Tuesday, September 27, 2005

dan disebabkan itu .....

seharian aku dari awal pagi keja sampai malam, juz sampai umah. actually kesibukan keja menjelang ujung tahun dah memang jadi kebiasaan aku tapi hari ni 'letih' lebih skit coz aku tepon sana tepon sini, lobi orang sana lobi orang sini, minta itu minta ini semata-mata aku nak lepaskan diri dari kena outstation ke JB Jumaat nanti COZ dah janji nak jumpa Aisye. akhirnya usaha berbaloi, itupun last minit. hepi bukan kepalang rasanya dalam hati aku tapi bila dapat sms 'cakap la betul-betul, semua ni effect mood saya tau!'. abis? aku ni makhluk apa agaknya? aku pun ada mood gak. trus mula aku nak me'moody'kan diri, dah malas aku nak nulis kat sini berkali-kali, orang lain je ke ada perasaan, aku ni tak der perasaan ke? puncanya hanya kerana mulanya aku cakap kat Aisye kena pegi gak pastu bila dapat hepi news tu aku sms la cakap tak yah pegi, tetiba dia antar sms cam tu plak! hmmm.....

sampai umah trus kasi Milo, susu tin, beras dan lelain yang aku beli kat mak, aku lepak dalam bilik jer (cam drama la pulak) aku pejamkan mata pastu zzzzzzzzzzz, alih-alih dengar suara mak tanya tak mandi ke tak solat ke tak makan ke? aku tetido rupanya (aku ni jenis kalau dah letih yang benar-benar letih dan sakit hati yang benar-benar sakit, maka jawapannya ialah AIR - marah & TIDO - letih) InysaAllah semuanya bleh lega!

suratan @ kebetulan, blog abang shak dengan satu artikel tu macam sesuai je ngan apa yang aku cari selama ni, hmmm aku kongsi ngan korang semua, jadikan panduan ek kalau korang sayangkan hubungan korang (peringatan untuk aku gak!)

apsal pasangan korang curang dalam diam? (fuhhh minta selisih malaikat 44 aku jadi curang, tak sanggup aku - statement baik ke ni?) banyak sebab sebenarnya pasangan bleh curang dalam diam (tolonglah untuk semua pasangan-pasangan, dari korang nak curang, baik cakap je 'saya dah tak nak continue hubungan ni!' - jangan mainkan perasaan orang beb! antaranya sebab-sebab kecurangan dalam diam ialah :

Rasa Marah - percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. korang mungkin tak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. dia mungkin tak meluahkan coz tak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. korang pun sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak mahu meminta maaf. mungkin korang juga sering menimbulkan kemarahannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya seperti pegi disko, nak fun je, cakap lepas dan mencabar keegoannya. oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional. haaa.....aku slalu gak cam ni, bila marah je aku pikir bebukan! tapi masih under control beb tapi aku pun manusia biasa gak kan, ntahlah!

Sering Berjauhan
- korang dan si dia sering berjauhan. contohnya, korang belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. korang hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. mungkin juga korang atau si dia asyik kerja out-station, di hantar kursus sehingga berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin bertahun lamanya. sudah pasti kesetiaannya tercabar apabila sering berjauhan. mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat korang tiada. niat dia mungkin sekadar suka-suka, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! hmm...kalau handphone aku bleh cakap sure dia cakap kat aku badan dia sakit coz aku slalu sangat sms kat lover aku tu tapi lover aku tu busy la pulak nak membalas sms aku. balas tetap balas walaupun lambat macam mana skalipun, walaupun tersasar perkara yang aku sms kekadang tu. aku ada bila dia memerlukan dan dia (kadangkala) ada bila aku memerlukan, cam ner tu?

Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
- dia mungkin merasakan korang tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. korang sibuk ke sana sini dan kerjaya korang membuat korang tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta korang untuk keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya. aku sibuk? memang aku sibuk tapi aku lebih sibuk sms/tepon lover aku sejak aku ada dia tapi kalau orang lain yang berikan aku lebih perhatian skarang ni dari lover aku sendiri, apakah aku akan termasuk dalam kategori ni?

Merasa Tidak Dihargai
- lelaki memiliki sifat ego. mungkin korang sering menyakiti hatinya, melakukan sesuatu yang wat dia tension dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. bila dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk. biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan di luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama anda. aku rasa inilah sebab yang paling utama bila berlakunya kecurangan dalam diam kot, ego dan lelaki memang tak dapat lari so hati-hatilah kan kalau sayangkan hubungan tu!

aku rasa cukup la sebab sebab kat atas tu, kang tulis bebanyak ada plak yang tension, yang risau tak dapat tido, bagi diri aku tak nak janji apa apa pada hubungan ni, yang aku tahu aku ni jenis yang komitmen pada hubungan. aku sayang sangat ngan Aisye skarang. aku tahu aku sendiri tak dapat nak pastikan sejauh mana hubungan kitaorang skarang ni tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk make sure it will last 4ever!

p/s : baca, fikir, jadikan panduan!

mengapa HIPOKRIT ?

Malam ke Pagi ke? Aku bingung. Sejak kebelakangan ni memacam perkara datang dalam hidup aku, puas aku cuba cari jalan memahami setiap apa yang mendatangi aku. Makin aku cuba fahami makin aku rasa seksa sangat jiwa aku ni apatah lagi aku ni jenis yang suka memendam hanya kerana mahu menjaga hati dan perasaan orang lain. Aku tak pasti samada sikap aku ni baik untuk aku ke tidak, yang nyatanya aku semakin tertekan skarang. Aku cuma harap orang-orang yang ada sekeliling aku ni faham dengan kata hati aku tapi aku tengok sengaja aku tidak difahami hanya kerana ego masing-masing.

Sebenarnya aku ni jenis terasa hati kejap je pastu dah ok balik. Aku malas nak pikir lama-lama tapi sampai bila aku nak jadi cam ni? Makan dalam sesangat rasanya. Aku tak suka la keadaan macam ni, wat aku tension jer. Orang bleh wat aku itu ini tapi kalau aku wat skali itu ini kat orang, hanya aku je yang nampak! Apa ingat aku ni tak ada perasaan agaknya. Aku ingat lagi, sejak zaman sekolah menengah dulu aku slalu wat aktiviti sendiri padahal kengkawan keliling pinggang, aku soping sendiri, tgk wayang sendiri, kuar makan sendiri, melancong sendiri, semuanya kerana aku suka cam tu, memang la kita idup bermasyarakat tapi aku hepi sangat waktu wat semua menda sowang diri pasal tak der sapa nak ganggu aku. Tapi skarang ni aku dah ada somebody yang istimewa dalam idup aku so aku banyak kongsi ngan dia la wat apa pun tapi itu tak bermakna aku ni difahami. Kekadang aku terasa gak dengan apa yang jadi tapi aku lebih suka telan semuanya. Malas nak gaduh-gaduh cuma aku slalu ingatkan diri aku, aku juga manusia biasa, sampai satu tahap aku juga tahu apa itu rasa bosan, menyampah dan segala macam. Aku slalu ingatkan Aisye jangan sampai ada semua rasa itu dalam hati aku. Yang paling aku benci adalah manusia hipokrit. Kononnya tak buat itu tak buat ini tapi bila dah terbukti, hmmm sapa nak jawab plak?

Saat ini aku terlalu bingung. Boleh aku percaya pada makhluk Tuhan yang bernama 'manusia' ini? Adakah aku harus percaya untuk dipermainkan lagi? Bingung....oh Tuhan, jangan kau dekatkan aku lagi pada manusia yang penuh dengan wajah seribu bayang. Sesungguhnya aku hanya mampu melihat satu wajah pada hati mereka sahaja.

p/s : sham, nuar takut. nuar bimbang sangat. sebolehnya dalam hati nuar ni mahu fikir yang baik baik jer tapi itu bukan yang nuar 'rasa'.

Thursday, September 22, 2005

DAMAI ....

Awal pagi lagik aku dah bangun, pas Subuh terus aku siap, aku double check listing untuk dancers bertolak ke Damai Laut, Lumut jap lagik. Actually aku cam tak puas hati coz tak dapat handle pojek ni coz ini 'pojek emas' aku tapi tak per la, aku dah brief semua ngan Bob n Eton, aku harap semuanya berjalan lancar. Lagipun aku dah janji ngan Aisye nak temankan dia kat Penang coz bukan selalu dia balik cuti. Mungkin belum rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke Damai Laut kot, ahh no hal, janji bleh jumpa ngan Aisye.

Tadi aku drive gi office (awalnya, takder sapa, cam berhantu je opis ni hehehe) aku wat short memo untuk dancers pastu trus gi bank keluarkan duit untuk deposit payment dorang pastu aku kasi kat Eton minta dia agihkan pada dancers. Aku risau la, smalam asyik ingat dorang je, slalunya kalau outstation aku akan ikut skali, hmmm tak der per kot, selamat la handaknya!

Malam ni dorang FREE cuma esok dorang akan performed 4 item iaitu Asmaradana, NyaNya Dance, Let's Get Loud dan Nourull Ain. Kemarin aku kuar dapatkan costume baru untuk dorang, tak sabar nak tengok dorang ngan costume baru tu, sure best. Kamera pun aku dah kasi kat Eton, suruh dia ngan Bob ambik photo bebanyak especially pemandangan indah kat Damai Laut tu la!

Malam ni Aisye sampai Penang, aku nak gi ambik dia, tak sabar nak jumpa Aisye, rindu giler ni. OK la, banyak plak keja nak buat. Adios.

Wednesday, September 21, 2005

LELAKI IDAMAN



sesuatu yang agak menarik untuk aku kongsi ngan korang, macam best je bila aku baca tentang 10 LELAKI IDAMAN dalam majalah MASTIKA keluaran Oktober 2005.

YANG bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup di lamun angan-angan dan prlu ditolong!

YANG tidak malu untuk berkata "saya minta maaf, sayalah yang bersalah"

YANG dapat melihat pelbagai pengaruh buruk yang cuba merosakkannya tapi tanpa ragu-ragu berkata 'tidak!'

YANG meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya

YANG membuat sesuatu, misalnya melaksanakan impiannya dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya dia menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang-orang yang membantunya

YANG sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan

YANG melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain

YANG sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan

YANG sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut

YANG membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana

Monday, September 19, 2005

AnDaI ......



andai hati aku dapat senyum macam bibir aku kan ke besh! tiap hari aku kena senyum, tiap hari aku kena ketawa, tiap hari aku kena make sure yang aku bersuara, tiap hari aku kena wat semua tu tapi orang tak tahu yang aku terpaksa melakonkan mcm-mcm watak hanya kerana nak puaskan hati semua orang di sekeliling. kalau aku tak senyum, diam membisu, semuanya akan bertanya apa sakit ke aku sihat ke aku dan memacam lagi la, aku pun manusia biasa gak, ada hati ada perasaan, takkan all the time nak senyum memanjang. dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu cam ner seksanya aku.

kekadang aku ketawa kat bibir tapi aku nangis cam nak rak dalam hati ni. aku malas nak cakap, aku tak minta dibalas segala apa yang aku kasi tapi sekurang-kurangnya, hargailah aku kat sini. dalam idup ni banyak sangat perkara yang perlu aku pikir, aku yakin korang pun sama kan? nak pikir itu nak pikir ini tapi bila hal perasaan dipermainkan, aku bleh jadi lumpuh trus, semangat bleh hilang ntah ke mana. soal hati bukan bleh wat memain, macam macam hal bleh jadi kalau mainkan hati ngan perasaan orang. hmm aku harap aku dihargai bilamana bercakap soal perasaan, aku berharap jer lah!

p/s : awak, moga awak memahami apa sebenarnya yang sedang kita lalui bersama.

Friday, September 16, 2005

dia yang bernama SYAFIQ



this is the person who always cheer me up! and this is oso the person yang make me down! hehehe, dialah segalanya, he closed to my heart (and to my mom oso sometimes make me jeles when my mom ask bout him early morning : syafiq tak tepon ke? tak sms ke? hmmm should i jeles? no time nak jeles jeles!)

syafiq memang best! nampak cam rilex jer tapi otak sama poyo ngan aku gaks! sebenarnya kan dia yang banyak 'memoyo' kan keadaan sedangkan aku yang 'clean n clear' ni pun banyak terikut ngan 'kekerekannya' itu. selain dari eton ngan bob, aku ada dia. kiranya koleksi terbaru aku la ni tapi dia yang paling spesel la (ishkkk kalau bob ngan eton tahu ni sure terasa la pulak!) tapi dah itu kata hati aku, idup kita ni kan milik kita so kita ada hak meletak sesapa yang kita suka kat dalam hati kita kan?

seingat aku, antara ramai ramai 'harta' yang aku ada, Syafiq yang paling dekat ngan mak aku, biarpun hanya kekadang je datang umah, aku dapat tengok mak hepi je ngan dia. lagipun dia suka makan sandwich yang mak aku buat, dulu aku la 'hantu' sandwich itu tapi tiap ari makan sandwich dah rasa loya plak tekak aku ni.

aku slalu doa hubungan aku ngan Syafiq biarlah sampai ke hujung nyawa. walaupun baru je kitaorang kenal aku dapat rasa kitaorang banyak perkara sama dalam life, mungkin sebab itu cepat je kitaorang jadi rapat, tambahan plak bila kengkawan ngan family cakap kitaorang macam seiras. sebenarnya, bukan semua tu yang wat aku rasa senang dengan dia tapi yang lebih berharga, aku kenal siapa dia sebenarnya, bukan pada nama, bukan pada fizikalnya tapi pada jiwanya.

satu dalam sejuta

Thursday, September 15, 2005

inikah cinta

aku tak mengerti
apa yang kurasa
rindu yang tak pernah
begitu hebatnya

aku mencintaimu
lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu

aku persembahkan
hidupku untukmu
telah ku relakan
hatiku padamu

namun kau masih bisu
diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara

baru kusadari
cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku

semoga aku akan memahami
sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban
hingga akhirnya kaupun mau

Wednesday, September 14, 2005

bila ini yang aku rasa ...



rindunya dalam hati .... aku tak mampu berbuat apa-apa, sekadar mendoakan dia akan terus setia dan meyakini segala apa yang telah aku lafazkan padanya selama ini, bukan sekadar kata-kata tapi janji, sumpah setia. aku bukannya lelaki yang bijak mengarang kata cinta tapi bila ada gelora jiwa ini maka terzahirlah suara di mana cinta dan rindu ini menjadi satu.

saban hari aku asyik memikirkan tentang perjalanan indah ini, telah aku lalui masa silam aku, telah aku jalani segala rencah hidup ini dan di setiap titian itu aku sedarkan diri aku dari mimpi. yang aku bimbangkan kini adalah dia : dia yang paling istimewa di dalam hati aku saat ini. dia masih belum melihat dunia dari sisi kehidupan, yang nyata di matanya hanyalah dari langit yang terbentang, melihat alam luas tanpa sempadan, nampak jelas tapi terlalu banyak penipuan, terlalu sesak dengan kekeliruan. segalanya telah aku saksikan dan aku mahu di sini di sisi di tanah ini tidak di awan kerana aku bimbang tersesat di dalam keindahan.

jalan yang aku singgahi ini penuh dengan segala macam kebahagiaan sebenarnya terutama setelah aku kenal siapa dia. namun, aku juga sedar di seberang sana terlalu banyak pasangan mata yang sedang menyaksikan siapa antara kami yang lebih setia dan siapa yang bijak mengatur langkahnya. bagi aku, ini bukan pertandingan dan jika ianya pertandingan sekalipun, aku tahu aku adalah pemenang. mungkin bukan di akhir garisan tapi di awal perlawanan.

aku hormat pada perasaan yang ada dalam jiwa aku, biar dikatakan hamba cinta sekalipun aku tak akan kalah pada perasaan ini. aku mahu jadi dewa cinta yang hadirnya membawa seribu rasa bahagia, bukankah cinta untuk semua? untuk kita nikmati ... untuk kita alami.

aku memperjudikan hati ini untuk menyayangi dia dan aku akan terus menyayangi dia selama mana dia memerlukan aku. cinta lahir dari dalam jiwa dan cinta tak boleh sesekali di paksa. saat ini aku rindu sangat pada pertemuan tapi aku bangga biarpun jauh aku tetap setia kerana itu janji yang pegang di dalam jiwa. dia? setia? hmm aku yakin padanya tapi jika ditanya sejauh mana keyakinan itu, aku lebih rela tersenyum, biar ia menjadi rahsia.

"awak sayang saya?"
"SAYANG"
"sayang banyak ke sayang sikit?"
"SAYANG BANYAK!"

HATI

Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?

ElleaNur05


aku suka sangat puisi kat atas tu, aku rasa la kan, manusia ni bezanya adalah HATI, dah banyak benar aku jumpa manusia, yang paling pasti hati memasing berbeza sangat. yang paling aku takut skali ialah manusia yang tak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain, hmm kes bahaya giler ni, doa aku selalu jangan la sampai aku dibutakan hati, tak sanggup rasanya dikatakan manusia tanpa perasaan.

sebenarnya aku dah jumpa manusia tanpa hati dan perasaan ni, selalunya bila 'terbukti' dorang jenis cam tu aku akan jadi 'manusia bengong' jap hehehe, aku suka berpikir, seringnya aku pikir : apsal la dorang ni tak tahu jaga hati manusia lain sedangkan hati tu kan anugerah pada makhluk yang bernama manusia. tapikan, aku slalu jaga hati orang, seringnya hati aku yang sakit plak! macam mana tu? takkan karma gak kot? karma apanya, kekadang tu cam nak lari jauh jauh duduk sorang diri, itu yang aku rasa kalau mengikut kehendak hati la.

soal hati dan perasaan ini kalau nak dikongsi sampai mati pun tak abis, yang aku tahu skarang ni aku nak jaga hati aku, family aku, hati Aisye, hati orang sekeliling aku!

Tuesday, September 13, 2005

seribu bintang



Semalam aku lihat seribu bintang di dada malam, dah lama aku tak tengok pemandangan cam ni, rasa tenang sangat, aku tido lewat semalam, actually sejak petang kelmarin aku tak der mood, ntah pasal tapi hati aku tak setenang selalu, teringat aku pada Sham yang banyak membimbing aku especially soal kehidupan seorang Muslim, dia lain dari yang lain, insan yang menghormati insan lain. Sejak awal aku menyertai dunia seni persembahan, dah macam-macam orang yang aku jumpa, ada yang memberi sokongan ada yang tidak, kebanyakannya memandang hina bilamana tahu aku bekerja dalam bidang ini, kononnya penuh dengan dosa segala. Aku tahu bidang sebegini mendekatkan aku dengan gejala negatif tapi aku juga tahu batasan diri aku. Bilamana aku kenal Sham, dia seorang yang terlalu sederhana, bagi aku hidupnya lengkap sebagai Muslim sejati, tutur katanya tak lekang dari kalimah syukur dan puji untuk Allah, dia juga sering sms aku tentang kehidupan di bumi Tuhan ini. Mulanya aku tak yakin dia akan menerima insan seperti aku ni tapi sangkaan aku meleset, dia sendiri banyak menyokong kerjaya seni aku, katanya lakukan pekerjaan ini seikhlas mungkin, yang paling penting adalah nawaitu kita dan jangan lupa tanggungjawab pada Pencipta. Aku betul-betul terharu. Dan yang lebih membuatkan aku tertanya siapa dia, sampai saat ini kami belum pernah bertentang muka, hanya sms yang mendekatkan persaudaraan kami. Seingat aku sudah hampir 5 tahun.....inilah anugerah Allah sebenarnya. Andai semua insan seperti Sham, aku yakin semua manusia di bumi ini pasti menghargai dan menghormati satu sama lain.

Dulu, hidup aku banyak sangat tekanan, Sham slalu menasihatkan aku supaya bangun solat tengah malam pohon Allah memberikan aku ketengan dalam kehidupan, Alhamdulillah aku lakukan cadangannya tu, aku tenang sangat. Sham slalu nasihatkan aku agar memohon ampun dari Allah dan memaafkan insan yang pernah menyakiti aku setiap malam sebelum aku tidur. Katanya baru la esok pagi bleh jadi manusia yang 'clean n clear' hehehe....

Kelmarin, nafas aku rasa sesak. Aku tak tahu kenapa dalam otak ni mcm ada banyak perkara yang nak difikirkan sedangkan aku hepi sangat melalui hari-hari kebelakangan ni. Sampai Subuh aku duduk di buaian di depan rumah.
Aku suka lagu ini dan aku rasa inilah yang bermain di jiwa aku saat ini.

ingin ku pergi jauh darimu
agar ku kenal erti rindu ini
ingin aku menyelami jiwamu
agar ku kenal dirimu kasih

ingin aku membenci dirimu
tapi kebencian tiada padaku
walau apa yang kau sangkakan
aku tetap cinta padamu

telah lama ku hidup melara
telah ku gagal dalam bercinta
kini kau datang dengan seribu bintang
bintang yang dulu sembunyi
bintang yang tiada bererti

kalau kau sudi menyentuhi hatiku
aku kan selalu dekat padamu
tapi jangan kau hanya cuba
untuk mempermainkan cintaku

jangan permainkan cintaku

Monday, September 12, 2005

semalam bersama MAWI



Semalam dengan MAWI ... cerita di hadapan mata. Aku menyaksikan Akademi Fantasia 3 dari minggu ke minggu namun belum pernah mengundi walau sekalipun kerana sejak awal aku meletakkan tempat aku sebagai penonton sahaja. MAWI diumumkan sebagai JUARA. Aku terima dengan hati yang terbuka, mungkin aku bukan di kalangan peminatnya namun nama Mawi tetap ada di hati aku kerna aku mengagumi akhlaknya.

Seminggu yang lalu, aku dapat notis untuk back-up Mawi menerusi lagu Seroja dan Gadis Melayu. Bila aku cakap je pada dancers yang dorang akan back-up Mawi dengan dua buah tarian, baik yang laki atau pompuan, tetiba je hepi semacam malah hari demi hari hanya nama Mawi je ada kat bibir dorang aku hanya mampu tersenyum.

Semalam, saat yang dinantikan. Bilik persalinan dancers di sebelah bilik Mawi, saat Mawi melintas untuk ke bilik persalinannya, aku dapat saksikan betapa ramainya manusia yang mengekorinya termasuklah bodyguardnya yang ramai gak tu. Mawi cool je tapi muka tak senyum langsung, mungkin penat kot. Saat persembahan, Mawi yang ada di depan aku ini terlalu jauh berbeza dengan Mawi yang aku lihat di kaca tv, persembahannya bak penghibur yang sudah punya banyak pengalaman, mungkin apa yang dipelajari di Akademi dimanfaatkan di sini malah komunikasi Mawi boleh dikatakan baik untuk penyanyi baru sepertinya. Banyak unsur-unsur Islamic dan kata kata nasihat yang Mawi kongsi dengan peminatnya pada malam itu. 5 buah lagu dipersembahkan dengan bayaran RM17ooo. Bilamana aku berbual dengan organiser persembahan pada malam tersebut, di fikiran ini hanya memikirkan betapa bertuahnya insan yang bernama Mawi. Perjalanan hidup manusia ini terlalu subjektif sebenarnya. Saat di belakang pentas sebaik sahaja tamat persembahan, Mawi 'dilarikan' lagi oleh PR dan bodyguardnya yang sikit pun tak mesra. Aku pernah bertemu dan membawa dancers untuk back-up ramai lagi artis ternama namun inilah pertama kali aku diketemukan dengan 'pengalaman duka' ini. Inilah kehidupan seni sebenarnya.

Aku duduk di bilik persalinan sambil bibir ini berdoa agar Mawi terus berjaya dan dikekalkan akhlak terpujinya. AMIN.

Thursday, September 08, 2005

CAMERON HIGHLANDS





Hmm, back to the position, rindu sangat ngan blog ni, actually pas Merdeka Day aku diam trus bukannya apa, sibuk sangat ngan function pastu trus gi bercuti ke Cameron Highlands, lega sangat rasanya, mulanya ingat nak call member aku Zul kat CH tu tapi pikir-pikir balik tak yah la lagipun bercuti ngan si dia, nak gak privacy.

Cameron Highlands mengimbau banyak kenangan sebenarnya, di sana lah beberapa tahun yang lalu aku dan x-girl aku bertemu. Skarang semua dah jadi kenangan, malas aku nak pikir bebanyak, yang aku tahu skarang ni aku mahu menghargai apa yang aku miliki kini. Bukan senang nak meraih kasih sayang orang untuk berkongsi ngan kita so bila aku miliki Aisye, aku mahu dia tahu bahawa aku terlalu menghargai dirinya....hanya dia!

Aku drive Atos aku ke sana, jimat minyak dan masa perjalanan pun singkat, nampaknya bleh la datang lagik ke sini, InsyaAllah. 3 hari 2 malam dah cukup aku release segala tekanan keja (biarpun hp aku tak berhenti berdering dan sms tak putus). Aku gi sana hari Ahad dan balik Penang hari Selasa, sampai umah trus mandi keluar semula untuk function sambutan kebudayaan kat Jeti Penang (ada makan malam atas feri sambil pusing island, mcm best je ek!) Abis je function tu trus balik umah mandi dan sembang ngan mak. Pastu layan sms ngan Aisye sambil baring dan ZZZZ. Pengsan sampai pagi.

Hari ini pun sibuk gak, tadi tengahari ada sambutan untuk PM kat INTI College, jap lagi jam 6 petang untuk makan malam ngan PM plak, skarang aku kat umah, rehat jap. Penat ni bila la nak abis ntah.

Actually aku ada banyak menda nak kongsi kat blog ni tapi tunggu je la ek bila aku btol-btol free.