Saturday, December 31, 2005

SALAM 2006

2005 ... bakal meninggalkan kita. Hmm cepat benar masa berlalu, tahun yang banyak meninggalkan kenangan untuk aku tapi yang paling menggembirakan, tahun ni gak aku ditemukan dengan seorang insan yang terlalu aku sayang, hadirnya banyak mengubat luka di hati aku. Dalam diam, 26 Disember lalu telah pun menggenapkan usia 6 bulan hubungan aku dan dia. Bagaikan 6 tahun telah aku lalui hubungan ini, itu yang aku rasa. Paling tidak dapat aku lupa, hadiah darinya sempena 6 bulan hubungan kami - sebuah album yang dihias sendiri, di dalamnya ada semua keratan tiket GSC filem-filem yang pernah kami tonton bersama. Its so sweet!

Pastinya tahun 2005 tidak hanya terisi dengan cerita cinta itu malah lebih dari itu. Akhir 2005 bukannya kegembiraan buat aku kerana rasanya telah tercetus satu masalah serius dalam karier aku tapi aku tahu aku akan mampu mengatasinya, aku anggap masalah itu sebagai penutup segala derita tahun 2005 dan 2006 akan hadir dengan penuh keceriaan untuk aku. Aku bersyukur kerana aku masih punya Mak, Aisye, Mama Ana, Eton dan kengkawan yang lain yang banyak membuatkan aku tersenyum.

Adik aku, Fahmi pun dah melangkah kaki ke mahligai gading, aku hepi sangat. Sekurang-kurangnya harapan aku pada dia jadi nyata. Aku pun dah mendaftarkan diri di sebuah IPT untuk melanjutkan pengajian bermula pertengahan Januari nanti, moganya aku dapat menghabiskan sisa perjuangan aku. Doakan k!

Sebenarnya banyak peristiwa penting aku tak aku catatkan kat sini, aku harap ianya akan dapat aku coretkan bila tiba masa - sekadar untuk dijadikan panduan kehidupan.

Malam ini, akan berakhir tahun 2005. Masa akan terus berjalan dan aku harap aku mampu beriringan dengan masa itu agar tidak ketinggalan.

SELAMAT TAHUN BARU untuk kalian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home