Friday, January 25, 2008

22nd JAN – BAD DAY

Kelmarin aku menerima khabar yang kurang menyenangkan aku berkaitan usaha aku dalam mengembangkan perniagaan tapi aku terima dengan redha,aku akur dengan takdir yang telah tertulis untuk aku walaupun sedikit rasa kesal dan kecewa ada dalam hati ini. Mujur ada Fallah yang banyak memberikan kata nasihat dan semangat. Sekuat-kuat diri aku ada kelemahan juga pastinya, selama ini aku banyak berkongsi segala rasa, bila tiada sesiapa untuk aku bercerita, timbul juga rasa cuak dalam diri namun aku bersyukur bila Tuhan temukan aku ngan Fallah yang banyak buatkan aku tenang. Aku tahu dia jujur dalam persaudaraan ini. Aku rasa dalam tempoh 2 hari ini aku banyak bercerita dengan dia semata-mata hanya nak dapatkan feed-back tentang keputusan yang aku dah buat ini. Alhamdulillah aku tenang dan terima segalanya seadanya. Thanks bro!

p/s : dah terlalu banyak yang aku tempuh, apa salahnya aku terima sekali lagi ujian dalam kehidupan ini, mungkin ada rahmat yang tersembunyi untuk aku. Dengan izin Allah, aku mahu terus memperjuangkan nasib diri ini, selagi ada hayat di kandung badan. Ya Allah, hanya padaMu aku bermohon agar diberi kesempatan pada diri ini untuk melunaskan segala impian dan harapan, hanya padaMu aku berharap. Amin

17th JAN – 3days 2 nights @ Damai Laut Resort, Perak

Alhamdulillah. Aku jejakkan juga kaki di sini. Dua tahun lalu production aku dapat job kat sini gak tapi bukan rezeki aku nak datang masa tu coz asyik mabuk di lamun cinta ngan si dia so aku tak nak datang sini, Skarang aku kat sini. Tadik pagi bertolak pagi sampai dah petang terus gi check in, kitaorang amek 2 apartment yang jauh perjalanan around 5 minit ke resort. Semua skali pegi 9 orang.

Aku supply 10 pasang evening dress dan 5 pasang tuxedo untuk pertandingan ratu cantik and manhunt satu kilang ni. Selain tu, aku supply makeup artist and hair dresser gak. So dua hari tu pack sangat kat sana. Malam pertama all the finalist buat persembahan tarian, malam kedua baru pertandingan. Event ni berjaya berlangsung dengan sempurna walaupun pada mulanya agak kelam kabut. Alhamdulillah.

Aku suka resort ni, suasana cantik ngan tenang sangat, sempat aku curi-curi masa jejalan kat sini. Staff pun peramah n helpful, patut la dorang penah menang award dalam tourism. 3 hari 2 malam kat sini bagai memberi pengalaman baru. Aku pun dapat banyak business contact yang baru. Tapi yang sedihnya aku batuk teruk, sampai muntah. Tiap kali muntah kuar kahak berdarah. Takut gak hmmm nanti nak gi medical check.

Balik Penang karang aku dah nekad nak diet secara sihat. Sejak November sampai skarang banyak function banyak plak aku makan, ya la aku tak tahan tengok makanan kat hotel hotel yang aku pegi, sure semua aku telan.

Till now, da!

17th JAN - ANOTHER BIRTHDAY : MOHD ABD. FALLAH SHAARANI

Hepi Birthday Mr Fallah! Hmm sapa Fallah ni ek? Fallah aku baru je kenal bulan Ramadhan yang lepas tapi aku suka ngan dia ni. Antara orang yang paling banyak membantu aku especially saat aku down pas raya ari tu. Aku mungkin baru kenal dia tapi aku hepi dengan relation kitaorang. Selain banyak menenangkan perasaan aku, dia jugak banyak memberi semangat untuk aku terus wujud dalam dunia perniagaan yang aku ceburi ini, pendek kata banyak keja aku jadik mudah coz dia selalu ada tolong aku masa function.

Prinsip aku mudah je, aku akan menghargai sesiapa sahaja yang menghargai aku seadanya. Tak mungkin aku lupa dengan segala pengorbanan dan kesetiaan orang pada aku, InsyaAllah.

To Fallah, Hepi Birthday to you, hope U hepi to be frenz with me. Thanks gak coz sudi idup dalam family dan kawan-kawan saya. Kami sekeluarga orang biasa saja, U lebih tahu mcm mana layanan my parents to you, kitaorang sederhana sangat sangat. Dan yang lebih penting, we need each other!

p/s : banyak plak si Fallah ni makan, katanya dulu tak mcm ni, sejak kenal ngan aku jadik kuat makan, agaknya aku ni ada aura makan kot!

15th JAN - FORGIVEN BUT NOT FORGOTTEN

Aku tertarik dengan ayat yang aku dengar semalam tapi aku lupa kat mana aku dengar coz dalam kesibukan seharian aku terdengar ayat tu, kalo tak salah dalam sebuah rancangan yang aku tonton kot. Hmm ayat tu mcm banyak makna untuk aku, kalo sekali pikir dengar cam dendam di hati jer tapi kalo diterima sekali lagi oleh hati ini, lebih jauh maksudnya. Terpulang, kita manusia bias mentafsir apa saja kan? Harap-harapnya semua yang baik baik jer la, amin.

Dua tiga hari ini aku sibuk ulang-alik Penang Island dengan Mainland. Penat rasanya nak abiskan pojek untk kilang ni, banyak songeh sangat sangat management tapi nak wat cam ner, nama pun clien, sentiasa je btol. Hmm…ada gak la citer sedih, bila orang yang aku trust n percaya untuk menerajui salah satu part dalam event kilang ni menikam aku dari belakang. Aku percaya dia, bagi dia handle tapi dalam diam dia dah buat sesuatu yang tidak sepatutnya lalu aku buang dia dari senarai staff yang akan aku bawak berkampung di sebuah resort di utara tanahair nanti, InsyaAllah. Orang mcm ni kena ajar skit, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada sebaliknya mahu mengaut untung dengan jalan yang mudah dan singkat jer!

Aku tak paham apa yang manusia cam ni perlukan, diberi ruang tapi disalah guna. Nak berjaya sekalipun takkan la sampai mcm ni caranya.

p/s : dah bosan sangat jumpa manusia yang tak mengenang budi …..

Wednesday, January 09, 2008

siri cerita tahun baru

8th JANUARY 2008 – TEMAN BICARA

Hari ini penuh rasa penat sangat-sangat, busy dengan next coming project untuk sebuah kilang di mainland. Aku kena siapkan semua barang yang dorang mintak by Monday ni. Khamis karang turun KL last trip untuk semua barang tu, ishk tak sabar nak shopping.

Arini aku curi masa gi beli barang kelengkapan umah, survey perabot, barang elektrik. Hmm rasa seronok sangat nak masuk umah baru. Dalam kesibukan tu, ada SMS masuk.

‘I think I want to be honest with U, Sepanjang XXX persahabatan kita ni, I have actually developed feelings for U. Our sincere friendship has changed me. Well, I cuma nak U tahu perasaan I terhadap U. Apaguna menaruh perasaan terhadap seseorang tapi tak berani meluahkannya. I’m so sorry if apa yang I bagitau ni mengganggu U. Cuma, I just want U to know.’

Ha, aku jadik biol jap tadik. Masa tu tengah drive kat highway. Hmm sesungguhnya aku tak tau nak kata apa. Sayang aku pada dia hanya sebagai kawan, tak lebih dari itu. Aku tak mampu nak mencipta perasaan yang melebihi dari hati seorang teman. Hmm ntah mcam mana aku nak cakap aku pun tak tau. Aku hargai apa yang kami lalui bersama sebelum ini, sesungguhnya dia la yang paling dekat dengan aku, masa aku melalui saat yang paling sukar sebelum ini, dia yang ada. Skarang aku tengah meniti tangga-tangga bahagia, dia juga yang ada dan dia la tempat aku bercerita.

Tapi, hanya sekadar TEMAN BICARA



6th JANUARY 2008 – SUARA DIA YANG ISTIMEWA


Malam semalam aku nak gi amek abang ngan akak ipar aku kat jeti. On the way pegi sempat aku singgah Metrojaya jap, saja je jejalan sementara dorang tak sampai lagik. Tak beli apa pun cuma tengok-tengok je. Sampai kat satu pintu nak kuar, aku terlihat seseorang yang macam aku kenal jer. Hmm mamat tu sapa aku, ‘CIKGU’

Nyatanya bekas pelajar aku. Beberapa tahun dulu aku penah jadi Guru Sandaran di sebuah sekolah menengah di pulau ni. Aku ditugaskan mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan untuk Tingkatan 1 dan 4. Aku jugak jadi Guru Kelas untuk Tingkatan 1 Seroja. Dalam kelas ni ada sowang pelajar lembam. Dia ni slow sikit,. Aku sian kat dia. Kekadang sikap dia ni menguji kesabaran aku gak. Bayangkan dalam suasana hening aku mengajar pot pet kat depan, kelas yang diam tu, tetiba dia menjerit sesorang. Dah tu kekadang dia suka ngusik student len. Memula dulu aku slalu gak zapppp ngan rotan tapi lama-lama jadik sayang pun ada coz satu hari tu dia datang kat meja aku, sembang. Dia cakap ngan aku satu hari tu dia ni cacat! Hmm aku diam je, anak jantung aku mcm kena siat. Dia tahu rupanya diri dia kekurangan. Air mata aku ni bertakung je tapi aku wat wat semak buku. Aku suh dia tolong aku g beli karipap kat kantin, lama lagik sure aku nangis beb! Sensitif btol.

Sejak ari tu aku jadik kamceng ngan dia. Kekadang dia blajar dalam kelas aku kekadang tak pun! Aku tak kisah sangat. Cuma kalo mood dia nak blajar datang, dia la yang paling banyak tanya itu ini.

Hari terakhir aku kat skolah tu dapat banyak adiah la gak, dia datang bagitau aku dia tak bawak adiah siap Tanya lagik kat aku, “kena bawak adiah ke cikgu?” Aku cakap tak la. Aku bagitau dia aku nak sambung blajar, dia cakap “ok, nanti saya tepon cikgu” hehehe yang bestnya dia tak amek pun number aku.

Tahun berganti. Aku jumpa dia lagi kat bus stop KOMTAR. Dari jauh aku dengar orang panggil “Cikgu, Cikgu, Cikgu!” aku toleh la. Dari jauh aku tengok dia sedang lari ke arah aku. Orang keliling dah pandang-pandang. Dia datang kat aku salam cium tangan dan bagitau “Saya skarang ni belajar kat sekolah pendidikan khas, saya bukan mcm orang biasa, saya istimewa skit cikgu” Hmmm kali ini air mata aku mcm laju je. Sib baik cover ngan cermin mata itam. Aku bagitau dia, semua orang sama jer, janji ada peluang belajar. Mcm mana dia berlari datang kat aku mcm tu gak la dia berlari gi dapatkan bus tanpa cakap apa apa kat aku.

Semalam dia menyapa aku. CIKGU. Itulah perkataan yang dikeluarkannya. Aku senyum jer. Aku tanya dah lama ke keja sini. Dengan tergagap-gagap dia menjawab ‘baru je cikgu’. Aku bukan tidak mahu menyambung perbualan lagi cuma aku tak sanggup mendengar lagi butiran kata-katanya yang aku rasa mampu menguji perasaan aku.

Sekurang-kurangnya dia mengingati aku sebagai gurunya dan aku rasa bangga dan terharu begitu mulianya nama ‘CIKGU’ di hati insan sepertinya. Korang renungkan disebalik cerita aku ini apa pengajaran yang korang dapat dan apa yang boleh korang pelajari



5th JANUARY 2008 – SMS

Subuh hari dapat SMS :

Hello my sweetdream Z, bila saya mimpikan awak je tetiba diri ini rindu sesangat kat awk. Selagi tak dapat cakap @ tak terima SMS awk, hari hari sy akn mimpikan awk. Tak tau la sampai bila. Mayb kalau awk dah brkahwin, barulah hilang semuanya kot. So cepat-cepat la kahwin, sori ye saya asyik mengganggu idup awak je. Sori la sayang, I MISS U SO MUCH.

p/s : Hmm…bila aku menganugerahkan segala kasih di dalam jiwa ini, tiada yang mahu menghargai sebaiknya. Kini bilamana perpisahan itu jadi perantara, pelbagai rasa mula ada di dalam diri mereka. Maaf, aku bukan untukmu.



4th JANUARY 2008 – KHABAR DARI PULAU

Ada khabar yang menggembirakan dari Langkawi. Alhamdulillah, berkat usaha aku, berkat segala penat, berkat kesungguhan. Hmm mungkin juga hasil pandangan rendah orang terhadap aku, skarang aku dah buktikan produksi ini mendapat perhatian. Jika tiada aral yang melintang, produksi aku akan menjayakan persembahan secara kontrak di Langkwi tidak lama lagi, semuanya masih di dalam perbincangan. Target aku yang seterusnya bulan August nanti, persembahan kontrak di Pulau Pinang, InsyaAllah.

p/s: mak, thanks a lot for your support. Baru Ni tahu mak sentiasa ada walaupun orang lain datang dan pergi.



3rd JANUARY 2008 – SESUNGGUHNYA PENAT

Pagi kuar umah terus gi survey tayar, finally tukar gak tayar coz aku kena gi KL skang gak! Adusss….sabar je la. Aku kol Fir, dancer KL nak balik KL gak so keta aku penuh la coz aku tumpangkan lagi 2 dancers. So sepanjang perjalanan ke KL tu meriah la dengar lawak antarabangsa dorang, hepi sangat.

Aku ke KL amek costume binatang untuk pojek launching Taman Negara 5hb karang. Penat btol trip ni, sesungguhnya aku kepenatan! Tuhan je yang tahu cam ner aku penat. Sebelum balik Penang malam tu sempat gi cari Sate Hj Samuri tempat aku makan ngan family angkat aku dulu tapi dah tutup la pulak. Hmm kecewa sangat. Finally balik Penang.

Sampai je Penang, mandi trus tido. Tido pun kejap je coz bangun smula gi Taman Negara. Aku punya meloya, pening cam orang mengandung plak! Mak suh makan skit, telan ubat pastu tido semula! Aiyooo perjalanan yang memenatkan dan meletihkan. Minggu depan nak ke KL lagi nganto barang yang disewa.

p/s : trip ni bagi aku idea untuk kembangkan bisnes di KL, InsyaAllah target aku untuk tahun 2008, nak ada my own studio n production kat KL, doa kan lah!



1st JANUARY 2008 – HAPPY NEW YEAR


Selamat Tahun Baru 2008. Semoga segala keindahan dan kebahagiaan kehidupan menjadi milik sumer yang membaca blog aku neh!

Ada catatan kenangan yang nak aku kongsi skit. November lepas aku dapat offer dari sebuah event management untuk menjayakan persembahan malam tahun baru di Langkawi tapi awal lagi aku tolak. Hmm bukannya apa, aku malas nak pikir bout production lagi coz aku tengah busy masa tu dengan segala macam urusan tapi setelah dipujuk dirayu akhirnya aku setuju untuk mengadakan persembahan.

Dua minggu terakhir Disember memang aku busy teramat sampai balik umah untuk tido jer. Hampir tiap malam ada event. Sampaikan masa tinggal seminggu je lagi untuk persembahan, akhirnya aku call dancer dari KL untuk cover show aku di Langkawi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dorang sumer sampai 29hb, esoknya baru menjalani latihan, aku hepi tengok dorang keja, lega la skit hati aku ni untuk show malam tahun baru nanti.

31hb tu kitaorang bertolak pagi hari lagik, malam sebelum tu kol 3 pagi baru sampai umah tido mcm hapa ntah, jap je dah bangun, penat sangat. Dalam perjalanan ke Langkawi baru la aku amek masa mengenali sorang sorang dancer yang terlibat ngan persembahan aku ni, njoy sangat sangat kenal dorang, sakit perut tengok telatah sowang-sowang. Aku kenal ngan Tasya, Apit, Iss, Azie n the gang! Ok la dorang, dah namanya dancer, so aku pun asal dancer gak. Hanya kitaorang yang sedar bagaimana bahagianya dunia kitaorang sendiri, yang memandang mungkin punya pandangan berbeza, terserah. Antara sumer, Apit yang paling lucu teramat amat sangat, kekadang aku jadik bingung pikir ada gak manusia yang mcm gini yang mesra dalam tempoh sesaat.

Sampai je kat Langkawi, transport dah sedia nunggu kitaorang. Terus ke Berjaya Resort & Spa kat Pantai Chenang, jauh la gak dari Kuah, letih teramat sangat. Sampai sana terus gi makan. Aku tak sempat nak makan organizer dah brief padahal perut lapar teramat amat, dorang bawak gi tengok tempat yang kitaorang nak bermalam, dorang kasi staff punya umah. Hmm aku complaint kat Manager tu bout the place, sungguh tak selesa. Dancer perempuan punya hostel pun jauh dari resort tu. Akhirnya aku wat keputusan, pas show karang kitaorang sumer akan kembali ke Kuah, nak overnite kat sana.

Aku tak sempat rehat terus patah balik ke Kuah untuk amek buluh. Kuar dengan Fir naik lori merentas Langkawi, mcm besh gak pengalaman ni. Kali pertama aku jumpa ngan Amy, dancer Langkawi yang banyak sangat membantu aku untuk trip ni, sib baik dia sediakan buluh kalo tak susah gak aku nak mengusung dari Penang, naik feri plak tu.

Balik je ke resort terus wat latihan on stage. Persembahan malam karang bertemakan Borneo so tarian yang kitaorang wat semua bout Sabah & Sarawak. Tak banyak masa yang tinggal, pas latihan terus ke bilik untuk makeup. Aku sian btol tengok dancers semua, bayangkan sorang pun tak mandi lagi coz tak cukup masa. Next time kalo ada trip mcm gini aku plan nak datang sehari awal la.

Malam tu persembahan berjalan lancar, organizer puas hati. GM hotel pun dah tengok and he happy. Lega rasanya. Malam pas countdown n packing kitaorang move semula ke Pekan Kuah. Skali lagi Amy tolong aku dapatkan apartment kat Bella Vista dengan harga RM400 semalam, dua tingkat with 3 master bedroom and 1 bilik biasa siap kitchen n everything keperluan dalam umah. Lega sangat sangat. Meriah la malam tu ngan hilai tawa hiruk pikuk padahal tadik sumer mcm nak pengsan sangat sangat dah. Aku la yang paling last mandi, penat dan malas jadinya.

Malam tu tido yang paling nyenyak sangat aku rasa, trip ni banyak bawak pengalaman baru untuk aku. Aku anggap ini adalah permulaan baru untuk aku dan production aku. Aku mahu bangun dari kekecewaan yang dah aku tempuh, penat sangat dah. Banyak peluang aku tinggalkan mcm tu je, skarang aku tak nak tengok lagi yang lepas lepas. InsyaAllah 2008 bakal membawa kebahagiaan untuk aku.

SELAMAT TAHUN BARU 2008!