Saturday, December 31, 2005

SALAM 2006

2005 ... bakal meninggalkan kita. Hmm cepat benar masa berlalu, tahun yang banyak meninggalkan kenangan untuk aku tapi yang paling menggembirakan, tahun ni gak aku ditemukan dengan seorang insan yang terlalu aku sayang, hadirnya banyak mengubat luka di hati aku. Dalam diam, 26 Disember lalu telah pun menggenapkan usia 6 bulan hubungan aku dan dia. Bagaikan 6 tahun telah aku lalui hubungan ini, itu yang aku rasa. Paling tidak dapat aku lupa, hadiah darinya sempena 6 bulan hubungan kami - sebuah album yang dihias sendiri, di dalamnya ada semua keratan tiket GSC filem-filem yang pernah kami tonton bersama. Its so sweet!

Pastinya tahun 2005 tidak hanya terisi dengan cerita cinta itu malah lebih dari itu. Akhir 2005 bukannya kegembiraan buat aku kerana rasanya telah tercetus satu masalah serius dalam karier aku tapi aku tahu aku akan mampu mengatasinya, aku anggap masalah itu sebagai penutup segala derita tahun 2005 dan 2006 akan hadir dengan penuh keceriaan untuk aku. Aku bersyukur kerana aku masih punya Mak, Aisye, Mama Ana, Eton dan kengkawan yang lain yang banyak membuatkan aku tersenyum.

Adik aku, Fahmi pun dah melangkah kaki ke mahligai gading, aku hepi sangat. Sekurang-kurangnya harapan aku pada dia jadi nyata. Aku pun dah mendaftarkan diri di sebuah IPT untuk melanjutkan pengajian bermula pertengahan Januari nanti, moganya aku dapat menghabiskan sisa perjuangan aku. Doakan k!

Sebenarnya banyak peristiwa penting aku tak aku catatkan kat sini, aku harap ianya akan dapat aku coretkan bila tiba masa - sekadar untuk dijadikan panduan kehidupan.

Malam ini, akan berakhir tahun 2005. Masa akan terus berjalan dan aku harap aku mampu beriringan dengan masa itu agar tidak ketinggalan.

SELAMAT TAHUN BARU untuk kalian.

Wednesday, December 28, 2005

entah bila

Hmm, banyak yang ingin aku ceritakan, tak terkata yang ingin aku luahkan namun semuanya seakan tak mampu aku suarakan, biarpun di sini. Untuk masa yang terbatas ini, biarlah aku pendamkan apa juga yang aku rasakan kerana aku percaya akan ada satu hari itu segalanya terungkap dan bebas tanpa sempadan.

Saat ini aku hanya seorang diri, melihat dan memerhati sejauh mana lakonan mereka di pentas dunia ini. Diam aku bukan bererti aku kalah dan diam aku juga bukan makna bersalah kerana diam aku diam memberi mereka ruang untuk mereka tahu apa itu erti kehidupan yang sebenarnya - moga mereka sedar.

Tak lama lagi tahun 2006 bakal menjengah, aku harap aku dapat menutupi tahun 2005 dengan segala kepahitan yang tergalas di bahu ini. Moga ada sinar baru yang menanti aku.

Untuk AISYE, terima kasih kerana sudi bersama Abang. Sayang Awak.

Wednesday, December 14, 2005

MELAKA ....di sini akhirnya

Hmm dah lama rasanya aku tak posting kat sini, kesibukan kerja buatkan segalanya jadi terhad tapi hari ini, seawal 6.45am akhirnya aku di sini gak - di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah. Sebenarnya dah lama aku plan nak visit Melaka tapi tak berkesempatan, kebetulan Syafiq sedang bercuti semester so segala rancangan aku jadi kenyataan gak akhirnya. Kitaorang akan mulakan holiday cara backpackers kejap lagi, make sure korang check blog aku lagik ek kerana banyak yang nak aku kongsi ngan korang nanti!

Salam dari Bumi Melaka!