Thursday, January 05, 2006

sebuah perjalanan

tahun baru, selalunya penuh dengan azam baru kan? tapi bagi aku, semuanya sama saja. usaha aku tak pernah putus untuk meningkatkan taraf hidup aku dengan family. cukuplah dengan tahun 2005 yang penuh dengan pelbagai cerita, harapnya 2006 ini terisi dengan cerita yang menjurus kepada kejayaan dan kebahagiaan.

sebenarnya aku tengah demam ni, sejak masuk tahun baru dah 3 kali aku demam malam. badan kejap panas kejap sejuk, ada orang cakap demam malam tak bagus. hmm tapi aku dah makan ubat, yang paling hairan sejak pagi tadi aku macam biasa je, petang tadik pun ok lagik, masuk je maghrib tadik trus badan aku jadik cam lemah. alahai, ni yang hampeh. baru je makan ubat, ingatkan nak tido tapi mata tak ngantuk so aku online je, tak tahu nak buat apa. ujan lebat sangat kat luar, sepatutnya tido waktu ni memang la best tapi aku plak tak bleh tido.

aku sms syafiq tapi tak berjawab pun, hmm sejak dia balik arau, problem sangat nak dapat reply dia especially sebelah malam, line maxis kureng katanya. hmm ngan dia je aku bleh hilangkan tension bila sms.

dah la, aku tak der point nak nulis apa apa pun, tak ada idea.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home