Thursday, May 31, 2007

APABILA .....

APABILA KITA MENCINTAI SESEORANG,
KITA BISA MEMILIKI HATINYA,
JIWANYA DAN TUBUHNYA
TAPI BUKAN JALAN HIDUPNYA
- CINTA PERTAMA -

Wednesday, May 23, 2007

AKU MAHU BERSUARA ....

Ahad 19th May 2007
Saat ini aku sedang menyaksikan persembahan Mila kat Konsert Akhir AF5. Di dalam bilik bertemankan seorang teman dari KL. Mr Y tetiba bertanyakan pada aku adakah aku seorang yang suka memberikan orang lain peluang? Aku jawab ya. Dia tanya kenapa aku terlalu yakin menjawab pasal tu, aku jawab aku kenal sapa diri aku. Ruapanya ada cerita di sebalik soalan itu. Tak banyak yang kami kongsi, dia skadar bercerita tentang dia yang sering dipermainkan perasaan oleh kengkawan dan teman istimewa. Aku tersenyum tanda memahami tapi aku tak pasti adakah itu reaksi yang sepatutnya? Dia letakkan noktah di situ. Tiada suara. Aku capai computer riba dan mula menaip gelombang perasaan aku yang tiba-tiba dating. Di tv skarang sedang rancak dengan persembahan Aswad. Dia tertumpu di tv dan aku di sini.

Sebenarnya aku tak ketentuan sejak 2 hari ini. Semuanya kerana jiwa aku perasaan aku bagai disalahtafsirkan oleh seseorang. Yang paling aku tak tahan bilamana jika ada pertelingkahan, dia akan bersuara seolah-olah tiada lagi rasa hormat pada aku. Bukan mahu minta dipuja seperti dewa tapi sekurang-kurangnya pandanglah aku. Aku pelik kerana aku juga ada naluri marah tapi bila bersuara aku masih mampu mengawal, kenapa tidak orang lain? Tidakkah mereka tahu mereka itu menyakiti. Adakah masalah itu akan selesai dengan meninggikan suara, menengking bertubi-tubi tanpa arah tuju dan penamatnya meletakkan telefon? Hmmm aku tak akan lupa, itulah yang sering aku lalui sedangkan aku cuba bercakap bertatih satu persatu untuk menerangkan apa sebenarnya maksud aku. Masalah akan selesai lambat laun tapi aku tak suka dengan cara orang seperti ini. Aku tak mampu mengubah manusia lain biarpun seringkali ada perkataan MAAF di hujung persengketaan. DAN aku ulangi DAN aku seringnya MEMAAFKAN.

Aku ikhlas memaafkan dan itulah namanya peluang yang aku berikan. Aku sedar aku juga melakukan kesilapan tapi yang aku mahukan adalah menyelesaikan masalah dengan tenang, jalan berbincang. Aku tak tahu kenapa aku slalu diuji tapi hasil bacaan dari pelbagai sumber banyak mengajar aku hikmah ujian dan orang yang bersabar ini.

Seperkara lagi, kenapa orang lain boleh melakukan kesilapan tapi di pandangan mereka seoleh-oleh biasa sahaja sedangkan aku jika tergelinciri lidah dan perbuatan makanya dipandang berat seolah tak tergalas dek bahu. Apa yang mampu aku katakana? Terima seadanya. Ahhhh bosan, penat la nak lalui semua ni kerana aku ni jenis memendam dan tak suka bising-bising, akhirnya di sinilah tempat aku bercerita.

Aku mahu berhenti bersuara dan biarlah mereka dalam dunia mereka. Moga mereka bangun dari tido sedikit masa lagi kerana aku yakini di mana aku berdiri.


p/s : telah lama tidak aku bercerita pada bintang malam ….


BACALAH CATATAN DARI BLOG BRADER MACHO ….

Kerana lidah tak bertulang, seringkali tanpa sedar keluar kata-kata yang tak diinginkan. Lidah yang di luar kawalan akan banyak mendatangkan kesusahan bagi diri sendiri dan orang lain. Lidah boleh menyakiti hati orang. Lidah boleh membuat orang naik darah. Lantaran lidah seseorang boleh kehilangan nyawa. Rasulullah SAW menyuruh kita agar menjaga lidah, “Manusia tidak akan teguh imannya, sebelum teguh hatinya, dan tidak akan teguh hatinya sebelum teguh lidahnya.” (HR Ahmad).
Berbicara adalah salah satu nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada manusia. Dengan berbicara manusia dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan menjadi makhluk paling mulia dibandingkan makhluk-makhluk lainnya. Allah SWT berfirman, “Tuhan yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai bicara.” (QS. Ar-Rahman: 1-4).
Allah melebihkan manusia dari makhluk-makhluk lain dengan mengajarkan pandai berbicara. Dan Islam menjelaskan bagaimana seharusnya manusia memanfaatkan nikmat yang amat besar itu.Jika kita menghitung-hitung pembicaraan seseorang, ternyata apa yang mereka bicarakan lebih banyak yang tidak ada gunanya. Padahal Allah menciptakan lidah bukan untuk membicarakan hal yang sia-sia. Allah SWT berfirman, “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari redha Allah, maka kelak Kami memberinya pahala yang besar.” (QS An-Nisa`: 114).
Ketika seseorang ingin memusatkan fikirannya untuk melanjutkan pekerjaan yang memerlukan tumpuan, dia selalu mengambil sikap diam. Bahkan ketika dia ingin menjernihkan jiwa dan fikirannya, dia menghindari kebisingan. Dia lebih suka menyendiri di tempat yang sepi dan tenang.
Oleh kerana itu Islam mengajarkan lebih baik diam, jika tidak perlu berbicara. Dan sikap diam merupakan media pendidikan yang telah teruji. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan menolongmu dalam urusan agamamu.” (HR Ahmad dari Abu Dzar).
Orang yang lemah akal fikirannya, kalau berbicara sering mengeluarkan kata-kata yang tiada ertinya. Bahkan tak jarang mengeluarkan ucapan yang dapat merosak hubungan persahabatan mahupun persaudaraan. Pepatah mengatakan, “Sekali waktu orang boleh mati kerana gelincir lidahnya. Namun seseorang tidak mati kerana tergelincir kakinya.”

Untuk memelihara lidah dari perkataan yang tidak berguna, Islam mengharamkan berdebat dan menutup rapat pintu perdebatan, sekalipun dalam soal kebenaran. Dalam perdebatan orang lebih mengutamakan kemenangan berbanding persaudaraan. Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang meninggalkan perdebatan sedang dia menghapuskan kebathilan, maka didirikan baginya sebuah gedung di tengah-tengah syurga. Dan siapa yang meninggalkan pedebatan sedangkan dia dalam kebenaran, maka didirikan baginya gedung di tengah-tengah syurga. Dan siapa yang baik akhlaknya, maka dibangun gedung baginya di atasnya.” (HR Abu Daud).

Thursday, May 17, 2007

mari mari tuan hehehe ....

Isnin (14th May 2007) – LONTARAN JIWA

Malam. Aku kecewa dengan pandangan-pandangan sinis mereka yang dekat dengan aku. Ada yang berkata begini, ada yang berkata begitu. Dalam bulan ni, mcm-mcm cabaran dan penghinaan yang aku terima. Aku masih kuat dengan segala harapan yang aku pikul. Hmm benarlah masa senang semua ada di sekeliling kita tapi bilamana susah apa saja yang kita lakukan jadi serba tak kena pada sisi orang lain. Dalam baik aku dipermainkan segala perasaan dan tindakan. Sedangkan aku hanya mampu melalui sebahagian jalan kehidupan ini dengan sabar, hanya ini yang aku ada. SABAR. Aku mahu buktikan pada mereka ini, jangan sesekali bercakap mengikut rasa. Aku jua manusia yang ada jiwa. Hormati aku sebagaimana aku menghormati kalian. Tuhan, dengarlah lontaran jiwa aku yang senantiasa bergelora, tak siapa yang tahu, hanya diriMU.

Malam ini juga aku terima beberapa SMS dari insan-insan yang sering aku berkongsi rasa. Jauh dari pandangan mata tapi dekat senantiasa di hati aku.

Adik, semakin banyak ujian, semakin dekat diri kita dengan Allah. Inilah ujian dariNya kerana Dia sayang pada kita. Alhamdulillah kita berada dalam golongan yang mendapat petunjukNya – AKAK Z

Itulah risiko kalau kita nak berada di atas, akak pun dah penah go thru dah benda ni semua, tu semua dugaan untuk kite, yang penting jangan putus asa dan yang paling penting jangan tinggal solat dan berdoa mintak pertolongan dari dia – AKAK BUNNY

Z, setiap orang ada cara sendiri untuk cari nafkah, mana la nak salah kalau niat kita baik, jujur. Fazi memang faham sangat mcm mana perasaan Z skarang,kadang-kadang memang orang mcm ni can really put U down. Depa ni tengok cara luaran jer. penat lelah nak usahakan kerjaya kita tak siapa yang nampak. For me, there is nothing wrong kalo kita nak usahakan apa yang kita suka. Kalo Z orang yang into showbiz, so what? U’r good at wat U are doing. Banyak yang Z dah kecapi dalam usia yang muda ni. What should matter to U is what U want, what U get out of this! Ni kehendak Z, don’t let this kinda people effect us. Fazi kenal Z dah berapa tahun, dah 5 tahun. From someone who rides moto Jaguh, keja kat Epic dengan gaji RM900 hinggit jer, NOW look at you! U actually make me proud U know! Tak ke Z bangga dengan apa yang Z dah usahakan selama ni? Peduli apa kata orang yang pandang rendah kat kita. Z, for me, apa yang Z buat memang tak der apa yang nak dipandang serong. Niat-niat Z memang jujur. Especially when U told me Z ada niat nak antar mak abah gi haji. This really great. Orang-orang yang pandai cakap ni mcm yang Z cakap ni memang dasar cemburu. Sebab hati dorang busuk. Wat biz smata nak menunjuk, nak challenge. Bila dah gagal, tak berjaya, mula nak kutuk orang. Apa la orang mcm ni kan! U know who U are and wat U want and thats all the matters. Bila Z bagitau yang kawan yang penah keja ngan Z tikam Z dari belakang, memang Fazi sedih terpikir pasal tu. I know how it must hurt U. Tp ingat Z, orang yang ada niat buruk, Allah Taala akan bagi banyak lagi nanti, apa yang dimiliki tak akan kekal. Orang wat kita sakit hati, tawakal je la. Tak lama mana depa nanti terima balasan. U keep Ur chin up ok! Jangan worry sangat pikir apa yang orang pikir pasal kita. Tanggapan negative dorang tu memang tak penting Z! Z usaha selagi mampu, be hepi ok dear! Banyakkan berdoa pada Allah Z, sure Z tak akan dihampakan. Z jangan terpengaruh dengan orang-orang yang bleh make U down. Usaha Z, U still have long way to go! Allah will always be with U – FAZI

Aku betul-betul terharu dengan SMS yang aku terima malam ni, sekurang-kurang nya aku tahu masih ada insan yang sudi mendengar keluh kesah aku. Hidup ini memang satu perjalanan panjang jika terisi dengan segala macam ujian kehidupan dan aku sedang melaluinya.

Dengan izin Allah, aku mahu buktikan sesuatu dan aku yakin dengan usaha aku!




Ahad (13th May 2007) – PERMULAAN SEBUAH AKHIRAN

Last week masa aku merayap kat Gurney Plaza, aku ke MPH (suka sangat lepak dalam ni, kalo la MPH ni perpustakaan umah aku kan besh!) Seperti biasa aku ke Galeri Buku Motivasi, mata aku tertarik pada novel grafik karya AIE (Seorang pelukis ilustrasi, kartunis dan juga penulis muda yang berbakat cukup dikenali dewasa ini. Bermula sebagai kartunis dan sudah hampir 15 tahun bergiat di dalam bidang karya kreatif, beliau mempersembahkan sebuah siri novel grafik ‘AKU DAN SESUATU’ berkisar tentang kehidupan masyarakat yang penuh konflik, kasih saying, persahabatan serta nilai-nilai murni keharmonian. Tampil dengan gaya ilustrasi tersendiri yang lebih mantap mengukuhkan lagi namanya sebagai pelukis grafik yang hebat pada zamannya.

Aku skarang ada 3 novel grafik dari 5 yang berada di pasaran. Setelah membaca novel yang pertama, aku btol-btol jatuh cinta dengan penceritaan dan lukisan dalam novel ni, macam hidup jer! Ada satu ayat yang buatkan aku tertarik kerana kena dengan apa yang aku lalui skarang ni!

Cukup la apa yang aku dah terima skarang. Ikutkan hati nak saja aku lebamkan muka diaorang tu tapi nampak bodoh la aku ni. Lagi kuat alasan dorang nak singkirkan aku. Musuh-musuh aku memang tunggu peluang je aku buat silap. Mcm-mcm cara diaorang buat. Esok kalau dah habis ikhtiar, main cara kasar la pulak. Malas aku nak layan. Baik aku kuatkan kesabaran dan iman aku.

Cuma satu benda yang aku tak puas hati, kenapa nak tutup periuk nasi aku? Aku harap diaorang ada alasan yang kukuh nanti bila jumpa aku.

Moga-moga dapat hidayah le atas apa yang diaorang dah buat. Esok-esok kita tak tau hari sapa pulak. Tak semestinya diaorang menang selama-lamanya! Ada pulak yang sanggup aniaya diaorang jugak satu hari nanti. Mungkin lebih teruk dari apa yang ditanggung oleh orang yang diaorang aniaya skarang ni.

Aku tak doakan sampai ke situ la kan….tapi harus diingat….roda tu berpusing.

p/s : roda tu berpusing wahai kengkawan!

Tuesday, May 08, 2007

dengar ini cerita ...

Selasa (8th May 2007) - SPIDERMAN

Semalam, 7th May 2007, birthday Angah. Aku kuar ngan Syafiq, Angah dan Dik Wan gi nonton Spiderman. Tak la teruja sangat nak nonton, maybe coz tak berapa suka sangat berbanding Spiderman hehehe …..

Actually aku agak keletihan kemarin coz jadual penuh dari awal pagi tapi hari ni saja nak raikan hari lahir Angah so aku kuar la. Dan acara tontonan bermula…tak ada apa yang menarik sangat kecuali apabila tiba satu part bila mana Spiderman tu bual ngan aunty dia tentang kematian uncle dia. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku, maksudnya lebih kurang gini…

“tak guna ada dendam dalam hati kita kerana dendam itu lah yang akan menjadi racun dan memusnahkan diri kita kelak”

Haaa….aku tertarik sangat dengan ayat tu, memang btol pun. Kalau nak diikutkan rasa dendam dalam hati aku ni sure dah lama penuh. Aku btol-btol tahan sabar dengan apa yang diperlakukan oleh bekas rakan kerja aku dulu ni, saat skarang dia sedang bergembira dengan ‘kejayaan’ nya sendiri, tahniah la tapi akan lebih sempurna kalau kejayaan skarang adalah hasil usaha sendiri kan bukannya ‘mencuri’ sesuatu dari usaha orang lain. Malah menggunakan segala kaum kerabat yang ada untuk menakluki pasaran dan tak lupa juga ‘orang kuat’ yang senantiasa memanaskan keadaan, tahniah kerana punya batu api yang senantiasa bergelora. Terselit di hati aku mahu melihat batu api itu yang akan memakan dirinya sendiri. Itu namanya dendam. Maka aku tamatkan di sini. Biarlah mereka dengan dunia mereka walaupun aku terseksa.

Awal pagi tadi aku dapat panggilan dari Aunty Mahani, kitaorang berbual hampir sejam. Actually aku banyak semangat dari dia. Katanya aku tak payah nak rasa kecewa, down dan segala macam coz baginya ini adalah sebahagian kecil asam garam permainan manusia sedangkan dia lagi la, kerugian juta-juta ringgit Malaysia tapi masih mampu berdiri. Hmm btol, aku banyak belajar tentang semangat dari Aunty. Tapi aku masih kecewa gak, mereka jadikan aku btol-btol di bawah supaya aku merasa kecil, kecil, makin kecil dan terus lenyap TAPI aku mahu berpesan, JANGAN MIMPI! Kerana semangat aku masih kental.

Tak selamanya kita berada di atas.

Ahad (6th May 2007) – MARI BELAJAR TENTANG TUBUH

Aku, seorang lelaki dengan ketinggian 180cm. Berat? Hmmm sensitive btol lar, semuanya bermula kira kira enam bulan yang lalu, sebelum ini berat aku 75kg, sesuai dengan ketinggian aku walaupun aku masih nampak cam kurus masa tu – kata sesetengah orang. Actually aku pun suka berat ngan tinggi aku masa tu TETAPI (tanpa aku sedari) berat aku pernah menjangkau 120kg! Hmm itupun kata orang aku nampak OK je coz aku tinggi tapi bulan lalu kira-kira dua minggu sebelum hari lahir aku, telah aku sedari sumthing wrong ngan diri aku sendiri bilamana berat badan aku ketika itu ialah 100kg.

Dada aku mula sakit-sakit, sering terjaga waktu malam, aku cepat penat, fikiran kerap runsing hmm memacam lagi la sehinggalah aku membawa diri ke Hospital Balik Pulau di satu pagi tuh! Tekanan darah di ambil – TINGGI. Dengan separuh bogel aku dipasangkan wayar wayar di dadaku yang tak ada muscle ini termasuk ibu jari kaki ngan tangan (macam lawak pun ada) Pemeriksaan jantung katanya – NORMAL. Hmm doc cam bising coz aku high blood pressure katanya, aku cam tak caya jer. Esoknya aku dating lagi – pemeriksaan darah untuk diuji. Esoknya ke sana lagi untuk result – KEPUTUSAN jeng jeng jeng aku diberi masa sebulan untuk kembali menjalani pemeriksaan yang lebih tepat.

Mulai saat itu aku merasakan yang aku ni tak sihat, walaupun dari luar orang nampak badan aku ni cam sihat walafiat tapi aku lebih tahu badan aku cam ner makanya aku mula control makanan, selama ini aku tak control langsung, minyak, lemak, manis segala macam masuk dalam mulut aku, mujur la Tuhan kasi mulut satu. Aku banyak minum air, amalkan diet seimbang. Hari ini setelah hampir sebulan, aku lakukan pemeriksaan sekali lagi, berat badan aku skarang 91kg, kehilangan 9kg. Alhamdulillah, badan makin segar.

AKAN TETAPI ada sesuatu yang lebih penting yang mahu aku kongsi – HERBALIFE.

CLINT GRIMBERG – dialah yang membuka matahati aku tentang badan yang sihat, hasil pemeriksaan dan penerangan selama hamppir dua jam, maka terbukalah fikiran aku yang kusut ini tentang apa sebenarnya badan yang sihat! Terasa banyaknya ilmu yang aku perolehi dalam masa yang singkat itu. Aku dapat tahu tentang tulang aku, lemak aku, berat yang berlebihan yang terkumpul dalam badan aku, kandungan air dalam badan aku, memacam lagi la. Rupanya stress aku selama ini yang menjadi penyumbang kepada peningkatan berat badan. Banyak lagi pendedahan saintifik yang dia kongsi ngan aku.

Minggu depan aku akan mula amalkan HERBALIFE – Weight Management Programme. Selepas sebulan dari itu akan aku dedahkan lagi rahsia kejayaan misi aku ini kerana program ini dilindungi oleh MONEY BACK GUARANTEE. Aku mahu berat badan yang unggul dan juga berkualiti. Bagi korang yang sedang berusaha menurunkan berat badan, hati hati dengan segala iklan dan produk yang dijual di pasaran. Utamakan produk yang menggabungkan herba dan nutrisi macam Herbalife (promosi ke?)

Seperkara lagi, bagi korang yang stay sekitar Penang, yang nak dapatkan penerangan lengkap tentang badan korang melalui soal jawab dan ujian secara PERCUMA, contact aku. InsyaAllah aku akan bagitau kat Mr Grimberg tu, dia sporting giler. Especially bagi korang yang merasakan badan korang berisi lar!

Friday, May 04, 2007

KEMBALI DI SINI .....

Assalammualaikum,

Jumaat (penghulu segala hari). Setiap hari aku di depan pc tapi aku tak tahu kenapa sejak Subuh tadi hati kau meronta mahu mencatatkan sesuatu hari ini setelah sekian lama aku lupakan tentang blog aku ni. Mungkin terlalu lama aku simpan segala rasa di dalam hati ini sampai aku sendiri tak mampu menanggung segalanya.

Aku terlalu bersyukur sebenarnya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini terlalu banyak dugaan yang singgah dalam hidup aku sehinggakan adakalanya aku bagai mahu mengalah tapi sisa-sisa kesabaran dan ketabahan masih ada dalam diri aku.

Dalam diam, ada rencana besar yang sedang aku usahakan, dengan izin Allah aku harapkan ianya bakal menjadi satu kenyataan. Aku mahu buktikan sesuatu pada mereka yang terlalu kuat berusaha untuk menjatuhkan aku hari ke hari (tahniah pada korang kerana berjaya menjatuhkan maruah aku). Untuk pengetahuan korang, aku bukan mahu mendabik dada tapi telah Tuhan kurniakan aku kesabaran yang masih belum ada penghujungnya. Dari rasa sedih, hampa, tenang, dan segala macam lagi, hari-hari yang aku lalui penuh dengan segala rencah kehidupan. Aku masih di sini. Selagi nyawa masih di badan, akan terus aku berusaha. Untuk diri aku dan keluarga yang aku cintai.

Kekadang masa aku terisi dengan seribu pertanyaan apa yang mereka mahukan? Mereka telah memiliki apa yang mereka mahukan jadi kenapa perlu mengganggu segala laluan usaha aku? Aku juga mencari rezeki dengan cara aku, dengan usaha aku tanpa mengganggu sesiapa tapi aku sering di jadikan IKON MASALAH. Hmmm teruskan usaha korang k!

Aku langsung tak rasa tercabar bila direndahkan maruah, disebarkan pelbagai cerita tentang aku malah aku yakin dengan diri aku, lambat atau cepat kebenaran itu pasti ada penghujungnya. Yang aku tahu aku harus terus berusaha.

Aku tak pernah berdendam tapi aku simpati pada mereka yang berusaha keras menabur pasir di dalam periuk nasi aku cuma satu yang aku mahu ingatkan : periuk nasi itu bukan untuk aku sorang tapi untuk aku, mak, ba, adik-adik dan abang aku. Kami terus mencari nasi di celah butiran pasir untuk hidup. Tahniah kerana buat masa ini korang berjaya!

Aku tahu, ada antara korang yang akan membaca blog ini, langit tak selalunya cerah! Aku redha dengan segala ujian yang Allah berikan ini. Dengan izinNya aku mahu kembali membuktikan sesuatu pada kalian.

Sampai di sini dahulu. Selamat Berjaya!