Friday, May 04, 2007

KEMBALI DI SINI .....

Assalammualaikum,

Jumaat (penghulu segala hari). Setiap hari aku di depan pc tapi aku tak tahu kenapa sejak Subuh tadi hati kau meronta mahu mencatatkan sesuatu hari ini setelah sekian lama aku lupakan tentang blog aku ni. Mungkin terlalu lama aku simpan segala rasa di dalam hati ini sampai aku sendiri tak mampu menanggung segalanya.

Aku terlalu bersyukur sebenarnya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini terlalu banyak dugaan yang singgah dalam hidup aku sehinggakan adakalanya aku bagai mahu mengalah tapi sisa-sisa kesabaran dan ketabahan masih ada dalam diri aku.

Dalam diam, ada rencana besar yang sedang aku usahakan, dengan izin Allah aku harapkan ianya bakal menjadi satu kenyataan. Aku mahu buktikan sesuatu pada mereka yang terlalu kuat berusaha untuk menjatuhkan aku hari ke hari (tahniah pada korang kerana berjaya menjatuhkan maruah aku). Untuk pengetahuan korang, aku bukan mahu mendabik dada tapi telah Tuhan kurniakan aku kesabaran yang masih belum ada penghujungnya. Dari rasa sedih, hampa, tenang, dan segala macam lagi, hari-hari yang aku lalui penuh dengan segala rencah kehidupan. Aku masih di sini. Selagi nyawa masih di badan, akan terus aku berusaha. Untuk diri aku dan keluarga yang aku cintai.

Kekadang masa aku terisi dengan seribu pertanyaan apa yang mereka mahukan? Mereka telah memiliki apa yang mereka mahukan jadi kenapa perlu mengganggu segala laluan usaha aku? Aku juga mencari rezeki dengan cara aku, dengan usaha aku tanpa mengganggu sesiapa tapi aku sering di jadikan IKON MASALAH. Hmmm teruskan usaha korang k!

Aku langsung tak rasa tercabar bila direndahkan maruah, disebarkan pelbagai cerita tentang aku malah aku yakin dengan diri aku, lambat atau cepat kebenaran itu pasti ada penghujungnya. Yang aku tahu aku harus terus berusaha.

Aku tak pernah berdendam tapi aku simpati pada mereka yang berusaha keras menabur pasir di dalam periuk nasi aku cuma satu yang aku mahu ingatkan : periuk nasi itu bukan untuk aku sorang tapi untuk aku, mak, ba, adik-adik dan abang aku. Kami terus mencari nasi di celah butiran pasir untuk hidup. Tahniah kerana buat masa ini korang berjaya!

Aku tahu, ada antara korang yang akan membaca blog ini, langit tak selalunya cerah! Aku redha dengan segala ujian yang Allah berikan ini. Dengan izinNya aku mahu kembali membuktikan sesuatu pada kalian.

Sampai di sini dahulu. Selamat Berjaya!

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ingt pesan akak bro, biar la apa pun org nk wt kt kita tp kita jgn sekali2 wt kt org...

keseronokan dan kekayaan yg derang dpt xkn kekal lama kalo mencuri hasil keje dan tenaga org....

ingat bro rezeki ada dimana2 tau :)

9:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

i love reading ur blog. keep continuing k;)

4:49 PM  

Post a Comment

<< Home