Tuesday, November 27, 2007

angin malam ....

Ntah berapa lama aku seorang diri aku tak pasti, aku jalan jalan gi gym, window shopping, makan makan, ke situ ke sini, ntahlah. Aku tak tahu dah berapa lama cam gini. Sesekali nafas aku terasa puas biarpun ada ruang kosong di sana sini tapi aku sedarkan diri aku keadaan tak seperti dulu cuma sesekali tak mampu menipun diri bilamana melalui tempat-tempat kenangan. Kala itu aku diam seorang diri, melihat segala kenangan yang tertinggal. Segalanya tentang perasaan, yang tak mampu disembunyikan. Biarlah hati ini sahaja yang mengetahui segala rahsia. Dan biarkan dia menyimpulkan segala apa saja yang ada di jiwanya.

Semua di sekeliling aku seakan sedar apa yang sedang aku lalui tapi biarlah, aku tahu jalan aku. Sekurangnya aku tak menipu diri. Cukup semua yang telah aku tempuhi itu sebagai kenangan kehidupan yang paling bermakna. Diam aku punya sebab. Ada impian dan harapan, bukan hanya untuk aku tapi untuk insan yang aku sayang juga. Andaikata ada perubahan, sesungguhnya aku lah insan yang paling bahagia tapi andainya jalan ini diteruskan juga tanpa disedari ketentuan yang sudah nyata di hadapan, cuma simpati yang aku ada.

CINTA. Hmmm....sesekali aku yakin ianya ada tapi bilamana aku lihat jauh ke dalam nyata, aku sendiri berbelah bagi samada ianya benar atau dusta. Sukar dinyatakan tentang lahiriah sebuah perasaan, segalanya telah aku tempuhi namun tiada yang pasti.

Malam tadi aku terima satu nota, tentang rasa cinta. Dia datang mungkin mahu mencuba mengisi kekosongan jiwa tapi gelodak rasa ini tak mampu menerima. Ntahlah. Hati ini masih terasa madu dan racun cinta.

p/s: tak mungkin sama .....

Friday, November 23, 2007

aku PERNAH


Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku

Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya

Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru… uh yeah…
Kerana aku pernah… pernah yeah…Pernah

Kisah yang lama mengajar aku
Agar bahagia hidup bersamamu

Hey hey… Yang ku cinta…

Wednesday, November 21, 2007

selamat hari lahir, FAZI.

HEPI BIRTHDAY TO YOU, HEPI BIRTHDAY TO YOU, HEPI BIRTHDAY TO FAZI, HEPI BIRTHDAY TO YOU.....tepuk tepuk tepuk, k cepat tiup lilin, eh lilin ada berapa batang ek, banyaknyaaaaaaaaaaaaaa, more than 25 lilin on cake! Opssss.....hehehehe joke je tau!

Fazi, setahun lagi masa telah berlalu meninggalkan kita tapi yang pastinya persahabatan antara kita masih utuh cam dulu gak kan? Hepi la, rasanya sampai skarang ni kita dua je yang masih contact, kengkawan opis dulu memasing sibuk ngan keja, eh kita pun bz gak kan? Tapi ada gak la masa untuk build the friendship.

Ok la Fazi, nanti kita set date n time gi dinner! Njoy Ur birthday!

Thursday, November 15, 2007

and now i can FLY .....

Alhamdulillah, segalanya semakin hampir. Tak lama saja lagi. Telah bertahun menantikan tika dan saat ini, segala impian bakal menjadi kenyataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, mendengar segala bisikan hati aku walaupun aku sering mengeluh kenapa itu dan kenapa ini. Biar apa yang terjadi pada aku, Dia sahaja Maha Tahu. Angan mahu terbang akan menjadi kenyataan, Januari 2008 - akan ku tunggu.

p/s : Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bersyukur.

Tuesday, November 13, 2007

surat untuk kawan ...

Assalammualaikum,

"mayb u just need sum space for urself, take it n leave it all the rubbish a side. if u cannot change people then u change urself untuk tidak seperti dulu, no matter how hard it is, believe me, its full of surprise! kadang-kadang kita tak perlukan sangat sum1 to sharing our prob atau merasa terbeban sangat dengan perkara-perkara spt itu. sumer bergantung pd kita. bukan tak mo sharing ngan sesapa, kdg-kdg tanpa kita sedar kita sendiri yang buat kita rasa terbeban."

Awak, thanks a lot for Ur advise, mulanya saat membaca SMS awak, saya tak dapat nak terima. Mana mungkin kita seorang yang menanggung segala beban bilamana di landa masalah, setiap orang perlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Tapi, hari ini saya silap. Akhirnya saya terpaksa mengakui kebenaran kata-kata awak. Mulanya saya tenang bilamana dapat bercerita dengan seseorang tapi tanpa saya sedari rupanya beban itu mendatangi saya. Hmm sesungguhnya insan yang paling berharga dan layak dipercayai adalah diri kita sendiri kan wak?

Saya sedar saya ni manusia biasa yang ada wat silap tapi bilamana satu kesilapan kita dijadikan punca pastinya saya rasa kecewa sedangkan selama ini kita membiarkan kesilapan orang lain pada kita mcm angin yang berlalu. Kekadang saya rasa bodoh pun ada gak! Tapi tak per lah, mungkin kemenangan ini bukan milik saya. Sedikit pun saya tak merasa kesal kerana saya percaya akan ketentuan Tuhan, Dia yang Melihat segalanya.

Hari ini saya belajar sesuatu yang baru, yang pastinya akan mendidik saya supaya terus melangkah berhati hati. Perjalanan dunia ini tak ke mana, hari ini kita mungkin di paksi teratas tapi esoknya belum tentu lagi kan wak? Apapun saya berharap satu hari nanti kebenaran akan terbukti juga. Masa tu saya harap yang alpa akan tersedar dari mimpi yang diciptakan sendiri. Kita mampu mengatur segala mimpi yang kita mahukan tapi kenyataannya bukan urusan kita, manusia yang hina ini.

Untuk awak, terima kasih kerana bersama saya selama ini. Saya suka cara awak menasihati saya, tidak terlalu positif dan tidak terlalu negatif (walaupun kekadang saya SMS nak ngadu tapi awak lebihkan pihak lain plak!)
Till now, thanks!

Sunday, November 11, 2007

carita MUFFIN & GYM

Apa persamaan muffin dan gym? Ha cuba korang teka? Hehehhe tak ada apa yang sama pun! Saja je aku nak bercerita tentang idup aku lately, ada je kegiatan yang aku buat, maklumlah skarang ni lebih easy nak wat apa pun, sapa pun tak amek tau, senang!

Aku surf net carik resepi muffin coklat, makanya aku pun try la kemarin. Hmmm punyalah manis, itupun aku kurangkan skit gula tapi kureng menjadi la plak. Mcm terbantut. Asalnya nak kasi mak angkat aku tapi tak nak la, dah la tak jadi nak kasi orang plak! Aku makan la satu, yumieee la jugak tapi 3 kali pastu aku gi toilet. Perut aku ni manja skit, ada je yang kureng ada la effectnyer! Kasi kat jiran aku hehehe dia cakap sedap tapi manis giler..hmm manis coklat la tuh! Tak perlah, aku ni jenis yang tak suka ngalah, nanti aku nak try wat muffin jagung ke, blueberry ke, kalo jadik, aku kongsi ngan korang kat sini k!

Dah seminggu aku kembali ke gym kat Celebrity Fitness Gurney. Dah sebulan lebih aku tak pegi dari puasa sampai dah abis Syawal. Hmm aku terlupa sesuatu. Dulu aku ke gym, fikiran aku cam rileks sangat so bilamana lately ada trouble dan aku kembali ke gym aku rasa release sangat sangat, skarang aku ada sorang kawan baru kat gym, namanya Mikhael, keja kat Gurney so masa rehat dia datang gym n pas keja. Badan lebih kurang aku je so skarang memasing tengah bersaing nak 'meletopkan' badan la ni! Ada gak kawan, tak la rasa sunyi. Hmmm...actually mamat ni tingtong cam aku gak, ada je menda nak merepek. Dia pun cam aku gak, bukan nak body berketul tapi nak nampak steady jer, ya la kan kalo kita tak smart, sapa la nak pandang, inilah kebenaran idup kat donia ni, nanti kalo dah ader couple, tentu couple nak tengok 6th pack neh kan, nak baring-baring kat pewut yang berketul ni kan) - ishkkk dah kira 18SX dah ni, sowi! Tapi aku tak bleh missss la beli roti kat Bread History pas gi gym aduhhh macam mana neh! Tu pun belum ziarah gerai sate ngan mee mamak kat food court gurney! Sabo jer la!

Dengan apa yang telah terjadi lately, aku lebih menghargai diri aku sendiri, lamanya aku abaikan hanya pentingkan perasaan orang lain. Aku tak nak dipandang rendah lagi, kononnya aku ni senang la nak ditackle (ada ke perkataan nih?), senang la termakan pujuk rayu nafsu nafsi? Hmmm senangnya manusia mentafsir kan? Tak perlah, semua ni jadik pengajaran yang paling berharga untuk aku. Sekurang-kurangnya aku kenal siapa mereka ini.
Hmm yang sorang ni aku tau dia sayang gila babas kat aku, aku hargai sangat sangat tapi mungkin caranya membuatkan aku tak selesa tapi aku masih memberi ruang untuk memahami orang lain walaupun dalam hati ni cam maleh dan hampeh, sekurangnya dia menghargai aku dan sebagai menghormati perasaan itu, aku juga menghormati caranya. Dia yang pernah hadir dulu dalam idup aku plak, ntah la...aku masih tak paham apa yang dimahukukan dan apa yang ada dalam jiwanya. Aku tahu dia ada senarai 'calon-calonnya', dgarnya mamat mamat dalam hp tu pun ensem-ensem belaka kalo nak dibandingkan ngan aku, cam bumi ngan agkasa lepas agaknya, semoga dia juga akan memiliki insan yang diperlukan teramat itu dalam hidupnya, kiranya itu yang terbaik. Aku ni kiranya cam sampah la skarang ni, aku tau aku ni sapa, aku sedar diri, always sedar diri. - ampun, tajuk lari....

Hmm ok la, time to go, nak gi gym jumpa si sewel tu lagik! Ari ni Ahad tak ramai sangat, kemarin pun tak ramai sangat. Bye guys! Selamat berhari Ahad!

Friday, November 09, 2007

makin ku tahu siapa aku ....

Jumaat. Penghulu segala hari hadir lagi. Seakan hari-hari kebelakangan ini tidak seperti dulu lagi, semalam hujan seharian, aku memandu tanpa arah melepasi sempadan, menelusuri negeri Jelapang Padi. Kawan baikku, Fazi ada sms awal pagi, katanya hujan, mungkin ada yang sedang bersedih hati. Aku tersenyum. Akulah orang itu hehehe waktu itu aku sedang menikmati sarapan di Butterworth. Hujan. Lebatnya sama seperti di dalam hati aku. Tiga ekor katak bermagnet membuatkan hati aku girang - 3 ekor RM5. Puas, dah lama aku tak beli sebarang koleksi katak. Perjalananku bersambung.

Hari ini tak seperti semalam, aku buang jauh-jauh segala gelodak di dalam hati. Mungkin benar aku kini dibenci, aku terima seadannya. Mungkin ada kesilapanku dan harapnya dia juga tidak lupa keegoannya, hmm kesilapanku keegoanmu. Siti....dia penggemar Siti Nurhaliza. Tiada apa yang sering aku doa skarang ini cuma aku harap Allah bukakan pintu untuknya dan juga untukku agar melihat kembali titik mula. Aku? Akan aku teruskan perjalanan ini. Tanpa sesiapa yang perlu aku percaya sepenuh hati. Tiada bezanya manusia, selain hati dan perasaan.

Tadi pagi aku dihubungi oleh seseorang yang satu ketika yang pernah hadir dalam hati aku. Masa tu aku bekerja di bank. Masa aku di Maybank tadi aku dapat SMS dari number yang aku tak kenal, berkali-kali reply dan meneka baru aku tahu gerangan siapa. Terbayang indah senyum berlesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Pantas aku hubungi dia - antara insan yang aku rindui. Dulunya tiada janji di dalam hati kami, mungkin kala itu aku terlalu malu untuk memulakan apa apa, begitu juga dia. Lama juga berbual. Katanya mahu ke Penang hujung bulan nanti, aku tunggu saat itu. Akhir perbualan tadi, dia sempat meluahkan rasa rindu, terdiam aku seketika. Adakah rindu ini harus dipercaya atas nama cinta? Hmm ntahlah, saat ini hati terasa terlalu kosong tanpa ada apa-apa erti.

Malam. Aku makan sate. Aku teringin nak makan bihun campur mee. Hmm bintang, dah lama aku tak mengadu!

Thursday, November 08, 2007

andai sekalipun ada sejuta benci ....

Yang Terhalang Kejujuranku
Dan Yang Terbilang Kesilapanku

Hari ini terasa perjalanan aku terlalu panjang. Segala apa yang terjadi aku simpulkan sebagai takdir yang telah tertulis dan aku terima dengan redhan. Bukan sekali aku dipersalahkan walaupun secara tidak nyata, dah bosan aku dengan sikap manusia seperti ini seumpama baling batu sembunyi tangan. Sungguh licik permainan yang diaturkan. Kesudahannya aku disalahkan, aku disamakan dengan orang sebelumnya. Kata-kata yang terlalu perit untuk aku terima malah untuk aku sebutkan terasa malu bagaikan berbogel di khalayak ramai - tapi itulah yang jadi pada aku. Dari perkataan hingga tindakan, semuanya telah aku alami. Dan dari orang yang aku sayang. Terima kasih atas semua ini.

Saat ini, tiada siapa yang layak untuk dipercaya. Masing-masing punya alasan untuk menegakkan benang yang basah tanpa memikirkan tentang orang lain. Aku masih di sini melihat setiap pergerakan permainan manusia seperti ini. Bukan sumpahan tapi kenyataan, umpama menggali kubur milik sendiri, satu hari kebenaran akan terbukti.

Sedih hanya Allah Yang Tahu, betapa kecilnya hati ini menatap baris-baris kata dan mengenangkan setiap apa yang dilakukan pada aku. Seharian aku bertanya pada diri aku, kenapa satu kesalahan aku dibalas dengan sejuta hukuman sedangkan aku tidak pernah menyalahkan dia atas apa yang terjadi setiap kali aku disakiti sebaliknya aku diam menerima. Mungkin ini dikatakan dunia, tidak pernah adil.

Cukup sampai sini, kenyataan itu terlalu pahit. 'Kalau boleh, saya tak nak jumpa dia lagi.' - bibir terus mengorak senyum sedangkan hati menangis. Mudahnya melafazkan kata, rupanya aku yang beria menjaga hati sebaik mungkin. Maruah aku betul-betul tercalar, sudahlah segala cerita peribadi yang pada aku terlalu memalukan dibukakan seluasnya. Entah mengapa, akhirnya aku juga jadi mangsa.
Aku anggap itu satu permintaan dan akan aku tunaikan kerana aku juga manusia biasa punya maruah dan harga diri.

p/s: hanya Dia Yang Memerhati dan hanya Dia Yang Mengetahui

Wednesday, November 07, 2007

entah mengapa ....

Saat ini aku jadi semakin jauh dari sesiapa yang pernah aku kenal, yang pernah aku sayang, yang pernah hadir dalam hidupku. Bosan aku menempuh semua pengalaman selama ini. Bosan dengan diri aku sendiri, yang terlalu mudah mempercayai, merelakan setiap perbuatan, memaafkan segala kealpaan manusia hanya kerana mahu menjaga hati. Dan selama itu juga aku berperang dengan diriku sendiri sedangkan aku tahu apa sebenarnya yang berlaku - hanya kerana sayang.

Kebelakangan ini jiwa aku tak tenteram. Bukan hanya kerana apa yang telah terjadi tapi juga kerana kesan terhadap apa yang terjadi. Segala perancangan seakan mati dan aku perlu menangani dengan penuh kesabaran setiap apa yang pernah aku angankan. Alhamdulillah aku masih gagah biarpun aku tahu keadaan tak semudah yang di sangka. Aku susun setiap perancangan kehidupan aku kerana aku sudah penat untuk jatuh lagi. Pada mereka memang mudah agaknya membuat keputusan tapi aku, sukar untuk meluahkan apa yang berlindung di balik hati ini. Pada Allah, aku serahkan diri, seadanya.

Selain itu, perasaan dalam hati ini terlalu sakit bilamana merenungkan apa yang telah aku lalui selama ini. Tapi, aku putuskan semuanya telah menjadi satu cerita yang tak perlu aku ungkikan, mungkin suratan yang tertulis untuk aku cuma bilamana semua ini telah berakhir dan kejujuran aku dipersoalkan, terasa bagai mahu membuka lembaran demi lembaran yang tertulis dalam hati ini seluas-luasnya agar manusia ini sedar diri. Jangan sampai kesabaran ini teruji.

Aku akui aku bukan malaikat yang bersayap di bumi tapi dengan izin Allah, aku dikurniakan perasaan yang senantiasa mahu memayungi, menutup mata atas kealpaan manusia lain hanya kerana sebuah perasaan - sayang. Dan bilatiba aku dipersoalkan tentang sebuah kejujuran, kepercayaan, segala tindakan, hmmm satu kesilapan besar! Saat ini mahu sahaja aku bersuara yang sepatutnya, mahu saja aku ikutkan hati mendedahkan segala apa yang perlu tapi hati ini masih lemah kerana aku tahu itu bukan aku, mencabar tindakan manusia lain...mempersoal segala yang terjadi dari orang yang pernah bertakhta di hati kerana tempatnya masih tinggi di sanubari ini. Cuma aku jadi sedih bila mengenangkan manusia ini mampu bersuara yang menyakiti hati, sudahlah tindakan lalu masih utuh dalam jiwa aku. Mengenangkan semua ini bulatlah kata hati aku, manusia mampu berbuat apa saja tanpa memikir dari dalam jiwa. Aku yang terasa kesannya tapi syukur kerana tidak dilahirkan seperti manusia ini.

Kata seorang teman aku satu ketika dulu, kdg kdg kita menjadi seorang yang negatif hanya kerana manusia lain yang melayani kita secara negatif. Sesuatu yang aku rasa ada benarnya, bukan kali ini saja tapi sebelum ini juga aku pernah melalui situasi ini. Hanya kerana aku tahu aku diperlakukan itu ini dalam diam, aku juga berperanan seperti itu malah lebih hebat rasanya. Hmm puas rasanya. Mujur aku sedar tak lama selepas itu dan sekarang itulah yang sedang aku lalui. Dendam? Mungkin, ada sekelumit ketidakpuasan. Biarlah, antara aku dengan Tuhan kerana Dia Lebih Mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dalam kehidupan.

Noktah. Aku makin jauh dari dia. Biar apa saja kesimpulan yang akan ada selepas ini, bagi aku cukup segala rencah yang ditaburi dalam perhubungan ini. Kata-kata yang langsung tiada makna dalam kamus hidup aku, bukan ini yang aku pinta tapi ini yang aku terima. Positifnya, aku terima segalanya (sekali lagi) sebagai balasan pada apa saja kesilapan yang pernah aku lakukan, hanya dengan ini, hati aku mampu tenteram.

p/s: adakalanya berdiam diri itu lebih baik untuk menjawab segala persoalan. Moga manusia ini juga sedar diri, bukan hanya tahu menunding jari.

Monday, November 05, 2007

If You're Not The One


If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through

And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one
I build my home withI hope
I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Thursday, November 01, 2007

sekali air bah ....

Sia-sia sudah kita jalin cinta
Bila hati slalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu

Tiada lagi kata cintaku
Tak kan lagi ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Sampai kapan lagi ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku
Tak kan lagi ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu…

sekali air bah, maka pantai juga berubah tapi itukah yang harus disamakan dengan perasaan manusia? adakah terlalu murah untuk berubah jiwa hanya kerana alasan yang terlalu ringan untuk dipertahankan? mungkin ini bezanya manusia, tentang sebuah hati tentang sebuah perasaan.

diam aku di sini cuma mengungkap tentang apa sebenarnya yang mereka rasa di dalam hati itu sehinggakan sanggup melihat perasaan orang lain yang terluka. aku temui jawapan di situ, tak lain hanyalah untuk kepentingan diri. apa saja yang ditempuh bersama selama ini bagaikan hilang di bawa angin. yang ada kini adalah harapan kononnya untuk membuka lembaran baru, memulakan satu perjalanan yang sudah diketahui titik noktahnya, sedang satu jiwa mula hanyut dibuai gelora cinta, jiwa yang lainnya terkilan mengenangkan kenangan bersama : begitu rapuhnya cinta.

nyatanya, hak itu telah hilang kerana telah terungkap kata berpisah tapi andai manusia yang punya perasaan pasti menyusun langkah satu persatu agar tiada hati yang kecewa, tiada jiwa yang terluka. ibarat tanah kubur masih merah....

di sini aku akan terus memerhati, sekelumit kecil terdetik rasa kesal di dalam hati, dia kah yang pernah aku kenali? dia kah yang pernah aku sayangi? dia kah yang letaknya di dalam jiwa tanpa sebarang wasangka? jika dia yang selama ini mendiami hati aku, benarlah aku yang buta pada cinta.

p/s : tiada lagi yang ku harapkan .....