Wednesday, January 11, 2006

tidak seindah impian

hidup ini tidak seindah yang kita impikan namun hanya impian yang meneruskan kehidupan kita - itu yang pasti. tapi hanya kerana impian yang musnah, kehidupan ini bagai tiada keindahan lagi. itu yang sedang aku rasakan walaupun aku cuba menyembunyikan kepahitan.

saat ini aku sedang menghabiskan saki-baki masa aku dalam dunia kerjaya aku di dalam showbiz, dengan izin Allah tak lama lagi aku bakal meninggalkan kerjaya yang penuh dugaan dan cabaran ini. di saat terlalu ramai yang berminat dengan kerjaya ini, aku akan letak satu titik noktah. cukuplah dengan segala pengalaman dan ranjau yang aku lalui. aku percaya pada takdir, pada ketetapan, pada Qada & Qadar Ilahi. sukar untuk aku terangkan tentang apa sebenarnya yang telah berlaku, cukup aku katakan, dah terlalu banyak aku bersabar, mengambil langkah tunggu dan lihat dan saat ini segalanya terlalu menguji kesabaran.

aku mengalah tapi bukan kalah. 2006 ini biarlah aku cipta jalanku sendiri. sampai saatnya aku beritakan bila titik sebenar perjalanan ini.

aisye : terlalu banyak pengorbanan awak untuk saya. terima kasih ...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home