Sunday, November 19, 2006

AHAD yang bosan ....

Ahad. Aku baru balik jumpa YB Faridah, berbincang tentang event esok yang perlu aku jayakan – Rumah Terbuka Tourism Malaysia yang mengundang ‘berbas-bas’ pelancong ke Daerah Barat Daya Balik Pulau. Esok, aku kena jadi ‘pencerita’ tentang pakaian Melayu, Rumah Melayu, apa itu Hari Raya, lemang, ketupat, dodol dan memacam lar, aku hepi tapi dalam masa yang sama aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku selalu jadik mcm ni, tak tahu apa yang ada dalam hati aku.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku jadi takut dengan idup aku, ada pasang surutnya sebuah kehidupan. Tadi masa menunggu YB abis bagi ucapan, aku lepak ngan sorang abang ni, ramah plak mulutnya. Dia citer ngan aku tentang MELAYU – katanya orang Melayu ni tak guna dibantu, nada mcm marah, aku iyakan aja (sememangnya aku juga punya pengalaman) Dia bersuara terlalu perlahan ‘abang juga orang Melayu tapi abang kecewa sangat dengan orang Melayu, lebih ramai yang malas, hanya mahu menuggu bulan jatuh ke riba, kalau kita Bantu, bila dah berjaya, mula mahu lupa diri’

Aku ambik masa memikirkan kata-kata abang tu, sememangnya aku juga telah melalui semua tu. Pengalaman aku terlalu terbuka ngan orang menjadikan aku mangsa keadaan. Kalau tidak mahu berkongsi, nanti dikatakan kedekut ilmu lagipun bukan boleh di bawa ke mati, bila dikongsi dan ditunjukajar akhirnya apa yang aku dapat? Hmmm tidakkah orang itu kasihan kat dirinya sendiri? Aku sian sangat kat dia, dah dibantu tapi lupa diri. Hmm skarang ni aku jadik cam fobia nak baik ngan orang, ntah apa lagi nak aku terima lagi.
Skarang ni nak wat apa pun aku tak tahu, jap ada semangat jap tak der semangat.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aiiisehhhh camner x perasan lakkk... kita pun ada gak kt majlis 2 gan YB Farid haaaa....

sempena pesta 2006 nie kami pun terlibat gan Ratu Kebaya yg akan diadakan pd 8 dec nie nnt di berjaya htl.....

12:38 PM  
Blogger lelaki di dalam cermin said...

eh, tak nampak kita ke yang pakai baju melayu johor warna coklat yang pot pet pot pet citer pasal raya masa bas pelancong sampai?

1:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

2 la pasal mana la kita kenal kn, heheheh....

kalo tau yg mana 1 kn senang, hikksss...

ahh haaa my sis yg ada kt gurney 2 haaaa, nama international sate... kalo nk p mkn nnt bgtau la yerkkkk...

4:47 PM  

Post a Comment

<< Home