Sunday, November 19, 2006

AHAD yang bosan ....

Ahad. Aku baru balik jumpa YB Faridah, berbincang tentang event esok yang perlu aku jayakan – Rumah Terbuka Tourism Malaysia yang mengundang ‘berbas-bas’ pelancong ke Daerah Barat Daya Balik Pulau. Esok, aku kena jadi ‘pencerita’ tentang pakaian Melayu, Rumah Melayu, apa itu Hari Raya, lemang, ketupat, dodol dan memacam lar, aku hepi tapi dalam masa yang sama aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku selalu jadik mcm ni, tak tahu apa yang ada dalam hati aku.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku jadi takut dengan idup aku, ada pasang surutnya sebuah kehidupan. Tadi masa menunggu YB abis bagi ucapan, aku lepak ngan sorang abang ni, ramah plak mulutnya. Dia citer ngan aku tentang MELAYU – katanya orang Melayu ni tak guna dibantu, nada mcm marah, aku iyakan aja (sememangnya aku juga punya pengalaman) Dia bersuara terlalu perlahan ‘abang juga orang Melayu tapi abang kecewa sangat dengan orang Melayu, lebih ramai yang malas, hanya mahu menuggu bulan jatuh ke riba, kalau kita Bantu, bila dah berjaya, mula mahu lupa diri’

Aku ambik masa memikirkan kata-kata abang tu, sememangnya aku juga telah melalui semua tu. Pengalaman aku terlalu terbuka ngan orang menjadikan aku mangsa keadaan. Kalau tidak mahu berkongsi, nanti dikatakan kedekut ilmu lagipun bukan boleh di bawa ke mati, bila dikongsi dan ditunjukajar akhirnya apa yang aku dapat? Hmmm tidakkah orang itu kasihan kat dirinya sendiri? Aku sian sangat kat dia, dah dibantu tapi lupa diri. Hmm skarang ni aku jadik cam fobia nak baik ngan orang, ntah apa lagi nak aku terima lagi.
Skarang ni nak wat apa pun aku tak tahu, jap ada semangat jap tak der semangat.

edc RAYER

Rindu, itulah yang boleh aku luahkan pada blog ni, dah lama rasanya aku tak online, alas an? Hmm SIBUK? Sejak awal Syawal hinggalah hari ini ada saja masa aku yang terisi, aku pun tak tahu nak citer pengalaman Syawal atau apa, ari tu Helmi ada gak sms aku Tanya khabar pastu suruh citer pengalaman rayer tahun ni.

Hmm Alhamdulillah, rezeki tahun ni, tempahan biskut yang aku niagakan bertambah dari tahun ke tahun, mulanya dulu ingat nak buat main-main tapi syukur sangat, air tangan aku dalam membuat biskut diterima ramai tapi yang paling best, kalau tahun-tahun sebelum ni aku sesorang je wat biskut, tahun ni sepanjang masa ada mak temankan coz mak dah pencen so dia pun boring, jadinya dia la yang banyak menolong aku, dulu mak tak suka coz katanya wat biskut ni leceh! Aku akui biskut nak wat bukannya senang tambahan plak dalam kuantiti yang banyak tapi itu yang bagi aku kepuasan. Ari tu Syafiq ada datang nolong gak, sehari jugak kat umah aku, sian dia. Aku dapat tengok mcm mana wajah penat hehehe tapi dah dia yang offer diri, wat jer la! Seminggu sebelum Syawal aku dah stop amek tempahan, ramai sangat yang mintak, aku pun pelik napa la dorang ni tak nak order awal-awal. Fazilah yang paling banyak wat tempahan sekaligus, katanya kengkawan dia pun order gak! Hepi sangat tahun ni wat bisnes biskut! InsyaAllah jika panjang usia, tahun depan aku nak usahakan lagi ‘bisnes raya’ ni!

1 Syawal – seperti biasa aku gi solat, ziarah kubur tok yang paling aku saying, dulu tiap kali Ramadhan menjelang Syawal, aku ngan tok la yang bz giler babas kat dapur tapi dah berapa tahun aku kat dapur ngan mak je. Tok la yang paling semangat nak raya, moga rohnya dicucuri rahmat. Sampai je kat umah aku pengsan! Hehehehe, aku tido sejam, aku kunci jam loceng, memang penat sangat tak dapat aku citerkan walaupun semangat nak raya, bangun je aku busy layan tamu. Tahun ni Alhamdulillah produksi aku ngan Aisye dapat kepercayaan menjayakan persembahan Hari Raya di Island Plaza, Tanjung Tokong selama dua hari berturut-turut iaitu 1 dan 2 Syawal, semuanya berjalan dengan lancer, Alhamdulillah. Pas show summer dancer datang beraya kat umah, walaupun ramai dan meriah tapi aku sedih gak coz Aisye tak ada, dia balik kampung lar!

Tak ada banyak citer sangat raya ni. Mcm biasa je tiap tahun tapi aku puas sangat coz persiapan tahun ni dapat aku sediakan semuanya untuk keluarga, dulu kalau nak harap gaji mana bleh cover semua tapi bila dah every year jual biskut, aduhhh nikmat sangat! Yer la, korang bayangkan, raya setahun sekali, hari kemenangan dan hari tu korang dapat sediakan semuanya dengan hasil titik peluh sendiri, asik kan?

Selepas raya, ada gak bebarapa show yang kitaorang dapat, itu yang menjadikan bertambah sibuk. Ada gak cerita-cerita yang kurang enak yang sampai ke telinga tapi dah jadi adapt, manusia ni tak dapat tengok kesenangan orang lain. Ada saja cerita yang nak merosakkan imej aku. Bilamana aku ambik keputusan untuk running produksi sendiri, ada je cerita-cerita yang cuba membunuh usaha aku dan Aisye. Kalo dulu bleh la aku diam diri tapi skarang aku ambik je hp pastu dial number sorang-sorang yang terlibat dalam ‘cerita’ ini. Ha, puas hati aku, baru tahu sapa aku skarang, dulu lain la beb! Bukannya nak bagi semangat tapi nak menjatuhkan lagi ada la. FITNAH ni la yang paling menakutkan aku tapi aku slalu kena cam ni tapi tak lama coz kejahatan tu tak kekal lama (mcm citer Bawang Putih Bawang Merah plak!) Pada mereka yang sedang dalam usaha menjatuhkan aku, cukup-cukup la, Allah tu senantiasa ada dalam hidup aku. Aku yakin aku diuji Ilahi dan aku lebih yakin Dia tahu tahap aku dalam menerima ujianNya.

Hmm sebelum terlupa, bagi korang di Pulau Pinang, saksikanlah hasil produksi aku dan Aisye pada 2 Disember 2006 nanti sempena pembukaan Pesta Ekspo Pulau Pinang, Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan slot persembahan untuk segmen Tarian Melayu.

Ada lagi cerita, skarang ni aku dah bergelar penjual kuih hehehehe, masih baru, ada la dalam 2 minggu, idea ni datang dari mak, kitaorang ambik kuih muih di sekitar kampung dan jual kat satu stesen, port kitaorang kat stesen bas so skarang ni tiap hari kol 6.30 pagi aku jual kuih ngan ba, mak wat sandwich letak kat kitaorang gak, Alhamdulillah ada gak pendapatan tambahan untuk ba, Mak dapat hasil jualan sandwich, ba dapat hasil jualan komisen dan aku? Hmmm kan itu namanya tanggungjawab? Janji hati ni tenang tengok mak ngan ba aku hepi. Tapi best sangat dapat jual kuih coz dapat jumpa ngan pelbagai jenis manusia, ada yang nak nasi lemak lauk itu lauk ini, kuih itu kuih ini. Dari kecik sampai la ke besar, memang ada karenah sendiri.

Sejak abis puasa ramai yang tegur berat badan aku makin bertambah, hehehe sebenarnya aku pun rasa cam tu, mana tak nya suar jeans aku pun banyak yang jadi hiasan, baju baju pun sama, hmm tak bleh jadik ni, so start ari ini aku usahakan amalkan diet sihat cuma nak start senaman plak tak lama lagi, malu la kalo gemuk, nak bergaya pun susah especially bila terlibat dengan keja dalam entertainment. Doa-doakan lah ek agar aku fit smula hehehe…

Sampai sini saja, InsyaAllah ada masa yang terluang aku coret lagi. Untuk semua kengkawan blogger yang msg tanyakan aku, terima kasih. Baru aku tahu aku disayangi, chewah!