Saturday, September 30, 2006

istimewanya Ramadhan

Alhamdulillah, udah seminggu berpuasa, cepat benar masa berlalu, ada baki lebih kurang tiga minggu jer lagi. Ramadhan kali ini sepertimana lalu, semua aktiviti seni aku hentikan kecuali terlibat dengan majlis berbuka untuk anak anak yatim tapi tahun ini tak ada booking apa pun. Aku teruskan tradisi 'bisnes' biskut raya. Sebenarnya aku sendiri tak pernah menyangka, minat untuk wat biskut dah jadi bisnes tiap tahun, pelanggan sedia ada tapi ada gak pertambahan pelanggan baru, macam tahun ni Fazi banyak tolong aku dapatkan pelanggan, banyak gak riban-riban yang dia order, InsyaAllah aku hasilkan yang sodap-sodap belaka, tahun ni aku jual 10 jenis biskut jer, esok baru nak start wat biskut tu sumer, bahan-bahan dah beli tadik!

Yang pastinya mak pun tension ngan aku hehehe, mana taknya dapur dia akan dipenuhi ngan barangan aku! Hehehe tapikan aku ni memang enjoy wat biskut especially rayer la, ntah mana datang kebolehan ni aku tak tau tapi yang aku tau ini lah sumber duit raya aku! Hehehe, kalo orang lain abis gaji ujung bulan tapi aku baru nak buat 'gaji' cuma tahun ni mak tak kasi aku beli perabot untuk dia lagi, awal awal dia dah cakap coz pas raya mak nak renovate umah, hmmm banyak la keja pas raya karang nak ubah itu ini.

Ramadhan kali ini sunyi gak, masa berbuka la slalu terasa sangat, dulu ada arwah tok yang rajin sangat masak petang hari, kalau sahur pun meriah ngan makanan. Hmm sumer tu dah tak ada lagi, aku terima segala hakikat tapi waktu gini terasa la kehilangannya sangat-sangat.

Aku tak tahu napa la tak sabar nak lalui Aidilfitri kali ini. Hmm semoga panjang usia aku melalui Aidilfitri kali ini, InsyaAllah.

Monday, September 25, 2006

LANGKAWI




Foto-foto kat atas tu menceritakan tentang percutian terakhir aku sebelum Ramadhan, sebenarnya aku ke Langkawi atas urusan kerja, our production (Centaurstage Production) dapat job untuk persembahan di Dataran Helang pada 20hb lepas. So, lepas sibuk-sibuk sumer tu dapatlah kitaorang bawa 24 Artis Budaya dibawah label Artistik Artiste ke Langkawi, sumer move ngan boat dari Penang kol 8.15 pagi sampai jam 12.30 tengahari tapi kol 2pm baru organiser datang jemput gi apartment, aku punya tension tapi sabar je coz kali pertama kerja ngan Event Management ni!

Hari tu memang kelam-kabut, sumer yang terlibat letih sangat tapi aku hepi ngan kerjasama sumer. Alhamdulillah show dapat sambutan yang baik, grand gak ek dinner kat tengah dataran tu waktu malam! Tapi seram gak bila aku jeling patung helang kat situ, cam nak terbang di memana jer.

Malam tu sampai je apartment (Sri Lagenda), aku terus pack segala costume ngan props. Penat gak tapi bebudak sumer nak kuar njoy night scenery kat Langkawi so aku pun joint gak. Finally, hampir kol 4am baru tido.
Esoknya awal pagi lagi aku gi beli roti canai wat breakfast untuk bebudak, tengahari tu sumer packing nak balik Penang. Aku antar dorang sampai jeti, aku tak balik. Aku ngan Syafiq dari awal dah beli pakej 3 hari 2 malam kat Langkawi, kitaorang bayar RM329 untuk pakej 3h 2m untuk 2 orang termasuk penginapan, breakfast dan keta wira special edition lagik untuk 3 hari, ok per ek?

Kat atas tu ada gambo resort yang kitaorang stay, btol-btol blakang beach, best gak stay situ kat Pantai Chenang, tempat makan senang, dekat gak nak gi memana. Pantai cantik sangat, pasir lembut halus jer. Esoknya kitaorang gi Island Hoping, bayar RM35 dapat pusing memacam pulau lar jugak, yang bestnya aku sampai gak kat Tasik Dayang Bunting, nak sangat aku sampai kat sana, akhirnya! Hmm indahnya tasik tu, kitaorang berkayuh sampai tengah tasik, tetiba aku bayangkan ada Anaconda la pulak, cepat cepat aku kayuh semula, hehehe aku ambik air tasik tu isi dalam botol mineral, jernih sangat. Part yang paling best ialah bilamana kaki di massage oleh ikan keli, Ya Allah gelinya kaki aku....tapi lama lama bleh la tahan plak! Hmm satu pengalaman menarik yang tak mungkin aku lupa. Macam macam karenah orang kat situ yang kegelian! On the way balik abang yang drive boat tu stop jap tunjuk bukit yang berbentuk pompuan mengandung tengah tido, mcm real la wei! Trip tu gak bawak kitaorang gi tengok tempat makanan helang, banyaknya helang terbang cari makan, cam nak bawak balik sekor. Pastu gi Pulau Beras Basah.

Petang tu gak kitaorang pegi Underwater World, biasa je tempat ni, gah pada nama je bagi aku tapi aku memang suka hidupan cam ni, sesekali gerun gak aku tengok benda idup yang besar besar neh!

Esoknya kitaorang abiskan masa dengan shopping lar! Hmmm shopping untuk kengkawan jer and family, aku plan nak datang sini lagi, nak beli barang hiasan kat Idaman Suri tu, aku suka sangat ngan barangan kayu kat situ yang nyatanya memang murah giler siot!

Apapun, percutian sebelum Ramadhan ini memang best walaupun penat, aku njoy sangat. Apatah lagi ada teman sekepala yang suka melancong!

p/s: Wei, sapa nak order kuih raya hasil tangan laki bujang, bagitau aku ek! Harga spesel menanti...hehehehe

Tuesday, September 12, 2006

Untukmu DILLIEA ..... CHEESE CAKE

Hmm, lama benar rasanya aku tak jenguk blog aku, pastinya aku alasan konkrit iaitu SIBUK GILER BABAS, aku semakin sibuk mengendalikan produksi aku sendiri yang aku asaskan dengan Aisye dan InsyaAllah pas raya karang jika segalanya berjalan lancar, aku akan punya pejabat sendiri, usahawan baru. Moga segalanya berhasil...dengan izin Allah.

Aku nulis blog ni pun sebab terpanggil dengan komen Dilliea kat blog aku yang mintak kongsi resepi kek cheese, hmmm resepi yang aku dapat kat net ni kiranya yang paling simple la kategori Cheese Cake tapi aku dah buat, memang sedap!

Untukmu Dilliea, resepi Cheese Cake.

Bahan-bahannyer:
250g cream cheese (aku beli kat Giant)
200cc plain yoghurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung rose atau tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-caranyer:
1. Panaskan ketuhar 170 darjah
2. Campak sumer bahan, blend sampai jadik cream.
3. Masuk dalam loyang kemudian bakar 40-45 minit (budget time gak la)
4. Bila dah sejuk, kuarkan dan sejukkan jap, simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya baru makan, baru la rasa sedap!

Hah! Simple kan? Sure jadik la, kalo tak jadik gak ntah la! Hehehehe...Selamat Mencuba!

p/s : kawan aku nama Fazi pun teringin nak wat kek! Ha, apa lagi wat la!