Monday, July 09, 2007

2nd JULY 2007 - CELEBRITY FITNESS

Hmm dah lama aku teringin sangat nak join gym tapi aku slalu dengan alasan tak ada masa yang cukup. Btol, aku terlalu busy untuk nak ke gym tapi dalam masa yang sama aku nak ada tubuh yang menarik, macam mana tu?

Finally, semuanya berubah. Masuk hari ni dah 4 hari aku di Celebrity Fitness. Segala alasan kesibukan telah hilang. Baru aku sedar, sibuk atau tidak terletak pada diri kita sendiri. 4 hari yang berlalu membuatkan aku gembira kerana aku merasakan belum terlewat untuk aku memanjakan diri.

Dengan nekad untuk berhari raya dengan badan yang menarik, aku kuatkan azam dengan latihan yang sepatutnya. Skarang jadual aku lebih tersusun. Aku tahu ada kerja yang perlu di lakukan dan aku juga sedar bahawa badan aku perlukan penjagaan. Julai- bulan permulaan kepada perubahan. Semoga aku terus bekerja keras untuk impak maksima!


3rd JULY – NAK BERGURU KE AMPANG

Tak lama lagi Ramadhan dan Syawal bakal menjelang tiba. Tahun ni aku tak sabar sepertimana tahun-tahun sudah. Aku harap aku diberi peluang, dipanjangkan usia untuk melalui bulan mulia itu lagi bersama insan-insan yang aku sayang amat! Selain beribadah, pastinya aku ada agenda istimewa – jual biskut raya!

Tadi malam aku SMS dengan Kak Mastura yang nama dan number phonenya aku amek dari laman web pasal masakan. Dalam blog tu cakap Akak Mastura ni ada bagi kelas buat biskut. Hmm masuk tahun ni dah sepuluh tahun aku jual biskut raya tapi aku tak pernah belajar dari seorang ‘guru’. Yang aku tahu hanya blajar dari majalah dan resepi dari internet. Alhamdulillah semuanya menjadi tapi aku tak puas, aku nak gak skali blajar dari sowang cikgu! Lantas aku ngan Akak Mas tu berSMS, finally dia call aku!

Hmmm terasa dihargai sangat bila cikgu yang phone, sepatutnya aku yang phone coz aku yang nak carik ilmu. Suara Akak Mas buat aku rasa rendah diri. Panjang lebar dia citer pasal kelas biskut yang dia nak buat karang, semuanya buat aku tak sabar nak pegi. Yang paling best tu, dia siap offer aku bermalam kat umah dia kalau tak nak tergesa-gesa balik ke Penang. So sweet…. Hope tahun ni aku dapat hasilkan biskut yang mengikut piawaian hehehe ada ke piawaian? Maksud aku biskut yang lebih berkualiti, InsyaAllah.

So, aku dah booking tempat untuk ikut kelas biskut Akak Mastura. InsyaAllah aku ke Ampang 14th Julai 2007 untuk menuntut ilmu!