Saturday, July 08, 2006

hari ini dalam sejarah

Semuanya bermula minggu lalu, saat mak mendapat panggilan dari seorang Pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung tawaran Pingat Bakti Setia (PBS) kepadanya sempena Hari Keputeraan TYT Pulau Pinang. Mulanya mak enggan menerima pingat ni tapi setelah aku pujuk, akhirnya mak bersetuju. Aku gambarkan pada mak, bukan senang untuk menerima anugerah sebegini. Lagipun mak dah berpuluh tahun dalam jabatan awam, mungkin inilah penghargaan yang boleh diterima. Sejak akhir-akhir ini mak bagai dihargai jasanya, bermula dengan penghargaan Cemerlang untuk kali kedua, disusuli dengan kenaikan pangkat dan yang terkini tawaran pingat TYT.

Sayangnya, aku tak dapat bersama-sama ngan mak menyaksikan hari yang penuh bersejarah ini coz sebaik saja menghantar mak ke Dewan Sri Pinang aku trus balik ke rumah, siap hantar Fahmi (adik aku) ke Gelugor plak coz hari ini adalah hari pendaftaran UiTM. Aku kembali ke Dewan Sri tapi tak dapat masuk so aku tunggu sampai mak habis acara dan sesi fotografi, sedih sangat orang yang ambik gambar ngan suami/isteri memasing tapi mak aku sesorang jer coz ba pun tak bleh teman coz tak sempat nak tempah baju melayu warna hitam!

Walau apa pun aku bangga dengan mak aku, diakui mak jenis yang suka berkerja, kekadang tu aku sendiri naik letih tengok mak kerja. Kadangkala kerja dah beres pun mak masih ada benda yang dia nak buat. Tak sabar nak melihat hasil foto yang diambil oleh Photographer tadik, katanya siap minggu depan. Balik KL karang aku sendiri nak gi ambik kat Gelugor.
Aku letih sangat hari ini, esok nak ke Perak antar barang Fahmi plak!

Friday, July 07, 2006

COLOURS & FLAVOURS OF PENANG IN KUALA LUMPUR

The Penang Food & Cultural Promotion organised in collaboration with Penang Tourism Action Council will be held from July 12-23 at Zende Restaurant at Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur (formerly known as Pan Pac KL).

Two guest chefs from Penang will be preparing their favourite Mamak and Nyonya dishes as part of the Citarasa Food Fest this month featuring dishes from across Malaysia.

The promotion includes daily cultural shows during lunch and dinner.
The buffet lunch is priced at RM55++ per person and RM58++ for the buffet dinner. For reservations and enquiries, please call 03-40494351.

Aku ngan troupe Artis Budaya akan berkampung di KL mulai 11 Julai ni. InsyaAllah aku akan hosting the show di sebelah malam, Syafiq akan hosting the show di sebelah tengahari. Sebelum ini aku dah penah melalui promo cam ni tahun 2002-2004 tapi tahun ni rasa cam gigil skit mungkin di sebabkan project produksi pertama aku ngan Aisye, apapun aku wish yang terbaik. Kalo korang yang stay area KL, datang la meriahkan Food & Cultural Promo ni, kalo buffet kat Pan Pac, memang sedap, aku bleh jamin sodap! Hehehe (mcm bunyi promosi jerk!) Lagipun tak rugi coz dapat gak korang dekatkan diri dengan budaya Pulau Pinang! Kitaoarang akan persembahkan tarian-tarian masyarakat awal Pulau Pinang melalui pengaruh masyarakat Baba Nyonya, Mamak, Parsi, Arab dan juga Boria dalam 4 Bahasa! Haaa, jangan memain! Show ni akan running 30-40 minit, dua kali sehari. Datanglah kalau sudi!