Friday, January 13, 2006

tertulis sebuah perjalanan kehidupan

perjalanan ini sudah tertulis sebenarnya, yang tinggal adalah kekuatan kita sendiri mengharungi setiap ujian yang diberiNya kepada kita. berbicara mungkin lebih mudah dari hati yang menanggungnya. telah aku harungi lebih besar cubaan dari ini, aku mohon kepada Allah agar kali ini segala dugaan Dia dapat aku tempuhi lagi.

aku tidak tahu adakah aku manusia yang paling diuji tapi aku tahu ada yang lebih teruk diuji dari diri aku ini tapi kenapa bebannya terlalu kuat aku rasai. belum pernah saat ini terjadi dalam hidup aku, terasa dicabar segala kesabaran yang terbuku. aku hanya menantikan saat yang paling sesuai untuk aku luahkan segala ketidakpuasan dan saat ini biar aku letak saja noktah hidup aku di situ, tak mungkin berganjak walau seinci. dan saat itu juga aku harapkan mereka yang menguji aku selama ini tahu siapa sebenarnya yang sedang mereka uji. Tuhan itu SATU, aku yakin akan ada hari mereka pasti melihat apa yang telah mereka lakukan.

fikiran terlalu berkecamuk sekarang ini sampaikan tanpa aku seakan kenyang sepanjang masa malah tidur aku seakan terganggu - mungkin juga kerana ingatan pada Aisye yang terlalu menebal. selama ini dia di sisi, mendengar dan memahami setiap apa yang aku luahkan tapi kini biarpun sms jadi ganti, ianya tak sama. tambahan pulak, dia juga sibuk dengan urusan pengajian, aku tak nak la ganggu sangat tapi aku sendiri yang macam nak gila jadinya.

hari demi hari ... aku semakin tidak sabar melepaskan segala yang ada di sini, sesungguhnya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home