Tuesday, February 28, 2006

hanya aku yang tahu .....

biar apa juga yang kita lakukan dalam hidup kita, akhirnya kita kembali pada diri sendiri. biar di mana sudut sekalipun, hanya kita yang memahami dan menerima segala yang ada dalam diri kita sendiri. itu yang aku alami saat ini. jauh aku berfikir meneliti setiap kejadian yang melalui hidup aku seharian. kadangkala aku merasa terlalu bosan dengan semuanya : seolah tiada apa lagi yang dapat aku miliki jika ianya hanya menyakiti hati insan lain.

ini diri aku, seorang insan yang terlalu menyayangi, terlalu menghargai, terlalu mengasihi. aku bangga dengan apa yang aku ada ini : anugerah Allah yang terlalu bahagia aku rasakan. namun bukan mudah untuk aku miliki segala ini.

mengapa semua sifat ini perlu ada pada aku jika tidak dihargai sebaiknya? hanya aku yang tahu.

Friday, February 24, 2006

aduh, sakitnya bersalin.....

Hmm, ari ni aku nak citer pasal proses kelahiran hehehe, macam la aku penah melahirkan! Actually gini ceritanya, aku ada la sorang kawan pompuan ni yang mulut cam bertih jagung, cakap tak penah nak 'undercover' sampaikan kekadang tu aku jadi segan gak nak bual ngan dia apatah lagi pasal perkara sensitif ni. Nak dijadikan citer arini aku FREE, dia tepon ada kawan kitaorang dah selamat bersalin anak pompuan jam 3.30 pagi semalam so kitaorang pun pegi la beli hamper pastu gi visit kat spital bersalin.

Tak lama sangat lepak sana coz aku tergedik nak balik, aku segan la semua pompuan je yang ramai (yer la kan dah spital bersalin). Dalam keta banyak plak dia ngomel pasal keperitan bersalin, cam ner aku kena hargai isteri aku (bila?), tapi aku tak tahan la bila part dia citer beberapa jam sakit nak bersalin, cam ner baby tu kuar, cam ner dia rasa ishhkk memacam lagi, aku yang laki ni terasa 'sakit' sangat kat bahagian bawah perut aku cam aku plak nak bersalin, tetiba aku jadi pening! Hehehe bleh korang bayangkan? Dia citer details sangat, ada part cam nak ketawa pun ada bila dia citer pengalaman kat spital ngan ibu-ibu mengandung, ada gak citer insaf hmmm memacam la!

Kesimpulannya, hargailah ibu korang! Walaupun aku tak pernah bersalin tapi aku dapat rasa betapa peritnya kesakitan nak bersalin. Tiba-tiba teringat mak yang dah nak pencen bulan Oktober karang. Hmmm dah 56 tahun mak aku!

Tuesday, February 21, 2006

takkan ada cinta yang lain .....

Haruskah kuulangi lagi
Kata cintaku padamu
Yakinkan dirimu
Masihkah terlintas didada
Keraguanmu itu

Susahkan hatimu

Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan... Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita
Tak mungkin terlupa

Buang semua angan mulukmu itu
Percaya takdir kita
Aku cinta padamu

Akankah nanti
Terulang lagi
Jalinan cinta semu
Dengar bisikku

Bukalah mata hatimu...

Jumaat lalu buat kali pertama aku dengar lagu Takkan Ada Cinta Yang Lain nyanyian Siti Nurhaliza oleh Dhani Ahmad, tersentuh sangat hati aku tambahan plak lagu ni ditujukan oleh Aisye untuk aku. Sepanjang minggu lepas hubungan kitaorang tak begitu baik sangat. Semuanya berpunca tentang perasaan dan sikap yang tak seiringan. Semuanya terlalu merungsingkan hati sampaikan akhir minggu lalu kitaorang duduk berbincang itupun pas Ma Aisye masuk campur. Aku akui keegoan aku dan dia juga akur tentang sikapnya. Harapnya minggu yang mendatang tak akan ada lagi perkara seumpama ni. Aku letih.....

Friday, February 17, 2006

bila bersatunya MASA & DOA .....

hujan mencurah tanpa henti bagai mengerti apa yang aku rasai saat ini. hidup penuh dengan kekecewaan sehinggakan aku jadi makin bosan tapi teringat kata seorang teman, mereka yang bahagia itu senantiasa didatangi rasa kecewa di awalnya, lalu aku tersenyum..biar terlalu pahit aku rasakan di hati aku sendiri. mungkin sudah lumrah kehidupan, tak selalunya kita miliki apa yang kita impikan namun bagi aku yang sudah terlalu banyak melalui rintangan, semua ini terlalu membosankan. aku tidak mampu mengejar harta dunia ini, yang aku harapkan adalah sebuah pengertian yang jujur dari dalam hati. hanya ini aku mahukan untuk menemani sisa masa usia aku. aku punya segala kesederhanaan namun untuk miliki hati seorang insan yang memahami kemahuan hati aku terlalu perit untuk aku rasakan. yang sering terpancar, yang sering dilihat adalah keegoan aku tapi tidak mampukah menatap hati aku yang jauh dalam terluka ini hanya kerana menuruti rentak insan yang aku sayangi? inilah kehidupan sebenarnya, kita dilahirkan untuk kebahagiaan insan yang kita sayang, kerananya kita perlu berkorban, segala perasaan. aku sering terbayang cerita zaman lampau aku yang banyak bersendiri selepas si 'dia' pergi jauh dari dalam hidup aku dulu. bertahun lamanya dia kini kembali, mengharap kasih yang lama dulu sayangnya aku tidak mampu lagi untuk wujudkan diri aku sepertimana dulu. segala apa yang aku korbankan dulu dah hilang, tak akan aku korbankan lagi untuk kali ini. bila berbicara soal perasaan, ianya terlalu subjektif untuk didebatkan kerana kita dilahirkan sebagai insan yang berbeza sifat dalaman. ada juga perasaan kasihan di hati tapi tak mungkin adil untuk menuruti perasaan itu untuk dia kerana aku sudah punya yang lebih istimewa saat ini. dan aku harapkan yang istimewa ini dapat membaca apa sebenarnya yang aku mahukan jauh di sudut hati ini. dengan izin Allah.

bila hati ini terluka, ubatnya hanya masa & doa. aku renung seketika kata-kata ini, jauh diam di dalam hati. benar, hanya masa dan doa. perlahan-lahan aku renung bumi yang aku pijak, terasa kerdil menumpang di bumi Pencipta.

p/s : kata ma, banyakkanlah bersabar.

Wednesday, February 15, 2006

the month of LOVE

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini, selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

kelmarin, pastinya ramai yang meraikan Valentine's Day kan? Aku? Hmm no Valentine hehehe tak berpeluang kerana dia jauh di sana, jauh dari mata tapi tidak di jiwa. Tapi bagi aku tiap hari dah Valentine pun bila dia ada di sini cuma hari istimewa tu macam bermakna la sket! Hmm tak Valentine pun kitaorang 'in love' gaks! Hehehe...

Tiap hari yang berlalu terlalu banyak dugaan dalam hubungan sampaikan kekadang aku jadi bosan tahap dewa dah! Banyak sangat yang tak kena, itu dan ini. Aku sabar jer coz this is my love dan aku nak jaga sebaik mungkin, tu jer! Kalau ditakdirkan tak ke mana hubungan ni aku terima jer, dengarnya mungkin senang tapi apa lagi yang mampu aku lakukan?

Buat semua yang meraikan Valentine (secara positif pastinya), hargailah si dia yang bersama korang skarang ni!

p/s: awak, lihatlah saya di sini, biar hanya sebelah mata.

Sunday, February 12, 2006

SELALUNYA

Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.

Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita terkeliru.

Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita terkilan.

Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan.