Wednesday, April 27, 2005

ALASANMU

Ikhlasnya hati Sering kali disalah erti Tulusnya budi Tidak pernah engkau hargai Berlalu pergi dengan kelukaan ini Kumengalah... ku bersabar Bertentang mata seolah-olah tiada apa Berpaling muka ada saja yang tidak kena Mencari sebab serta alasan yang kukuh Supaya tercapai hajatmu Manis dibibir memutar kata Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya Siapa terlena pastinya terpukau Pujukmu, rayumu, suaramu Yang menagih simpati dan harapan Engkau pastinya tersenyum Dengan pengunduran diriki Tetapi bagi ku pula Suatu ketenangan Andai kita terus bersama Belum tentu kita bahagia Selagi tidak kau ubah Cara hidupmu Ada rahmatnya Bila tidak lagi bersama Terasa jauh Diriku ini dengan dosa Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan Yang nyata kau tidak berubah...Katalah apa yang kau ingin Selagi kau dapat berkata Memang begitu sikapmu Semenjak dahulu

kemaafan dendam yang terindah

SEMALAM detik yang paling sukar untuk aku lalui, malas aku mahu terus bercerita, singkatnya, aku difitnah. Buat ke sekian kalinya, aku tetap dengan pendirian aku, berdiam diri dan mendengar apa yang terjadi. Akhirnya kebenaran ini terbukti namun yang aku sesalkan, semua ini datang dari insan yang aku sayang, insan yang aku letakkan dirinya pada satu tahap yang bisa aku jadikan panduan. Bijak benar manusia ini memainkan peranannya hingga aku tidak sedar yang dari detik ke detik aku sedang dipermainkan. Kecewa dalam hati usah dibicarakan lagi, seolah olah aku seperti ditikam bertalu-talu dan diharapkan aku mati seberapa segera.

Semalam aku tampil jelaskan segala kekusutan, belum sempat aku luahkan segalanya, aku diminta berhenti bersuara kerana aku diyakini tidak bersalah, saat itu aku pandang wajah wajah yang berada di ingatan aku, Ya Allah...besar sungguh kebesaranMu membela hambaMu ini, aku diam tanpa aku sedar di pipi ini ada titisan air mata yang mengalir.

Segalanya selesai namun tak mungkin segala kenangan yang tercipta dahulu akan padam begitu saja. Akan aku ingati semua ini sebagai takdir dari Ilahi, aku redha. Sebagai manusia, aku sanggup menggalas semuanya jika ini telah tersurat untuk aku.

Buat awak yang memperdagangkan cerita saya, terima kasih. Saya simpati pada awak, biar apa juga yang awak lakukan pada saya, percayalah...tiada dendam di hati ini. Malah, sehingga Subuh tadi, di dalam doa saya masih punya nama awak. Bertahun lamanya sering awak suarakan yang awak impikan satu kesempurnaan dalam kehidupan dan awak pinta saya supaya terus memberikan awak semangat. Saya tak lupa itu.

Saya tahu kenapa awak lakukan semua ini, semuanya tentang kepentingan diri awak, semata mata mahu mencipta sesuatu dalam kehidupan awak kan? Pesan saya, jangan awak lupa...dalam diam awak sebenarnya sedang memasang perangkap untuk diri awak sendiri. Awak sedar dengan apa yang awak lakukan tapi awak masih dengan ego awak.

Saat semalam terlalu pedih untuk saya. Saya bangga sampai saat akhir semalam saya masih memegang segala janji yang pernah kita cipta kerana menghormati kehidupan awak. Beringatlah, kita tak selamanya berada di atas, akan datang satu hari awak akan merasai kekecewaan sepertimana yang saya rasakan, saat itu saya harap awak akan sedar dengan segala perbuatan yang awak ciptakan.

Saya maafkan segala yang awak lakukan, kemaafan ini adalah dendam yang paling indah. Semalam saya mengutip kembali serpihan jiwa saya yang pecah berderai. Hari ini hati saya kembali sempurna. Jangan awak datang kembali setelah awak pergi.

Abang Andy, Abang Rahmat, Bob ..... terima kasih atas perhatian kalian semua pada saya.

Sunday, April 24, 2005

KU MOHON

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku


hari ini hari santai, aku di depan pc je, balik dari joging kat Taman Belia, trus mandi, sarapan, lepak dalam bilik. Sepatutnya aku kuar ngan Bob ngan Eton ke Prangin Mall, dah janji ngan dorang kemarin coz ada sale, kononnya nak shopping lah tapi ntah tetiba tak der mood, aku depan pc siapkan paper work yang perlu dihantar sebelum akhir bulan. sejak dua bulan lalu, fikiran ni macam tak betul, mood aku cepat sangat bertukar, antara tekanan keja ngan kehidupan sosial. kengkawan cakap aku cepat berubah. hmm ni yang aku malas ni, ada gak yang macam kurang senang dengan apa yang aku alami skarang, aku tak nak jadi tertekan kang wujud masalah mental plak tapi aku sendiri menyedari yang aku dalam tekanan cuma sedikit bijak mengawal keadaan tapi yang nyatanya aku memang TERTEKAN. itu sudah pasti. sejak dua tiga hari lepas lak, aku rasa aku kembali ok sikit, aku tahu dengan apa yang aku tanggung, dengan apa yang aku alami (segalanya tercurah di sini) bukan mudah untuk aku lupakan semuanya tapi aku bersyukur kerana masih diberikan ketabahan buat ke sekian kali. Allah itu Maha Berkuasa. mungkin ujian ini tidak seberat mana tapi kerana ianya melibatkan perasaan, aku jadi seakan bingung dan hilang kawalan.

kata Abang Andy : setiap apa yang berlaku itu ada hikmah, biarlah orang memperlakukan apa saja pada kita kerana yakinilah semua ini ada karma tersendiri, hari ini mungkin kita dikecewakan, esok mungkin milik kita yang lebih sempurna.

dalam idup aku ini aku rasa aku banyak mengalah pada keadaan biarpun kadang kadang aku rasa aku dah lakukan yang terbaik untuk orang lain dalam erti kata beralah biarpun kesilapan itu bukan pada aku kerana sering aku sematkan di hati, setiap yang berlaku itu adalah berpunca pada kekurangan diri aku sendiri. sebagai lelaki aku rasa aku dah banyak lari dari keegoan aku sendiri, ikutkan hati mahu aja aku bakar atau bunuh manusia yang tak tahu menilai, menghargai dan melihat di mana keikhlasan manusia lain. hehehe...tak mungkin ianya berlaku cuma sesekali ditemukan dengan insan sebegini, hati jadi lemah : masih adakah manusia buta yang tak mampu melihat sebuah rasa kejujuran itu.

seandainya dapat aku putarkan kembali kehidupan yang pernah aku lalui, aku aku susun perjalanan hidup ini menjadi sesuatu yang paling indah seindah bumi ciptaan Ilahi ini.

Saturday, April 23, 2005

hujung minggu yang 'kureng'

JUMAAT - petang kemarin, aku belikan mak skuter baru! YES akhirnya tercapai gak impian aku, dapat gak aku belikan motor untuk mak, dah berbelas tahun mak naik basikal ke tempat mak keja, esok sure mak bleh naik motor skuter KARISMA ... tersenyum lebar, adik aku dah bawak balik motor tu ke umah sedangkan aku masih kat KOMTAR ngan Bob, jap lagi nak terus pegi studio untuk latihan minggu ni, aku makan kat Mc D, ada mat pit mana ntah datang jual cincin emas dgn harga RM40, aku belek cincin tu ada cetak 916..hmm dua persoalan timbul : 1) apsal dia tak jual kat kedai 2) cincin ni sure bukan emas. Hmm aku tengok plak muka mamat tu, hensem badan sihat tapi alahai apsal la jadik penagih plak ni, tetiba rasa nak nolong, aku keluarkan duit RM30 trus kasi dia, dalam hati aku memang tak confident cincin ni emas. Pas kasi duit dia blah, Bob ajak aku ke kedai emas nak jual cincin tu tapi aku cakap aku sure la cincin tu bukan emas...aku pun pegi gak dengan 'paksaan' Bob, bila ditanya amoy tu cakap cincin tu emas...terkejut beruk aku, terus aku suruh dia pegi check betul betul. SAH...bukan emas...amoy tu cakap tengkiu kat aku nasib baik dia tak jual, kalau dia jual sure hujung bulan karang dia kena potong gaji, hehehe .. terbayang aku wajah mat pit tadik...tak ada rasa marah tapi rasa kasihan plak : kasihan kat orang yang dia tipu, kasihan kat dia kerana menipu dan kasihan tak lama lagi sure dia kena tangkap....hmmm akhirnya cincin tu aku kasi kat Eton, pompuan yang paling gila yang penah aku kenal, hepi dia dapat cincin, dia siap gosok dan bau lagik cincin tu katanya emas ni sure mahal...hehehe aku ketawa aku citer perkara sebenar, dia marah aku plak! Katanya tak pasal pasal aku buang duit, aku cakap : 'dah rezeki mat pit tu' ...... sebuah sandiwara dunia.

SABTU -
awal pagi lagik aku dah kuar, sign borang kat bank, hmm aku beli keta! InsyaAllah dalam masa 2 minggu lagik keluar la ATOZZZZZ aku tu, InsyaAllah, harap sangat dapat keta ni, maka akan ku jelajahi Malaysia ini....balik umah, aku jadi sedih plak, ishk rasanya kena pindah kot, bilik aku ni ada banyak kenangan, dalam bilik ni la sgala ketawa dan tangis aku...stiap kali ada pencapaian dalam idup aku, setiap kali itu juga wajah orang yang aku sayang muncul di ingatan, mungkin nasib agaknya tapi tak perlah aku tak penah sepi dari kengkawan dan famili, janji bahagia. Aku nak pegi show kat E&O skarang, malam ni satu item je, pas tu nak pegi tengok wayang plak, InsyaAllah pagi karang aku nulis lagi, ader citer best aaaa....

HIGASHIKUNI AKINARI

Wednesday, April 20, 2005

izinkan aku bercerita lagi .....

maafkan aku jika perasaan setia ini terkubur di jiwa, ampunilah aku jika hati ini hanya buatmu sahaja.

Sebelumnya kau pergi
Renunglahku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita tak kan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya mengganggu
Ketenangan dalam hidupmu
Yang tak perlu kehadiranku

Dugaan
Inikah dugaan untukku
Munculnya tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlalu
Mengapa begitu berubah laku

Aku menerima salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu
Denganmu

Ku sangkakan berpanjangan
Panas hingga ke petang
Tiba mendung menjelma
Tak seperti yang ku harapkan
Kini mengertilah aku
Tak perlu memerlu
Biarkanlah kau dan caramu
Aku dengan cara hidupku

Tuesday, April 19, 2005

surat untuk Abang Andy



Assalammualaikum

Abang Andy, selamat pulang ya, waktu ini pastinya hanya tinggal kenangan yang tak mungkin di lupakan, sebenarnya andai ada waktu, mahu saja saya lihat Abang Andy terus di sini, meluangkan segala masa untuk kita teruskan persaudaraan ini.

Biarpun hanya seketika bersama saya, kesempatan ini terlalu berharga, masa saya terasa diisi sepenuhnya, sebagaimana yang sering saya beritahu, sebelum ini banyak perkara saya lakukan berseorangan, jadi bila adanya Abang Andy sedikit sebanyak saya boleh kongsi banyak perkara dalam kehidupan tapi yang pastinya Abang Andy juga punya urusan sendiri yang mahu dilakukan di Medan kan, InsyaAllah jika diizinkan Tuhan, kita bertemu juga nanti.

Abang Andy tahukan apa yang terjadi pada diri saya sejak kebelakangan ini, semua ini memberi pengajaran yang terlalu bermakna buat saya, biarpun saya ngak punya apa apa lagi yang harus saya banggakan, saya akan terus mencuba untuk menjadi insan terbaik dalam diri setiap orang yang saya kenal, kehidupan ini hanya sementara, jika satu hari saya dipanggil mengadap Ilahi, saya mahu nama saya tersemat di hati setiap insan di atas kejujuran dan keikhlasan saya menjalinkan persaudaraan. Cinta membuatkan manusia tersenyum dan cinta juga membuatkan manusia menangis kedukaan. Sesungguhnya ini semua akan saya jadikan pengajaran yang terbaik dalam kehidupan saya.

Abang Andy banyak memberikan kata dorongan kepada saya. Tak terbalas dengan apa yang disuarakan, yang hanya mampu saya katakan, terima kasih banyak banyak. Seperkara lagi saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf kerana tak banyak masa yang dapat saya luangkan untuk Abang Andy.

Salam ampun maaf saya hulurkan seandainya ada salah silap saya di sepanjang Abang Andy di sini, sesungguhnya saya gembira mengenali Abang Andy.

InsyaAllah jika punya izin Allah, bersua kita di lain kali.



Sunday, April 10, 2005

cinta seorang teman

dulu engkau ku kenali
tak pernah ku sedar
dari mata yang memandang penuh pengertian
tapi saat itu telah berubah
di persimpangan usia
antara kita tak mampu lagi
berselindung dengan alasan

telah ku cantumkan semua impian bersama
dalam jalinan yang kita bina berdua
namun apakah erti bila keinginan terlanjur
lalu mengganggu kala dirimu
selalu ada di sisi

duhai teman
bisakah kau fahami sandiwara ini
sejak bila berputiknya cinta kita
menjadi rahsia yang tersimpan
mewujudkan kenyataan
ku tak sanggup kehilanganmu

telah ku cantumkan semua impian bersama
dari mata yang penuh pengertian
namun apakah erti bila keinginan terlanjur
lalu mengganggu sanubariku

ku cuba bayangkan waktu dulu
gurau senda serta pujukanmu
puisi indah menyatakan kata rinduku
masa yang lalu meragui
seluruh harapan muncul kini
mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita


kita memandang bintang yang sama di dada langit yang serupa, biarlah malam yang membisikkan apa yang saya rasa saat ini, saya jadi bingung dari satu masa ke satu masa memikirkan apa yang ada di dalam jiwa awak di sana, yang saya pasti kita semakin jauh menciptakan satu hubungan yang terlalu kabur di mata. yang saya inginkan hanyalah satu keputusan menyatakan di mana kita saat ini...hanya itu yang saya nantikan. pinta saya : jangan saya di beri harapan lagi untuk merasai sebuah kekecewaan. selamat malam.

Friday, April 08, 2005

HaPpY bIrThDaY, LELAKI DALAM CERMIN

8 April 2005 : tahun yang paling gembira sepanjang aku diberi peluang menghuni bumi Allah ini. Biarpun terlalu banyak suka duka yang aku lalui, aku puas dengan semuanya, terutamanya sejak tahun-tahun kebelakangan ini, banyak yang pelajari, banyak yang aku tempuhi, banyak yang aku lalui : mengenali manusia yang pelbagai jenisnya, yang memakai topeng hanya di mata tapi masih mampu aku lihat hidung, telinga dan mulutnya (jadi....rahsia hanya di mata sedangkan mereka lupa yang mereka mendedahkan tubuh mereka untuk aku lihat dengan jelas siapa diri mereka seadanya : lucu sekali manusia ini)

Semalam, tepat jam 12, kedua-dua handphone aku sibuk dengan panggilan masuk dan sms : tiba-tiba hati jadi sayu, air mata mula bergenang, baru aku tahu yang aku sebenarnya mempunyai hadiah yang paling berharga dalam kehidupan iaitu teman-teman. Syukur aku pada Ilahi, mereka ini masih di sisi aku biarpun yang mereka lihat hanyalah wajah kegembiraan kerana sudah menjadi sifat aku untuk menyembunyikan kepedihan dalam diri ini jauh dari pengetahuan teman-teman, yang aku punya ruang melontarkan segalanya hanyalah di sini.

Saat ini aku sedang menantikan panggilan/sms dari Abang Asep, insan yang banyak merubah hidup aku. Satu perubahan besar yang dibawanya hinggakan aku sedar yang selama ini aku telah jauh meninggalkan diri aku dari alam sebenarnya. Setiap kata tuturnya masih jelas di telinga ini. Namun, sampai tanggal 8 akan berakhir, aku masih belum mampu menerima panggilan/sms yang aku nantikan. Ntah kenapa aku terlalu mengharap dari insan ini, berbual dan bertukar pandangan dengannya menjadikan aku insan kerdil, seolah-olah aku ini manusia yang punya banyak kekurangan (sememangnya). Aku dipinjamkan Allah seorang insan bernama ASEP hanya untuk sebulan, dia kini jauh dari aku, semakin jauh dan aku tahu akan terus jauh. Hanya bayang-bayang yang tertinggal untuk aku lihat dan meyakinkan diri aku yang dia masih di sini sebenarnya.

Malam tadi aku di bistro, sedang siap mahu memulakan show, tiba-tiba dikhabarkan show dibatalkan. Hmm, aku mahu pulang awal, mahu rehat, inilah kebiasaan setiap kali hari lahir aku, biasanya aku akan mengambil cuti dan berseorangan. Tapi tahun ini tak boleh coz tak der siapa nak gantikan tempat aku untuk hosting. So lepas salin costume, semua dancer nyanyikan lagu birthday (saat yang aku kurang suka....rasa smakin tua plak). Sebiji kek...makanan sekelip mata memenuhi ruang bilik persalinan. Hmm...surprise (wajah Abang Asep datang menjengah). Saat semua menikmati 'jamuan' fikiran aku terus terbang mencari-cari wajah-wajah insan yang pernah datang dalam hidup aku, andai mereka di sini ......

Hadiah? Hmm tahun ini paling hepi terlalu hepi, semua kengkawan kasi hadiah dengan tema yang sama iaitu KATAK sampaikan kek pun deco KATAK gak. Hmm....njoy sangat!

Sampai kat umah, ada bungkusan dari SABAH, aku tahu siapa pengirimnya, insan yang mengenalkan aku dengan dunia KATAK iaitu Acan. Dia pun kasi hadiah KATAK.

Pas mandi terus aku online. Dengan harapan ada email dari Abang Asep, dengan kata-katanya yang memberikan aku semangat untuk terus berdiri dan meyakinkan diri tentang kehidupan aku tapi email yang aku harapkan tiada dalam INBOX.


Malam berlabuh dan aku masih di sini : menanti matahari.







Monday, April 04, 2005

Memori Bahagia

Sayu ku terdengar suaramu
Memanggilku sedar dari lena
Mimpi yang terindah bersamamu
Umpama tiada ungkapan perpisahan

Mungkin harapan yang telah terbina
Seakan pudar warnanya
Saat sekian lamanya
Bila kau ucapkan
Air mata ini membasahi pipi

Mampukah ku alunkan semua tawamu
Menjadi melodi menemani diriku
Dapatkah kita memahami jalanan suci
Apakah ertinya kasih sayang ini

Berikanlah masa untuk difikirkan
Apa yang terbaik bagi meneruskan
Percintaan ini yang terpendam di jiwa

Dikaulah kejora yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapanku yang dulu menyentuh kalbumu

Kenangkanlah memori bahagia
Kau dan aku saling berpimpin tangan
Mengukir senyuman saling merasa
Dan merindu bila bertemu

Berikanlah masa untuk difikirkan
Apa yang terbaik bagi meneruskan
Percintaan ini yang terpendam di jiwa

Dikaulah kejora yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapanku yang dulu menyentuh kalbumu

Lagu ini cukup meninggalkan kenangan untuk aku...esok aku ceritakan sebuah kisah yang selama ini menjadi kenangan yang cukup manis lagi pahit untuk aku. Sebuah kisah yang tak mungkin aku lupakan, selamanya!

mengira detik

Malam. Aku mengira perjalanan sebuah masa. Esok ada sesuatu yang mahu meragut jiwa aku. Biar apa jua takdirnya, aku tahu aku telah melalui semuanya dengan sebaik mungkin.

Maafkan saya di atas segalanya.

Saturday, April 02, 2005

masih di sini

kenapa kita perlu ditemukan untuk merasai sebuah penderitaan? andai aku punya azimat, mahu rasanya aku memiliki satu kuasa yang membolehkan aku melalui kebahagian tanpa ditemukan dengan insan insan yang punya hati tanpa perasaan.

hujan turun lebat lagi malam ini, dari kamar aku lihat langit tidak gelap seperti biasanya turun hujan dengan langit hitam. jatuhan hujan ke tanah bagaikan bercerita tentang kepedihan yang aku alami skarang.

aku tak mampu untuk berbohong pada diri aku sendiri yang aku sedih lagi pedih biar tergambar senyuman tanpa henti. kuatnya kata-katanya memenuhi setiap ingatan aku ini.

salahkah aku untuk merasai erti cinta itu jika perasaan itu yang dibawakan untuk aku? salahkah aku untuk menerima semua ini? setelah semuanya berlalu baru aku merasai tiada janji untuk setia tiada janji untuk terus berada di jiwa.

semalam awak bawa semua kebahagiaan dan semalam juga awak rampas kembali segala mimpi mimpi yang baru saya ciptakan. kala ini hanya Tuhan yang tahu apa yang awak mahukan dalam hubungan ini. doa saya agar satu hari nanti awak bakal lihat di sini ada hati yang terluka kerana kecewa.

esok dan lusa akan melewati saya. pastinya bukan mudah untuk saya ucapkan selamat tinggal tapi sedikit sebanyak saya kuatkan diri : semua ini perlu pergi jauh dari dalam hidup saya.

aku diam membisu, melihat rintik hujan lagi.

Friday, April 01, 2005

SETIA

deras hujan yang turun
mengingatkanku pada dirimu
aku masih disini untuk setia


selang waktu berganti
aku tak tahu engkau dimana
tapi aku mencoba untuk setia


sesaat malam datang
menjemput kesendirianku
dan bila pagi datang
kutahu kau tak disampingku
aku masih disini untuk setia


hanya itu yang aku ada. setia. aku bangga dengan kesetiaan ini. tak aku harapkan secalit balasan sedikitpun akan kesetiaan yang aku simpan ini cuma sedarilah bahawa yang aku ada ini bukannya barang dagangan yang mampu di beli di sini sana. yang aku mahu hanyalah setia juga.

akan ada satu hari nanti, akan ada satu waktu itu, semuanya milikku. aku yakini sebuah pertemuan biar keberatan menerima perpisahan. mencipta satu rasa kasih adalah sesuatu yang teragung buatku, sekali menyayangi selamanya di hati.

p/s : andai awak melihat hati ini, andai awak merasa kasih ini .....