Tuesday, April 11, 2006

sedetik nafas

SELAMAT HARI LAHIR untuk diriku sendiri. 8 April tiap tahun pasti aku nantikan, bezanya tahun ini aku tidak di tanah kelahiran tapi jauh di Genting Highlands, keindahan yang menguntumkan bunga di hati kecilku ini. Di sini aku tidak mengenali sesiapa, cukup aku saja dan pastinya bertemankan si dia.

Kol 8pm Liza ngan Eton datang ambik aku kat umah, aku blanja dorang dinner kat area Penang Bridge, aku memang suka sangat ikan pari bakar kat kedai tu, sedap siot! Dorang surprise kan aku ngan kek besday, ishk malu aarr bebudak kecik kat situ tengok je kitaorang. Hmm so sweet ada kawan cam gini!

Aku bertolak dari Penang kol 11 malam dan tiba di Genting kol 6 pagi. Malam tu, tepat jam 12 tengah malam, Aisye bisikkan lagu Happy Birthday (takut terjaga penumpang lain), hmm dia juga bawak sepotong kek siap ada lilin lagik. Terasa bagai dihargai sangat. SMS dari Eton, Liza, Acan, Iz, Iwan, Akak Bunny, Razak, Abang Bam, Angah, Uncle Zul, Sal, Akak Shakilla. Ayu, Sham, Milan, Abang Ak, Marini, Ash, Cikgu Kimin, Mathan, Abang Mok masuk bertali arus tanpa henti. Acan ngan Akak Lilsy plak memenuhkan Friendster aku. Semuanya buatkan aku tersenyum, terima kasih kerana menyedarkan aku tentang erti persahabatan.

Sebuah buku setebal Al-Quran tentang Sejarah Para Nabi benar-benar membuatkan aku tersentuh, InsyaAllah akan aku kongsi di sini untuk tatapan semua. Hadiah ini terlalu istimewa bagiku. Yang lainnya, aku dapat banyak koleksi 'katak' maka bertambah banyak la katak dalam almari aku tu. Tapi yang paling sweeeeettttt, aku beli hp baru, Sony Ericson W800i sama gak ngan Aisye, kitaorang beli kat Prangin Mall. Tapikan sampai skarang aku tak pakai lagi coz sayang sangat kat Nokia aku tu!

USIA. Mungkin skadar angka yang tak membawa makna apa apa pada sesetengah manusia tapi bagi aku ianya terlalu istimewa, dengan usia ini aku menyedarkan diri aku tentang harga sebuah masa, yang telah aku tinggalkan, yang sedang aku lalui dan yang bakal aku tempuhi. Masih aku ingatkan diri aku sendiri - setiap detik aku bernafas semakin dekat aku padaNya - Maha Pencipta.

Friday, April 07, 2006

BULAN takkan tumbuh di taman ....

ungkapan itu sudah cukup membuktikan angan-angan aku yang terlalu besar namun dalam pada itu aku sedari, sejauh mana pun impian, bulan takkan tumbuh di taman. sebenarnya aku tahu akan hakikat itu namun aku jua manusia biasa yang sering menyimpan harapan dan impian. sampai hari ini aku puas dengan apa yang aku ada hasil apa yang aku usaha tapi aku yakin aku mampu memperolehi segala apa yang aku inginkan jika aku punya lebih usaha, dengan izin Allah.

mungkin aku bukan anak orang berada yang mampu dapatkan apa saja dengan sekelip mata namun aku bersyukur dengan kehidupan yang sederhana ini aku juga mampu perolehi segala apa yang aku angankan cuba dibezakan dengan masa dan ketika sahaja.

aku dah lalui betapa peritnya hidup dan aku masih melaluinya sampai kini, kadangkala aku mengeluh kepahitan dan ada kalanya aku puas tersenyum kegembiraan, dah jadi adat kehidupan, manis dan pahit ada seiringan. nafasku, hidupku berteman keluarga dan kawan-kawan. namun yang paling istimewa saat ini adalah si dia yang tak henti memberi dorongan.

esok adalah hari baru untuk aku. untuk yang ke sekian kalinya. saat ini aku terasa bagai mahu jauh dari semua yang ada di keliling aku, seperti kelazimannya. aku mahu bersendiri dengan Dia yang menciptakan aku.

Monday, April 03, 2006

bersamamu .....

Tahun lalu semasa berkunjung ke Kota Medan Indonesia, aku berpeluang menyaksikan sebuah program yang terlalu menyentuh hati di kaca tv. Sebuah program menceritakan tentang kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Air mata ini tanpa rasa malu mahupun segan membasahi pipi. Terlalu perit rasanya bila aku cuba menyelemani kesusahan kehidupan warga Indonesia itu, terselit pertanyaan di hati adakah warga Malaysia punya kehidupan seperit itu. Kembali ke Malaysia, hanya selang beberapa purnama aku dapat menyaksikan kini di kaca tv negaraku sendiri - BERSAMAMU di TV3.

Namun atas alasan kesibukan bekerja aku jarang dapat menyaksikan program ini. Tapi sebentar tadi (sebenarnya aku tidak habiskan masa tontonan aku) dapat aku saksikan sebuah lagi kisah keperitan hidup manusia, kali ini bukan lagi di negara asing tapi di tanahair aku sendiri. Seringkali aku rasa terperangkap dengan kehidupan yang kadangkala menyusahkan, penuh keperitan namun nyatanya, realitinya ada yang lebih susah dari aku, itu sudah pasti! Dan ketika itu juga aku bagaikan mahu punya kuasa mengumpulkan segera manusia-manusia yang kaya raya di bumi Malaysia ini agar mampu menyumbangkan sedikit dana lalu kita kumpul dan pertimbangkan jalan sebaiknya untuk membantu mereka ini - insan yang memerlukan. Mereka berusaha namun belum mampu mengubah nasih mereka sendiri. Entah apa yang mampu aku lakukan, sekadar merenung nasib mereka yang penuh kepahitan. Bagaimana nasib mereka selepas ini hanya Allah yang tahu.

Tuhan jadikan kita penuh dengan cerita. Aku lihat diriku sendiri, terlalu banyak kurniaanNya namun ada saja yang aku rasa belum mencukupi dan tidak kena padahal aku telah jauh meninggalkan mereka yang daif kehidupannya. Saat ini terasa insaf benar di dalam hati dan aku mohon biarlah keinsafan ini terus bersarang di hati.

p/s : aku terfikir....bagaimana mampu aku lakukan untuk menyumbangkan sesuatu buat membantu mereka yang dalam kesusahan?