Friday, August 31, 2007

ceritera

Jangan pernah terlalu menyayangi insan lain melebihi diri kita sendiri, akhirnya kita sendiri yang akan kecewa. Begitulah kehidupan. Dan aku tewas pada kenyataan ini. Dengan siapa pun, aku pasti memberikan sepenuh kasih aku pada mereka, aku cuba untuk menjadi lebih tegas dalam hal ini tapi aku seakan memakai topeng menipu diri sendiri walaupun aku tahu di hujung perhubungan itu aku sendiri yang akan menyakiti hati aku sendiri tapi ntah bagaimana. Mungkin Tuhan telah mengurniakan aku dengan terlalu banyak rasa kasih itu sehinggakan aku tidak tahu menyimpan sebahagiannya untuk diri aku sendiri lantas aku berikan segalanya kepada sesiapa sahaja.

Kata seorang teman, seorang yang terlalu menyayangi kita akan menjadi lebih sensitif dengan setiap apa sahaja yang kita lakukan. Ntahlah aku bleh menerima kenyataan itu tapi sampai pada satu tahap aku terlalu bosan dengan semua yang dilakukan. Dalam masa aku sedang mencipta sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan dan masa depan, di saat aku mempertaruhkan apa sahaja yang aku miliki untuk mencipta kejayaan, perasaan sensitif itu tidak perlu wujud! Bagi aku, berpijaklah pada matlamat dan arah tuju. Jangan terlalu mengikut rasa hati yang ntah apa apa! Telah sampai aku pada satu tahap menyampah dengan situasi yang selalu sahaja timbul.

Bercakap apa saja tanpa usul periksa dan berbangga pada kenyataan diri sendiri, betapa riaknya manusia, ntah di mana letaknya rasa syukur aku tak tahu! Sesungguhnya aku kesian sangat dengan manusia cam gini. Bukan mahu menabik dada tapi aku tahu siapa diri aku malah aku hormati diri aku sebaik mungkin dan aku bangga sampai hari ini aku tahu di mana aku berpijak. Sedih teramat bila kita tanpa berkira masa, wang ringgit, kerja semuanya semata mahu mencipta kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga tapi mereka tak pandang pun malah dengan bangganya melihat segala kesilapan kita, menegur itu ini malah dengan bangga diri lantang bersuara. Ya Allah Ya Tuhanku, sedarkanlah diri mereka ini agar mereka tahu di mana landasan yang sepatutnya.

Aku sesungguhnya kecewa, hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang aku rasa di sebalik semua ini. Dah sampai masanya aku memikirkan perasaan aku sendiri, buang masa dan buat penat otak je pikir orang lain tapi di titik akhir, aku juga yang sakit hati.

Kata seorang teman juga mungkin segala yang berlaku atas kealpaan aku dan aku mengaku – hanya kerana terlalu memberikan ruang pada orang lain, jadinya hari ini aku ibarat dipijak kepala. Cukup sampai sini. Wallahualam.
p/s : SALAM MERDEKA, sedang aku diam di rumah memikirkan kenapa ini harus terjadi, ada orang yang sedang bergembira nun jauh di sebelah sana bersama-sama teman yang sama-sama bijaksana. Sambut orang jauh, sambut merdeka. Smoga bahagia.

Tuesday, August 28, 2007

bila perasaan tak diketahui sesiapa .....

24th AUGUST - Malam nanti aku bakal bertolak ke KL, ada urusan di PWTC selama dua hari. Pemergian kali ini dengan rasa yang sedikit berat di hati kerana ada beberapa urusan yang tak dapat diselesaikan dan terpaksa diserahkan pada orang lain. Aku tak suka buat keja yang tak siap tapi nak buat macam mana.

Sebentar tadi dalam perjalanan pulang, aku dihubungi oleh seorang kawan maya yang juga aku kenal dari blog ini, mulanya aku seakan lupa siapa dia. Tapi aku mula tahu kerana kami sering juga SMS tapi aku terfikir, dia jarang SMS kebelakangan ini. Rupanya hati telah dimiliki. Gembira juga hati kerana mendengar suara setelah sering berSMS sahaja. Selama kami kenal, kami bagai bersetuju, banyak persamaan antara kami sayangnya jauh, jika dekat mungkin bias jadi teman rapat tapi bagi aku bukan masalah.

Cerita cinta kami yang berakhir dengan kekecewaan dulu hampir sama, apa yang aku lalui, apa yang aku rasai mungkin sukar difahami orang lain tapi dia juga bercerita dan perasaannya sama dengan aku. Dan kami juga pernah satu ketika dulu menyalahkan takdir. Bezanya mungkin aku cepat merawat luka yang ada dalam hati tapi dia mengambil masa yang agak lama.

Skarang dia sudah dipunyai oleh seseorang namun masih ada kekecewaan di situ, seolah dirinya tidak dihargai. Luahan dia sebentar tadi aku rasa bagai bercakap pada diri sendiri, segala butiran katanya, luahan rasanya adalah sama yang ada dalam hati aku seolah ‘photostat’ hmmm kedengaran ganjil tapi itulah realiti. Aku tahu aku rasa apa yang dia rasa dan aku hanya mampu berkongsi segala rasa itu.

Mie, bukan semua orang di dalam ini sama seperti kita. Beginilah, kita jalani sahaja apa yang datang dalam hidup kita, jangan kita membenci lagi kehidupan ini, mungkin ianya satu ujian panjang buat kita. Tak siapa tahu kuasa dan takdir Allah di hadapan. Zac sendiri kadangkala bosan dengan insan sekeliling tapi Zac belajar meletakkan diri Zac sebaik mungkin. Susah sebenarnya tapi ini yang perlu kita lalui. Kita tak mampu memaksa orang menghargai, menghormati, mengasihi, menyayangi diri kita sebagaimana yang kita lakukan pada mereka, walau susah mana skalipun kita berkorban untuk mereka, namun sekurangnya kita tahu siapa diri kita sebenarnya dan berbanggalah menjadi diri sendiri. Zac juga kadangkala penat melayani karenah, berdepan dengan segala ujian perasaan dan sebagainya tapi kita perlu menerima semua ini. Mungkin satu hari nanti segala perasaan orang-orang itu akan berubah dan pada tika itu kita mendapat hak yang sepatutnya, dengan izin Allah.

Friday, August 17, 2007

catatan

17th JULAI 2007 – SEBUAH CERITA
Sesungguhnya, aku punya cerita tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu bercerita lantas aku berfikir hari ke hari apa yang perlu aku kongsi di sini, nyatanya kosong. Sukar untuk membuatkan manusia lain memahami apa sebenarnya yang sedang bergelora di dalam jiwa.


1st AUGUST 2007 – PENGHAPUS DOSA KECIL
28th Julai ari tu aku penat sangat, pas Subuh dah kuar umah untuk event sambutan dan gimic pelancaran oleh Pak Lah sempena Karnival Usahawan Wanita. Sampai sana ujan lebat dengan padang yang leach, mulanya cover la jugak dari kena ujan dan Lumpur tapi dek kerana perlu cepat dan masa yang terhad, payung ke mana cover ke mana, jadinya hari tu kasut sport aku jadi mangsa, seluar aku pun teruk gak di makan Lumpur. Tapikan biar penat macam mana pun bilamana apa yang kita usahakan tu berhasil dengan cemerlang, segalanya nampak indah je.

Pas show pagi tu aku arranged dancers semua stay kat Umah Nur Balik Pulau untuk show malam. Aku balik umah rehat jer. Petang baru aku move smula ngan Syafiq. Aku tak berapa sihat, suara aku makin teruk, demam pun mula datang.

Malam tu kitaorang run show untuk Penang Echo Challenge kat Bukit Indah, pastu je aku terus balik umah, badan memang lemah giler. Esoknya bermula la episode demam, sakit tekak, batuk, muntah dan sgala macam sampai ari ni tapi rasa cam better sket.

Bilamana sakit ni dengan banyaknya keja yang tertangguh barulah nak sedar nilai masa sihat walafiat dulu. Aku ni susah nak sakit tapi skali sakit, amek ko! Memang azab sangat rasanya.

Seperkara lagi ada mcam mcam hal yang aku banyak belajar tentang sikap manusia di sekeliling aku, rasanya aku bukan mahu menabik dada tapi aku makin yakin untuk terus diam jadi diri aku sendiri, makin susah aku mahu mempercayai manusia lain terutamanya mereka yang bekerja sealiran dengan aku, banyaknya hipokrit! Aku rasa perjalanan aku masih panjang untuk berjaya dalam dunia yang aku ceburi ini, sikit sebanyak aku perlu jadi hipokrit jugak la tapi tak per lah, aku tahu diri aku sendiri. Aku dah tak nampak kawan di sekeliling aku, yang aku nampak adalah lawan yang senantiasa menunggu saat aku jatuh!

Dalam tempoh aku sakit ni banyak yang aku fikir tentang segala perjalanan panjang yang telah aku tempuh dan dari situ aku sedar siapa sebenarnya yang masih ada dengan aku!



3rd AUGUST 2007 – BILAMANA KITA SEMUA SERUPA
Aku masih belum sembuh dari sakit. Esok malam aku bakal mengacarakan makan malam sebuah syarikat korporat tapi suara aku belum aku miliki ‘kembali’ sepenuhnya. Runsing teramat memikirkan bagaimana nak menghadapi hari esok. Tapi aku dah beritahu organizer tentang suara aku, dorang cakap esok ok kot! Lantak korang la janji aku dah dapat bayaran aku dan korang pun tak kisah kalo suara aku cam itik je ni ha!
Petang tadi aku sempat baca blog kegemaran aku, blog seorang teman yang sering aku ikuti kisah hidupnya. Biarpun terlalu banyak rahsia tapi aku seakan telah masuk ke dalam cerita hidupnya. Terlalu banyak kesedihan dan kepedihan di dalam ceritanya sejak kebelakangan ini. Hmmm aku singkatkan pembacaan aku, sukar untuk aku terus hanyut dalam ceritanya, tak sanggup.
Pernah aku fikirkan, insane sepertinya punya kerjaya, rupa, teman hidup, pastinya semuanya terindah tanpa masalah. Namun sangkaan aku jauh meleset, terlalu mudah aku mengandaikan insan lain. Beginilah pandangan manusia kan!


17th AUGUST 2007 – FROM FAZI WITH LOVE
If I could catch the rainbow, I would do it just for you
And share with you its beauty, on the days you’re feeling blue
If I could build a mountain, you could call your very own
A place to find serenity, a place to be alone
If I could take your troubles, I would toss them in the sea
But all these things I’m finding are impossible for me
I cannot build a mountain or catch the rainbow fair
But let of be what I know best
A friend who’s always there


Aku dapat SMS dari Fazi, kawan lama aku yang udah jarang ketemu tapi kami slalu dekat di hati, hampir tiap hari berbalas SMS kerana terpisah dek kerjaya yang berbeza dan kesempatan berjumpa yang tiada. Fazi banyak memberikan semangat dalam hidup aku walaupun aku tahu aku ni jenis degil, sanggup tempuh apa saja cabaran tapi tiap lelaki yang mendapat semangat dari seorang perempuan, rasanya adalah berbeda dan itulah yang aku lalui. Aku harap persahabatan aku dan Fazi akan kekal selamanya hingga ke akhir usia, aku terlalu menghargai ikatan ini. Pernah juga air mata lelaki ini mengalir tanpa aku sedar kerana kata-kata semangatnya terlalu meruntun jiwa.

Saat ini terlalu banyak cabaran dalam kehidupan aku tapi aku masih mampu berdiri kerana aku yakin dengan diri aku. Saat ini juga aku baru sahaja menyelesaikan satu lagi masalah besar dalam hidup aku. Kerana pentingkan harta dunia manusia sanggup berbuat apa saja dan aku sama sekali tidak menyangka perbuatan yang melanggar akidah ugama ini datang dari mereka yang satu ketika dulu bagaikan saudara kandung aku sendiri. Tahniah kerana cubaan yang terlalu berani tapi ingatlah ALLAH itu melihat apa yang korang sedang cuba lakukan, insafilah diri sebelum terlewat. Semoga dosa korang diampunkan Ilahi.