Monday, September 24, 2007

satu cerita di bulan Ramadhan

21st SEPTEMBER 2007 – MERIAHNYA RAMADHAN

Dah seminggu melalui Ramadhan, aku hepi sangat walaupun penat niaga kuih. Dari tengahari dah sibuk gi amek kuih, susun kuih, sampai tempat niaga set tempat plak, memacam lagik. Tapi yang paling best, aku enjoy. Dapat kenalan baru, kenal makcik pakcik, tengok gelagat orang, memang enjoy walaupun sampai umah dah kelam kabut nak buka puasa.

Actually idea nak niaga kuih bulan puasa ni datang dari mak. Aku tak kisah sangat walaupun risau gak takut tak sempat buat biskut yang orang tempah tapi dah namanya emak, aku ikut jer la. Pendapatan niaga kuih tu bleh tahan gak, lepas la perbelanjaan seharian tapi yang lebih penting nak merasai kemeriahan Ramadhan ni, secara tak langsung hubungan silaturahim ngan family pun bertambah akrab, semua wat keja sama banyak.


22nd September 2007 – LELAKI INI

Kasih
Kenanganku
Ingatkah saat saat dulu

Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Kemanapun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubariku

Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Karena cintaku tak berbatas waktu
Karena cintaku tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu

LELAKI INI, aku penggemar suara dan lagu Anuar Zain, lagu ini salah satu lagu terbarunya yang mendapat tempat di hati aku. Apapun orang nak cakap pasal dia yang banyak amek composer luar, aku tak nak amek port. Yang aku tau, lagu sebegini memang berkualiti dan memenuhi kehendak penggemar lagu Anuar Zain. Bagi aku dia mempunyai tapaknya sendiri dalam industri muzik tanahair, dia berdiri di dalam kelasnya yang sendiri.

Tentang lagu ini, aku terlalu menggemarinya. Hmm jika dihayati terlalu dalam maksud di sebalik lagu ini. Kali pertama aku dengar, aku teringatkan si dia yang pernah aku sayang dan si dia yang sedang aku sayang. Susahnya apabila dua keadaan itu wujud di dalam hati. Tapi yang pastinya, aku tak mengharapkan si dia yang pernah aku sayang pun, skadar mengusik kenangan jer. Siapa yang menyayangi aku dan setia bersama aku sampai kini, dia lah yang aku letak tempat di dalam hati.

p/s : terima kasih atas kasih sayang yang ada untuk aku.

Wednesday, September 19, 2007

RAMADHAN

13th SEPTEMBER 2007 – HARAPAN RAMADHAN

Alhamdulillah, hari ini aku berjaya menyempurnakan ibadat hari pertama puasa di bulan Ramadhan yang mulia walaupun jadual penuh dari pagi sampai malam. Hari ini aku edarkan sample biskut kat member-member rapat. Sampai umah dah kol 2pm kelam kabut buat air jagung dengan air bancau (bandung campur cincau). Aku ngan mak start niaga kat Batu Ferringhi petang tadik. Kitaorang jual kuih ngan air, Alhamdulillah by 6pm semua abis dijual. Minggu depan aku nak start wat biskut yang orang tempah, nak buat awal skit tak nak jadi cam tahun-tahun sudah sampai nak raya pun masih wat biskut. Meniaga ari ni best sangat apatah lagi ngan kawan baik aku, namanya Eton. Dia jual nasi lauk. Hmm sempat gak tapau masakan dia, sedap gak.

Bila masa berbuka, terkenang arwah tok yang dah lama tak ada. Kalo dia ada, dia la yang sibuk dari petang menyediakan juadah berbuka. Skarang ni tapau je lauk cuma ari Sabtu Ahad kot baru mak masak.

Harapan kali ini semoga aku dapat melengkapkan Ramadhan ini sebaik mungkin, dengan izin Allah.

p/s : Semalam ada seorang yang pernah menjadi teman baik aku satu ketika dulu datang memohon maaf dan kesal dengan apa yang telah dia lakukan pada aku, hmm aku terima dengan hati yang terbuka. Pada aku, tiada manusia yang sempurna, bumi mana tiada di timpa hujan dan lautan mana yang tiada gelora. Kemaafan Dendam Yang Terindah.


18th SEPTEMBER 2007 – BERPUASA DI KOTA KERIANGAN

Dua hari di Genting Highlands dalam menyempurnakan tanggungjawab kerja. Semalam aku mengacarakan majlis berbuka puasa anjuran sebuah syarikat swasta di sebuah hotel di Genting Highlands. Tugasan ini aku terima di saat akhir. Pada mulanya aku ditawarkan kontrak sebulan untuk mengacarakan majlis berbuka puasa di mana aku perlu bergerak dari sebuah negeri ke sebuah negeri namun aku tolak memandangkan banyak kerja lain yang aku perlu beri perhatian. Jadinya aku hanya memilih 4 destinasi sahaja iaitu Genting Highlands, dua kali di KL dan sekali di Kelantan, dengan izin Allah.

Aku tiba di Genting pada Isnin petang, check in di Genting Hotel dan terus menghadiri sesi taklimat dan latihan, tak banyak yang perlu diberi perhatian kerana majlis berbuka puasa tak sama dengan majlis yang lain. Aku dilayan baik dengan crew event management dan hotel, Alhamdulillah tak ada sebarang masalah cuma hati aku tak hepi coz hp aku rosak. Ada je button yang tak bleh berfungsi dan kerap off sendiri, pening kepala aku cam nak hempas je hp ni! Finally aku wat dek je malas nak layan cuma menanti masa nak balik Penang nak antar gi Nokia.

Aku dapat 2 tiket percuma menonton pertunjukan antarabangsa FLY kat The Pavillion, show tu memang best, teruja sangat. InsyaAllah ada peluang aku nak tengok lagi. Tapi part yang syok tu bila tarian opening lagu Visit Malaysia kuar penari kebudayaan campur ngan mat saleh nari sama, fuhh bangga siot! Dorang pun bleh nari tarian kita. Pendek kata show malam tu memang xtravaganza lah! 16-25 November karang ada Pertunjukan Magic @ Genting, aku cadang nak gi sana lagi nonton FLY n tengok Magic (semua ahli silap mata terkenal dunia akan berkumpul)

Seperkara lagi yang aku nak kongsi pengalaman tentang seorang kenalan baru yang aku kenal kat sana, walaupun sempat berbual hanya tak sampai setengah jam, aku sedih sangat sangat tapi aku wat cam tabah je. Namanya Syukran bertugas di Genting dah masuk 3 tahun, mulanya topic kerja sehingga masuk bab penyakit (aku pun tak tahu cam ner kuar pasal penyakit neh). Bayangkan, usianya 23 tahun. Disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap kronik dan hanya menantikan masa untuk menemui ajalnya kerana kata doctor, penyakitnya itu dah sampai ke tahap kronik! Dan dia menyatakan perkara itu dengan selamba pada aku, tanpa ada risau di wajahnya sedangkan aku waktu tu rasa cam buah pinggang aku yang bermasalah. Aku baca surat pengesahan doctor yang senantiasa di bawanya itu atas urusan kecemasan jika ada. Aku tanyakan tentang proses penggantian buah pinggang, skarang ni macam-macam bleh buat tapi dia kata biarlah dia melalui semua ini, mungkin ini suratan idup dia. Aduh, bagi aku dia cam putus asa. Aku cuba nak push lebih skit agar dia berusaha, katanya lagi kalau dia mati nanti, ada insuran akan cover so duit tu bleh buat belanja mak ayah dia kat kampung dan adik-adik dia yang nak sambung study. Aku mati akal. Tak ada perkataan lagi yang mampu aku ucapkan sedangkan aku amat berharap agar dia berusaha untuk membantu dirinya sendiri. Bukan aku saja yang mendengar luahan hati dia tapi ada kawan-kawan dia yang lain, semuanya tergambar sedih . Syukran terlalu kurus dan teramat tabah dengan ujian yang menimpa dirinya. Sering aku merungut kenapa aku sering diuji Ilahi dengan pelbagai macam dugaan dan cabaran sedangkan ada insan lain yang lebih menderita tapi jauh lebih tabah dari aku. Ya Allah, sesungguhnya aku terima semua dugaan dan ujian dari Mu dengan penuh redha.

Perjalanan pulang ke Penang petang tadi penuh dengan pelbagai persoalan yang ada dalam kepala aku ni, antara hp aku rosak, tempahan biskut yang menjangkau puluhan ribu, niaga kuih sebelah petang, kisah di Syukran, ishk memacam lagi. Banyaknya yang ada dalam kepala! Esok pagi nak ke Nokia nak baiki secepat mungkin hp aku ATAU kalau dah teruk sangat aku nak beli baru je ujung minggu nih!

p/s : HIDUP…bermacam cerita

Thursday, September 06, 2007

BISKUT RAYA 2007

Raya tak lengkap tanpa biskut raya kan? Hmm tahun ni aku dah set beberapa resepi biskut raya untuk dijual. Aku antar sampai depan pintu umah! Tapi tahun ni tak nak amek banyak sangat tempahan macam tahun-tahun sudah, tak tercapai akal ngan tangan wat biskut. Nak demam pun ada! Berikut adalah senarai biskut yang dihasilkan oleh aku sendiri, talak tipu punyer!

1. STRAWBERRY SHORTBREAD (bijan, strawberi n choc)
2. SWEET CHOC RAINBOW (MILO, oat, bread crump n choc)
3. GOLDEN CEREAL (nestum, badam, oat, choc)
4. CRUNCHY CHOC SQUARE (badam, coco crunch, MILO, oat)
5. SAMPERIT (sapa tak tau rasa samperit, tak yah raya)
6. BUNGA CINA (mcm samperit gak tapi warna putih n rasa susu)
7. ALMOND LONDON (biskut ni aku panggil biskut 100 tahun, sampai bebila pun ada rasanya)
8. BISKUT AISKRIM (biskut ni ada badam cincang kat dalam, crunchy)
9. BISKUT PANDAN KLASIK (rasa pandan sebenar ngan choc)
10. TART GULUNG (satu lagi biskut 100 tahun)
11. BISKUT COKLAT URAI (coklat urai, badam, koko)

OK, harganya pulak, 100 biji dari RM35 - RM38 hinggit sahaja. Kalo korang berminat, email je kat aku – aisyeteru@yahoo.com.my

LIDAH TAK BERTULANG

Kerana lidah tak bertulang, seringkali tanpa sedar keluar kata-kata yang tak diinginkan. Lidah yang di luar kawalan akan banyak mendatangkan kesusahan bagi diri sendiri dan orang lain. Lidah boleh menyakiti hati orang. Lidah boleh membuat orang naik darah. Lantaran lidah seseorang boleh kehilangan nyawa. Rasulullah SAW menyuruh kita agar menjaga lidah, “Manusia tidak akan teguh imannya, sebelum teguh hatinya, dan tidak akan teguh hatinya sebelum teguh lidahnya.” (HR Ahmad).

Berbicara adalah salah satu nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada manusia. Dengan berbicara manusia dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan menjadi makhluk paling mulia dibandingkan makhluk-makhluk lainnya. Allah SWT berfirman, “Tuhan yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai bicara.” (QS. Ar-Rahman: 1-4).

Allah melebihkan manusia dari makhluk-makhluk lain dengan mengajarkan pandai berbicara. Dan Islam menjelaskan bagaimana seharusnya manusia memanfaatkan nikmat yang amat besar itu.

Jika kita menghitung-hitung pembicaraan seseorang, ternyata apa yang mereka bicarakan lebih banyak yang tidak ada gunanya. Padahal Allah menciptakan lidah bukan untuk membicarakan hal yang sia-sia. Allah SWT berfirman, “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari redha Allah, maka kelak Kami memberinya pahala yang besar.” (QS An-Nisa`: 114).

Ketika seseorang ingin memusatkan fikirannya untuk melanjutkan pekerjaan yang memerlukan tumpuan, dia selalu mengambil sikap diam. Bahkan ketika dia ingin menjernihkan jiwa dan fikirannya, dia menghindari kebisingan. Dia lebih suka menyendiri di tempat yang sepi dan tenang.

Oleh kerana itu Islam mengajarkan lebih baik diam, jika tidak perlu berbicara. Dan sikap diam merupakan media pendidikan yang telah teruji. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan menolongmu dalam urusan agamamu.” (HR Ahmad dari Abu Dzar).

Orang yang lemah akal fikirannya, kalau berbicara sering mengeluarkan kata-kata yang tiada ertinya. Bahkan tak jarang mengeluarkan ucapan yang dapat merosak hubungan persahabatan mahupun persaudaraan. Pepatah mengatakan, “Sekali waktu orang boleh mati kerana gelincir lidahnya. Namun seseorang tidak mati kerana tergelincir kakinya.”

Untuk memelihara lidah dari perkataan yang tidak berguna, Islam mengharamkan berdebat dan menutup rapat pintu perdebatan, sekalipun dalam soal kebenaran. Dalam perdebatan orang lebih mengutamakan kemenangan berbanding persaudaraan. Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang meninggalkan perdebatan sedang dia menghapuskan kebathilan, maka didirikan baginya sebuah gedung di tengah-tengah syurga. Dan siapa yang meninggalkan pedebatan sedangkan dia dalam kebenaran, maka didirikan baginya gedung di tengah-tengah syurga. Dan siapa yang baik akhlaknya, maka dibangun gedung baginya di atasnya.” (HR Abu Daud).

Monday, September 03, 2007

DIA - HADIRNYA CUMA SEKETIKA

DIA – Sabtu lalu bagai ada anugerah Allah pada aku. Di saat letih, penat, kesal, sakit hati dengan segala apa yang dilalui petang itu, berdiri di sisi aku seorang insan yang pernah bertakhta di hati aku, seorang insan yang amat aku puja, seraut wajahnya menghilangkan segala tekanan yang ada di dalam jiwa. Bagaikan bermimpi, adakah dia di depan aku skarang ini? Nyatanya aku bukan di alam khayalan, aku berdiri di sampingnya, kala itu, di dalam kehidupan.

“awak apa khabar?” soalnya membuatkan aku bagai terhenti bernafas.

Petang itu banyak yang kami bualkan, mengimbau segala kenangan yang pernah ada di dalam jiwa. Di hati aku tiada lagi rasa kesal dan marah padanya tapi aku lebih gembira melihat dia bahagia dengan kehidupannya skarang.
Aku pernah mencintainya satu ketika dulu dan begitu juga dia, sayangnya kami memang tiada jodoh bersama. Dia cinta pertama aku dan hingga kini kenangan itu masih kuat di dalam hati. Banyak yang di luahkan hari itu tapi aku banyak membuat jenaka agar dia tidak terlalu terbawa-bawa di dalam perasaannya sendiri. Sesekali tawa kami masih macam dulu, begitulah kami yang dikenali coz suka ketawa. Bermula dari teman kami mengubah perasaan itu menjadi cinta. Bukannya mudah sebenarnya tapi nyatanya menjadi lebih indah. Hanya kami yang tahu apa yang telah berlaku. Aku tahu banyak kesal di dalam hatinya tapi dia juga terpaksa menerima segala apa yang ditulis untuknya. Sesekali aku curi lihat anak matanya, ada harapan di situ tapi yang pastinya masa itu tak akan berulang lagi. Aku letak titik noktah pertemuan petang itu. Cukup sekadar sebuah kenangan yang tertinggal.
Jangan mengubah diri kerana cinta, sebab cinta bukan kata-kata, tapi perasaan dari hati yang tersembunyi, yang dapat di baca oleh jiwa. Cinta itu istimewa, jika diberikan kepada orang yang tahu menghargainya maka mahallah harga cinta itu.

Kata-kata itu aku dapat dari blog sapa ntah tapi aku setuju dengan kenyataan itu. Cinta itu lebih indah jika dimiliki oleh insan yang tahu menghargainya. Pagi tadi aku dapat satu msg dari dia, satu msg mencuri hati aku seketika tapi aku tak pernah membiarkan ianya lenyap di jiwa.

‘Thanks a lot kerana awak masih melayan saya sama macam dulu lagi. Rasa happy sangat dapat jumpa awak hari tu. Awak memang …. (hmm biarlah saya saja yang tahu). Saya sentiasa doakan awak sihat, selamat, happy, bahagia di samping orang yang awak sayang. Kalau dah dapat jodoh, jangan lupa bagitau saya. Saya tak nak rosakkan hubungan awak dengan si dia. Lastly saya mohon maaf sekiranya ada kata-kata saya menyinggung perasaan awak. Take Care, Wassalam.’

p/s : cinta tak semestinya bersatu

Sunday, September 02, 2007

cerita yang tiada kesudahan

Dah lama aku meninggalkan bidang peragaan pentas yang satu ketika dulu menjadi sebahagian rencah dalam hidup aku. Alasan utama kerana makin hari aku lebih suka bekerja di belakang tabir, entah kenapa. Baru baru ini aku dapat satu lagi tawaran dari PDC yang mahukan pakej model. Aku gi meeting ngan Syafiq, hampir dua jam ada kata putus di situ – kami berjaya mendapatkan job tersebut tapi aku jadik macam kekok coz dah lama lost contact dengan kengkawan yang dalam bidang ni. Aku contact je Suraya coz aku tahu dia aktif melatih model-model baru.

Petang tadi segala kebimbangan aku terlerai bila menyaksikan barisan anak didik Suraya memperaga, aku puas dengan pakej yang diberikan tu tapi ada sesuatu yang betul-betul menyinggungkan perasaan yang membuatkan aku tak percaya dengan sikap seseorang yang begitu ‘kering’ hatinya. Smalam aku sudah korbankan keegoan aku dan hari ini aku korbankan lagi tapi dek egonya yang menebal maka dia berasa dirinya dilandasan yang terbaik dan betul, segala urusan kerja di campur dengan peribadi. Orang sebegini aku malas nak melayan, jadik cam ni pun coz aku je yang melayan agaknya, cuba la orang lain, baru dapat dinilai agaknya langit tinggi atau rendah. Ikutkan hati memang tak jadi keja aku petang tadik, ingat aku tak boleh buat sesuatu yang tak terduga? Hmm hanya kerana komitmen aku pada kerja aku lupakan seketika dan kerana ayat Suraya juga pada sesi briefingnya dengan model, sempat aku mencuri perhatian:

‘ jap lagi kita akan run the fashion show, our guest bukan guest sebarangan, semuanya VIP yang dijemput khas. Buang segala rasa kusut yang ada, segala masalah yang ada, segala fikiran yang tak tenteram, saya nak semua tenang dan sebaik sahaja melangkah ke pentas, suarakan pada diri sendiri, betapa indahnya diri aku ‘
Hehehe itulah butiran yang aku dengar. Kata orang tua, yang baik tu kita amek, yang buruk tu kita jauhkan ler. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Saat ini aku makin kuat dan yakin dengan diri sendiri, terlalu banyak yang aku lalui seorang diri, semunya menguji tapi dalam pada itu aku sedar aku makin tabah. Sesungguhnya aku tahu siapa diri aku sebenarnya. To all the people out there, thanks so much atas segala ujian kehidupan!