Friday, January 06, 2006

tengkiu makcik & pakcik !!!

aku tak keja ari ni, pas Subuh nolong mak wat sandwich yang nak dijual jap lagi, berangan nak tido tapi tak bleh tido, semalam aku pun nak tido tapi kerap terjaga, tengok jam cuma berselang setengah jam dan sejam jer. aku tak tahu napa jadik cam ni, masuk tahun baru banyak benor perkara pelik dalam idup aku. biarkan je lah, malas ambik pusing sangat.

aku kuar kononnya nak gi lorong kulit nak beli stoking tapi 'tersinggah' plak kat umah Syafiq, sembang ngan makcik & pakcik terlajak sampai kol 11.45 pagi hmm apalagi trus balik umah je la nak kejar waktu solat Jumaat plak. aku enjoy sebenarnya sembang ngan dorang, peramah, memacam topik bleh bincang tapi tadi banyak bual tentang aku yang nak sambung study karang, InsyaAllah. dorang kasi semangat tak putus-putus sampai semangat aku bertambah-tambah. pakcik pun banyak nasihatkan aku mcm mana nak bergaul ngan orang sekeliling (sebenarnya aku sendiri dah kenal sangat ngan 'orang-orang' sekeliling aku ni tapi nasihat orang tua jangan ambik mudah), terharu aku, sekurang-kurangnya selain family sendiri, aku ada dorang yang banyak memerhatikan aku gak! aku tak tahu pada orang lain tapi bagi diri aku, sememangnya aku suka dengar teguran dan cakap orang yang lebih tua dari aku. tak banyak, sedikit pun ada gunanya gak kan? makcik ana plak banyak citer kelakar, aku ngan makcik ana memang anytime bleh borak, topik kitaorang dari citer artis, masakan, orang itu orang ini, kerjaya, anak anak, ihskk pendek kata segala macam cerita la yang bleh kitaorang kongsi, citer sket tapi gelaknya banyak! hehehhe, bukan ke ketawa itu penawar duka? hmm tapi dalam gelak aku ada gak duka hehehe cam ner tu ek?

ok la, aku nak siap-siap ni nak gi ambik Aisye, dia cuti Raya Haji. tak sabar nak jumpa dia, rindu sangat sangat! hmmm.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home