Tuesday, January 03, 2006

MELAKA .... bandar sejarah


Ini cerita tahun lepas (2005) - sampai gak aku ke Melaka ngan Syafiq, dah lama sangat aku nak ke Melaka, last dulu masa ikut rombongan sekolah jer! Kali ni kitaorang travel cara backpackers, tak der rancangan details! Ambik map kat Tourism Malaysia, beli tiket bas ekspress and travel! Hmm akhirnya sampai gak ke Melaka. 3 hari 2 malam dah cukup untuk kitaorang jelajah Melaka, tempat-tempat menarik pun dekat-dekat jer. Yang paling best, kat bus station tu ada petunjuk tempat penginapan dari tak ada bintang sampai yang berbintang 5. Angkat je tepon free kat situ, tekan number kod trus di sambungkan ke hotel untuk kita wat reservation. (Penang sepatutnya wat macam ni!)

Kitaorang stay kat Hotel Chong Hoe je yang depan ngan Masjid Keling dekat ngan Junker Street, tak sangka hotel tu selesa sangat dengan bathroom attached, air cond ngan kipas, katil queen, tv, pemanas air hmm pendek kata terlalu ok dengan budget RM43 semalam. Lagipun sekadar nak bermalam jer.

Aku ada contact ngan Amir, member aku yang keja kat Taman Mini Malaysia, dapat gak masuk free pastu dapat gak pengalaman tengok persembahan Artis Budaya kat situ tapi sedih skit la tengok umah-umah kat situ macam tak dijaga dengan baik. Dulu masa aku datang, tiap umah ada orang yang wat macam macam aktiviti tapi skarang dah tak der dah.

Jadual penuh ngan jalan jalan sampai lenguh kaki di buatnya tapi aku puas, dengan budget yang rendah tapi fun! Ntah bila lagi aku nak sampai ke Melaka ni tapi akhirnya puas gak kerana dah lama sangat mimpi nak kembali ke bumi Hang Tuah ni, akhirnya mimpi jadi nyata.

Untuk korang yang nak Cuti-Cuti Malaysia, pegi je ke Melaka, tak rugi!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home