Wednesday, May 23, 2007

AKU MAHU BERSUARA ....

Ahad 19th May 2007
Saat ini aku sedang menyaksikan persembahan Mila kat Konsert Akhir AF5. Di dalam bilik bertemankan seorang teman dari KL. Mr Y tetiba bertanyakan pada aku adakah aku seorang yang suka memberikan orang lain peluang? Aku jawab ya. Dia tanya kenapa aku terlalu yakin menjawab pasal tu, aku jawab aku kenal sapa diri aku. Ruapanya ada cerita di sebalik soalan itu. Tak banyak yang kami kongsi, dia skadar bercerita tentang dia yang sering dipermainkan perasaan oleh kengkawan dan teman istimewa. Aku tersenyum tanda memahami tapi aku tak pasti adakah itu reaksi yang sepatutnya? Dia letakkan noktah di situ. Tiada suara. Aku capai computer riba dan mula menaip gelombang perasaan aku yang tiba-tiba dating. Di tv skarang sedang rancak dengan persembahan Aswad. Dia tertumpu di tv dan aku di sini.

Sebenarnya aku tak ketentuan sejak 2 hari ini. Semuanya kerana jiwa aku perasaan aku bagai disalahtafsirkan oleh seseorang. Yang paling aku tak tahan bilamana jika ada pertelingkahan, dia akan bersuara seolah-olah tiada lagi rasa hormat pada aku. Bukan mahu minta dipuja seperti dewa tapi sekurang-kurangnya pandanglah aku. Aku pelik kerana aku juga ada naluri marah tapi bila bersuara aku masih mampu mengawal, kenapa tidak orang lain? Tidakkah mereka tahu mereka itu menyakiti. Adakah masalah itu akan selesai dengan meninggikan suara, menengking bertubi-tubi tanpa arah tuju dan penamatnya meletakkan telefon? Hmmm aku tak akan lupa, itulah yang sering aku lalui sedangkan aku cuba bercakap bertatih satu persatu untuk menerangkan apa sebenarnya maksud aku. Masalah akan selesai lambat laun tapi aku tak suka dengan cara orang seperti ini. Aku tak mampu mengubah manusia lain biarpun seringkali ada perkataan MAAF di hujung persengketaan. DAN aku ulangi DAN aku seringnya MEMAAFKAN.

Aku ikhlas memaafkan dan itulah namanya peluang yang aku berikan. Aku sedar aku juga melakukan kesilapan tapi yang aku mahukan adalah menyelesaikan masalah dengan tenang, jalan berbincang. Aku tak tahu kenapa aku slalu diuji tapi hasil bacaan dari pelbagai sumber banyak mengajar aku hikmah ujian dan orang yang bersabar ini.

Seperkara lagi, kenapa orang lain boleh melakukan kesilapan tapi di pandangan mereka seoleh-oleh biasa sahaja sedangkan aku jika tergelinciri lidah dan perbuatan makanya dipandang berat seolah tak tergalas dek bahu. Apa yang mampu aku katakana? Terima seadanya. Ahhhh bosan, penat la nak lalui semua ni kerana aku ni jenis memendam dan tak suka bising-bising, akhirnya di sinilah tempat aku bercerita.

Aku mahu berhenti bersuara dan biarlah mereka dalam dunia mereka. Moga mereka bangun dari tido sedikit masa lagi kerana aku yakini di mana aku berdiri.


p/s : telah lama tidak aku bercerita pada bintang malam ….


BACALAH CATATAN DARI BLOG BRADER MACHO ….

Kerana lidah tak bertulang, seringkali tanpa sedar keluar kata-kata yang tak diinginkan. Lidah yang di luar kawalan akan banyak mendatangkan kesusahan bagi diri sendiri dan orang lain. Lidah boleh menyakiti hati orang. Lidah boleh membuat orang naik darah. Lantaran lidah seseorang boleh kehilangan nyawa. Rasulullah SAW menyuruh kita agar menjaga lidah, “Manusia tidak akan teguh imannya, sebelum teguh hatinya, dan tidak akan teguh hatinya sebelum teguh lidahnya.” (HR Ahmad).
Berbicara adalah salah satu nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada manusia. Dengan berbicara manusia dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan menjadi makhluk paling mulia dibandingkan makhluk-makhluk lainnya. Allah SWT berfirman, “Tuhan yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai bicara.” (QS. Ar-Rahman: 1-4).
Allah melebihkan manusia dari makhluk-makhluk lain dengan mengajarkan pandai berbicara. Dan Islam menjelaskan bagaimana seharusnya manusia memanfaatkan nikmat yang amat besar itu.Jika kita menghitung-hitung pembicaraan seseorang, ternyata apa yang mereka bicarakan lebih banyak yang tidak ada gunanya. Padahal Allah menciptakan lidah bukan untuk membicarakan hal yang sia-sia. Allah SWT berfirman, “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari redha Allah, maka kelak Kami memberinya pahala yang besar.” (QS An-Nisa`: 114).
Ketika seseorang ingin memusatkan fikirannya untuk melanjutkan pekerjaan yang memerlukan tumpuan, dia selalu mengambil sikap diam. Bahkan ketika dia ingin menjernihkan jiwa dan fikirannya, dia menghindari kebisingan. Dia lebih suka menyendiri di tempat yang sepi dan tenang.
Oleh kerana itu Islam mengajarkan lebih baik diam, jika tidak perlu berbicara. Dan sikap diam merupakan media pendidikan yang telah teruji. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan menolongmu dalam urusan agamamu.” (HR Ahmad dari Abu Dzar).
Orang yang lemah akal fikirannya, kalau berbicara sering mengeluarkan kata-kata yang tiada ertinya. Bahkan tak jarang mengeluarkan ucapan yang dapat merosak hubungan persahabatan mahupun persaudaraan. Pepatah mengatakan, “Sekali waktu orang boleh mati kerana gelincir lidahnya. Namun seseorang tidak mati kerana tergelincir kakinya.”

Untuk memelihara lidah dari perkataan yang tidak berguna, Islam mengharamkan berdebat dan menutup rapat pintu perdebatan, sekalipun dalam soal kebenaran. Dalam perdebatan orang lebih mengutamakan kemenangan berbanding persaudaraan. Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang meninggalkan perdebatan sedang dia menghapuskan kebathilan, maka didirikan baginya sebuah gedung di tengah-tengah syurga. Dan siapa yang meninggalkan pedebatan sedangkan dia dalam kebenaran, maka didirikan baginya gedung di tengah-tengah syurga. Dan siapa yang baik akhlaknya, maka dibangun gedung baginya di atasnya.” (HR Abu Daud).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home