Friday, August 31, 2007

ceritera

Jangan pernah terlalu menyayangi insan lain melebihi diri kita sendiri, akhirnya kita sendiri yang akan kecewa. Begitulah kehidupan. Dan aku tewas pada kenyataan ini. Dengan siapa pun, aku pasti memberikan sepenuh kasih aku pada mereka, aku cuba untuk menjadi lebih tegas dalam hal ini tapi aku seakan memakai topeng menipu diri sendiri walaupun aku tahu di hujung perhubungan itu aku sendiri yang akan menyakiti hati aku sendiri tapi ntah bagaimana. Mungkin Tuhan telah mengurniakan aku dengan terlalu banyak rasa kasih itu sehinggakan aku tidak tahu menyimpan sebahagiannya untuk diri aku sendiri lantas aku berikan segalanya kepada sesiapa sahaja.

Kata seorang teman, seorang yang terlalu menyayangi kita akan menjadi lebih sensitif dengan setiap apa sahaja yang kita lakukan. Ntahlah aku bleh menerima kenyataan itu tapi sampai pada satu tahap aku terlalu bosan dengan semua yang dilakukan. Dalam masa aku sedang mencipta sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan dan masa depan, di saat aku mempertaruhkan apa sahaja yang aku miliki untuk mencipta kejayaan, perasaan sensitif itu tidak perlu wujud! Bagi aku, berpijaklah pada matlamat dan arah tuju. Jangan terlalu mengikut rasa hati yang ntah apa apa! Telah sampai aku pada satu tahap menyampah dengan situasi yang selalu sahaja timbul.

Bercakap apa saja tanpa usul periksa dan berbangga pada kenyataan diri sendiri, betapa riaknya manusia, ntah di mana letaknya rasa syukur aku tak tahu! Sesungguhnya aku kesian sangat dengan manusia cam gini. Bukan mahu menabik dada tapi aku tahu siapa diri aku malah aku hormati diri aku sebaik mungkin dan aku bangga sampai hari ini aku tahu di mana aku berpijak. Sedih teramat bila kita tanpa berkira masa, wang ringgit, kerja semuanya semata mahu mencipta kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga tapi mereka tak pandang pun malah dengan bangganya melihat segala kesilapan kita, menegur itu ini malah dengan bangga diri lantang bersuara. Ya Allah Ya Tuhanku, sedarkanlah diri mereka ini agar mereka tahu di mana landasan yang sepatutnya.

Aku sesungguhnya kecewa, hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang aku rasa di sebalik semua ini. Dah sampai masanya aku memikirkan perasaan aku sendiri, buang masa dan buat penat otak je pikir orang lain tapi di titik akhir, aku juga yang sakit hati.

Kata seorang teman juga mungkin segala yang berlaku atas kealpaan aku dan aku mengaku – hanya kerana terlalu memberikan ruang pada orang lain, jadinya hari ini aku ibarat dipijak kepala. Cukup sampai sini. Wallahualam.
p/s : SALAM MERDEKA, sedang aku diam di rumah memikirkan kenapa ini harus terjadi, ada orang yang sedang bergembira nun jauh di sebelah sana bersama-sama teman yang sama-sama bijaksana. Sambut orang jauh, sambut merdeka. Smoga bahagia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home