Wednesday, May 28, 2008

28th MAY 2008 - ENTAH MENGAPA .....

Aku menulis dari Apartment 3418, Hotel Legend Kuala Lumpur. Dah 3 hari aku kat sini, dalam rencana mengacarakan persembahan sempena Pesta Promosi Makanan dan Kebudayaan Pulau Pinang selama seminggu. Di sini segalanya tersedia, dari penginapan makan minum dan keselesaan tapi aku bingung hati jauh meronta mengelamun ntah ke mana.

Ntah bagaimana aku nak fikir tentang hati hati mereka, bagaikan aku yang tersepit di tengah-tengah sedangkan aku dah berusaha yang terbaik. Seringnya di salah ertikan, di salah fahamkan hinggakan aku jadi bosan sesekali melayani semua karenah ini. Tapi semua ni banyak mengajar aku tentang kehidupan, bukan senang memahami dan mempercayai orang lain lagi selepas ini kerana aku sudah muak untuk menjadi mangsa keadaan. Sudah puas aku salahkan diri sendiri walaupun aku sedar itu tak sepatutnya tapi apa lagi yang mampu aku lakukan? Letih sungguh fikiran aku melayani semua ni. Tapi aku tak pernah kesal kerana aku tahu nawaitu aku yang bersarang di dalam hati. Tentang pandangan salah orang pada aku, sejujurnya aku letak ke tepi. Satu hari nanti biarlah mereka tentukan sendiri apa sebenarnya. Cuma terkilan juga lah di hati tapi apakan daya. Mungkin aku tak punya kuasa untuk membuatkan orang faham situasi aku, mungkin aku tak mampu mencipta satu keadaan yang boleh meyakinkan orang pada aku.

Bagus juga aku di sini kerana dalam situasi begini aku jauh membawa diri. Sesekali aku berfikir, memujuk diri, mengharapkan segalanya akan berakhir tak lama lagi. Aku mahu berfikir jauh ke hadapan, tentang diri aku tentang masa depan aku.

Tuesday, May 27, 2008

26th MAY 2008 – ONE MOMENT IN TIME

Each day I live I want to be
A day to give The best of me
I'm only one But not alone
My finest day Is yet unknown

I broke my heart For every gain
To taste the sweet I faced the pain
I rise and fall Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams Are a heartbreak away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
Whem I'm racing with destiny
Then in that one moment in time
I will feel, I will feel eternity

I've lived to be
The very best I want it all
No time for less I've laid my plans
Now lay the chance Here in my hands

You're a winner
For a lifetime If you seize that
One moment in time Make it shine

Then in that one moment in time
I will be, I will be free

Aku tak sempat nak update cerita tentang kedatangan aku ke KL untuk Penang Food & Cultural Promotion sejak Ahad lalu coz memang busy sangat dengan jadual yang agak ketat. Actually aku datang sini dengan pelbagai masalah yang bersarang dalam kepala aku ni. Tapi disebabkan janji dan komitmen kerja yang menuntut, aku sampai di sini.

Sejak semalam aku asyik mendengar lagu ni, aku suka sangat. Banyak makna dalam lagu ni yang aku sesuaikan dengan jiwa aku. Semalam aku dapat SMS dari dia yang pernah aku cinta, ntahlah aku tak tau nak cakap cam ner. Seringnya ada saja yang tak kena dengan aku. Susahnya menjadi aku. Tak perlah, hanya dia yang tahu tentang dirinya. Mungkin aku harus diamkan diri, mungkin. Doaku emangnya tak pernah putus untuk dia dan dia tahu aku senantiasa ada. Hmm mungkin sementara aku masih ada.

p/s : i wanna be free .....

Thursday, May 22, 2008

CERITA SAMPAH

Ari ni ada kekalutan yang teramat sangat. Menjelang petang sumthing happened in my life (again) sumthing yang ntah apa apa. Aku sendiri tak paham. Susahnya menjadi manusia yang nak selalu menjaga hati orang sedangkan manusia lain slumber jer layan kita. Sabar la banyak-banyak wahai seorang lelaki di dalam cermin.

Itu tak per lagik, ari ni aku dapat ugutan dari seseorang yang disampaikan kepada seseorang untuk disampaikan pada aku. Kalo dah berani sangat, hello la aku, baru jantan beb! Ni pasal lu main main pesan, bleh blah la jejauh! Hangin betol aku ngan manusia cam gini. Ko ingat ko bagus ke? Aku pegang prinsip (yang aku penah lalai gak tapi aku sedar diri) – kalo idup ada penipuan, last skali penipuan tu la jugak makan diri, oleh itu udah udah lah yop! Itu satu pihak, yang satu pihak lagi aku masih tak paham apa dia nak. Bukan aku tak kesian tapi aku dah jadik makin tak paham, mana prinsip mana pegangan, dah berkali jatuh pun masih tak hati-hati seolah membiarkan diri tu jatuh lagi. Kang aku ngomel lebih-lebih terasa la pulak. Cakap aku tak memahami tak, tak in shoes la, ntahlah aku nak cakap cam ner. Aku kalo bab ada masalah aku directly face je, wat per nak usaha lari. Kalo asyik makin jauh aku lari, masalah datang gak, baik aku face n aku bunuh je masalah tuh! Ntah lah, karang korang elok elok je, saat manis la, bla bla bla, aku gak yang jahat. Aku ni kan manusia tak punya, serba serbi kurang tapi aku ada harta – sebuah perasaan haaa takder jual kat memana coz ianya untuk orang yang aku saying jer! Hish aku rasa cam naik tok nenek je skarang ni.

Ok tadik aku stop melalut, blog atas aku taip masa tengah hangin. Skarang aku dah cool huhuhu takder la aku tak marah sangat pun (tapi kalo ada manusia tu depan mata aku tadik memang dia tau nak jadik apa) pasni kalo jumpa pun hmm sendiri mau ingat la kan.

Aku kesian, simpati dan segala macam lagi la tapi aku tahu aku tak bleh wat apa, manusia yang minta nasihat aku tu jer yang bleh wat keputusan. Samada skarang atau dia nak lengahkan lagi, itu dah jadik hak dia cuma aku akan slow down kan kepakaran aku dalam menasihati dia walaupun aku sayang dia n tak nak tengok dia hanyut tapi kalo itu yang dia pilih, berserah jer la kan (walaupun dia dah di warning awal awal lagi sebelum menjalinkan hubungan tu kannnnnn)

Dalam dunia cam gini, ramainya manusia yang suka mengambil kesempatan, menjadi hipokrit untuk meneruskan kehidupan dan sebelah pihak lain terus lena berangan. Hmm ntah sampai bila tapi aku mahu terus melangkah ke depan. Ada sesuatu yang lebih bermakna yang mampu aku lakukan bukan hanya duduk di sini dan melalui kesedihan.

Cukup sampai di sini, kebenaran akan terbukti akhirnya.

Wednesday, May 21, 2008

16th – 20th MAY 2008 : SEBUAH PERKENALAN, SERIBU KENANGAN, CERITERA PENGALAMAN KEHIDUPAN

Sekali lagi, aku akan ke Medan namun kunjungan kali ini sedikit berbeza kerana menemani Daniel, kawan Syafiq yang mahu ke sana untuk membeli-belah, katanya…..

Daniel belum pernah ke Medan, aku diajak jadi peneman coz dia ada bisnes yang berkaitan perkahwinan gak so dia nak la survey material kat sana so kebetulan aku ikut saja. Tapi pas bagi persetujuan nak ke Medan, ada plak show yang masuk, a very big show pada 21hb sedangkan aku balik Penang 20hb, dah jadi tabiat aku nak uruskan semua so terpaksa la aku mintak tolong Bob ngan Fallah arranged semuanya. 21hb tu jugak ada raptai penuh untuk Penang Food & Cultural Promotion di KL nanti pastu 22hb ada meeting Festival Tari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang, semuanya serentak. 25hb aku bertolak ke KL untuk emcee the event. Fuh…..belum pergi Medan tapi semua penat tu aku dah rasa skarang.


16th May : Menantikan masa untuk boarding, aku jumpa dengan Bob yang kebetulan nak ke Medan ngan Padang, lama tak berbual ngan dia kerana masing-masing punya arah so aku gunakan kesempatan yang ada untuk berbual. Pastu aku gi kat seat Daniel tapi dia tengah berbual ngan sorang ‘bro’ neh, aku join sama. Rupanya bro ni nama dia Siva, seorang guru yang telah bersara dan hobinya skarang ialah melancong seorang diri, mcm best je aku dongar tapi why alone huh? Hmm ntahlah, mayb dia hepi cam tu. Ini adalah pengalaman pertama dia nak ke Medan sama cam Daniel gak la so dia plan nak ikut kitaorang jer coz aku dah tau sket-sket jalan kat sana, no hal nyer! Dalam flight kitaorang duduk skali, banyak gak la yang diborakkan. Cuaca on the way to Medan agak kurang baik, flight cam tunggang langgang gak la.

Sampai kat airport aku nampak Abang Andy ngan Abang Ozet, dorang tunggu Bob sedangkan aku datang tanpa bagitau dorang, saja je nak bagi surprise tapi tak jadi. Bising je dorang bila nampak aku dah tu sempat plak sentap hmmm ntah ler. Aku, Daniel ngan Bro Siva (Daniel panggil Uncle, pakcik angkat katanya hehehhe…) terus amek taxi ke Ibunda Hotel, Bro Siva ni tak ada hotel so aku bawak ke Sri Deli jer la (but esoknya dia cakap hotel tu truk sangat hehehe sabo jer la skadar nak tido je kan)

Sampai bilik 211 (bilik bulan madu untuk orang tu huhuhuhu) aku ngan Daniel (tanpa mandi) dah start pot pet citer memasing, ye la kan untuk 4 hari berikutnya kitaorang nak ‘berduet’ ke hulu hilir so kena la kenal memasing dulu, kiranya cam orientasi la kan.

Malam tu kitaorang kuar makan ngan Bro Siva skali la kat gerai tepi jalan sebelah hotel. Aku skadar minum ngan rasa 3 cucuk Sate Padang yang Daniel order. Balik bilik sambung ngomel lagik huhuhu banyaknyyyyyaaaaaaa cccciiiitttteeeerrrrr idup! Sesuatuh sangat yang mencuri rasa, tak sangka sangat dalam dunia yang serba itu ini, masih ada manusia yang tabah menjalani ujian perasaan yang terlalu mencabar. Kalo aku, ntah dapat bertahan ke idak! Malam tu banyak sangat-sangat yang aku kongsi ngan Daniel, dia pun sama gak….walaupun baru kenal tapi kitaorang cam ada keserasian untuk saling bertukar cerita. Berlabuh sudah cerita semalam…..

17th May : Awal lagi kitaorang dah bangun, siap n terus gi sarapan. Jumpa Bro Siva kat bawah so sarapan skali ler. Pastu aku bawak dorang pegi Yuki Plaza coz memasing nak bali Sim Card Indon (Simpati). So pastu memasing start SMS ngan KOL orang tersayang le tuh! Pastu aku ngan Daniel tolong arranged kan untuk Bro Siva ni nak ke Danau Toba, lama gak la kitaorang tolong dia wat plan. Finally dah tengahari baru la dapat ke Pajak Ikan, sabo yer Incik Daniel.

Kat Pajak Ikan Daniel tak beli apa pun, skadar dari satu kedai ke satu kedai lain, dah ler keadaan sesak giler di tambah plak dengan harga kain yang agak mahal so kitaorang terus ke Medan Mall. Kat sana banyak gak yang Daniel soping, mostly kain renda untuk butik pengantinnya, selain tu dia soping untuk keluarga yang tersayang katanyaaaaaa……sehari suntuk la jugak lepak kat situ, pendek kata dah kuar peluh pun kering di badan.

Ari ni gak aku blajar tentang cerita getah! Hmm malas plak aku nak cerita kat sini tapi yang aku ingat Daniel citer kat dalam lif masa berhimpit ngan ramai orang dan aku kena cover gelak! Tengkiu ha for the cerita tentang getah tu! Balik bilik aku tetido kecapetan, Daniel aku tak tau la dia watper huhuhuhu….

Pas Maghrib kitaorang sambung bercerita lagi tentang pengalaman kehidupan masing-masing. Tentang harga diri, pengorbanan, kesedihan, kegembiraan, segalanya yang tersimpan di dalam hati selaman ini, aku puas dengan apa yang aku suarakan dan apa yang aku dengar dari mulut orang yang menempuh semua ini, sekurangnya ada perkara yang boleh aku pelajari dari pengalaman insan lain. Sedih, terharu, kesal semuanya datang bercampur baur, entah kenapa wujud manusia berhati sebegitu, berdiri penuh bahagia sedangkan ada insan yang menderita hatinya biarpun tidak nampak di mata. Sesuatu yang aku suarakan, hari ini mungkin kita tidak merasa sebarang rasa kesal atau sesal sebaliknya kita katakan ini jalan dan takdir kehidupan untuk kita tapi jika esok dugaan yang lebih hebat datang kepada kita, hadapilah seadanya (mungkin kita tak mampu tersenyum seperti dia) masa itu barulah kita tahu dan untuk melarikan diri dari segala permasalahan ujian itu, maaf! Hari ini mungkin hari dia dan siapa tahu esok jadi milik kita, andai kegembiraan datangnya dari air mata, entah apa gunanya!

Aku yang mendengar pengalaman hidup Daniel jadi seram sejuk tak ketahuan, meronta-ronta persoalan dalam diri aku ni ha, kenapa dia terlalu baik dan kuat untuk menempuh segala cerita palsu ini? Betulkah itu manusia? Masih adakah lagi insan seperti dia dalam dunia ini? Hmm sedangkan aku ni selalu di katakan Fazi sebagai insan tabah tapi kalo aku dalam situasi Daniel, dah lama aku mengalah. Mungkin dia punya kekuatan yang sudah lama bersarang dalam hatinya tapi aku bukan dia, cukup skadar mendengar (tapi masalahnya, aku plak yang jadik penat….huhuhuhu)

Tapi jauh di sudut hati aku ni memang respect giler dengan Daniel coz dalam usia sebegini (dia tua dari aku huhuhuhu) dia sudah memiliki segala-galanya kecuali isteri dan keluarga (huhuhu sedap je cakap mcm ni kan), memang hepi la bila tahu dia punya kerjaya hebat, rumah sendiri, ada side business saloon n butik pengantin, keta yang nak abis bayar dah tahun depan kan, apalagik ek…keluhuran budi (eh make sure belanja chicken chop kat Lunas tau!)

Aku sering melihat diri aku sebagai insan kecewa, melalui terlalu banyak halangan kehidupan, pengorbanan yang ntah apa apa tapi setelah apa yang aku dengar dari Daniel,bagi aku ujian untuk aku tu cam sampah jer! Ada sesuatu yang aku kongsi dengan Daniel hari ini, tentang memberi peluang kepada diri sendiri, menyayangi dan menjadikan diri ini penuh dengan kekayaan hehehehe bestnyer jadik kaya! Dan malam itu Daniel hilang, balik ntah kol brapa (ketika aku juga hanyut bermimpi indah)

18th May : Seharian dengan jadual soping lagi, ari ni kitaorang pegi Medan Mall, Carrefour ngan Sun Plaza, penat siot memanjat becak mesin (sian yang bawak becak tu coz kena bawak dua lelaki yang memiliki saiz punggung yang luar biasa huhuhu). Daniel soping lagik. Kitaorang makan kat satu café ni nama apa ntah, sodap gak aiskrim. Lama aku tak makan aiskrim hmm abis la diet aku sepanjang kat sini asik makan je kejanya.

Malam tu kitaorang kuar makan kat Kampung Keling. Bro Siva pun join skali, dia dah balik dari Danau Toba ngan Brastagi, cam best sangat aku dengar pengalaman dia kat sana, ntah bila aku nak sampai Danau Toba sedangkan aku dah banyak kali ke Medan hmmm mungkin kunjungan yang berikutnya kot. Aku order Murtabak Mesir, pas rasa Tauhu Goreng yang Daniel pesan aku plan pesan huhu tapi memang sedap Tauhu tu. Ada lagik aku order hehehe Sate tapi kali ni kuah kacang la plak. Kenyang giler malam tu sampai letih gak la nak balik hotel. Malam tu Daniel plan nak kuar tapi tak jadik plak katanya. Kitaorang borak lagik sampai tetido.

19th May : Ari ni Daniel ngan Bro Siva balik dulu tapi aku stay lagik coz tiket aku terlewat beli so mahal skit kalo balik ari ni tapi kalo esok murah la. Pas sarapan last round pegi ke Medan Mall lagi coz Daniel nak carik baju untuk dad dia. Dia beli kasut gak (hehehe apsal la tak amek kasut LV yang petak-petak tu ha? Cantik tau, rugi je tak beli….) Dari sana kitaorang ke Jalan Majopahit. Aku bawak Daniel gi rasa kek Bika Ambon ngan Kek Lapis.

Tengahari tu kitaorang makan nasi padang kat lobi hotel jer, Ricky kawan Daniel datang join tapi masa tu aku dah nak abis makan, pastu aku terus gi cyber. Bosan sangat. Bro Siva turut membuntuti aku ke cyber, yang bestnya aku suggest kat dia suh tulis blog tentang perjalanan dan pengalaman dia travel n skarang dia dah ada blog! Huhuhuhu….Daniel? Hmm katanya kuar gi ‘mall’ ngan si Ricky, shopping final round kot.

Petang tu around 5pm pulang la dorang. Yang bestnya pas adegan perpisahan, teksi Daniel tu dah jalan dah sampai ke jalan utama terpaksa la Daniel tu berkejaran sambil diperhatikan oleh mata-mata yang ramai sekali itu. Pastu Ricky balik, tinggal aku sowang. Naik je bilik trus pengsan! Tiba-tiba je sunyi, penat, bosan menerpa jiwa.

Aku kuar dinner awal skit coz malas dah nak kuar malam sesowang, banyak sangat cubaan membawa aku ke pusat urut oleh warga-warga pembawa becak! Yang menggelikan aku sangat sangat ada sowang makcik bermakeup tebal yang kejanya melepak depan hotel, dari malam first dok offer nak urut badan aku, mintak simpang! Huhuhu…..tak nak wei. Ha ni satu lagi pengalaman aku kat sana, ada gegaran kecil. Aku tergerak dalam hati effect kecik gempa bumi kot…tertido gak akhirnya!

20th May - Flight aku delay dari jam 4.05pm ke 6.55pm last skali ke 7.15pm, sakit hati sangat sangat. Awal pagi lagi aku dah packing semuanya, tak sabar nak balik. Boring sangat, aku tak contact kengkawan kat sini pun, ntah la napa. Mayb aku nak bersendirian kot, release masalah yang ada. Aku turun sarapan, ari ni aku spend masa yang paaannnnjjjjjaaaannnnnggggg sangat kat café (walaupun aku dah cirit birit sejak smalam) aku paksa diri makan gak coz kang aku dapat gastric. Citer pertama – memang ada gegaran smalam effect dari gempa bumi area mana ntah, Medan ada effect skit la….hmmmm menakutkan tingat masa kat Jepun dulu.

Masa aku sarapan aku tengok budak kecik sekitar 7 atau 8 tahun kot tengah kilatkan kasut. Sian sangat. Dia offer nak kilatkan kasut aku tapi aku kan pakai slipar buruk je. Kecik-kecik lagi dah keja carik duit. Menurut Daniel yang ‘rajin’ mendengar dan menonton TV, kadar kemiskinan kat Indon ni memang tinggi sangat sangat, beruntung kita kat Malaysia ni yang ada kerja dan kehidupan yang sederhana.

Tengahari tu aku lunch nasi padang lagik, malas aku nak gi makan jauh-jauh coz cuaca pun panas. Nasi ayam rending ngan begedil jer, cukup la kan. Pas makan aku lepak kat lobi, borak borak ngan mamat nama Angga, bercerita tentang kehidupan di Indonesia, tentang perancangan hidupnya. Hmm peritnya melalui kehidupan di sebuah negera sebegini, ada baris ayatnya yang menyentak perasaan aku, lebih kurang cam gini la ‘kenapa Tuhan itu tidak pernah habis membariskan orang yang tak punya seperti aku ini dengan sejuta dugaan?’ aduhai aku ni kalo dengar ayat-ayat power cam ni mula la coz aku merasa jauh ke dalam hatinya, kerna aku juga dihimpit dengan seribu ujian kehidupan. Tapi aku respek btol la ngan mamat ni, family dia kat kampong keja bercucuk tanam, dia datang jauh ke kota untuk menyambung pengajian dalam bidang perawatan (kejururawatan lar). Dia menyewa bilik (kat mana ntah aku lupa nama tempat dia). Jadual kuliah dari jam 9 pagi ke tengahari kekadang dari tengahari sampai petang tapi jadual kerja tetap dari jam 8 malam ke 8 pagi, dia keja sebagai pelayan kedai makan 24 jam. Bayangkan macam mana dia membahagikan masa keja ngan study dan yang lebih menyedihkan pendapatan kerja lebih kurang RM150 sebulan dan RM90 digunakan untuk bayar sewa bilik, selebihnya itu lah (makan minum pakai biaya pengangkutan bahan kuliah dan lelain) yang digunakan untuk meneruskan kehidupan. Hmm mcm mana? Ada sanggup? Aduh, tetiba cerita tu masuk dalam kepala aku, kalo la aku ni jenis berduit dan kaya raya, nak je aku bantu tapi apakan daya, mayb suatu hari nanti, tak gitu Daniel?

Aku tinggalkan Angga di hotel Ibunda kerana aku perlu pulang. Dalam perjalanan ke bandara (airport) aku sian sangat teringat nasib dia (antara mereka yang diuji) jauh di sudut hati aku pasti ada doa untuk dia agar tabah dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang. Siapa tahu dia bakal berjaya di lapangannya satu hari nanti. Dengan izin Allah …..

Aku selamat sampai di Penang akhirnya….Syafiq datang amek.

p/s : ada sebuah cerita lagi di balik semua ini. Untuk awak, semoga tabah menghadapi segala dugaan yang ada ini, jangan pernah kesal kerana ketentuan kehidupan ini kan milik Dia.

Tuesday, May 13, 2008

12th MAY 2008 – SEHARI BERLALU …..


Awal pagi aku dah keluar umah terus ke kedai coz owner nak datang tengok apa yang patut di baiki atau ditambah. Aku kuar dengan Fir gi sarapan kat Khaleel (hmm tak lama lagi sure dorang lantik aku jadi Duta Khaleel, sarapan kat sini makan malam pun kat sini, aku makan tosei jer, dah dekat 2 minggu tak jamah nasi coz dalam proses membuang segala lemak di dalam badan, itupun pas kena warning aku ada 12 kilo lemak yang kebarangkalian aku dapat sakit jantung adalah bosar) ishk melalut plak citer aku neh.

Pas sarapan terus gi kedai, apek tu datang ngan bini dia warganegara Jepun. Pelik sungguh aku tengok wife dia berpakaian, banyak kali gak aku pandang bini orang tu. Dari situ aku gi CIMB Bank jap bincang pasal business loan aku dah tu trus kuar nak gi antar Fir ke Sungai Nibong coz dia nak balik KL.

Aku singgah Pulau Tikus jap bayar duit keta Atos pastu gi Maybank bank in cheque show baru ni. Dari situ gi plak umah Mama Ana kasi adiah Hari Ibu, aku dapat adiah birthday ari tu, sehelai sejadah berwarna biru, cantik siot.

Aku drive terus ke Sungai Nibong tapi Fir cakap awal lagi so kitaorang makan ais kacang n laksa plak, hmm tak la sedap mana pun tapi ok la. Dari sana aku antar Fir n trus balik, hmm sunyi la aku pas ni. Tuhan je yang tahu …..

Petang aku rehat jap je tak sampai sejam aku kuar balik ngan Bob, gi Klinik Jalan Macalister ajar akak-akak nurse wat catwalk untuk Hari Jururawat karang. Mcm mcm gelagat aku nengok, nak gelak tak bleh so aku tahan je la.

Ari ni ada dua berita yang menggembirakan aku. Satu – aku dapat offer untuk hosting event selama dua minggu di luar negeri (fuhhh….cam jauh jer!) Secara dasarnya aku dah berstuju tapi masih dalam peringkat tawar-menawar harga huhuhu cam beli ikan la plak. Aku setuju kemudahan yang ditawarkan tapi agak kureng setuju dengan harga tapi tak per lah, kalo rasa ok ok aku amek je. Dua – aku ditawarkan jawatan sebagai Operation Manager untuk satu projek pelancongan yang masih dalam perancangan rapi. Projek ini dikepalai oleh seorang yang berpengaruh gak tapi aku tak dibenarkan mendedehkan apa apa lagi butiran lagipun aku pun tak tahu apa lagi, just dihubungi menerusi telefon dan minggu depan satu mesyuarat akan dijalankan, dari situ baru la aku tahu butiran yang lebih jelas dan aku nak gak tahu dorang ni betol ke tawarkan aku jawatan tu? Hmm tak tertanggung rasanya dengan pengalaman yang terlalu kecil dalam pelancongan negeri. Apapun aku hargai tawaran yang diberikan, kalo aku rasa tak membebankan dan mampu aku pikul, aku nak grab je. Tapi kalo aku tak yakin, aku nak tolak je coz dari apa yang aku dengar, pojek ini agar besar gak. Operation Manager – hmmm aku takut sangat-sangat tapi dah terbayang kalo pojek ini jadik aku nak tolong kawan-kawan aku yang minat dalam pelancongan ni untuk dapatkan keja, InsyaAllah.

Malam – aku malas keluar makan. Lepak dalam bilik sambil dok tengok software editing photo je, inilah keja aku. Esok awal pagi aku nak ke Bayan Lepas berjumpa seseorang untuk dapatkan gambaran kasar tentang projek yang aku citer tu dan aku nak tahu kenapa aku dipilih.

Hari ini berakhir sudah.

Sunday, May 11, 2008

SELAMAT HARI IBU

Hari ini aku bangun dengan gembira sangat, tak sabar nak balik umah, nak wish mak ngan kasi adiah, aku belikan mak beg tangan Guess hehehehe jangan tak tahu! Kebetulan bebaru ni mak aku kuar ngan aku, mak merungut pasal beg tangan dia yang adik aku sorokkon, ntah apsal so aku dapat idea belikan dia je beg tangan.

Pagi lagi aku kuar umah untuk kursus kat Taman Tun Saadon, kursus apa nanti aku share ngan korang. Balik je aku terus gi jumpa mak, rupanya awal lagi abang aku dah ada sana. Mak hepi sangat, dia sebut TERIMA KASIH buatkan aku cam nak nangis je, padahal aku yang harus berjuta kali sebut kat dia ungkapan tu, tanpa dia tak mungkin aku di dunia ini, tanpa dia tak mungkin dapat aku harungi keperitan hidup ini. Kata-kata semangat dari mak terlalu banyak membantu aku meneruskan kehidupan. Saat ini aku merasakan terlalu berharga. Dan saat ini juga aku nekad untuk terus berjalan ke hadapan, sekurangnya untuk mak dan keluarga aku yang tersayang. Aku tak mahu lagi bersedih hati atau merasa kesal yang mampu mempengaruhi segala usaha aku. Skarang aku mahu kuatkan semangat dan merencanakan masa depan sebaik mungkin.

Baki hari aku terisi dengan Fir n Shahril. Kitaorang pegi Gurney n makan kat sana, lama aku tak jalan-jalan. Esok Fir dah nak balik KL, Shahril plak akan balik umah akak dia coz banyak kelas malam katanya, bulan June karang baru balik umah sewa. Memasing ada kehidupan yang perlu diisi. Malam kitaorang pegi lepak kat kedai aku jap. Ari ni aku banyak sembang ngan Shahril tentang perancangan dia pas tamat study, dia ada minat nak wat business. Bagus la kalo ada keinginan cam tu, aku bagi semangat je, itupun dengan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Fir cam biasa la, kejanya wat lawak jer. Hepi gak lama tak jumpa dia tapi esok dah kena balik coz banyak show menunggu katanya.

Esok aku ada jadual yang aku nak isi. Hmmm hari terus berlalu…..

Saturday, May 10, 2008

9th MAY – AKU HARUS MEMILIH

Mengapa aku perlu dalam keadaan tertekan menghadapi masalah sedangkan aku boleh memilih untuk berada dalam ketenangan dan membiarkan segala masalah yang ada bagai angin yang menyapa? Itu yang hadir dalam fikiran aku sekarang ini.

Bukannya aku tidak berusaha, bukannya aku tidak membuang segala ego, bukannya aku tidak memohon maaf, bukannya aku mendiamkan diri, segalanya telah aku lakukan malahan lebih dari yang sepatutnya.

Hari ini aku tak mahu lagi dalam keadaan sugul, berpijak di bumi tapi fikiran entah ke mana melayang. Sudah-sudahlah. Untuk yang mencari pasal dengan aku, semoga suksess dalam hidup. Satu hari bilamana fikiran telah berfungsi dengan sempurna, jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi dan waktu itu jangan terus menyalahkan aku kerana terlalu banyak salah aku yang diletakkan ke bahu dan aku menerima seadaanya walaupun berat tak tertanggung.

SMS semalam adalah pemutus segalanya. SMS yang aku tak dapat terima dek akal. SMS yang aku baca banyak kali samada ini datangnya dari orang yang berfikiran waras ataupun tidak. SMS terakhir meminta aku supaya tidak mengambil tahu akan dia lagi. Baikhlah, mulai hari ini aku sudah noktahkan sebagaimana yang di minta, cukup. Jangan lagi mencabar kesabaran hati ini kerana aku sudah tenang di dalam liga aku sendiri.

Sebentar tadi, sebelum bersolat Jumaat, aku bersua dengan teman lama yang berbicara tentang Solat Tahajjud, banyak juga yang diceritakan pada aku seolah tahu apa yang sedang aku lalui dan juga hikmah di balik solat itu. Aku percaya ada hikmah di sebalik yang terjadi, ada usaha yang mahu aku lakukan untuk menenangkan diri dan aku percaya semua yang terjadi ini punya sebabnya sendiri dan aku juga percaya aku sedang menuju apa yang aku cari.

Semoga dengan izin Allah, ketenangan ini menjadi milik aku.

Wednesday, May 07, 2008

ADA SATU CERITA .....

Fikiran rungsing teramat sangat. Tapi biarlah, kata kata mengeji aku untuk pertama kali dalam idup, terlalu menyesakkan dada. Aku aminkan saja. Biarlah. Aku cuba untuk menjelaskan kebenaran namun tiada ruang lalu aku biar angin yang membawa segala cerita duka itu (kemahiran aku bercerita di blog ni pun jadi bahan serangan katanya aku ni pendita bijak berkata-kata, tak apalah, hanya Allah yang tahu)

Aku tinggalkan segala cerita dusta itu, aku nak kongsi sumthing kat sini, sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan yang boleh kita jadikan tatapan.

Masa aku di bangku sekolah menengah, keluarga aku dengan satu keluarga ni baik sangat sangat, makcik dan pakcik tu selalu datang umah. Dorang ni terlalu baik, tak tahu nak cakap mcm mana. Dorang ada 3 anak laki. Antara 3 anak laki dorang aku baik ngan anak yang ketiga namanya Amin (bukan nama sebenar). Orangnya tinggi, rambut lurus, kira dalam kategori ensem la. Disebabkan perjalanan masa dan kesibukan, aku ngan dia jadik lost contact skit apatah lagi selepas kematian mak dia. So dia tak baik sangat ngan ayah dia. Bila lama tak jumpa, akhirnya satu hari tu aku terjumpa kat Pesta Penang. Berdiri depan aku seorang ‘gadis jelita’ datang memeluk manja. Tergamam aku seketika, rupanya dia ialah anak lelaki tadi yang namanya Amin. Hmm berubah jauh, hinggakan aku bingung memikir apa sebenarnya yang telah terjadi. Hari demi hari aku sering terserempak dengannya yang bersolek tebal dan berpakaian wanita. Aku kongsi cerita ini dengan mak. Mengucap panjang mak aku.

Hari berlalu, pakcik tu meninggal. Aku pun lama tak jumpa dengan Amin dah sampai la petang tadi. Aku diberitahu Amin telah kembali menjadi seorang lelaki. Aku bagai tak percaya. Berita gembira ini aku sampaikan pada emak. Hmm mak pun selalu tanyakan Amin yang dah lama tak datang menjenguk umah. Aku SMS kat Amin bertanyakan tentang berita yang aku dengar. Alhamdulillah, dia mengakuinya. Katanya, Allah menciptakan dia sebagai lelaki dan kini dia menjadi dirinya sendiri. Meremang bulu roma aku, sesungguhnya aku bersyukur. Aku pasti mak akan hepi kalo jumpa dia nanti. Manakan tidak, anak angkatnya yang dulunya seorang lelaki macho bertukar kepada gadis sunti dan kini kembali macho (aduh, mcm mana la semua ni jadik?)

Aku belum ada kesempatan jumpa Amin tapi aku tak sabar nak jumpa dia. Aku mahu ucapkan tahniah dan mahu mendoakan agar dia terus kuat menghadapi dugaan hidup ini. Walaupun hari ini terlalu banyak masalah yang merunsingkan fikiran aku, seketika tadi tiba-tiba dada aku jadi lapang dengan berita gembira itu.

Alhamdulillah

Tuesday, May 06, 2008

SUBHANALLAH…..

Jika aku mulakan hari aku pagi tadi dengan sebuah cerita yang mengancam nyawa aku, kali ini aku coretkan pula sebuah cerita yang paling pedih setakat hari ini sepanjang hidup aku.

Ntah di mana mahu aku mulakan segala cerita yang terlalu berbelit ini tapi kesimpulannya telah aku perolehi dan ada baiknya jika aku benamkan di dalam hati ini dan aku jadikan segalanya sebagai pengajaran dan peringatan.

Aku, manusia yang hina, aku akui adakalanya aku tersalah langkah namun aku terima sebagai hukum alam dan mungkin juga sebagai balasan buat aku sayangnya manusia lain angkuh dengan diri mereka sendiri. Sepedih-pedih perkataan dikeluarkan tanpa lagi melihat kenangan yang telah berlalu dan di penghujung perbalahan itu, aku lah puncanya. Alhamdulillah. Dengan rasa rendah diri aku menerima, sepenuh hati. Dengan harapan, cukup-cukuplah kerana masing-masing antara kita punya kehidupan yang perlu diteruskan. Apakah kita mahu melaluinya dengan segala perasaan yang terbuku di kalbu? Terlalu banyak salah tanggapan yang berpunca dari pemikiran sendiri, ruang yang terhad dilihat langsung diabaikan ruang sekeliling. Yang kelihatan hanyalah salah orang lain.

Aku sayangkan perhubungan dan persaudaraan yang terbina ini walaupun aku dituduh sengaja mencipta perasaan dan memainkan hati, tak mengapalah. Bukankah manusia mampu membuat pelbagai andaian dalam kehidupan? Jujurnya hanya aku dan penciptaKu yang tahu apa yang sedang aku alami, apa yang sedang aku tempuhi. Bilamana luahan rasa seikhlas mungkin di katakan aku ini hanya bijak berbicara di bibir, hinggakan mampu menipu semua manusia, bilamana aku disamakan dengan tupai yang akhirnya ke tanah dan mcm mcm lagi. Bila aku tenangkan jiwa dan raga ini, aku abaikan sahaja. Hari ini mungkin segala kealpaan ini berpunca dari aku, segala ego aku lontarkan ke tepi sekarang ini tapi jangan lupa roda alam ini berputar dan aku telah menempuhinya satu ketika dulu namun dari sudut yang berbeza.

Aku baru mandi, minum air mineral 1.5 liter sampai abis semuanya sedangkan aku tak dahaga dan tak lapar tapi inilah penawar aku setiap kali aku ada masalah. Sepanjang minggu ini bleh kata ada saja yang melanda idup aku. Sesungguhnya dugaan yang terlalu berat, terlalu berat untuk aku tapi aku mahu kuat, aku bukannya budak-budak usia 2-3 tahun lagi. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu siapa sebenarnya aku. Cukuplah dengan apa yang telah aku korbankan selama ini, cukuplah dengan segala yang aku curahkan. Ada lembaran baru dalam kehidupan yang perlu aku tempuhi untuk hari esok.

sebuah cerita di pagi Selasa .....

Pagi tadi aku bangun agak lewat dari kebiasaan, aku tak tahu napa ari ni cam malas sangat nak bangun pagi sedangkan aku ada temujanji dengan pihak bank jap lagi, aku call n minta lewatkan temujanji berkaitan urusan business aku tu, settle.

Abang datang umah aku mintak pinjam keta jap nak gi breakfast ngan wife dia so aku kasi la sementara aku nak siap sempat la dia balik. Lebih kurang setengah jam dia dah ada depan pintu umah aku. Katanya ada hal nak cakap tapi jangan panik, aduh ini yang bab aku paling lemah.Satu persatu cerita dia rungkaikan. Aku diam je.

Abang aku ni kiranya cam 'anak hantu' la, bercampur dengan pelbagai jenis manusia yang ting tong pun ramai gak. Dalam ramai ramai tu ada news yang baru dia terima kononnya ada kawan kepada kawan dia ni (yang abang aku sendiri tak kenal tapi skarang ni dia dalam usaha ceri mamat tu n the gang) sedang target nak rompak aku! Bleh? Ini bukan menda main main beb, nak rompak tu! Fuh aku dengar terus jadik cam drama la plak.

Dorang tau semua details pasal aku, keta jenis apa warna apa stay kat mana, wat business apa dan memacam lagik, kononnya aku ni lubuk emas la, dorang pun dah tau pasal kedai yang baru aku bukak ni. Hmm aku dengar je abang aku citer. So my bro pun bagitau la kawan dia ni, orang yang kawan kepada kawan dia nak 'pau' ni adalah adik dia sendiri so tergezzooott la skejap. Skarang ni abang aku tengah susun strategi nak wat perangkap dan aku tipu la kalo cakap takder rasa apa kan cuma pasni aku kena lebih hati hati la. Aku pasti yang nak buat keja ni adalah orang luar coz kalo stakat orang Teluk Bahang ngan Batu Ferringhi dah kenal sangat siapa aku ni. Dorang ingat pakai keta cantik skit, ada business kecik skit, kiranya kaya raya agaknya. Susahnya....tapi skarang ni aku kena amek tindakan penuh hati-hati, selama ni aku rasa biasa je tapi skarang ni aku rasa aku kena lebih waspada. Kalo nak wat report polis pun aku tak ada apa apa bukti yang nak aku kemukakan. Hmm cam ner ntah aku nak cakap skarang ni. Aku jadik serba tak kena.

Hari ni pasti jadi satu detik sejarah gak la, ada ancaman terhadap aku. Hmmm...semoga Allah melindungi aku hendaknya.

Saturday, May 03, 2008

2nd MAY 2008 – LAKARAN PERSAHABATAN DI COFFEE BEAN

Hari ini aku dalam keadaan tidak menentu sebenarnya, semuanya jadi serba tidak kena. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan namun banyak juga perkara yang bermain di fikiran, banyak hati yang perlu dijaga, banyak pengorbanan perasaan.

Aku betul-betul jadi tidak menentu, sesekali rasa cam nak larikan diri jauh jauh je pegi memana. Saat ini ada pelbagai perkara yang mahukan penyelesaian datang serentak. Aku pulak tak dapat berkongsi cerita dengan sesiapa, saat ini baru aku teringatkan kata kata seorang teman, berbicara pada diri sendiri adalah perkara yang paling tepat yang mampu kita lakukan. Bila dikenangkan ada benarnya. Saat aku memerlukan teman bicara, dia tiada di sisi dan aku harus mengakui mengapa dan kenapa situasi ini ada. Tak apalah, mungkin Allah meletakkan aku sendiri untuk aku harungi sendiri keadaan ini, yang aku perlukan adalah semangat.

Selepas solat Jumaat, aku pulang ke umah mak. Saat ini hanya mak yang mampu tenangkan hati aku. Aku bercerita tentang perasaan yang aku yang tidak ketahuan. Biarpun tidak bercerita sepenuhnya, aku yakini mak mungkin tahu gelodak rasa aku. Mak suh aku banyakkan solat sunat. Masa terluang tadi aku guna main dengan Momo, dia cam tahu je aku ada masalah. Selalu dia main tak ingat diri tapi ari ini dia ikut aku gi mana, duduk dekat kaki aku terus tido. Hmmm tenang juga ada Momo ni, tak lama lagi dia akan besar, aku nak usung ajak dia teman aku kat kedai.

Balik ke umah aku rasa sunyi balik. Umah ni terlalu banyak kenangan tapi skarang jadi macam sunyi jer. Keadaan dah tak macam dulu. Tak perlah, aku harung je. Sunyi memang sunyi.

Fazi dah msg, hari ini aku tunaikan janji aku untuk jumpa denga Fazi kat Coffee Bean, seumur idup aku tak pernah aku jejak tempat ni, ntahlah napa. Aku tanya kawan aku, dia bising plak, kata aku ni kolot, keja je dalam entertainment, tempat cam tu pun tak pernah gi lepak. Hmm itulah kenyataannya, aku tak suka sangat lepak tambahan plak tempat yang jual air kopi sejuk dengan harga RM13 hengget. Hehehehe….

Kat situ kitaorang bedua go wireless hehehe nak setting pun amek masa nampak sangat dua-dua hampeh tapi finally ok la jugak. Fazi adiahkan aku wireless mouse, ok arr aku pun tak biasa sangat guna pad labtop ni. Best gak sesekali jumpa Fazi, itupun tak banyak masa yang dapat kitaorang gunakan sesama coz memasing busy. Aku ngan Fazi dah lama kawan, walaupun jarang jumpa tapi aku banyak luahkan perasaan gundah gulana, suka duka idup aku ngan dia. Hmm harapnya persahabatan ini berkekalan ke akhir hayat.

Ada satu yang nak aku kongsi, pas Fazi balik aku trus guna net kat Coffen Bean tu, ntah sampai kol brapa aku mula rasa sejuk so aku pack n balik. Dalam perjalanan tu badan aku kejap panas kejap sejuk. Tekak aku mula meloya dan perut aku mula rasa cam ditendang ke sana sini, cam tsunami. Aku tak tahu napa jadik cam tu. Sampai je umah aku trus zzzooommm masuk bilik, salin baju n suar trus tido. Aku tak tegur dah Fallah n Shahril yang ada kat depan. Aku tahan je rasa nak muntah. Tido walau tak lena coz aku sakit sangat. Ntah kol brapa Fallah masuk bilik tanya aku napa. Aku cakap nak muntah tak nak cakap banyak. Dia picitkan kepala aku pastu dia kuar gi beli makan ngan Shahril. Iz pun ada datang umah. Dia tanya aku nak apa aku cakap tak nak, saat tu aku rasa cam nak makan je perabot dalam bilik aku ni. Aku jadik tak senang duduk jadinya.

Malam kol 12 lebih aku kuar gi Khaleel ngan Fallah, aku nak bubur nasi tapi takder plak so aku order bihun ngan ayam tandoori tapi aku makan sejemput jer coz nak muntah. Aku btol-btol tak selesa. Fazi ada sms, aku citer kat dia. Katanya mayb aku tak biasa ngan kopi yang keras sangat kot. Ntahlah, betol-betol la kenangan yang tak mungkin aku lupa. Balik umah aku tido trus.

p/s : coffee bean – indahhhhnnnyyyyyaaaaa kenangan!

Friday, May 02, 2008

mengalah bukannya kalah ....

Ada sesuatu yang terjadi semalam yang buatkan aku kebingungan. Terlalu banyak persoalan yang aku tak tahu puncanya sedangkan ada orang yang telah mempercayai sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Banyak juga perbalahan yang tercipta hingga ada kata-kata yang sanggup merendahkan martabat orang lain, hilang segala rasa hormat, lenyap segala kebahagiaan yang pernah dikongsi dan pengorbanan yang telah ditempuhi, Subhanallah

Telah sampai pada satu tahap di mana aku rasa lebih baik aku mendiamkan diri, terlalu banyak yang aku lakukan untuk melihat kebahagiaan orang lain sedangkan dalam diam aku sedang melakukan sesuatu yang akhirnya memakan diri aku sendiri. Aku mahu hentikan semua ini, dan memberi masa untuk diriku sendiri. Biarlah apa saja tanggapan yang telah tercalit pada diri aku ini, hanya aku saja yang tahu. Manusia sering lalai menilai diri sendiri tapi lebih angkuh menilai manusia lain. Aku sering menguncikan mulut dari menegur kekurangan orang lain tapi orang lain lancang berkata kata. Dah jadi sifat aku barangkali susah untuk menegur. Biarlah, sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku lakukan.

Bila difikirkan, mcm mcm yang dikatakan pada aku semalam. Panas juga yang ada dalam hati tapi Alhamdulillah aku bukan macam dulu, pengalaman banyak mengajar aku untuk lebih menerima. Aku serahkan pada Allah segala yang dilemparkan pada aku, andai benar biarlah aku menerima balasannya, andai tidak benar maafkanlah orang yang tersalah tanggapan pada aku, amin.

Sering juga terdetik dalam hati aku ni mengapa terlalu banyak cabaran yang perlu aku tempuh dalam kehidupan? Aku tahu aku mampu melaluinya tapi sesekali terbit juga rasa di dalam hati ini seakan siksa tanpa berakhir. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa sekiranya terjadi apa apa dalam kehidupan aku sebaliknya aku lebih suka menyalahkan diri aku sendiri, mungkin ini adalah penawar yang harus aku cari.

Bagi aku, cukup-cukuplah dengan semua ini, aku dah terlalu penat untuk terus menempuh, banyak lagi perkara yang menuntut masa aku. Sampai saat ini, biarlah aku sendiri, mungkin akan menggembirakan hati semua.

p/s : tak pernah terlintas mahu mengambil kesempatan tapi andai ini yang telah disuratkan kepada aku, Alhamdulillah

Thursday, May 01, 2008

30th APRIL 2008 – HADIAH TERISTIMEWA

April tahun ini benar-benar membahagiakan aku, tak pernah aku menyangka akan menerima ‘hadiah ulangtahun kelahiran’ yang sungguh bermakna seperti ini. Allah sahaja yang tahu bagaimana gembira dan syukurnya di dalam hati aku. Walaupun semuanya adalah hadiah dari diri aku sendiri, aku terlalu puas sebenarnya, sekurang-kurangnya aku tahu semuanya berkat usaha aku sendiri.

ZAINITH BRIDE & BOUTIQUE
Alhamdulillah awal April lalu aku sudah mendapatkan sebuah lot kedai untuk aku jalankan perniagaan butik perkahwinan. InsyaAllah semuanya akan lengkap menjelang penghujung May nanti. Sebab itu aku busy giler. Sian Syafiq dah banyak kali ajak aku kuar minum pun aku tak pegi. Fazi pun dah brapa kali Tanya jadual aku coz nak kasi adiah besday katanya. InsyaAllah akan aku tunaikan. Fazi, kan bakal YB tengah berlatih menempuh busy hehehe…Butik ini milik aku sepenuhnya tapi banyak dapat bantuan kawan-kawan especially Fir, Fallah n Shahril. Dorang yang banyak nolong. Aku dah siap menempuh cabaran baru. Showbiz aku tetap diteruskan Cuma butik ini aku jadikan satu lagi cabang perniagaan. Tentang nama butik ini pening juga aku memikirkan tapi finally aku amek cadangan Milan. Tiap hari dia email aku cadangkan nama, lastnya aku amek cadangan dia menggabungkan nama aku dengan perkataan Zenith yang punya pengertian tersendiri dan aku suka sangat. Tapi nama tu aku tak daftar lagi, InsyaAllah minggu depan. Semuanya dah hampir siap Cuma nanti aku nak jumpa ngan Daniel (kawan Syafiq yang sudah berpengalaman dalam bidang ni). Aku nak tahu selok belok business ni dan apa permintaan pelanggan skarang ni. Daniel pun dah berbual ngan aku kat phone, ok la orang tak sombong n sudi kongsi pengalaman.

MY MYSTICAL BLACK
Hadiah kedua yang aku adiahkan untuk diri aku sendiri – sebuah laptob Dell 1420 yang aku beli dari PC Fair tempohari. Selama ini aku banyak travel, dalam kepala pikir memcm, itu tak siap ini tak siap, skarang aku tak risau lagi dah. Aku ni kan gila keja skit. Alhamdulillah skarang aku sudah punya sesuatu yang memangnya selama ini aku inginkan.

MOMO
Chincilla – inilah sepsis kucing parsi yang baru aku beli ngan harga RM600 dari sebuah kedai binatang kat Sungai Dua USM kemarin. Ari ni umur dia 57 hari, nama dia MOMO. Nakal sangat-sangat. Warnanya seakan silver, bulu panjang kaki pendek. Selama ni dia terkurung dalam sangkar tapi tadi aku lepas biar dia main. Abis semua orang dalam umah dia gi kacau, lari sana sini, lompat merata sampai 4 kali kepala dia terhantuk kat kerusi tapi tak pening pening gak. Puas main aku kurung dalam sangkar tapi dia punya bising nak kuar balik. Abis dia panjat sangkar tu, aku kuarkan bagi dia main lagik. Dah lama skit aku masukkan balik dia bising lagik. Aku biar je sampai la dia tido. Skarang aku dalam perjalanan gi KL tapi rindu dia sangat.

Itulah sebahagian hadiah terindah di bulan April. Esok dah masuk May. Setiap tahun aku menunggu April. Smoga April 2009 akan membuatkan aku tersenyum lagi, andai dipanjangkan usia, InsyaAllah.

p/s: hidup semakin bererti andai semua orang saling memahami.