aku terleka menganyam mimpi ....

Baru aku sedar, selama hidup ini aku telah banyak memberikan diri aku sendiri pada orang lain, sesungguhnya aku telah menjadi hamba, bukan secara paksa tapi rela. Baru aku tahu, sebenarnya aku terleka menganyam mimpi. Saat ini, bagai terbuka mata hati aku untuk kembali melihat betapa jauhnya telah aku melangkah meninggalkan masa silam. Terdetik rasa rugi di hati namun cepat terpadam bila aku mentafsir semuanya adalah mimpi. Aku kini di bumi nyata, masih jauh lagi perjalanan di hadapan aku yang perlu aku rentasi.
Seharian tadi terisi dengan pelbagai peristiwa, aku semakin lucu membaca sikap manusia-manusia di sekeliling aku. Semenjak akhir-akhir ini aku ditegur kerana kurang tersenyum, kurang bercakap dan kurang ketawa, aku tahu tentang itu. Cukuplah aku ceriakan segalanya selama ni, biarlah aku dengan cara aku sendiri kini, 2006. Tak sabar aku nak menantikan detik 'hijrah' aku. Moga segala hajat akan tercapai dengan izin Nya - YANG MAHA ESA.
p/s : pic ihsan MEER (akungantaro.cjb.net) - tengkiu Meer atas picnya yang BOOM!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home