Thursday, March 31, 2005

jalan-jalan terakhir

Penghujung March, April nanti aku dah punya senarai show, alhamdulillah rezeki April agaknya (bulan kelahiran). March sebenarnya terlalu panjang buat aku, segalanya terisi, bulan ini bulan ujian, menguji rasa kasih dendam dan benci, semuanya serentak, telah aku cuba memahami sedalam mungkin tapi nampaknya kasih manusia itu tak sama dengan kasih aku. Biarlah masa berlalu, aku tahu hidup aku perlu melalui banyak lagi perkara lain yang lebih penting tapi satu yang tak mampu aku bohongi adalah rasa sunyi.

Datang diundang, pergi setelah tiba masanya, ditinggalkan adalah sebuah kenangan yang tak akan aku padam dalam jiwa aku, mungkin dia menipu di hatinya, hanya kerana tuntutan yang ada dalam diri tapi aku terlalu meyakini satu hari dia akan kembali melihat aku di sini : yang tertinggal setelah aku perlihatkan siapa diri aku yang sebenar, bagi aku ini kejujuran. Dia melangkah dengan seribu keegoan, dengan sejuta wajah yang kadangkala bagai bercerita tentang kekeliruan dalam dirinya sendiri.

Jalan jalan ini seakan usang. April nanti akan berakhir satu episod sebuah pertemuan, yang bertahun di simpan kasih dan sayang. Syukurnya aku pada Tuhan : diperlihatkan aku sebuah perasaan sebenar seorang manusia yang punya seribu jalan berbeza.

Jauh di sudut hati ini : dia yang pertama sebenarnya bertakhta di jiwa.

Tuesday, March 29, 2005

terima kasih

andai bisa aku laungkan perkataan ini, ingin aku pastikan semua di alam ini mendengarnya, terima kasih kerana membawa aku ke sini, menghadiahkan aku dengan kasih sayang yang tak ternilai dan kemudiannya ditinggalkan, sudah namanya kehidupan. katamu itu takdir. kataku itu penghinaan.

bersahaja - itu yang mampu aku katakan, alam ini adil sebenarnya, hari ini mungkin dia melihat hati ini berdarah tapi esok mungkin hatimu bakal bernanah dengan apa yang diciptakan, ingatlah bola dunia ini akan terus berputar. hari ini mungkin di atas tapi esok tak siapa tahu dan mungkin juga kita akan terlontar jauh tak bersempadan.

terlalu mahal harga kasih dalam jiwa aku dan seringnya keindahan itu seakan tertutup dengan manusia yang buta hati, sayang sekali. aku senyum dan akan terus melihat mereka yang singgah di sini di pondok hati aku meminta secupak kasih mengharap segantang sayang selepasnya. aku berikan segunung cinta kerana padaku cinta ini untuk dikongsi bukannya untukku seorang saja tapi di akhir cerita cinta itu dibuang ke tanah setelah kenyang dengan segala macam yang ada.

biar hari ini terus mencipta cerita
selagi aku punya kesabaran di jiwa

Monday, March 28, 2005

mencari setia

semalam bila aku bangun dari tidur yang tak lena, aku lihat bintang sudah pulang, sedangkan masih belum waktunya. sedihnya hati aku tak terluah dek kata-kata, baru sebentar tadi sang bintang beriya-iya berjanji menemani aku untuk selamanya. aku jadi tak percaya lagi pada dia. kenapa aku harus ditipu? kenapa aku harus dibohong setelah dia sendiri melihat aku di jendela menemaninya setiap malam, biar sejuk ke tulang tapi aku tak pernah jadikan alasan.

menangis aku kesunyian, bintang hilang. nyatanya jelasnya tak ada yang mampu aku percaya lagi kecuali DIA.

hari terus melangkah bila sang matahari tersenyum. malam nanti aku mahu menunggu bintang lagi dan terus di sini selagi setia.

Friday, March 25, 2005

mencari jalan terindah

di kiri dan kanan ini ada jalan yang terbentang luas, terpulang pada diri aku sendiri jalan mana yang mahu aku pilih untuk masa depan aku sendiri, ingin saja aku persetankan setiap manusia di kiri dan kanan ini yang hanya menunggu masa bertepuk tangan meraikan kegagalan aku dalam kehidupan, yang mahu memimpin tangan hanya segolongan, namun aku bersyukur kerana masih punya insan yang sudi berkongsi rasa kasih ini.

jalan terindah, itu yang aku mahukan, di dalam saki baki masa ini dengan waktu yang terlalu terhad mengejar yang di hadapan, sempat aku ciptakan satu angan yang aku harapkan ianya bukan kosong, aku mahu terus di sini mencipta sebuah kejayaan yang mimpinya tak pernah putus aku ciptakan di dalam lena tidurku.

sejauh mana pun kasih manusia itu pada aku, nyatanya telah aku sematkan ianya tak akan kekal selamanya, aku simpulkan, biar masa yang menentukan segalanya, aku yakin andai ada kurniaan Tuhan, andai surat tertulis takdir suratan, segala yang terindah pastinya dalam genggaman aku.

biarlah siapa juga yang mahu menipu aku dengan segala lakon mereka, akan aku terima, namanya sudah kehidupan di mana ini adalah pentas dunia, sejauh mana lakonan itu aku mahu diam menyimpul tangan melihat keberkesanannya, cuma andai tiba saat itu bilamana lakonan itu gagal di kaki aku, tahulah manusia itu di mana letaknya diri mereka sendiri.

bukan dendam yang mahu aku ciptakan tapi diri ini sudah bosan dengan setiap manusia manusia plastik yang berselerak di mana saja.
saat ini hati dan perasaan ini sudah terisi, setiap hari aku melihat gerak tingkah yang seakan setia namun belum tentu hujungnya bila.

p/s : 'tiada janji untuk setia kerana kita tercipta untuk menerima takdirNya'

Tuesday, March 22, 2005

bilamana didusta

Sukarnya mahu mentafsirkan sebuah perasaan manusia yang penuh dengan tanda tanya, tiap langkah dan gerak geri sukar di baca oleh sepasang mata, hanya hati yang tahu menilai sejauh mana sebuah perasaan itu dihargai tidak di kecewakan.

Bilamana di dusta, bagaimana perasaan anda? Aku kecewa, tak terluah dengan perkataan. Ini yang aku dapat setelah memperjudikan sebuah kesetiaan? Sering akal ini diingatkan agar tidak mengharapkan apa jua balasan atas apa yang diberikan tapi bagaimana jika sebuah hati yang penuh kejujuran aku hadiahkan tapi dibalas dengan penipuan...permainan bijak seorang manusia yang memberi harapan. Bukan aku untuk terus kecewa dengan semua ini sebaliknya aku telah menjadi insan yang penuh semangat, terlalu kebal tapi jujurnya hanya sedikit kekecewaan yang menziarahi aku saat ini.

'saya kecewa dengan lakonan yang awak ciptakan, siapa saya di ketika ini? siapa dia di saat awak bersamanya? dunia kita bukanlah sebesar mana, di sini saya mengetahui segala setiap gerak laku awak, jangan biarkan mata ini terus melihat seandainya awak tidak mahu merasai sebuah kehilangan yang tak mungkin awak lupakan, saya bercakap bukan kerana terhirisnya perasaan tapi berlandaskan sebuah rasa kejujuran, awak sendiri tahu siapa saya sebenarnya. sekali saya dikecewa, tak akan saya lupakan segalanya!'

p/s : akak, tak ada insan jujur di dunia ini kan?

perjalanan panjang

Bukan mudah sebenarnya untuk aku melalui satu pusingan hari ke hari, setiap saat penuh dengan cabaran dan dugaan, pelbagai perkara perlu aku fikirkan, kata Abang Asep : jangan difikirkan pada satu perkara yang bisa menyebabkan fikiran kita terganggu! Hmm tapi nyatanya diri aku ini seorang yang terlalu mengambil berat tentang apa jua hal, bagi aku setiap yang aku lalui punya kepentingan yang tak boleh aku abaikan. Hmm salah siapa sebenarnya ni? Mengenali Abang Asep banyak membuatkan aku berfikir tentang seorang manusia misteri ini, tentang lelaki terindah ini, sesekali aku gunakan semangatnya, fikiran positifnya untuk aku terus melalui hidup ini tapi sesekali aku tercabar dan rasa hipokrit kerana aku adalah aku dan tak mampu untuk menjadi orang lain.

Dia seorang yang terlalu simple dalam dunianya, tapi aku tahu jauh di sudut hatinya tersimpan banyak rahsia, dia juga insan lemah sebenarnya tapi kelemahan itu hanya dia yang tahu. Pagi ini bangun je aku macam ada semangat baru (ntah pasal tapi keletihan dengan kesibukan selama ini macam hilang begitu saja). Mungkin coz smalam terkejut sangat sangat sangat terdengar dentuman guruh yang kuat sangat (selama aku idup itulah dentuman yang membuatkan dada aku berdebar debar : tetiba ombak tsunami muncul di mata aku)

Dengan usia sebegini pastinya aku mahukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan aku dan aku harap semuanya akan berjalan sebaik mungkin, sudah puas aku lalui kekecewaan dalam kehidupan dan skarang aku mahu jadi seorang manusia yang lebih tabah dan terus tersenyum dengan apa yang aku capai.

Saat ini wajah wajah yang tersayang muncul satu persatu, terima kasih kerana pengalaman yang kitakongsi bersama..biarpun tiada di sini tapi aku yakini, kalian juga berada dalam dunia kalian sendiri, jauh di mata kita tak bermakna hilang juga di jiwa!

p/s: akak lilsy...satu sumber kekuatan minda yang wujud dalam diri aku...anda juga boleh mengenali dia..seorang insan yang 'sempurna' di jiwa aku : http://lilsy.blogdrive.com

Monday, March 21, 2005

harga sebuah MASA

Sibuk, cukuplah perkataan itu untuk menggambarkan keadaan aku sekarang tapi ada gak yang tak paham-paham, katanya aku mula sombong la, mengada la, memacam lagik, hmm cam ner nak aku terangkan keadaan. Keja aku bukan cam keja orang lain yang dah ada lingkungan masa 9-5 ke, 8-4 ke, 10-6 ke...keja aku pusing jam la...kekadang sibuk pagi kekadang malam kekadang sehari semalam, tapi sapa yang cuba nak belajar memahami?

Ntahlah, kekadang malas nak pikir tapi bila dengar suara suara laser sakit gak hati, bukannya nak belajar memahami situasi tapi sedap sedap je kata orang itu orang ini. Dah la tekanan keja banyak, kengkawan plak tak blajar memahami, itu kira ok gak la tapi bila insan yang dekat ngan kita pun nak marah, cam ner tu? Senang-senang stop je keja stay kat bilik jer! Kalau mahu makan, telefon si A, kalau mahu minum, telefon si B, nak mandi, call si C, lagi? Bleh ke cam tu?

Tolonglah....macam nak jerit aku kuat-kuat nak minta sangat sangat : belajarlah memahami!!!

Skarang ini yang aku tahu, aku nak teruskan keja aku cam biasa, sebulan je...sebulan ni je yang aku sibuk sangat ngan kontrak show....

hati : belajarlah memahami sebagaimana aku senantiasa memahami setiap insan dalam hidupku

Sunday, March 20, 2005

SEHELAI BAJU SEBUAH HANDPHONE NOKIA 3660

Dalam masa beberapa minit, segalanya mampu berlaku tanpa memerlukan kita mentafsir kembali apa sebenarnya yang telah terjadi, inilah yang menimpa diri aku, antara kelalaian ataupun sudah suratan kehidupan.

Petang tadi sempat aku ke Prangin Mall, kelmarin dah shopping baju kat situ, hari ini ke sana lagik pasal banyak sangat baju warna hitam, aku ni KALAH ngan warna hitam! So tadi masa tengah pilih baju tetiba bunyi handphone plak, so borak la ngan tangan kiri, tangan kanan sibuk memilih baju, pas abis sembang aku letak handphone kat timbunan baju pas tu terus pilih lagi pas tu terus ke changing room, salin je sehelai baju baru aku tingat HANDPHONE NOKIA 3660 aku! Hmmm pastinya hilang la!

SAH, memang dah hilang, tanya kat promoter pun dorang tak tahu so aku bayar harga dua helai baju, balik umah! Demikianlah berakhirnya suratan sebuah handphone.

Yang mahalnya...ianya adalah pemberian seorang yang menghargai persahabatan aku dan dia, biar jauh hanya hp jadi penghubung, aku terima semua ini kerana kecuaian aku sendiri tapi apa alasan terbaik untuk aku terangkan segala yang berlaku? Hmm beli model yang sama? Tak mungkin ada lagi nilai pemberian orang...

Yang aku sayang sangat ada pic ZIZI ...... yang tak akan ada lagi pic itu untuk aku ...... ZIZI dah jauh meninggalkan alam nyata.

Sebuah handphone : penuh cerita di dalamnya.

Saturday, March 19, 2005

HANYA ENGKAU SATU

Saat ini yang ada dalam diriku hanyalah dia, setiap senyumnya penuh rahsia, tak tergambar di jiwa olahan yang ada dalam dirinya, lakunya terlalu istimewa, kadangkala aku sendiri jadi tak mengerti apa yang dicari dan apa yang mahu dikongsi denganku. Yang aku sematkan di hati sekarang ialah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hubungan ini.

Hanya Engkau Satu ..



p/s : akak lilsy, cinta ini ujian kan?

Monday, March 14, 2005

di sebalik namanya HUJAN


HUJAN

sekian lama hujan menjauhkan diri dari aku, sekian lama aku merindu titisan jernih itu yang jatuh tulus dari langit yang pastinya suci tanpa cela, malam ini hujan turun seumpama mengerti perasaan aku, yang masih sepi biarpun hari penuh terisi. Aku tidak malu untuk mengumumkan pada dunia bahawa hujan di hati aku laju mengalir bak sungai tanpa penghujung. Tangisan dan air mata bukannya hak milik wanita tapi kata aku tangisan itu bererti kerana dengannya sebuah perasaan bercampur gaul lalu dilontarkan kepedihan itu.

aku sudah letih untuk menjadi yang terbaik untuk setiap insan yang singgah di hati aku, semuanya mengecewakan, sayang sekali kata Kris Dayanti ... Cubalah Untuk Setia : adakah kesetiaan itu hanya sebagai percubaan? Jadi yang seandainya sebelah pihak tak mampu untuk setia? Seharusnya dalam setiap hubungan itu perlu ada satu keyakinan dan usaha untuk setia bukannya mencuba. Arghhh semuanya sama, ntah apa yang di cari dalam sebuah cinta.

keliru pedih sakit hati semuanya ada dalam jiwa aku, hujan semakin laju, hati ini semakin layu. Beratnya rasa untuk aku melalui hari-hari akan datang, terasa beban di galas tak mampu berakhir. Aku kadangkala jadi hairan bagaimana jiwa manusia manusia ini yang tak tahu menilai apakah erti sebuah kasih sayang ini? Murahnya pada mereka sedangkan pada aku tak terbalas dengan harta berjuta. Semua ini menjadikan hati aku kecil sekecil kecilnya.

p/s : untuk awak yang sukakan COBALAH UNTUK SETIA : sayang yang ada dalam diri saya ini tak termampu saya nilaikan, cuma saya kesal sehingga ke hari ini awak tak punya satu kekuatan untuk menyatakan sejauh mana kasih yang awak simpan. saya kesal .... kasih awak bagaikan mainan .

Thursday, March 10, 2005

LELAKI TERINDAH...the most beautiful man

Datangnya dari Medan, Indonesia...bawanya bersama sebuah cereka sebuah buku berjudul LELAKI TERINDAH..aku pecahkan isi ceritanya, sesungguhnya ia adalah karya yang terlalu menyentuh jiwa dari seorang lelaki yang bernama Andrei Aksana. Gabungan tulisan, puisi dan yang paling istimewa, sekeping cd dengan lagu yang dinyanyikan sendiri. Indahnya sebuah karya! Lengkap tak perlu dikupas dalamnya lagi! Setiap inci luahan kata adalah isi hatinya yang berseloka tentang tiga jiwa sebenarnya. Aku kagum terus mengagumi siapa dia untuk terus bercerita pada aku, pada semua!

Bagai mahu melayang, rasa mahu terbang ke seluruh pelusuk alam memberitakan tentang sebuah karya yang menyentuh rasa. Saat ini aku sedang berusaha untuk hidup di dalam diri Rafky, Valent dan Andrei. Pastinya aku terus di dalam diri ku sendiri - seorang lelaki di dalam cermin.

ASEP
- sekadar empat huruf yang menemukan aku dengan sebuah cinta, cinta pada cerita, antara Lelaki Terindah yang mengusik jiwa.

the most beautiful man - masih di balik cermin

p/s : aku sedang berusaha menghubungi penulis novel ini untuk aku pohon kebenarannya bagi menyiarkan sebahagian dari bait-bait tulisannnya yang berdiri atas paksi kebenaran dan juga ilusi hadapan.

Sunday, March 06, 2005

warna warna


warna alam menceritakan segalanya, hidup kita tak dapat lari dari disinggahi warna putih, hitam, kuning, biru dan sebagainya! Hmm banyaknya warna, meriah pulak terasa hari ni!

Awal Subuh lagi, aku dah kemas bilik, hmm rancangnya hari ni nak beli perabot baru, nak cat bilik dengan warna baru, nak dapatkan susunan perabot baru, moga olahan sedikit sebanyak dapat mengembalikan keceriaan aku yang hilang tak lama dulu. Apatah lagi, hari ni tak ada keja sangat cuma petang nak ke studio untuk script reading (13 Mac karang bermulalah satu lagi contract hosting untuk aku selama sebulan, pas tu aku nak terbang ke Bumi Kenyalang - dah lama sayap burung tu memanggil aku!)

Pagi, gerakan bermula, aku ke kedai cat, beli warna hijau pucuk pisang (hmm takutnya dengan warna ni, tapi ntah la saja je nak gantikan warna bilik skarang yang kaler merah + biru + kuning), balik beli cat singgah jap kat kedai perabot...apek ni baik hati plak, aku mintak kurang dia kasi :) Maka dapatlah set bilik tido warna putih! Hmm...(aku suka putih ke? Hmm tak la tapi tak per)....Jam 1 tengahari perabot sampai, bilik dah siap cat, leganya! Meja PC, rak tv n hi-fi, rak buku, rak 'katak', aku tak kacau....cuma mayb bulan depan aku nak tukar semua tu ke warna putih!

Tak sempat nak susun sangat terus aku ke studio, bla bla bla, bohong lebih kurang hehehe, aku gi makan nasi lemak daun pisang kat Padang Kota Lama, fuiyoo terangkat! Balik umah terus ke bilik sambung keja sampai lewat malam, hmm baju tak gosok dah ada dua bakul besar, citernya cam ni, dulu aku kurus 65kg dengan ketinggian 180cm, pas tu badan naik ke 90kg (tapi tak nampak gemuk pasal aku tinggi), skarang dah 70kg hmm berat badan ideal kata doc, maka semua baju baju 'model' dah bleh pakai so banyak la nak kena iron semula..hmm mcm mana ni, apalagi bungkus trus ke dobi! Upah satu baju RM1 untuk iron, 60 helai? Hmm RM60 hinggit, ok la tu coz aku sendiri banyak keja tak der masa nak iron!

11 malam semuanya selesai. Alhamdulillah. Melangkah ke bilik berwajah baru....tak sabar nak tido karang.

p/s : kenangan, kepedihan, kesedihan tak mungkin akan padam tapi sekurang-kurangnya aku lakukan sesuatu untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih tenang, selesa dan sederhana, yang terjadi sememangnya terjadi tinggal aku untuk sisa sisa hari akan datang, Akak Lilsy...akak banyak memberi semangat untuk Zac. Hati kita berbicara jauh dari kebiasaan.
Posted by Hello

Saturday, March 05, 2005

siapa aku?

Hmm...siapa awak? Itulah pertanyaan yang sering ada dalam kotak email aku. Bagaimana nak aku jelaskan soalan subjektif ini? Dari sudut mana nak aku ceritakan siapa sebenarnya aku? Hmm...aku? Seorang insan biasa yang macam lelaki lain gak cuma aku terperangkap dalam dunia aku sendiri, dunia seorang lelaki. Dalam dunia ini aku telah lihat satu perjalanan panjang yang terlalu luas terbentang, dah lama aku mulakan perjalanan ini tapi aku masih belum sampai ke garis panjang yang aku lihat biarpun jauh di sini. Aku sendiri sedang mencari jawapan bagaimana aku tercampak ke dunia yang penuh teka teki ini.

Seingat aku, sebenarnya aku di bawa oleh perasaan ke sini, dari hanya melihat kehidupan asing aku terus berada di sini sebagai anggota komuniti. Bertahun lamanya tapi yang aku jumpa adalah kosong belaka, manusia manusia di sini kaya raya : bongkak, ego, pentingkan diri, nafsu bermaharajalela, ucapan sayang kasih dan rindu hanyalah ibarat menanam tebu di bibir. Yang jelas nyata adalah sebuah jiwa yang sedang diluka dan terus terluka dari masa ke semasa.

Bukan ini yang aku cari tapi realitinya inilah yang aku temui. Aku terpaksa mengangguk kepala tanda iya, menggelang juga tanda iya. Semuanya bila jiwa aku diumpan kata-kata (tak akan ku lupa satu ketika)

Siapa aku? Biarlah terus menjadi tanda tanya, sampai masa jawapannya tetap akan ada. Aku punya istanaku sendiri dan hanya aku yang mendiami, letaknya di daratan, tebingnya di lautan. Sampai saat ini aku masih sendiri di sini, menanti andai ada yang sudi menemani ....

Wednesday, March 02, 2005

andai awak tahu

Semuanya telah berlalu. Aku tahu yang berlalu itu tak akan berulang lagi tapi semua yang berlalu itu menghantui kehidupanku. Puas aku memujuk diri untuk tersenyum dan ketawa, kenangan itu muncul juga, di celah celah kegembiraan, ada wajah dia yang jauh memerhatikan aku - itu yang aku rasa. Jiwa terus jadi pilu. Senyum aku matikan disitu.

Berat sungguh dugaan yang datang ini, selama mana pula harus aku tempuhi. Acapkali yang menjengah fikiran adalah suaranya, jelas gelak tawanya mengusik aku di pagihari, sesekali benci sesekali mengangguk kepala setuju dengan setiap butir isi katanya. Yang jelas...kenangan ini sedang menghantui aku.

Puas sudah aku pujuk diri untuk lupakan semua ini, aku tahu, mungkin perlukan sedikit masa tapi sampai bila? Dia pergi di kala harapan yang disemainya sedang bercambah dalam diri aku, semangat juang yang dibisikkan pada aku terkulai layu, hancur segalanya. Tak siapa tahu, antara aku dan dia ada janji. Sebuah janji untuk kami teruskan semangat perjuangan dalam perniagaan. Kami mahu buktikan bukan semua insan muda keras egonya tapi mampu mencipta nama!

"I nak satu hari nanti sebelum usia I 30 tahun, I akan duduk di kerusi empuk dan melihat anak-anak syarikat I berkembang pesat. Hidup kita perlu ada arah tuju, dengannya kita mampu bergerak dengan lebih pantas. I nak U juga ada perancangan, sekali U melangkah jangan lagi berhenti, teruskan langkah...percayalah I yakin dengan kebolehan U. Ingat, tak siapa mampu mengubah nasib kita kecuali diri kita!"

Awak, sebenarnya...saya dah siapkan perancangan lengkap tentang dunia perniagaan yang akan saya kembangkan sebelum usia 30 tahun sebaik saja awak cakapkan tentang perkara itu, saya simpan semuanya kerana rancangnya mahu holiday bersama kan, waktu itu saya plan nak bincangkan ngan awak kerana pengalaman awak lebih luas. Skarang, apa yang mampu saya buat dengan semua ini? Pemergian awak mengejutkan, terlalu mendadak. Hmm...saya mahu jadi tabah sebagaimana yang selalu awak sebut tapi berikan saya sedikit masa untuk terima semua ni.

Kehidupan saya seperti biasa, masih dengan gelak ketawa yang awak suka, tapi ianya kosong bilamana wajah awak muncul tiba-tiba. Akak awak ada sms saya, tak nak saya berduka macam ni, katanya awak juga tak akan suka tapi bagaimana mampu saya menipu diri saya untuk semua ini? Kata akak awak, saya perlu jadi kuat macam awak.......

Syah...(saya tak mahu sebut lagi nama awak!) Orang tak akan merasai apa yang saya rasai, biarpun kita baru mengenali, keikhlasan awak terlalu mendalam, dah puas saya cari dalam diri seorang sahabat selama ini, dan akhirnya saya temui. Awak tahu...saya gembira sangat tapi kegembiraan ini nyatanya sementara. Sebagai orang Islam, saya belajar menerima semuanya. Sesekali bila mendengar bunyi handphone selepas jam 12 tgh malam, jantungsaya bergerak laju.

Ya Allah Ya Tuhanku, berikan aku kekuatan untuk terus menerima ketentuanMu. Tempatkanlah dia di kalangan insan-insan yang beriman. AL FATIHAH.

Tuesday, March 01, 2005

BILA BINTANG BERHENTI MENYANYI ....


menyanyilah bintangku

Oleh : Lelaki Di Dalam Cermin
Idea Asal : Ishak Surya Adipermata
Ilham : Arwah Syahrani Azmi (25hb Febuari 2005)


Tak mungkin bintang aku ini berhenti menyanyi kerana aku tahu dia bukan jenis yang boleh duduk diam, mulutnya saja layak aku ibaratkan bagai bertih jagung, tak pernah tahu berhenti bercakap sampaikan bila dia bercakap, yang lenguhnya mulut aku sendiri.

Daniel…orangnya persis lelaki idaman wanita (dan jejaka juga), tubuhnya tegap perkasa bak seorang model celana dalam lelaki layaknya! Wajahnya berpetak (kataku dia biskut empat segi), matanya jika direnung jauh menusuk jiwa, bibirnya kecil tak sepadan muka (katanya ‘hmm inilah seksi!’) Tinggi…bergaya, kadangkala pendiam tak bersuara tapi ada ketikanya becok lebih dari murai tercabut ekor layaknya! Yang nyatanya, dia disukai semua…aku katakan SEMUA, seorang insan yang mudah bergaul tapi masih tahu batasan, mungkin kerana itu dia tak pernah sunyi dari berteman. Aku cemburu…cemburu pada keikhlasan dia dan persahabatannya.

“Niel, kau nak pegi mana karang pas keja?”

“Hmm biasa la…ari ni kan Khamis…”

“Ohh…malam Jumaat ek? Hmm best la kau!”

“Apa yang best? Kepala tu mula la nak tukar warna….”

“Ishk kau ni, best la dengar ceramah agama karang!”

“Haa….yer la kau tu! Macam sehari aku baru kenal kau! Kalau iya pun malam Jumaat, aku kan tak kawin lagik…tak best la!” Daniel bersuara bersambung ketawa.

Pecahlah derai ketawa aku ngan Daniel kat kaunter! Senior Exec jeling tapi aku tahu…jeling manja jer tu! Cik Senah, 39 tahun, bergaya (bukan muda lagi ok…tapi belum kawin!) Anak dara tapi terlajak usia skit. Hmm dah trend agaknya skarang ni pompuan suka kawin lambat. (aku pun tapi aku laki…) Senior Exec aku ni orangnya ok tapi kekadang tu angin sket, biasa la…bulan merah agaknya! Ishkk citer Cik Senah plak!

Ramainya customer hari ni, sedar tak sedar dah 8 tahun aku keja kat bank, pas keluar dari universitia, aku ngan Daniel dapat keja kat sini sampai la sekarang, lega! Jam dah 3.30 petang, kaunter dah nak tutup. Tak sabar aku nak balik.


Bakal Bersambung .... sebuah cerita tentang kehidupan yang telah ditinggalkan.