Wednesday, August 31, 2005

MY ALL



Sayang, semalam awak dah berjanji sesuatu pada saya tapi saya minta awak tarik balik janji awak tu sebabnya saya tak nak rasa kecewa dengan janji awak satu ketika nanti. Hidup kita telah dirantai takdir - setiap pertemuan itu ada perpisahan.

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

(I'd) give my all for your love tonight!

LELAKI TERINDAH

Tuesday, August 30, 2005

menanti sebuah jawaban



aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

reff: sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan 'tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban 'tuk memilikimu

betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

repeat reff

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu

p/s : aku akan terus menantikan sebuah jawapan pada persoalan ini

Monday, August 29, 2005

belia benci DADAH



Belia benci dadah ... penah dengar ke slogan tu? Hmm peminat Mawi sure tahu tapi aku tak minat Mawi sangat tapi suka dengan sikap kesederhanaan yang ada pada dia, moganya dia dapat jadi Artis Contoh especially untuk remaja Malaysia.

Bukan nak cakap pasal Mawi tapi aku nak citer pengalaman aku MC kan function Kempen Kesedaran AntiDadah Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang di City Bayview Hotel, Penang jap tadi. Aku dapat progam untuk hosting petang tadi dah tu senarai VIP tak confirm sampai la kira-kira 5 minit nak mulakan acara, slalunya aku akan handle acara start jam 7 malam untuk dinner tapi tadi jam 9.15 malam baru mula (dan aku dah agak dari mula lagi dah sure jam 12 baru nak abis). Alhamdulillah function semua berjalan lancar tapi yang aku kureng selesa ialah function ni melibatkan menteri persekutuan dan kerajaan negeri yang melibatkan protokol, alahai .... boring sangat. Tu pic aku pakai baju batik yang telah 'menarik' usia aku ke peringkat matang yang terlampau, dancers kat backstage pun cakap aku nampak tua. Nak buat cam ner, dah jalankan tugasan tapi aku paling suka function ni coz tak banyak yang aku MC, sikit sangat tapi bayaran Alhamdulillah. Mungkin dah namanya rezeki kot, kekadang sesetengah function tu bercakap sampai mulut letih tapi bayaran sedih sangat. TAPI yang paling paling paling best, aku dapat offer untuk jadi MC bergerak coz program ni akan tour Malaysia, hmmmm TAPI aku tak dapat kasi jawapan coz nak kena check jadual keja gak, sedey sangat...bila la dapat tour Malaysia dengan cara FREE ek? Hmm...ntahlah!

Dalam diri aku sekarang ni tengah berbelah bagi antara nak berhenti dari keja ni kemudian nak sambung study atau terus keja. Dalam diri ni nak sangat sambung study tapi kalau dah resign karang sapa plak nak uruskan perbelanjaan aku ngan family. Kekadang tengok orang lain, senang je idup dorang, maklumlah anak orang kaya tapi aku ni susah giler sampai sakit otak berfikir cam ner nak carik duit nak study ngan aman selesa. Bila nak tido aku selalui sangat berangan dapat duit dari langit la, terjumpa duit riban-riban la, hishhh memacam lagik. Aku harap aku dapat buat keputusan secepat mungkin dan yang pasti keputusan tu harus satu. Aku perlu pegang pada satu keputusan dan tawakal je la. Ishkkk pening pening! Nak tido dulu la.

p/s: study...keja...study...keja...study...keja...

Sunday, August 28, 2005

cinta ... penuh air mata

perlukah cinta dipertanyakan ketika ia hadir di hadapanmu?
masihkah kau berusaha mengingkari?
tak bisakah hanya diam dan merasakan...
kerana bukankah cinta bicara dengan sejuta makna meski tanpa kata-kata?

Bilamana berbicara soal cinta, ianya tak mungkin ada jalan penamatnya. Saat ini cinta terlalu besar maknanya dalam hidup aku, tiada waktu yang tertinggal lagi, semuanya terisi dengan kasih dan juga sayang namun setiap ruang yang wujud di antara waktu itu aku isi dengan angan-angan. Entah bila sampainya cinta ini entah bila tempoh akhirnya di dalam jiwa insan seperti aku ini.

ku tulis namamu di atas pasir tapi gelombang menghapusnya,
lalu ku tulis di langit angkasa tapi angin meniupnya pergi,
sehingga ku tulis di dalam hatiku dan di sanalah namamu....bertakhta selamanya.

ANDREI AKSANA ..... CINTA PENUH AIR MATA

Saturday, August 27, 2005

MERDEKA



MERDEKA .... meriah giler sambutan Konvoi Merdeka Malaysia, sebanyak 148 motorsikal berkuasa besar (dari luar Penang) dan 50 (dari dalam Penang), deruan enjin jer bleh bikin hati kacau hehehe (aku suka motor besar ni, teringat lak Jaguh yang aku jual dulu tu).

Apapun yang paling penting, persembahan malam tu dapat pujian, itu yang paling penting coz itulah prestasi keja aku, Alhamdulillah. Next project untuk Tourism Penang ada 3 (InsyaAllah dalam genggaman andai itu yang dikhabarkan pada aku di akhir persembahan hari tu).

Actually malam tu ada gak problem ngan artis (Aliya dan The Muffins) yang tak nak membawakan lagu patriotik dengan alasan last minute dan tak hafal lirik tapi sejujurnya aku sedih la, dorang ni dah ditawarkan kontrak ikut konvoi seluruh Malaysia dengan tema MERDEKA so sepatutnya dari awal dorang lebih prihatin dengan konsep persembahan, kalau setakat nak nyanyi lagu pop kemudian pegang bendera Malaysia sambil lambai-lambai hmmm tak yah la, aku rasa perkara ni akan jadi pengajaran kepada penganjur (Tourism Penang) dalam pemilihan artis dan aku rasa artis ni dah buat kesilapan besar untuk tidak membawakan lagu patriotik yang di minta (Keranamu Malaysia & Jalur Gemilang) coz mayb untuk next project dorang tak akan terlibat lagi dah...sekian.

Sepatutnya malam ni aku ada show kat Shangri-La tapi semalam organiser call dah cancel coz Managing Director kilang tersebut kemalangan so ari ni aku rehat kat umah je la (lega sesangat) tapi lewat petang ni nak kuar coz Bob nak belanja makan seafood...hmm macam sedap jer!

p/s : semakin aku sibuk semakin aku sedar yang aku kesuntukan waktu.

Wednesday, August 24, 2005

carnival oh carnival



carnival month ... itu je la nama yang bleh aku kasi bagi melambangkan bulan Ogos kali ini, jadual penuh hampir setiap hari sampaikan aku rasa dah btol-btol nak lari jejauh (terengganu ke cameron ke johor ke...3 lokasi dalam pilihan)

Sabtu Ahad hari itu aku 'berkampung' di PISA untuk Karnival TV3, kali pertama aku gi sana itupun coz kena handle show untuk NONA, Wanita Hari Ini dan Harian Metro, kalau tak kerana kerja jangan harap aku nak gi sana, rimas sangat orang punya ramai (mostly nak tengok personaliti Tv3 ngan artis) Sepanjang dua hari kat sana, kulit terbakar macam giler, aku tak sedar tapi bila dah semua asyik menegur baru la aku perasan, hmm semakin hitam la aku yang dah hitam ni tapi mak kata yang hitam tu la yang manis hmmm .... yer ke?

Isnin, awal pagi dah terpacak kat Sheraton Hotel untuk sambutan kebudayaan untuk MB Selangor sempena Promosi Makanan Selangor di Penang, punya la banyak makanan sampai aku nak termuntah tengok, last last aku makan Sate Kajang je, hmm first time dalam idup aku makan Sate Kajang, sebagai peminat sate aku kasi 3 bintang la untuk Sate Kajang ni, aku sempat gi dapur hotel lagik jenguk abang abang sate bakar sate, meyelerakan!

Selasa, meeting kat Tourism Penang ngan semua jawatankuasa penganjur (seram aku tengok polis polis berpangkat yang datang meeting ni, muka bengis giler) Konvoi Merdeka 25 ni. Sebanyak 148 motorsikal berkuasa besar (alangkah indah kalau aku ada sebijik motor ni), 50 motorsikal tempatan dakan terlibat dalam acara ini. Kitaorang akan buat persembahan boria (identiti Penang) dalam 4 bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan India, selanjutnya persembahan kebudayaan multi-racial, persembahan tema Puteri Gunung Ledang dan juga back-up dancer untuk Aliya (siapa ni?) dan The Muffins (ini aku kenal la).

Jap lagi aku briefing untuk MC dan Artis katanya jam 5 petang, aku nak kena rush gi banyak tempat ni, adusss macam tak cukup masa jer jadinya. Nulis kat blog ni pun rasa cam tak cukup syarat je.
Karang je la aku sambung!

Thursday, August 18, 2005

maafkan aku ....

Kita selalu bersembunyi
Dari wajah kita sendiri
Kita membutuhkan topeng
Karena dunia hanya memenangkan dusta

Mukasurat 147 dari novel CINTA 24 JAM, aku baru aja selesai membaca novel indah karya Andrei Aksana ini, dalam waktu menghayati novel ini aku rancak sms dengan seseorang yang aku kenali dari blog ini, dia datang penuh harapan dan dia pergi dengan penyesalan : hanya kerana aku yang bertopengkan kepura-puraan. Aku mengakui mungkin ini salah aku dan aku seakan tercabar dengan karya Andrei Aksana ini yang bercerita tentang anak seni, watak yang kebanyakannya menyindir kepada diri aku sendiri, mungkin agak jauh beza tapi hampir sama dengan aku dan juga anak seni yang lain : yang hidup bergelumang cahaya glamour dan penuh ego (hanya yang memahami akan mengakui)

Malam ini, sebentar tadi aku dengar tangisan dia langsung aku jadi sendu, seorang insan yang mengalirkan air mata kerana aku, siapa aku yang telah membuatkan insan itu sedih? Hati ini terus kesal, sesal dan merasakan sesungguhnya aku bingung dengan apa yang berlaku. Satu waktu dulu di kala dia hadir, aku terlalu gembira, melayaninya seolah tiada hari esok untuk kami bersua namun dari hari ke hari aku mula mengenali siapa dia, biar hanya dari blog yang aku jumpa secara tidak sengaja, semuanya mengubah keadaan. Jujurnya aku mula membenci manusia itu, mungkin kerana baru aku sedari antara aku dan dia terlalu banyak jurangnya tapi aku lupa semakin lama aku membenci, semakin sayang aku padanya.

Dalam diam aku terus berusaha mengenalinya sehingga bilamana aku mengetahui yang si dia sedang bahagia dengan pilihannya selepas aku. Akur - aku menundukkan kepala tapi masih bingung samada setuju atau tidak. Saat ini, aku merestui hubungan mereka kerana aku tahu semuanya berpunca dari aku. Tapi aku tak pernah mahu menyalahkan diri kerana cinta telah banyak menipu diri aku jadinya aku terlalu bimbang untuk menyintai dan dicintai lagi. Cukup sampai sini. SMS akhir yang aku terima benar-benar menyentuh hati (I really miss U, my tear dropped now, I like Ur attitude, so happy to know U) - apakah aku telah memainkan sebuah perasaan tanpa aku sedari? Hanya aku yang tahu apa yang sedang berlaku.

Biarlah aku di sini, cukup sekadar melihat sebuah kebahagiaan. Tentang diri aku, hanya aku yang tahu apa yang aku inginkan dalam kehidupan.

bukankah malam tak gemerlap tanpa bintang
bukankah pagi tak benderang tanpa mentari
seperti aku takut mencintaimu
karena takut kehilanganmu

CINTA 24 JAM

Tuesday, August 16, 2005

dari JIWA

OPIS. Aku jenguk MY DOCUMENT kat pc, terjumpa file ni, macam best je aku baca lagi dan lagi, aku suka baca menda cam ni, ntah bila la aku copy dari ne...dari web mana ntah. Aku baca banyak kali dan lagi dan lagi. Hmm ini rahsia kehidupan kita sebenarnya, tentang hati tentang jiwa. Bacalah...hayatilah...hormatilah diri sendiri dan insan-insan di sekeliling kita.

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! . Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' a! pabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya ke rana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan:hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.

Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jan! gan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi.
Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia ! layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel

Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri...sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah...Allah maha pengasih maha penyayang dan Allah maha adil...setiap ape yg kita lakukan pasti ada balasan dariNya...BERINGATLAH...

p/s : aku baca sekali lagi catatan ni, andaikata semua pasangan/manusia menyedari hakikat ini, aku rasa dunia ni penuh ngan manusia yang memahami dan menghormati sesama lain especially bila melibatkan perasaan. AISYE...untuk kita.

Monday, August 15, 2005

C I N T A 2 4 J A M

DI mejaku kini, sebuah novel terbaru karya Andrei Aksana - Cinta 24 Jam. Rabu lalu Arie ada khabarkan aku tentang novel ini, ingin sekali aku milikinya tapi aku kat Penang, mana nak gi cari? Takkan hanya kerana novel ini aku nak ke Indo....

Skarang novel ni depan mata, is this wat we called wish come true? Thanks ya untuk dia yang memberi, hmm tak sabar nak mula membaca malam karang. Aku surf net, dapatkan sedikit sebanyak info tentang novel ni.

Kau ucapkan cinta ketika mendaki tubuhku.
Ketika Malam berakhir, cinta pun lari.
Inikah cinta 24 jam…
Biarkan aku merantai malam
Agar selamanya bintang memijarkan perasaa
Biarkan aku menyekap pagi
Agar tak pernah mentari mengusir mimpi
Dan kau menjadi milikku
Hanya untukku
Sepanjang hidupku
Sulitkah itu?

Andrei Aksana kembali menghadirkan novel terbaru berjudul Cinta 24 Jam. Ber-setting waktu hanya selama 24 jam. Berkisah tentang aktris terkenal yang menemukan cinta pada lelaki yang baru dikenalnya. Asmara bergulir selama 24 jam. Dalam novel ini Andrei juga menyelipkan sejumlah puisinya. Sama seperti yang dilakukannya dalam Lelaki Terindah.Ceritanya romantis, tapi jujur. Bisa buat introspeksi yang bagus untuk para pekerja seni - Irgi Fahrezi

Andrei paling tahu dan paling jago mengaduk perasaan orang dengan kalimat-kalimat puitis yang simpel tapi nggak cengeng. Bikin penasaran karena ceritanya nggak pasaran, jadi nggak pengin berhenti ngebacanya - Krisna Mukti

Beda tapi realistis. Ada yang bisa kita pelajari in a diferent way. Penyelipan puisi-puisinya indah sekali - Wulan Guritno

p/s : tak sabar nak membacanya nih!

POYO



POYO .. itu je yang paling sesuai aku cakap kat Syafiq, hehehe actually dia baru je bali kamera digital Konica Minolta (Meer, digital kamera dah murah giler skarang ni, cepat dapatkan yang paling hangat di pasaran hehehe). Punya la banyak Syafiq rakamkan photo, tu masa kitaorang nak gi show kat EQ hotel untuk function USM ari Jumaat lepas. Aku hepi gak ada kawan suka ambik photo ni, bleh gak borak pasal teknik teknik photo ni, bleh wak pepandai coz dah memang tak pandai hehehe....Meer, biler nak ngajar ambik photo ni?

Sabtu Ahad aku 'pengsan' coz letih seminggu sampai la semalam aku ngan Bob gi jenguk sesi latihan bebudak kolej kat seberang (aku lupa plak nama kolej apa ntah) kitaorang gi sana skadar untuk polish up step dorang je pastu cikgu dorang belanja makan hmm aku makan sate (tapi tak sedap lah!)

Isnin - tadi wat presentation untuk show Tourism, alhamdulillah dah agaknya rezeki aku kot hmm next show bulan ni bleh tahan gak, mostly grand show, yang paling dekat ialah Sabtu dan Ahad ni kat Karnival TV3. Bertempat di PISA, Penang 20hb Ogos jam 12 tghari dan 21hb Ogos jam 10 pagi dan 12 tghari kitaorang wat show kat booth NONA dan WANITA HARI INI. Korang datang la karang meriahkan suasana ek!

25hb Ogos meriah gak rasanya coz launching besar-besaran UPPER PENANG ROAD, aku baru dapat confirmation show tu tadik pagi, Mr Manjit call cakap nak show yang lain dari yang lain hehehe show bogel bleh ke? Mati la aku kena buang kang! Hmm so aku call member kat Sarawak tadik suruh dia antar muzik tarian terkini yang ada gabungan tradisional dan modern touch, mamat ni memang banyak koleksi. Pastu aku dapat listing lagu untuk backup dancer untuk singer Aliya (sapa ni?) ngan The Muffin (kenal gak la).

Lapor la pulak...nak gi lunch dulu!

Friday, August 12, 2005

dan tirai seminggu berlabuh di sini

Jumaat, genap sudah 5 hari kerja bagai 'gila', dalam kesibukan tu aku terasa cepat benar masa berlalu (terasa dekat aku kepadaNya), mak bising tengok aku tak cukup tido, mata dah bengkak, hmm tak per la mak oooiii, anakmu ini tak ensem pun, kalau mata tak bengkak pun tak der orang nak! Hehehe...tiap pagi mak buatkan aku kopi gano, pas wat kuih kitaorang terus sarapan sambil borak-borak, kopi gano memang tak lepas, dah sminggu aku jadi gini dan aku tau masuk bulan Oktober karang tak der masa lagi dah nak rehat rehat pastinya, mcm tu la jadual keja tiap tahun, actually September pun busy tapi aku dah tolak banyak event ke kawan aku, hehehe biar dia plak bz! Aku sambung Oktober karang. Tapi ada trip dengarnya September nanti ke Damai Laut Resort, ada show 2 hari. Aku nak pegi nak sangat pegi bercuti sambil keja ke sana coz dah lama tingin sangat nak ke sana, hmm nak kena pujuk member aku yang handle pojek ni! Spatutnya aku ke Cameron Highlands coz nak serahkan sendiri quoatation(sambil menyusun strategi dapatkan pojek kat sana) minggu depan tapi Cik Rozaini dari TV3 minta penajaan persembahan plak untuk Karnival Sure Heboh (untuk booth NONA dan WANITA HARI INI so production setuju nak taja persembahan Inang Cina mewakili masyarakat Nyonya Penang, tarikh plak 20 & 21 Ogos, alahai tangguh lagi nak ke Cameron Highlands.

Malam ni ada show untuk USM tapi aku dah cakap ngan Bob aku tak pegi @ pegi lewat coz nak rehat lebih skit, Bob baru je balik dari Padang Indo so biar la dia plak wat keja, aku dah letih hehehe...aku nak gi ambik Aisye lagik kat jeti karang, dia balik minggu ni, mungkin pastu trus ke hotel EQ jenguk show!

Wokay, selamat berhujung minggu!

Thursday, August 11, 2005

inikah harga sebuah cinta ?

"Awak, saya baru pas ambik dan antar budak Sarawak yang saya kata dulu pada awak. Dia ngan family, ambik kat airport, sewakan hotel dan penuhi apa saja keperluan dia. Sian saya pada dia plak."

"Dia konvo hari Jumaat, terdetik hati saya nak bergambar ngan dia tapi tak mungkin dapat. Banyak lagi orang yang lebih dia sayang. Saya simpan je hasrat saya tiga tahun lepas."

"Saya cuma berniat nak bantu dia, dulu saya pernah berkorban perasaan saya untuk melihat dia bahagia. Cukup la dengan dapat memudahkan urusan dia tadi."

"Cuma sebagai manusia biasa yang ada perasaan, saya juga ingin merasai kebahagiaan itu. Tapi saya sedar, bahagia itu bukan milik saya. Saya akur dengan semua ini biarpun terpaksa mengalirkan air mata."

"Saya blajar jangan ada perasaan, Dah lama saya blajar begitu, semua kerana sayang walaupun dia tak menyayangi saya, saya tak ada cara lain untuk melihat dia senang dan bahagia melainkan membantu dia."

"Terdetik hati saya nak merasai saat bahagia dengan orang yang saya sayang tapi saya lupakan kerana saat ini saya hadir hanya untuk memudahkan urusan dia bukan untuk disayanginya."

"Segalanya telah saya korbankan, yang saya minta hanya mahu bergambar sahaja itupun tidak kesampaian."

"Esok saya nak dapatkan perfume kesukaannya coz dia suka bau perfume tu!"

"Awak mesti kata saya bodoh tapi saya terlalu sayangkan dia biarpun saya sedar saya tak akan berjaya memilikinya!"

Demikian SMS yang aku terima dari IZ. Macam mana nak aku mulakan aku pun tak tahu, Iz ni x-student USM, budaknya baik ya amat, pendek kata anak orang berada yang tahu asal usulnya, ha senang citer! Aku pun best jadik kawan dia tapi satu kekurangannya (setiap orang ada kelebihan ngan kekurangan kan?) ialah dia ni terlalu mudah mengalah pada perasaan.

Dulu dia penah citer ngan aku yang dia ni ada lover orang Sarawak, sama sama study kat USM tapi hubungan dorang tak penah nak rasai kebahagian coz hanya dia yang beriya-iya cuba menjadikan hubungan dorang tu colorful sedangkan lover dia tu wat dek jer, Iz ni slalu dimainkan perasaan, di caci itu ini, tak dipedulikan dan memacam lagi, ada satu part tu bila Iz ni sakit sangat-sangat tak bleh drive nak ke klinik so dia minta tolong lover dia ni antarakan tapi lover dia ni wat dek je, yang tahu kikis RM je la, assigntment lover pun Iz tolong settle, hisshh memacam lagi la yang Iz buat sampai maleh aku nak citer kat sini menyakitkan hati jer!

Sampai pada satu episod dorang clash dan Iz menghadapi masalah melupakn lover dia ni! Berita ini aku sambut ngan gembira so aku nekad stay ngan Iz kasi dia semangat dan motivation (amboiiii...kasi motivation kat orang plak, yang aku ni cam ner? Hehehehe) Alhamdulillah Iz bleh terima hakikat, aku slalu cakap kat dia supaya jangan jadi hamba cinta dan jangan bodoh nak ada lover cam tu, tak bleh pakai!

Sampai la smalam aku dapat sms dari Iz...budak Sawarak tu datang balik dan Iz layu balik! Hmmm satu jer sms aku antar kat dia.

"Saya fikir saya telah berjaya dalam usaha saya untuk membawa diri awak keluar dari segala kedukaan namun saya gagal. Iz, awak dah dewasa, fikirlah menggunakan akal fikiran bukan lagi perasaan, Assalammualaikum."

p/s : sedih sangat aku rasa bila perasaan yang menguasai kehidupan, kesakitan itu bertukar menjadi kebahagiaan.

Tuesday, August 09, 2005

bintang, aku kembali....

Bintang, aku kembali di sini, mahu meluah yang terpendam, yang terasa di lubuk dendam. Aku udah mula bosan dengan kehidupan bilamana sesekali diuji kesabaran. Aku sudah puas berfikiran, kenapa manusia lain kurang arif bila memahami hati dan perasaan sedangkan mereka mahu diri mereka dilayan sebaik mungkin, dijaga hati, dibelai jiwa tapi tidakkah mereka sedar yang aku juga seperti mereka mahu juga merasai kebahagiaan itu.

Saat ini aku diam sendiri. Aku mahu merasa kosong, tenang biarpun jiwa terlalu kacau, tak mungkin ada yang memahami atau berpura-pura tidak mahu memahami. Datangkan sesiapa sahaja pada aku untuk aku dengar isi hati luahan rasa, pastinya jiwa ini akur pada suara itu tapi bagaimana dengan aku? Adakah aku perlu bersuara pada dinding?

Setiap detik yang berputar mendekatkan aku dengan usia yang semakin hari bertambah umurnya, aku rasa aku harus lebih matang dengan setiap detik itu, jadinya aku akan lebih peka dengan alam tapi bila aku lihat ke belakang, manusia yang tertinggal itu seolah kembali dan terus kembali ke usia yang entah ke berapa bagai mahu jadi anak kecil yang hanya berfikir dengan diri sendiri.

Bintang, aku terlalu sunyi, saat terlalu letih mengenang nasib diri, esok aku harus melalui kehidupan ini lagi.

LELAKI TERINDAH

Monday, August 08, 2005

sorotan seminggu



tajuk entry aku tu cam tajuk berita plak rasanya tapi itulah yang paling tepat hehehe aku nak citer kat sini tentang beg LV aku yang hilang minggu lepas, jadual keja memang padat sangat, masuk Ogos aku dah memang tau event akan masuk non-stop dan tak diduga, show akan dapat confirmation last minute cam tu gak ngan fucntion lelain (selamat la coz aku cover show jer) Beg LV tu aku sayang sangat tapi yang paling aku sayang ialah kamera digital Minolta (yang iklan SitiNurhaliza tu) ada dalam beg, kamera tu aku dapat PERCUMA masa promotion kamera digital tu baru launch! Diari pun ada gak tapi yang lebih aku sayang dan takbleh cari dah ialah katak hadiah Aisye tu! Aku sayang giler katak tu, aku bawak gi mana pun. (Kat dalam pic tu) Hmm sedey sangat, cd..surat ngan photo Aisye pun dalam tu gak! Hmm aku mula sedar beg aku takder ngan aku bila ari Sabtu lepas Aisye ada beli kamera digital baru kat Gurney Plaza pastu dia suruh aku bawak digital kamera aku skali, baru la aku sedar beg tak der! Aku cari dalam bilik ngan dalam keta, tak jumpa gak! Mayb ada kat studio. Ari Ahad ada latihan so aku gi studio, sib baik dancers cina datang kat aku, 'Zac, ini beg awak, tertinggal sudah lama sini' hehehe cam nak peluk je mamat cina tu! Akhirnya apa yang hilang telah dijumpai, syukur sangat!

Isnin - aku rasa cam letih bukan kerana keja tapi memikirkan function sepanjang minggu ni yang akan aku lalui jap lagi, malam ni aku buat Emcee kat Grand Plaza Parkroyal untuk USM, esok jam 8 pagi aku dah kena standby untuk sambutan VIP (penumpang penerbangan Jatayu Airlines, Adam Air dan Malaysia Airlines yang semuanya dari Medan, Indonesia dengan pesawat jam 8.45am, 9.30am, 1.05pm dan terakhir 3.35pm). Makanya aku akan berada di sana dari pagi hingga petang tapi skip 9.30am dan 1.05pm coz aku terlibat ngan penerbangan terus. Ari Rabu full meeting pagi ngan petang, malam nak gi airport ambik Lynn yang fly dari Sarawak. Khamis show untuk TYT Penang kat Kediaman DO, Jumaat show untuk USM lagik kat EQ hotel. Skian jadual minggu ini. Hehehe, For sure Sabtu Ahad ni aku 'pengsan'. Tapi tak bleh gak Aisye balik sini so kena la luang masa ngan dia coz bukan selalu dia kat Penang. Minta-minta tak der function on Saturday n Sunday.

p/s : penat sangat

Wednesday, August 03, 2005

WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

CUTI...leganya, aku tengok jadual keja sepanjang Ogos kemarin, fuiyooo banyaknya function so cepat-cepat aku apply time off ari ni, saja jer nak cover letih (keja belum tapi dah letih dulu) Actually semalam aku balik pun dah kol brapa dah, pegi wat pemilihan akhir design baju, business card and banner kat Sungai Dua, dari jam 11.30 malam sampai 1 pagi, penat tu! Aku siap menguap berapa kali ntah!

This morning aku kemas bilik, kemarin aku ke Makro beli tikar Bali, satu kecil satu besar, pastu beli carpet untuk sisi katil ngan rak tv, Jumaat ni nak gi ambik tv yang aku antar baiki pastu nak gantikan vcd player aku ngan dvd player, maka siaplah sistem teater bilik aku hehe pasni bertambah banyaklah masa aku dalam bilik aku ni.

Yang nak aku ceritakan ialah semasa sedang mengemas bilik pagi tadi aku terjumpa ngan satu salinan Wasiat Imam Hassan Al-Banna, seingat aku salinan ni aku dapat dari Abang Zaidi (senior staff masa aku keja ngan Bumiputra Commerce Bank Berhad dulu). Korang cuba amati wasiat Assyahid ini.

1.
Apabila saudara mendengar azan, segeralah bangun bersembahyang serta merta walaubagaimana keadaan saudara sekalipun.

2.
Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara baik atau berzikir, janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3.
Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab fusha kerana ia merupakan satu syiar Islam.

4.
Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5.
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.
Saudara jangan bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7.
Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.

8.
Jauhi dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

9.
Bekenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10.
Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk manfaatkan waktu mereka dan jika saudara berterusan maka singkatkanlah masa, perlaksanakannya.

p/s : hmm aku termenung jap. banyaknya perkara yang aku tak buat dalam wasiat ni.

Tuesday, August 02, 2005

FeNiNg



DHL...sejak awal pagi lagi aku dah pening ngan function DHL ni, mulanya Officer dorang cakap kat aku office dorang kat MASKARGO. Dah bebudak dancers terpacak nunggu dari jam 8 sampai jam 9 pagi, tak nampak pun muka Officer tu, bila aku call dia cakap kat DHL Penang Gateway plak yang kat area Batu Maung tu, aku cakap la bebaik yang dorang cakap lain kemarin pastu tetiba Officer tu naik hangin cakap ninggi suara ngan aku! Fuh aku plak ari ni cam 'period' jer, pepagi buta dah kena serapah! Aku hangin la balik, aku cakap 'tolong jaga sket mulut awak tu, kalau U tak puas hati, kitaorang boleh balik skarang gak!' hehehe menjadi gak seranah aku, pastu dia cakap slow balik, ha baru tau...dia ingat dia sorang je bleh hangin.

Ari ni DHL nak sambut Boss dorang dari mana ntah, bila dah patah balik ke DHL Penang Gateway, dancers semua salin baju pastu standby je, sian dorang dari pagi tu. Panas plak cuaca ari ni, nasib korang la hehehe aku dah rasa semua tu, aku stay kat lobby jer, ngantuk plak rasanya hehehe....sempat gak aku bergambar wat kenangan!

Actually ari ni sejak pagi aku not in mood, ntah la pasal. Masa tengah drive abis function tadik aku dapat call dari Kejuruteraan Kimia USM dari Dr Lee, beliau setuju dengan quotation yang aku antar dan suruh standy for the show on 8th Ogos kat Penang Parkroyal untuk function 3rd Workshop on Regional Network Formation for Enhancing Research and Education on Materials Engineering and Green Energy. Aku plak dengan bangganya say OK.

Balik je opis dan bila aku semak organiser aku, MAMPOS! On the day itself dah pun aku confirmkan satu show lain plak kat PISA...alahai mati la aku kali ni! TENSION. Aku pun mula menjalankan kerja menelefon ke sana sini carik stok dancers dan hasil kerja keras, aku dapat dancers luar untuk cover show produksi hehehe lega! Ari ni aku save by the bell tapi kalau bleh tak nak lagi perkara cam ni terjadik! Risiko besar siot! Tadi aku ke studio jenguk training dorang, ok la tu ..... harapnya semua success karang.

Aku ngantuk .....

Monday, August 01, 2005

Thanks SAYANG

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu

Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Sinarnya menyala..
Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Cintamu bertakhta...


Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis


Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Sinarnya menyala..
Lihat..Lihat..
Ke dalam mataku..
Cintamu bertakhta di hati..

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya....
Takkan berubah perasaan ini terhadap mu
Biar digugat..Biar dicabar..Biar dihalang...



Semalam. Aku habiskan masa ngan AISYETERU. Indahnya tak dapat aku gambarkan kat sini, hmm kata kawan aku...'adatlah tu, yang baru semuanya indah'. Tapi aku tak penah junjung ayat tu pun malah tak penah ada dalam kamus idup aku. Yang aku tahu, sewaktu ngan xgirl dulu, tiga tahun ngan dia...tiga tahun itulah cinta aku ngan dia segar senantiasa cuma mungkin tak der jodoh antara kitaorang (dan aku syukur sangat dengan perpisahan tu, betul kata yang tertulis...setiap yang terjadi itu ada hikmahnya, perpisahan itu mengajar aku tentang satu semangat yang paling kuat dalam hidup aku dan perpisahan itu gak yang menyedarkan aku bahawa aku punya teman dan keluarga tercinta) DAN perpisahan itu gak yang mengizinkan aku bertemu dengan dia yang aku sayang skarang ni. Saat ini aku teringatkan x-girl aku gak, InsyaAllah tak lama lagi bakal melahirkan baby pertama setelah hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga. Minggu lalu dia menelefon aku lagi namun sengaja aku meringkaskan perbualan, aku sayang dia..sayang yang teramat sayang (cinta pertama tak mungkin aku lupa) namun aku perlu sedar di mana letaknya diri aku sekarang. Kitaorang terpaksa berpisah lantaran keluarganya yang melihat aku sebagai insan yang tak punya apa-apa. Itu satu ketika dulu..dan hari ini aku bangun dengan 'keegoan' mereka dan Allah itu Maha Adil. Biarlah...aku tak mahu lagi mengungkit segala apa yang telah terjadi satu ketika dulu cuma aku sering mengingatinya sebagai landasan untuk aku meneruskan kehidupan.

(awak, rindu ini biarlah jadi milik saya biarpun saya tahu awak terlalu merindui detik kita bersama dulu tapi segalanya dah berlalu, semua itu biarlah kita tinggalkan di hati kita sebagai kenangan. hargailah dia yang bersama awak kini, tentang diri saya awak tak perlu risaukan kerana saya juga sudah punya insan yang telah banyak berkorban untuk saya selama ini, biarpun hubungan kami bukan di landasan yang sama seperti saya dan awak tapi saya bahagia memilikinya. izinkan saya untuk terus menyimpan kenangan kita)

Hmm...sebenarnya bukan itu yang mahu aku ceritakan di sini. Yang mahu aku luahkan ialah, buat pertama kalinya aku didendangkan lagu LIVE di tepi telinga aku ni, suara terus ke jiwa. AISYE nyanyikan aku lagu Bertakhta Di Hati, saat lagu tu mati di baris lirik terakhir, airmata aku bergenang namun cepat-cepat aku sembunyikan. Aku sayang sangat hubungan ini tapi aku bimbang, teramat bimbang andainya hubungan ini tak ke mana. Kalau nak pikir wat tambang bimbang je kat hati kan? Biar je la, yang penting skarang ni aku tetap cam diri aku sendiri, sayang hanya pada yang menyayangi aku.

Semalam banyak yang kitaorang bincangkan tentang apa yang harus kitaorang lalui dalam hubungan kitaorang. Aku lihat Aisye banyak memahami aku biarpun pada mulanya dia tak dapat nak menerima diri aku dengan kerjaya yang aku jalani skarang ni. Katanya bergelumang dengan dunia hiburan dan glamour membuatkan dia kurang senang, dia akui yang dia yakin ngan kejujuran aku namun jauh di sudut hatinya masih ada sesuatu yang berbisik : tentang aku dan dunia kerjaya aku. Aku tahu dunia kerjaya aku ini menyimpan 1001 cerita dan menemukan aku dengan 1001 manusia yang berbeza jiwa. Buat ke sekian kalinya, aku jelaskan lagi pada dia tentang apa yang sebenarnya aku cari dan apa yang sebenarnya aku lalui dalam kerjaya ini. Mujurnya dia mengerti (biar masih ada sangsi di hati)

Aisye dah balik kampus tadi. Jap tadik aku baring kat buaian sambil tengok bintang, tetiba masuk SMS Gd Nite wishing dari Aisye. RINDU SANGAT.