Monday, February 25, 2008

ANOTHER SERIES .....

21st FEBRUARY 2008 – MALAYSIAN GAS ASSOCIATION

Malam ni malam kedua show untuk Malaysian Gas Association, semalam di Golden Sands, malam tadik di Rasa Sayang. Alhamdulillah show berjalan lancar. Dan malam ni gak yang paling menggembirakan coz aku dapat job untuk 5 show serentak, syukur sangat-sangat. Aku tengah usahakan untuk dapatkan kontrak membekalkan costume dan aksesori untuk perarakan Citrawarna untuk tahun ni, harapnya jadik rezeki aku, InsyaAllah.

Tadi pagi aku sempat menziarahi mak lang aku yang meninggal dunia. Sedih sangat rasanya, petang tadik tak sempat nunggu sampai arwah dikebumikan coz aku ada keja. Selalunya aku tak menitiskan air mata kalau ada sedara yang meninggal tapi tadi pagi masa bacakan Yassin, aku tak dapat tahan air mata aku, mungkin aku agak rapat ngan mak lang walaupun skadar singgah umah dia sekejap sekejap jer. Semoga mak lang dirahmati Allah. Al-Fatihah.


19th FEBRUARY 2008 – ABANG KEMALANGAN


Aku letih teramat sangat, malas nak citer tentang kunjungan aku ke Indonesia tempohari. Seakan sama saja, tengok lah nanti bila btol-btol free aku citerkan karang. Cuma masa sampai Penang aku nampak Fallah terpacak kat Balai Ketibaan, buatkan aku tertanya-tanya apasal dia yang datang menjemput aku, mana abang aku? Semalam ngan pagi dah SMS suh datang amek, mana abang aku?

Masuk je keta baru dia citer, abang aku kemalangan pagi tadi di Pantai Asmara Batu Ferringhi. Kitaorang terus ke hospital. Mak ngan akak ada sana. Teruk jugak keadaan abang aku, kata mak dia separa sedar. Hmm risau btol. Aku terpaksa balik cepat, tak lama sangat kat spital coz esok dan lusa ada show yang nak diuruskan.


4th FEBRUARY 2008 – ANTARA BANGKOK, JAKARTA & HARU BIRU

February : bulan ini aku akan menjelajah Bangkok dan Jakarta, punya satu tugasan yang sama di dua tempat yang berbeza. Semuanya akan bermula selepas Valentine nanti. (hmm Valentine…apakah makna Valentine masih segar seperti dulu atau hanya sekadar tinggal pada nama, ntahlah….) Aku sendiri tak sabar untuk menjejakkan kaki ke dua negara ini, mungkin pada orang lain, skadar negara Asia yang dekat je dengan Malaysia tapi aku tak tahu napa seronok sangat nak pegi. Aku dah penah ke Bangkok dulu tapi aku dapat rasakan pemergian kali ini pasti membawa pengalaman berbeza. Aku rasa bulan ni pendek sangat la coz aku ada banyak benda nak buat semuanya selepas 14 Januari ini! Aku pening!

kena siapkan tempahan costume 240 pasang – dateline 1st March
beli material kat Nilai : 2 hari
nak gi Bangkok dan Jakarta : 8-10 hari
studio baru di Batu Ferringhi kena renovated within 14 days coz March nak start kelas
mesin basuh ngan peti ais kena beli gak bulan ni : 1 hari
survey laptop (hope masa gi KL karang aku dapat beli kat Plaza Low Yat) : 1 hari
order perabot opis : 1 hari
order cermin n beli karpet studio : 1 hari
pindahmilik my keta Atos to buyer kat Sungai Petani : 1 hari

dan yang paling penting dan aku tak tau brapa hari bleh settle ialah badan aku makin naik larrrrrr……aku makan banyak sangat lately. Dah la nak gi gym pun tak sempat, adussss….mcm nak menjerit je rasanya! Hmmm toloooooonnnnnggggggggggggggggggggggggg……………….


2nd FEBRUARY 2008 – TERSINGKAP SEBUAH RAHSIA

Malam tu sunyi sangat. Hanya sorang je yang akan msg dengan aku bila waktu menjangkau tengah malam atau awal pagi especially pada hujung minggu. Siapa dia biar lah aku saja yang tahu. Jauh di sudut hati aku suka sangat kawan ngan dia. Wajah tak bersua tapi cukup sekadar kata kata.

Malam semalam dia mendedahkan sesuatu yang aku sendiri sudah tahu sebenarnya tapi hanya kerana menghormati sebuah persahabatan, aku diamkan saja kerana aku percaya satu hari nanti dia sendiri yang akan bercerita dan smalam adalah saatnya.

Aku terima dan aku hormati dengan segala cerita jalan hidupnya. Bagi aku masing-masing antara kita punya jalan yang harus ditempuhi dalam kehidupan. Lurus, bengkok, simpang siur, gunung ganang, segalanya tentang kehidupan.

Aku juga punya jalan hidup aku sendiri. Bak kata seorang teman, aku tidak perlu mempedulikan apa saja pandangan orang pada aku. Hanya aku saja yang tahu siapa sebenarnya diri aku.

p/s : awal pagi Ahad dapat panggilan seorang kenalan yang bertanyakan seseorang yang pernah singgah di hati aku. Jawapan ringkas aku ‘kami dah tak bersama lagi’ buatkan dia terkejut sangat. Hmm apa saja boleh berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya …..


1st FEBRUARY 2008 – SEBUAH PUISI TERINDAH

Sudah ku alami perih kerana kehilangan,
Sudah ku reguk kecewa kerana ditinggalkan,
Sudah ku didera luka kerana dikhianati,
Semuanya belum seberapa,
Hanya satu derita yang paling menyiksa,
Jatuh cinta tapi tak bisa memiliki.

Aku rasa pernah post puisi ni dalam blog yang lepas lepas. Kekadang bila kesunyian datang dalam hidup, segala kenangan akan terungkap satu persatu. Ntahlah, aku sendiri jadi bingung kenapa kehidupan ditakdirkan begini. Yang aku tahu aku mahu menjaga hatiku sendiri dari mengorbankannya untuk orang lain. Sampai satu tahap kerinduan itu buatkan aku menangis di dalam hati kerana aku hanya manusia biasa. Segalanya telah berlalu yang tak mungkin akan berulang lagi, tak mungkin. Hanya Allah yang tahu segala rasa di dalam jiwa ini. Aku hargai kehidupan kini yang selalu disayangi. Cuma sesekali aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang insan lain mahukan dari aku yang tak pernah putus memberikan segalanya sepenuh hati.
p/s : bukan cinta biasa ….


25th JANUARY 2008 – JOM AEROBIC!

Aku baru bincang dengan sorang kawan aku ni, sorang Choreographer tarian kat Penang. Aku bercadang mahu buka sebuah studio di kawasan Batu Ferringhi untuk kelas aerobic. Aku percaya akan dapat sambutan. Plan kitaorang nak buka kelas pada hari Sabtu dan Ahad dengan caj yang minimum jer. Hmm tak sabar sangat. Aku pun dah buat survey kat area sini dan jumpa satu lot yang sesuai sangat sangat. Aku dah call owner tu (seorang doctor), so skarang ni tengah menunggu keputusan dari doc tu lar! Hopefully segalanya berjalan lancar.


23rd JANUARY 2008 – MENTARI MUNCUL KEMBALI


ALHAMDULILLAH. Itu saja yang bibir aku dapat ucapkan, syukur sangat sangat pada Allah. Hari ini berita menggembirakan aku kembali menyapa hidup. Aku berjaya mendapat job yang aku nantikan selama ini. Ini kali pertama aku dapat tender dari kerajaan negeri yang melibatkan satu jumlah yang besar, syukur pada Allah. Harapnya niat aku akan terlaksana sedikit masa lagi. Teringat aku ingatan Fallah, Allah itu memberikan ujian kehidupan melalui dua cara iaitu kesenangan hidup dan kesusahan hidup. Seharusnya kita jalani dengan sebaik mungkin kedua-duanya. Aku tak nak lupa pada apa yang sedang aku tempuh. Dah banyak kali aku jatuh dalam hidup dan aku mahu lebih hati hati dengan segala cabaran akan datang.

Aku ada masa 45 hari untuk menyelesaikan segala tugasan. InsyaAllah pas raya Cina nanti baru aku nak mulakan kerja coz banyak yang nak kena aku plan.