sibuk je memanjang, takkan tak der masa sikit pun?"

"Ok, cam ni...kalau I free I akan call U ok?"


"I dah puas hidup."

"Abis tu tak nak idup dah?"

"Hmm maksud I...dah kenal isi dunia, dah kenal orang tu, dah kenal orang ni, dah puas enjoy, hmm nak temankan I pegi cuti tak?"

"Cuti? Hmm ke mana?"

"U plan, i ikut je."

"Syah, kalau U nak pegi cuti, I boleh plan tapi tunggu March coz I dah kurang sibuk sikit."

"Ok gak...penat la hari hari keja, I nak rest plak."


Mana mungkin...seorang insan yang penuh dengan senyuman, yang sering hadiahkan aku dengan ketawa riang, yang tak jemu memberi kata semangat untuk aku teruskan kehidupan, yang tak lokek berkongsi rahsia perniagaan....pergi menyambut panggilan Ilahi di saat hubungan persahabatan ini baru saja bermula.


Dah lama aku kenal siapa 'Syah'. Tapi baru beberapa bulan kami jadi rapat. Telefon jadi pengerat hubungan. Seringnya dia menelefon aku dan waktunya 12 tengahmalam. Katanya saat itu Penang Idol (gelarannya untuk aku) sudah tidak sibuk dengan show. Dan setiapkali melihat numbernya di screen, aku akan bersedia untuk bersembang untuk 1 jam berikutnya. Syah memang suka berbual, siangnya sibuk dengan urusan perniagaan, malamnya adalah kehidupan.

Bilamana aku terima sms tentang pemergian Syah, peluh terus membasahi wajah. Terbayang aku wajah lesu seorang lelaki yang layak aku gelar teman, terbaring di katil hospital. Ya Allah, adakah ini ujian? Bertahun-tahun aku menangis seorang melihat manusia manusia disekelilingku yang memegang pelbagai watak, kemudiannya Kau hadiahkan aku seorang teman yang hadirnya untuk seketika untuk mengukirkan aku senyuman dan kemudiannya Kau ambil semula di saat dia sedang menggembirakan aku. Aku tahu ini ujian, aku tahu ini dugaan namun hati ini masih belum dapat menerimanya Ya Allah.

Syah, hari terakhir I jumpa U kat ICU hari tu, U dengar tak apa yang nak dari U? I nak U sihat kembali, I minta maaf kerana tak dapat tunaikan permintaan U, I minta maaf sangat sangat, U dengar tak Syah? Dan waktu itu juga I lihat ada air mata mengalir di pipi U. I diam. Sedih sangat. I dapat rasa yang U dengar apa yang I cakapkan. Waktu ini I jadi buntu, hilang rasanya semangat yang U kasi dulu. U slalu suruh I tabah tabah tabah, I ikut cakap U, I slalu kuatkan diri lepas cerita dulu, yang penah I kongsi ngan U. Syah, cepat sangat....cepat sangat U pegi, semua sms dari U masih ada dalam handphone I. U dah janji...U akan ada dengan I. Memang...U akan slalu ada dengan I, semua kenangan kita akan I simpan. U akan terus hidup dalam diri I....mana mungkin I lupa insan sebaik U..I syukur pada Allah, biarpun perkenalan ini hanya sementara, I puas. Kerana...I berpeluang kenal dengan U...biar cuma sementara waktu.

Wajah U tak akan I buang dari dalam ingatan I. Semangat U akan I jadikan peransang untuk kehidupan I. I doakan U tenang di sana. I janji...I janji...I janji...sebagaimana yang pernah U janji dengan I yang U akan bersama dengan I sampai mati. I janji.

AL FATIHAH.



Thursday, February 24, 2005

andai takdir itu milik AKU ...



Jika hitam telah pun tertulis, maka hitamlah hidupku kini, namun jika putih jadi hamparan, hanya syukur yang aku panjatkan, hari terus berlalu, usia makin mengejarku, dan aku...terus berlari mencari arah mana untuk aku diam menilai diri. Pernah aku ke kanan, tersungkur aku di daratan, pernah aku ke kiri, tenggelam aku di lautan, hajat hati mahu terbang tinggi, tangan pula tak mencecah awan. Sudahnya, aku masih di sini, terawang-awangan mencari haluan.

Bagai membuang masa, bagai insan buta biar ada cahaya di depan mata, laksana insan pekak yang hanya dengar sebelah telinga, juga seumpama insan bisu yang berbicara bila perlu - itulah ibaratnya diri aku, kadangkala yang jadi insan istimewa. Tak siapa simpati kerana bukan itu yang aku cari, tak siapa merasa biar aku yang tersiksa.

Merenung jalan kehidupan yang aku tinggalkan, salahkah aku dengan pengalaman? Terhumban di sini hanya kerana seorang insan dan mungkin juga aku yang tiada pegangan. Saat ini dia terus bahagia dengan hidupnya, saat ini aku juga bahagia dengan bayanganku sendiri, sesekali tersenyum mengubat sepi, kadangkala menangis mencurah hati namun tidak pada siapa sekalipun, kerna tiada yang menemani, kerna tiada siapa di sisi. Aku berdiri di cermin diri. Melihat lelaki itu. Aku bangga dengan lelaki ini, mata berkaca bukan intan tapi bawa maksud cermin kehidupan. Aku dan lelaki ini berpegangan tangan, berjalan, berpimpinan tapi belum bertemu sempadan.

Pernah cermin itu aku pecahkan kerana mahu lelaki itu wujud dalam realiti. Tapi dia hilang sesudah kaca berselerak di lantai usang. Darah di tangan bertukar warna, merah ke putih, bingung aku dibuatnya. Mahsuri darahnya suci tapi aku noda dan dosa tak terperi. Titik-titik darah itu jatuh menyembah bumi, hilang dibawah terik mentari. Layu. Lelaki itu hilang tak sudi bersua dengan aku.

Ku dirikan cermin baru dan lelaki itu muncul disisiku. Senyumku senyumnya jadi satu. Tak akan ku pecahkan lagi, biarlah aku terus di sini, melihat wajahnya yang menyimpan kisah pilu dan sendu dan di situ juga ada senyumnya yang bercerita tentang diri aku.

Semalam pastinya dah aku tinggalkan. Esok aku akan terus merantau, mengenali setiap manusia yang aku jumpa. Yang tak akan aku percaya pada cerita-cerita mereka, manusia yang senyumnya manis lebih dari gula. Esok juga adalah hari pertemuan, esok juga adalah hari perpisahan. Sampai bila? Sampai bila-bila.

Andai takdir itu milik aku, aku terima segalanya.

Tuesday, February 22, 2005

dia ... masih di sana



seorang lelaki di dalam cermin ....tempatnya masih di sana, di istana usang itu, masih seorang, menunggu akan datangnya satu waktu, akan hadirnya seorang insan yang benar jujur untuk kembali membina istana, yang lama..yang usang..dan berpenunggu.

Lelaki itu masih terperangkap di dalam cermin, mencari jalan pulang di bawah cahaya terang, langkahnya tanpa arah biar terlukis jalan indah. Namun, dia tak pernah kesal, tak pernah sesal akan sebuah perjalanan lalu, yang berliku itu dijadikan ilmu untuk hari hadapan.

Hidup aku dikelilingi dayang dan hulubalang, sesekali jatuh cinta namun yang kerapnya diziarah rasa kecewa tapi tak pernah ada kata putus dalam jiwa kerana aku tahu cinta itu ada. Yang tinggal hanya usaha untuk mengecapi bahagia.

Pengalaman ini telah banyak mendewasakan, perjalanan yang aku tempuhi menemukan aku dengan insan-insan istimewa : ada yang bahagia, ada yang derita, ada yang eloknya tak terkata namun isi kosong tak bermakna, ada yang cela terpancar di muka namun kaya budi bahasa, ada senyum dalam duka dan ada tangis kerna gembira. Isi manusia tak sama dengan kulitnya. Ahhh...sesekali tak mampu aku nak menilai hakikat kejadian alam yang penuh dengan rahsia.

Setiap hari ada insan aku kenali...semuanya sama, mengukir senyum namun punya maksud tersirat di sebaliknya, faham benar aku. Hmm aku juga bijak mengukir senyum, malah sampai ke telinga, yang cuba mengambil kelebihan ini akan tahu nasib mereka, sudah puas aku mengangguk kepala selama ini, menuruti...mengikuti...menyetujui segala apa yang di kata dan kini masanya aku bukan lagi insan dahulu yang sudah puas berkorban demi kebahagiaan insan yang aku simpan di dalam jiwa.

Jangan salahkan aku andai ada yang kecewa selepas ini, jangan jari ditunding pada lelaki ini andai ada jiwa yang merana tak lama lagi. Bukan dendam namanya, bukan membalas rasanya tapi sekadar mahu melihat sekadar mahu memandang (tapi bukan merasa) bagaimana sebuah hati tersiksa.

Hitam telah lama berada dalam jiwa, hitam telah sebati bertahun jangka hayatnya. Hitam mahu bebas, mahu keluar melihat dunia, biarkan hitam ini dengan caranya...jangan dihalang perjalanan aku sebagaimana aku tak pernah menahan perjalanan insan-insan terdahulu.

Aku senyum. Ahhh mana mampu aku lakukan semua ini, mana bisa aku sakitkan hati insan lain. Mana boleh aku menghukum jiwa yang tak bersalah, itu zalim namanya. Yang tertulis adalah dari hujung mata pena..dari jiwa yang terluka..yang nyatanya adalah aku...yang masih mampu tersenyum melihat insan yang aku sayang jadi milik orang.

'bintang, jangan jemu nyanyikan lagu untukku, kerna hanya kamu yang mengerti semua ini"

Posted by Hello

Monday, February 21, 2005

25 jam sehari

Hidup ni aku rasa macam cepat sangat masa berjalan, dalam sehari tu memacam cerita berlaku dalam idup, lepas satu cerita ada cerita lain lak! Hmm cam kata Ct Nurhaliza ... begitu banyak cerita :)

Actually dua tiga hari ni macam malas nak menulis kat blog, tension ada gak, tapi idup tetap kena terus kan? Waktu hepi mcm ingat tak ingat, waktu sedih...sendiri mau ingat la kan? Hmm dah jadi biasa dalam idup aku ni, hepi nampak hepi, sedih pun maintain nampak hepi, jadik tension kalau aku wat muka sedih coz kengkawan tak dapat nak terima wajah sedih aku so aku wat muka hepi je la...(takperlah sahabat sahabat sekalian, aku idup untuk korang je la!)

Ishk ishk sampai bila la aku nak dapat payment, dorang ingat senang ke keja mengacara majlis...keja dah abis 2 bulan sudah, payment aku blom dapat lagik, sib baik keja ni keja part time aku jer, pagi tadik aku ke Kewangan Negeri - semak pembayaran keja aku, tak masuk lagik! Hmm ntah la bila nak masuk tu. Tapi aku tak nak pikir sangat coz aku rasa malu nak tanya lebih lebih, sebabnya? Hmm aku malu ngan Tuhan la :) Betul...korang mesti ingat aku giler per tapikan Dia dah kasi bakat, dah kasi suara yang sesuai, tugas aku sampaikan je apa yang yang pelanggan mahukan dalam setiap majlis, bukan ke senang namanya? Cuma bukan semua mampu buat tu...setengahnya gemuruh ngan orang ramai setengahnya malu bercakap, setengahnya nak cuba tapi tak der saluran...sedangkan aku Dia kasi pakej dan Dia tunjukkan jalan. Dengan sekali telefon dari pelanggan, aku dapat satu majlis dan dibayar mencecah empat angka...siapa nak kasi? Keja sebulan pun belum tentu dapat gitu...bagi aku, biarlah, lagipun itu pendapatan sampingan,lambat laun dapatgak, kalau dapat skarang pun bleh abis aku beli 'katak' hmm baik aku simpan.

Sian Eton... member aku tengah pusing pusing carik keja, dah merata tapi blom dapat gak...ntah la aku pun dah tak tahu nak usaha mana lagi dah...dah bersuami dah beranak tapi keja blom dapat lagik...tadi aku dah ambik borang keja ngan kerajaan Penang ni kat dia, harapnya dia dapat la karang....

Jump Boil...bukan produk baja tumbuh-tumbuhan, bukan nama makanan ok, ini nama email sorang ni, aku suka ngan dia, kenal pun kat sini lah, kat blog aku ni, baru je kenal 'kenal ke' tapi aku suka dengan email email yang dia hantar kat aku. Smalam pertama kali aku sms dia..katanya tengah makan ngan member, ok aarr tu ada jawapan so aku tahu la yang aku tak salah catat number handphone! Cam ada arus semangat yang dia kasi.....harapnya selamanya dia ada ngan aku.

Smalam besday si Aya, aku tak pegi pun, dgr citer dorang main Galah Panjang kat beach hmmm teringat aku zaman bebudak, tapi member aku semua tu dah besar..main galah panjang lagik ke? Hmm...tak per aaa janji korang hepi! Smalam aku sakit kepala yang teramat, cam ada bola tengah melantun dalam kepala ni. Pas dinner skit, makan ubat mak kasi, apa lagi nak tutup lampu.....tetiba bunyi hon plak! Ishkkk sapa lak tu, abang aku plak datang umah! Hmm ajak kuar makan, aku tgk jam isshkk dah jam 12 malam ni, makan apa lagik, tak nak la aku kang gemuk! Susah payah aku maintan berat aku kang hampeh!

Ari ni Muni email aku, siapa Muni? Munirah ke Munir? Hehehe, ngak penting apa juga jantinanya, janji manusia! Itu yang penting. Sedih plak aku baca email dia, katanya dia gemuk tak der sapa nak kawan...hmmm pelik aku dengan manusia manusia di sekeliling, dorang ni ingat dorang sapa ntah! Nak pilih yang ensem la yang cantik la, baru bleh jadik kawan...sebenarnya ada yang tak pandang semua tu tapi rasa aku bilangannya kecik la, aku cakap pada Muni, biarkanlah semua ni, wat per la nak beratkan otak kita ngan semua tu,kalau Muni rasa dengan menguruskan badan Muni dapat membina kehidupan, buat lah! Dah jadi lumrah manusia nak tgk sesuatu yang elok elok jer! OK ek Muni jangan sesedih. Psst : aku suka kawan ngan sesapa je...setiap orang tu ada cerita berbeza dalam kehidupan, sekurang-kurangnya aku dapat belajar!

Hmm banyak lak aku merapu dana...sebenarnya tak tahu nak nulis apa. Wokay lah....

Friday, February 18, 2005

SEMUA UNTUKMU


Posted by Hello
Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Thursday, February 17, 2005

metroseksual : aku lelaki itu



DUNIA TELAH BERUBAH .....
Kini telah lahir satu spesies baru. Kaum lelaki telah berubah kepada gaya hidup lebih feminin yang mana tiga dekad lalu dianggap aneh. Perubahan ini bukan secara anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku. Kecenderungan kaum lelaki untuk tampil lebih bergaya dan tubuh badan sempurna semakin mendesak ekoran kehidupan moden hari ini.

Setiap hari, pelbagai perubahan dan pembaharuan dalam dunia fesyen pakaian, produk kecantikan dan teknik rawatan moden untuk kecantikan mendapat tempat di hati lelaki. Pertambahan populasi golongan lelaki muda berkocek tebal menggalakkan lagi penularan trend atau fenomena baru ini. Tidak terlepas, peluang persaingan para usahawan untuk menggiatkan pengeluaran barangan berjenama khusus untuk golongan ini.

Jika dulu wanita memerlukan segala produk kecantikan, kini bagi lelaki dianggap perkara normal. Itulah realitinya, tidak hairan jika muncul istilah man oriented woman, kaum lelaki yang berorientasikan kaum wanita. Spesies baru yang lahir dalam masyarakat kita ini dikenali sebagai “metroseksual”.

Satu istilah baru

Metroseksual! Istilah ini mungkin jarang didengar atau sukar untuk kita memahami pengertian sebenarnya. Walaupun istilah ini masih baru digunakan tetapi masyarakat terutama golongan muda di kota besar menerimanya sebagai trend baru yang lebih menampilkan peribadi seseorang lelaki. Lelaki metroseksual tidak lagi dikategorikan lelaki macho, yang berotot atau gagah perkasa tetapi lelaki yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Terdapat lebih daripada 70 definisi untuk menerangkan makna sebenar metroseksual. Istilah ini telah dipilih sebagai Word of the year 2003 oleh American Dialect Society. Secara umumnya, metroseksual adalah istilah yang diambil dari perkataan Yunani iaitu ‘Metropolis’ yang bermaksud ‘ibu kota’ ditambah dengan ‘seksual’ iaitu susuk tubuh lelaki yang digambarkan dengan penampilan dan gaya hidup seperti perempuan.

Dalam beberapa laman web yang membincangkan tentang istilah ini, metroseksual muncul pertama kalinya pada tahun 1994. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Mark Simpson, seorang penulis tentang dunia fesyen. Beliau menggambarkan kelompok atau golongan anak muda yang hidup di kota besar; berpendapatan tinggi; sangat menyayangi bahkan cenderung memuja diri sendiri; amat tertarik dengan fesyen dan perawatan tubuh. Mereka memiliki kulit lembut, putih dan mulus, wajah disapu bedak asas, bibir berkilat dengan lip gloss. Tetapi jangan salah sangka, metroseksual bukan mengambarkan lelaki gay atau biseksual. Sama sekali bukan! Mereka adalah lelaki heteroseksual sejati.
Dan mungkin juga mereka lelaki SESUATU.

p/s : petikan dari laman web

Wednesday, February 16, 2005

izinkan aku bercerita ...



seandainya kesedihan ini ada sungainya, ingin aku ikut setiap alurnya agar dapat aku sampai ke muara.....


izinkan aku bercerita .... akan rasa sedih dan juga pedih yang bertandang di jiwa. Wajahku bertopengkan senyuman yang tak pernah aku tanggalkan selama ini, rasanya bagai udah sebati di dalam acuan hidupku. Yang aku tahu senyuman dan gelak tawa yang aku lukiskan adalah hadiah untuk insan-insan yang bersama-sama dengan aku. Senyum tawa ini juga jadi pengubat jiwa - sekurang-kurangnya untuk aku yang sering disinggahi rasa kecewa.

Keimanan ini teruji dari Ilahi. Kerana tebalnya ketetapan ini, aku gagahkan diri melalui setiap cabaran Dia - yang aku rindu untuk berjumpa. Namun, terlalu banyak duga, terlalu banyak ujiNya. Yang aku pinta biarlah aku terus mampu bertahan dengan setiap cubaan. Aku sedar aku antara insan yang terpilih melalui jalan ini dan pada masa yang sama juga hati ini bimbang bukan kepalang andai jatuh di jalan usang. Tapi aku percaya yang Dia lebih mengetahui siapa aku sebenarnya.

Cerita ini masih panjang. Yang aku mulakan hanyalah pengenalan. Detik ini akan aku suarakan sebuah cerita, sebuah cereka, tentang manusia : yang juga bertopeng seperti aku namun topeng mereka topeng bahaya : yang bisa menghancurkan sebuah jiwa, yang bisa membawa manusia jauh menyimpang ke dasar sengsara.

Masanya tiba untuk aku bercerita ...........
Posted by Hello

Tuesday, February 15, 2005

terpalit dia di ingatan .....

Abang Samar datang ke rumah beberapa tahun lalu, aku tiada di rumah, pada emak ditinggalkan pesan, salam darinya untuk aku, kira-kira sejam aku pulang ke rumah, salam disampaikan. aku menjawab tenang, mandi dan solat maghrib. Fikirku, sebentar nanti nak call Abang Samar. Terlelap seketika di katil, tak lama ...aku dikejutkan dengan deringan telefon : Abang Samar baru saja meninggal dunia. Ya Allah antara percaya atau tidak inikah yang perlu aku terima? Terus aku siap seadanya ke Kedah. Sebaik sahaja memasuki ruang tamu rumahnya, yang aku lihat benarlah sekujur tubuh yang tiada lagi nyawanya. Apa lagi harga air mata ini yang boleh aku tangisi? Kesal apa gunanya? Sudah janji Allah, dariNya kita datang kepadaNya kita kembali namun aku masih tertanya tanya, mungkin ada bicara yang mahu dikongsi dengan aku beberapa jam sebelum pemergiannya.

Sebenarnya aku baru aja kenal dengan arwah tapi dengan sifat penyayang yang ada padanya, aku jadi rapat, sering habiskan masa bersama di studio, hari demi hari kami jadi erat. Masih ingat aku dengan kedatangan arwah ke rumah, makan tengahari di ruang tamu, mak masak sardin hitam, berselera arwah abang makan. Seminggu sebelum itu, arwah berikan aku dua set almari kecil, untuk aku letak majalah katanya, juga beberapa helai baju. Bila di tanya kenapa kasi pada aku, arwah jawab dia dah tak nak lagi dah. Mana mungkin aku lupa seorang yang hadir untuk hanya seketika tapi meninggalkan kenangan yang tak akan lekang di jiwa. Semangatnya, dorongannya masih utuh tak mungkin padam. Dia pergi kerana di kasihi Ilahi dan aku perlu menyedari ini adalah tuntutan sebuah kehidupan.

Menyingkap kembali sebuah perjalanan kehidupan, hati aku jadi sayu...nyatanya dia tak akan kembali.

Cerita Syah bagaikan mengulangi cerita arwah Abang Samar, dua duanya hadir dalam masa yang terlalu singkat dalam hidup aku, Arwah Abang Samar sudah bersemadi dan Syah masih di sini, memperjuangkan nasibnya yang bergantung harap pada doa teman serta keluarga juga kuasa Allah SWT.

Hari-hari kebelakangan ini bagai sepi....kosong tanpa erti.

Sunday, February 13, 2005

kalam buat Syah ....

Pagi tadi aku dapat sms dari ayah Syah - Pakcik Azmi, katanya Shah dalam keadaan merosot. Fikiran aku terus tak menentu, aku siapkan keja apa yang patut, ambik keta terus drive ke Hospital SP dari Penang dah jam 2.30 petang. Sampai je kat sana abang Syah sambut aku terus bawak aku ke bilik Syah.

Mak dan makcik Syah sedang bacakan ayat suci, keadaan Syah tak banyak berubah sejak aku lawat dia dulu. Dia belum sedar lagi, kata akak Syah, pagi tadi dia kritikal, badannya dah mula sejuk, semua dah panik. Alhamdulillah dia kembali stabil. Tapi yang buat aku terkilan, kata akak Syah, doktor tak nak cakap peratusan dia kembali sembuh malah kata doktor Syah dah tak punya harapan untuk kembali hidup seeprti biasa. Hati aku bagai disiat-siat. Syah skarang hanya meneruskan baki nyawa di badannya, tak mungkin lagi dapat aku dengar suara dan gurau sendanya. Cepat sungguh masa berlalu, kuasa Allah - ini yang dikehendakiNya. Ingatan aku terlalu kuat melihat kenangan aku ngan Syah, mana mungkin aku lupa insan yang banyak memberikan aku semangat di kala aku tertekan. Dalam dirinya terlalu kuat semangat. Sebak dalam dada tak dapat nak aku ceritakan : andai sesuatu yang terjadi pada Syah, tak mungkin aku lupa malah ianya akan menghantui kehidupan aku, Syah nak sangat makan malam dengan aku beberapa hari sebelum kemalangan, malah beberapa hari sebelum itu juga dia mula menghantar sms kata kata sayang sedangkan antara aku dengan Syah hanya sahabat karib, segalanya kami kongsi dari cerita peribadi hinggakan perkembangan perniagaan masing masing. Janji lagi, April nanti bakal bercuti di luar negara, katanya dia dah lama sibuk dengan business, nak sangat berehat, luangkan masa bercuti dan aku dah janji akan temankan dia.

Aku bisikkan di telinga Syah, agar dia kembali pulih, selalu ingat pada Allah.

Biar apa pun yang aku lalui tadi, kata kata doktor kuat di telinga aku : Syah tak mungkin kembali, dia hanya menunggu masanya. Aku tak tahu nak berfikir apa, maksudnya sedikit masa lagi Syah akan pergi mengadap Ilahi. Beratnya ujian untuk aku. Sedihnya melihat keadaan Syah tadi. Tak tertanggung penderitaan oleh Syah, itu firasat aku.

Aku bisikkan lagi : Syah, I akan datang lagi, U kena sembuh, ingat Yang Maha Esa. I nak tgk U kembali macam dulu....air mata aku mengalir laju, aku hentikan perbualan seketika. Syah, I balik dulu, Assalammualaikum. Aku lihat di kelopak matanya ada air kemudian menitis mengalir di pipi. Aku tinggalkan Syah.


Apa lagi yang mampu dilakukan hanya sebaris doa buatMu Yang Maha Kuasa.

dun despair lah !!!


dun despair lah! itulah kata-kata Milan yang kembalikan senyuman di hati aku jap tadi. Kemarin tension sungguh aku dengan masalah keja, terus aku tepon Milan kat Sydney, tak puas ngan tu aku email lak dia, sambung ngan sms lagik, akhirnya lega giler bila dapat reply email Milan!

Life is like a rollercoaster with ups and downs, one minute your happy enjoying the ride then the next minute, you are throwing up! hahaha Hmm dont despair lah, keep being nice and good to others even if they'are not good to your or help you out. Whats important is GOD knows what you're doing and he's the only person you have to impress, NO-ONE ELSE ok. Just because ppl are not so kind and helpful as u r to them, dont use that reason to be bad to others. Ur stronger and wiser than that. U know what i do, I just TRYING to be nice to ppl and do good and not expect anything in return at all, so at least i dont get disappointed, AND when they do good things back to me, then its a BONUS and if they dont then thats fine also coz I never expected anything in the first place. U know im like you, i give so much but nothing in return BUT thats ok lah, GOD knows all of this and he's planning good things for us as we are speaking now. Have more faith la. Through every dark nite, there's a bright day after that.

Aku senyum. Milan, I know God give you to me as a special gift, even we are far apart but we are closed in our heart. Aku cari Milan di sini : di Penang : di Malaysia tapi tak pernah aku jumpa, insan seperti dia hidup dengan penuh kesederhanaan. Walaupun kami bersua hanya seketika dulu, aku dapat lihat sikapnya jauh meninggalkan aku dan insan insan di sekeliling aku. Biar jauh di Australia, kami masih berhubung. Teman karib, sesekali di talian, bergelak ketawa, bercerita, berkongsi segala rasa duka.

Teringat aku Ramadhan dulu, dia juga berpuasa. Sesekali menghantar SMS 'selamat berbuka puasa' Hehe...lucu aku. Terbaru...aku jadi pilu bila sms tiba di Tahun Baru Hijrah : 'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1 Muharram' .
Yang aku tahu perhubungan ini tak akan berakhir selagi aku masih punya nyawa di badan, InsyaAllah.
Posted by Hello

Saturday, February 12, 2005

atas nama CINTA



Atas nama CINTA, manusia hidup dengan penuh rasa bahagia dan atas nama CINTA juga tak kurang ada yang menderita. Begitulah kehidupan, nasib tiap insan tak ada yang serupa.

Hari ini aku bangga : biarpun berkali kecewa dengan 'manusia & cinta' aku masih terus berdiri menguasai diri kerna aku tahu akan hadir satu masa nanti CINTA yang pergi itu akan datang kembali. Biar selama mana aku bertahan, aku akan terus pastikan penantian ini bukan hanya satu harapan tapi kenyataan.

Buat semua insan membaca blog ini, ketahuilah hidup kita bagaikan sebuah roda, jangan sesekali mengkhianati sebuah perasaan...satu waktu nanti kita akan tahu nilainya. Luka mampu sembuh tapi parut tetap akan ada kecuali kita guna ACTIVA! Hehehe.....sayang buat kalian! Posted by Hello

Wednesday, February 09, 2005

siapa KITA ?

Siapa kita sebenarnya untuk menilai manusia lain? Aku jadi takut untuk melihat kelemahan dan kekurangan orang lain sebaliknya aku perlihatkan diri aku pada kesempurnaan yang ada pada setiap individu yang aku kenali, dengannya aku agungkan ciptaan Ilahi. Namun masih ramai antara kita yang memandang kekurangan, kecacatan, kelemahan serta ketidaksempurnaan insan lain. Tidakkah mereka sedar apa yang mereka suarakan itu bagai merendahkan ciptaan Yang Esa?

Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan namun yang lebih mendukacitakan manusia melarikan diri setelah melakukan kesalahan...sampai bila?

Aku curi masa melihat perasaan mereka ini...sedihnya tak terbayang apabila manusia yang sama tarafnya meletakkan perbezaan pada diri masing-masing semata mata untuk kepentingan diri sendiri. Sering aku bermohon agar dijauhkan segala sikap yang tak menguntungkan ini. Biarlah masa terus berjalan dan aku sedar dengan diri aku sendiri.

Alangkah bahagianya jika semua di kalangan kita tahu di mana bumi dipijak .....

Tuesday, February 08, 2005

masih ada sayang ?

Valentine ader antar sms dua hari lalu, satu sms mohon maaf satu lagi minta kembali macam dulu...hmm aku? Satu, aku senyum dua, aku senyum tapi penuh dengan simpati. Aku sayang gak kat dia, kalau tak sayang mana mungkin aku diam sebegini mengira hari.

Aku jadi bingung dan terus bingung, apa yang jadi sebenarnya. Satu waktu tu kata-katanya (masih aku simpan dalam handphone) terlalu menyakitkan..seolah olah aku ni insan yang tak membawa apa apa makna padanya slama ni..membosankan, mengongkong dan memacam lagik. Hmm senang je, sebagai manusia biasa, aku ambik jalan yang paling mudah...slama ini hanya dia yang lamaaaaa dalam hati aku, aku kasi yang terbaik..cuba memahami stiap masalah dia, letakkan diri aku sebagai tertekan, sms, telefon, sebagainya. Yang aku dengar feed up - happynya dia bila ada ngan aku. Baguslah kalau cam tu sekurang-kurangnya aku dapat bahagiakan orang. Tapi bila satu je soalan aku nanya tentang dia ngan somebody, fuhh Tsunami trus datang. Memacam lak dikatanya aku.

Sejak ari tu, aku kasi la 'silent treat' Hmm...baik diamkan diri kerana sesekali dan bila dalam keadaan tertentu, mendiamkan diri adalah jalan yang terbaik. Dan kini dia kembali dengan ucapan maaf dan katanya baru dia tahu siapa sebenarnya yang dia sayang...mudahnya kata kata ni kan. Stiap kali insan lain melakukan kesalahan dan kita memberi maaf, detik itu indah sangat tapi kalau dua kali? Tiga kali? Hehehe sendiri mau ingat la kan.

Aku? Hmm trus selamba rock...tak pernah ingin aku berdendam pun, stiap hari sebelum tidur, aku maafkan semua orang yang aku kenali. Aku juga pohon maaf menerusi angin andai ada salah aku pada sesiapa ari ni. :) Tenang sangat rasanya...

Awak, nilailah kembali apa yang telah kita lalui...timbanglah, antara bahagia dan duka, yang mana datangnya dari orang?

Sunday, February 06, 2005

Harapan Yang Tertinggal


hidup ini penuh dengan seribu dugaan dan cabaran
selagi ada hari kita melangkah membatasi masa
selagi itulah pancaroba di depan mata

hari ini bagaikan semalam
jatuh lagi aku dalam perjalanan kehidupan
betapa berat menanggung hati yang terluka
betapa seksa memujuk hati yang sengsara

salahkah aku untuk bertanya
salahkah aku untuk mencari jawapannya
apalah dosa hingga datangnya bertimpa timpa

malam ini datang lagi
mengajar aku untuk bersabar dengan takdir Ilahi
senyum aku di sanubari
benar mungkin aku diuji
pasrah, redha, tabah, selagi daya di jiwa ini

alam
dengarlah suaraku
saksikanlah pilunya batinku
yang merintih yang menangis
mencari cita-cita yang hilang entah ke mana

esok mentari akan menjelma lagi
dan aku masih menggalas sebuah harapan
yang entah bila kan jadi satu kenyataan


“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan,
maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan,
dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian dosa-dosa yang kamu lakukan”

ASY-SYUURAA

Thursday, February 03, 2005

insan SEKERDIL kita

dengan nama Allah Yang Maha Esa


Tak pernah aku drive ke Sungai Petani tapi lantaran hanya hari ini aku punya masa terluang, aku 'membawa diri' dengan penuh tawakal. Nawaitu hanya satu - mahu melihat Syah di Hospital Sungai Petani.

Sampai di perkarangan wad 12, seseorang telah memanggil nama aku. Seorang wanita dalam awal usia 30an, bertudung, aku hampiri wanita itu. Nyatanya dia hanya menduga samada aku adalah teman adiknya...benar - aku teman Syah, aku diperkenalkan dengan ayah dan ibu Syah. Kala itu air mata aku mcm dipaksa paksa keluar, melihat wajah ibu dan ayah Syah, seakan Syah yang menyambut kedatangan aku.

Berbual tentang keadaannya mana mungkin sama bila aku melihat tubuhnya yang terbaring lesu, mata separuh terbuka, bahagian bawah kerongkong ditebuk untuk pernafasan, bahagian telinga yang membengkak, kulit kepala yang punya bekas jahitan...wajahnya bagai berbicara dengan aku menceritakan keperitannya. Kala itu rasa sedih dan simpati memenuhi stiap bahagian hatiku. Air mata lelaki ini bukan lagi berharga. Syah...apa yang mampu aku lakukan?

Terasa diri ini kerdil benar di sisi Allah. Aku genggam tangannya, yang mampu hanya 'bersuara' di sisinya memohon dia cepat sembuh dan janji akan melawat dia lagi. Tangannya bergerak...matanya juga bergerak, sekurang kurangnya aku yakin dia mendengar butir bicara aku. Syah, andai aku mampu kongsi penderitaan ini.....

Perjalanan kembali ke Pulau Pinang membuatkan aku terfikir, segalanya boleh terjadi dengan kehendakNya. Terlalu pantas semuanya berlaku.

Syah, aku akan datang lagi. Cepat sembuh kerana ada janji yang belum dilunaskan. Ya Allah, padaMu aku bermohon, kembalikan Syah pada kami - teman temannya yang setia menanti. AMIN.




Wednesday, February 02, 2005

kucingku.....

Tension sesangat, awal pagi tadi aku belek-belek keempat-empat anak kucing, rancangnya petang karang lepas show karang nak bawak gi klinik coz sekor tu terkena jangkitan kulat kat kaki. Comel sangat semuanya, aku letak dalam sangkar, time nak minum susu aku keluarkan, pagi tadi dorang dah minum tapi disebabkan nak main ngan dorang aku keluarkan semula, pas main aku biar je, slalu dorang main kat ruang tamu je, aku ke dapur rebus ikan untuk Putih, Eman ngan Manja, anak anak kucing tu semua anak Manja, Putih baru beranak tapi tido dalam bilik aku. Eman tunggu nak makan ikan, pas dah rebus dan hidangkan kat dorang aku naik ke bilik sambung keja skit kat PC. Tak lama pas tu dengar Ba panggil cakap dua ekor je tinggal mana lagik dua ekor...apalagik usaha mencari dan menyelamat bermula, habis satu rumah aku punggah ngan ba tapi sekor pun tak jumpa, puas aku pusing satu taman perumahan dan satu kesimpulan je aku dapat, mayb dorang main kat pintu, depan umah aku ni ramai orang lalu lalang so mayb ada yang tersangkut berkenan kat kucing dua ekor yang lincah ni trus angkut bawak balik umah. Tu je yang dapat aku simpulkan. Hmm....hempeh betul, kalau aku dapat sapa yang ambik tu, siap la, akan ku laserkan selaser mungkin, tak tahu malu ke ambik hak milik orang! Anak-anak kucing tu plak manja giler ngan aku satu family. Mak dorang nama Manja, first time aku tgk sekor mak kucing yang manja terlalu manja lebih dari orang! Anak-anak dia plak manja giler. Hmmm skarang dah tinggal 2 ekor je la, hitam n putih, yang hilang lagi 2 tu warna hitamputih. Aku tak tahu nak wat per dah. Otak dah beku tak tahu nak pikir. Sapa yang ambik kucing aku tu memang la tak berhati perut! 1-tak kesiankan tuan kucing 2-tak kesiankan mak kucing 3-aku sayang dorang la! Hmm....

Keeper of what disapears,
Hear me now, open your ears,
Find for me what I now seek,
By moon, sun, wind , fire, earth, and sea.

Tuesday, February 01, 2005

indahnya VALENTINE

Bukan laut namanya jika air tak berombak,
Bukan cinta namanya jika perasaan tak terluka,
Bukan kekasih namanya jika hati tak cemburu.


Tersenyum aku dengan buah kata yang aku baca coretan seseorang : penuh makna.

laut mati tak pernah berombak,
cinta monyet tak pernah terluka,
kekasih Allah tak akan cemburu.

Valentine. Siapa yang anda fikirkan? Seseorang yang paling istimewa dalam hidup anda? Rindunya aku pada insan yang merindui aku. Sayangnya aku pada insan yang menyayangi aku. Kasih ini tak pernah putus biar apa jua yang merintangi sempadannya.


selamilah jiwa ini yang terluka ......



berbicaralah sang alam ...

bagai sudah lama sang bulan berdiam diri, hanya melihat pungguk di bumi, yang terus gelisah mencari kasih sejati namun yang dapat hanya cinta berduri : sakitnya bak duri menghiris hati. sebenarnya bulan pilu melihat pungguk kecewa begitu namun apa daya apa mampunya untuk membantu, hanya memandang berjiwa sayu, biarlah menjadi pengajaran buat pungguk yang terus merindu

Banyaknya - itu suara aku bila lihat bintang di langit tadi, sempat ke pantai Batu Ferringhi. Bayangkan...bila malam gelap dengan langit yang terbentang luas tapi ada kerdipan kerdipan kecil yang bercahaya, indah sangat, besarnya kuasa ciptaan Tuhan. Aku sukakan lautan, suasana malam dan alam semulajadi. Suka sangat malah tenang rasanya hati biarpun di kala runsing.

Teringat aku pada pesan seorang teman : bila melihat alam, berbicaralah dengannya, sebenarnya dia mendengar setiap puji kita padanya. Aku senyum dan bibir ini terus berbicara. Semakin lama aku bersuara semakin lama juga hatiku bagai dipalu riangnya. Sesekali berbicara dengan alam .....