Tuesday, August 28, 2007

bila perasaan tak diketahui sesiapa .....

24th AUGUST - Malam nanti aku bakal bertolak ke KL, ada urusan di PWTC selama dua hari. Pemergian kali ini dengan rasa yang sedikit berat di hati kerana ada beberapa urusan yang tak dapat diselesaikan dan terpaksa diserahkan pada orang lain. Aku tak suka buat keja yang tak siap tapi nak buat macam mana.

Sebentar tadi dalam perjalanan pulang, aku dihubungi oleh seorang kawan maya yang juga aku kenal dari blog ini, mulanya aku seakan lupa siapa dia. Tapi aku mula tahu kerana kami sering juga SMS tapi aku terfikir, dia jarang SMS kebelakangan ini. Rupanya hati telah dimiliki. Gembira juga hati kerana mendengar suara setelah sering berSMS sahaja. Selama kami kenal, kami bagai bersetuju, banyak persamaan antara kami sayangnya jauh, jika dekat mungkin bias jadi teman rapat tapi bagi aku bukan masalah.

Cerita cinta kami yang berakhir dengan kekecewaan dulu hampir sama, apa yang aku lalui, apa yang aku rasai mungkin sukar difahami orang lain tapi dia juga bercerita dan perasaannya sama dengan aku. Dan kami juga pernah satu ketika dulu menyalahkan takdir. Bezanya mungkin aku cepat merawat luka yang ada dalam hati tapi dia mengambil masa yang agak lama.

Skarang dia sudah dipunyai oleh seseorang namun masih ada kekecewaan di situ, seolah dirinya tidak dihargai. Luahan dia sebentar tadi aku rasa bagai bercakap pada diri sendiri, segala butiran katanya, luahan rasanya adalah sama yang ada dalam hati aku seolah ‘photostat’ hmmm kedengaran ganjil tapi itulah realiti. Aku tahu aku rasa apa yang dia rasa dan aku hanya mampu berkongsi segala rasa itu.

Mie, bukan semua orang di dalam ini sama seperti kita. Beginilah, kita jalani sahaja apa yang datang dalam hidup kita, jangan kita membenci lagi kehidupan ini, mungkin ianya satu ujian panjang buat kita. Tak siapa tahu kuasa dan takdir Allah di hadapan. Zac sendiri kadangkala bosan dengan insan sekeliling tapi Zac belajar meletakkan diri Zac sebaik mungkin. Susah sebenarnya tapi ini yang perlu kita lalui. Kita tak mampu memaksa orang menghargai, menghormati, mengasihi, menyayangi diri kita sebagaimana yang kita lakukan pada mereka, walau susah mana skalipun kita berkorban untuk mereka, namun sekurangnya kita tahu siapa diri kita sebenarnya dan berbanggalah menjadi diri sendiri. Zac juga kadangkala penat melayani karenah, berdepan dengan segala ujian perasaan dan sebagainya tapi kita perlu menerima semua ini. Mungkin satu hari nanti segala perasaan orang-orang itu akan berubah dan pada tika itu kita mendapat hak yang sepatutnya, dengan izin Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home