Monday, September 03, 2007

DIA - HADIRNYA CUMA SEKETIKA

DIA – Sabtu lalu bagai ada anugerah Allah pada aku. Di saat letih, penat, kesal, sakit hati dengan segala apa yang dilalui petang itu, berdiri di sisi aku seorang insan yang pernah bertakhta di hati aku, seorang insan yang amat aku puja, seraut wajahnya menghilangkan segala tekanan yang ada di dalam jiwa. Bagaikan bermimpi, adakah dia di depan aku skarang ini? Nyatanya aku bukan di alam khayalan, aku berdiri di sampingnya, kala itu, di dalam kehidupan.

“awak apa khabar?” soalnya membuatkan aku bagai terhenti bernafas.

Petang itu banyak yang kami bualkan, mengimbau segala kenangan yang pernah ada di dalam jiwa. Di hati aku tiada lagi rasa kesal dan marah padanya tapi aku lebih gembira melihat dia bahagia dengan kehidupannya skarang.
Aku pernah mencintainya satu ketika dulu dan begitu juga dia, sayangnya kami memang tiada jodoh bersama. Dia cinta pertama aku dan hingga kini kenangan itu masih kuat di dalam hati. Banyak yang di luahkan hari itu tapi aku banyak membuat jenaka agar dia tidak terlalu terbawa-bawa di dalam perasaannya sendiri. Sesekali tawa kami masih macam dulu, begitulah kami yang dikenali coz suka ketawa. Bermula dari teman kami mengubah perasaan itu menjadi cinta. Bukannya mudah sebenarnya tapi nyatanya menjadi lebih indah. Hanya kami yang tahu apa yang telah berlaku. Aku tahu banyak kesal di dalam hatinya tapi dia juga terpaksa menerima segala apa yang ditulis untuknya. Sesekali aku curi lihat anak matanya, ada harapan di situ tapi yang pastinya masa itu tak akan berulang lagi. Aku letak titik noktah pertemuan petang itu. Cukup sekadar sebuah kenangan yang tertinggal.
Jangan mengubah diri kerana cinta, sebab cinta bukan kata-kata, tapi perasaan dari hati yang tersembunyi, yang dapat di baca oleh jiwa. Cinta itu istimewa, jika diberikan kepada orang yang tahu menghargainya maka mahallah harga cinta itu.

Kata-kata itu aku dapat dari blog sapa ntah tapi aku setuju dengan kenyataan itu. Cinta itu lebih indah jika dimiliki oleh insan yang tahu menghargainya. Pagi tadi aku dapat satu msg dari dia, satu msg mencuri hati aku seketika tapi aku tak pernah membiarkan ianya lenyap di jiwa.

‘Thanks a lot kerana awak masih melayan saya sama macam dulu lagi. Rasa happy sangat dapat jumpa awak hari tu. Awak memang …. (hmm biarlah saya saja yang tahu). Saya sentiasa doakan awak sihat, selamat, happy, bahagia di samping orang yang awak sayang. Kalau dah dapat jodoh, jangan lupa bagitau saya. Saya tak nak rosakkan hubungan awak dengan si dia. Lastly saya mohon maaf sekiranya ada kata-kata saya menyinggung perasaan awak. Take Care, Wassalam.’

p/s : cinta tak semestinya bersatu

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Kdgkala org yg kita cintai adalah org yg paling byk menyakiti hati kita..
:Jgn pernah dihitung setiap kesedihan krn disitu ada rahmat disebalikNya"..

8:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

10:37 AM  

Post a Comment

<< Home